(BERPISAH)
PINTU BILIK yang menempatkan Aura dirapati oleh Marsha, perlahan-lahan Marsha membuka pintu tersebut.
“Aura, jom kita makan, dari tadi lagi kau tak makan.” Bahu Aura diusap lembut. Mata Aura kelihatan sedikit sembap kerana terlalu kuat menangis.
“Aku tak nak makan. Tak pa kau tak perlu risau pasal aku. Suami aku sendiri tak peduli dengan aku. Semua orang dah benci aku.” Aura merenung keluar balkoni. Dia sudah penat menangis. Biarkan jiwanya sahaja menyimpan lara.
“Jangan cakap macam ni, aku kan ada . Aku akan selalu ada dengan kau.” Marsha cuba memujuk Aura. Tubuh Aura dipeluk erat.
“Kenapa semua orang benci aku? Ian tinggalkan aku, Zaff benci aku. Apa salah aku? Aku tak pernah sakitkan hati lelaki tapi kenapa mereka selalu sakitkan hati aku? Aku tak layak rasa bahagia ke?” Wajah Marsha dipandang minta penjelasan. Teruk sangat ke aku ni?
“Aura, Zaffrel baik, cuma dia perlukan masa. Bagi dia masa untuk dia perbaiki silap dia.” Pujuk Marsha. Rambut Aura diselit kebelakang .
“Kalau dia masih perlukan masa, kenapa dia kahwin dengan aku? Dia nak semua orang panggil aku perampas macam tu? Kalau dia baik kenapa dia mesti sakitkan hati Tasha? Kenapa dia perlu berkahwin sedangkan dia sudah bertunang?” Bertubi -tubi soalan keluar dari mulut Aura. Namun satu pun tidak dapat dijawab oleh Marsha.
“Macam ni Aura, apa kata kau balik bincang elok-elok dengan Zaff. Hanya Zaffrel yang tahu jawapan kepada semua persoalan kau.” Marsha cuba meleraikan persengketaan antara Aura dan Zaffrel.
“Aku tak nak balik. Aku tak nak jumpa dia. Lagipun dia lagi bahagia tanpa aku. Biarlah Tasha je ada disisi dia. Dia tak perlukan aku.” Air mata ditahan sebaik mungkin. Cukup Aura , dah banyak kau bazirkan air mata pada orang yang tak pernah kesah dengan kau.
“Hey Aura, I smell something fishy here la. Kenapa kau sedih sangat kali ni? Aura yang aku kenal bukan jenis suka bazirkan air mata dia sebab lelaki. Or kau dah jatuh cinta dengan Zaffrel?” Tebak Marsha. Ouh no, kalau betul ni aku nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam.
“No la Marsha. Aku tak nak cintakan dia. Kenapa aku perlu cintakan tunang orang? Cukuplah aku dah rampas Zaffrel dari Tasha aku tak nak lagi rampas hati Zaffrel dari Tasha.” Ujar Aura.
“Kau bukan perampas, kau isteri Zaffrel. Tasha tu cuma tunang . Kau lebih berhak. Dah la Aura jangan cakap macam ni. Sekarang ni kau balik rumah settle dengan elok. Mesti semua orang tercari-cari kau.” Nasihat Marsha kepada sahabatnya itu.
“Tak ada orang nak peduli pasal aku. Kalau betul dia peduli dah lama dia call aku. Ni call pun tak apatah lagi nak cari aku.” Aura merenung iphonenya yang dari tadi diam tidak berbunyi.
“Apa pun yang jadi, kau kena balik. Tak baik kau keluar rumah tanpa izin suami. Biarlah Zaffrel nak cakap apa pun dekat kau, yang penting kau patuh pada suami.” Marsha memberi nasihat lagi.
“Kau nak halau aku kan. Okay fine, aku balik.” Aura lantas mencapai beg tangan dan iphonenya.
“Hey aku bukan halau la.” Laung Marsha apabila Aura sudah keluar dari bilik tersebut.
“Aku nak merajuk dengan kau. Dah cepatlah hantar aku balik.” Aura mengeluarkan suara merajuknya lalu terus memasuki perut kereta Marsha.
JAM sudah mengenjak pukul 10 malam. Perlahan-lahan Aura membuka pintu bilik. Aura melihat figura Zaffrel sedang berdiri membelakanginya diluar balkoni bilik. Dia lansung tak risaukan aku ke?
Aura berjalan masuk kedalam bilik. Bunyi sahaja pintu bilik ditutup, Zaffrel terus menoleh.
“Aura, kau pergi mana? Boleh tak lain kali bagitahu aku kalau nak pergi mana-mana” Zaffrel mendekati Aura. Tangannya naik memegang kedua belah bahu Aura.
“Lepaslah! Kau tak perlu tahu aku nak pergi dekat mana. Kau mana kesah kalau aku hilang sekali pun. Entah-entah aku tak balik sebulan pun kau tak kesah.” Aura melangkah setapak kebelakang menjauhkan dirinya daripada Zaffrel.
“Tak kesah kau cakap? Aku dah macam orang gila kehulur kehilir demi nak cari kau , kau boleh cakap aku tak kesah.” Zaffrel cuba menahan amarahnya. Dia tidak mahu memarahi Aura saat ini. Perasaan risau telah menguasai perasaan marahnya.
“Kalau kau nak cari aku semata-mata atas kepentingan diri kau sendiri baik tak payah. Kau sebenarnya takut Zack apa-apa kan aku kan. Bila Zack apa-apa kan aku lagi mudah dia nak ambil alih syarikat papa kau. Sebab tu kau cari aku kan. Kau manusia yang pentingkan diri sendiri. Kau sanggup buat apa yang kau nak demi kepuasan kau!” Aura melepaskan semua kemarahannya. Wajah Zaffrel dipandang penuh benci.
“Kau cakap apa ni? Tak pernah terdetik dalam hati aku untuk pentingkan diri sendiri. Aku macam orang gila cari kau, merata tempat aku cari, call tak angkat. Kau ingat aku manusia tak ada perasaan ke? Aku suami kau, salah ke kalau kau nak pergi mana-mana bagitahu dekat aku. Kau ingat kau keluar macam tu aku happy? Aku boleh suka ria?” Zaffrel menahan perasan. Makin lama makin dia dapat melihat hati Aura. Kau lansung tak bagi aku ruang untuk dekat dengan kau kan.
“Kau tak payah nak pura-pura risau la Zaff. Sebenarnya kau lagi bahagia bila aku tak ada. Tak ada orang perlukan aku saat ni. Semua orang benci aku. Aku penyebab kau dan Tasha tak jadi kahwin. Dan aku kecewa. Aku kecewa sebab kenal lelaki macam kau! Kau sanggup tinggalkan Tasha demi sebuah perkahwinan bodoh. Apa motif kau kahwin dengan aku sedangkan kau dah bertunang? “
“Aura..”
“Stop Zaff. Walaupun aku kahwin dalam keadaan yang aku sendiri tak pernah bayangkan, tapi aku selalu mengharapkan kebahagiaan. Aku selalu mimpikan sebuah kehidupan yang penuh dengan cinta. Kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Aku cuma perlukan seorang suami yang mampu terima aku dengan ikhlas walau macam mana sekali pun keadaan . Aku cuma perlukan seorang suami yang mampu terima baik buruk aku. Dan aku hanya perlukan seorang suami yang mampu jaga perasaan aku. Tapi aku sedar , aku tak layak dapat semua tu dari kau. Sebab aku kahwin dengan tunang orang, aku kahwin dengan lelaki yang takda hati. Sebab hati kau hanya pada Tasha. Aku bersyukur sangat sebab mampu jaga hati aku dari jatuh cinta pada kau. Sebab aku dah pernah kecewa, dan aku tak nak laluinya untuk kali kedua. Cukuplah aku mencintai lelaki yang ikhlas cintakan aku.” Air mata yang tak dipinta akhirnya mula keluar membasahi segenap wajah Aura.
Zaffrel tergamam. Adakah sebelum ni kau mampu terima aku sebagai suami kau? Adakah sebelum ni kau tertunggu-tunggu aku untuk terima kau? Aku silap, aku silap menilai kau.
“Aura, aku minta maaf. Aku tahu aku dah banyak buat kau sakit hati. Cuma, aku tak mampu untuk buat keputusan. Aku takut keputusan aku tu salah.” Zaffrel mula menekur lantai. Aku takut untuk cintakan kau , aku takut kau tak mampu nak jadi milik aku untuk selamanya. Aku tak kenal hati kau.
“Kau tak perlu buat keputusan, sebab kau dah ada jawapan. Kau sendiri cakap, perkahwinan kita adalah satu kesilapan. Hati kau hanya untuk Tasha. Kau milik Tasha bukan milik aku. Aku hanya pemusnah segalanya. Kau berhak bahagia. Pergilah, aku sedia untuk undur diri. Aku dah pernah rasa peritnya berpisah dengan orang yang kita sayang, aku tak nak kau rasa benda yang sama. Takpa, kau boleh pergi pada Tasha. Maafkan semua silap aku, izinkan aku untuk undur diri.” Aura menghadiahkan sebuah senyuman dalam tangisan. Aku redha, pergilah Zaff.
“Why Aura? Why? Kenapa kau pilih untuk berpisah? Bagi aku ruang untuk kenal hati kau. Bagi aku masa untuk jadi suami terbaik untuk kau.” Zaffrel menghampiri Aura. Namun Aura tetap melangkah menjauhi Zaffrel.
“Kau tak pernah faham aku! Aku tak nak cintakan kau! Aku tak nak bahagia atas penderitaan orang lain. Aku mampu cari kebahagiaan aku sendiri. Aku tak perlu semua tu dari kau. Pergilah Zaff, pergi! Kau sepatutnya ada dengan Tasha bukan dengan Aku.” Perlahan-lahan Aura melorot kebawah. Kenapa kau lemah sangat Aura? Kau dah janji nak jadi orang yang kuat. Mungkin bukan rezeki kau untuk tunaikan semua apa yang kau impikan.
“Aura..” Zaffrel turut merebahkan badannya lalu memeluk tubuh Aura.
“Pergi Zaffrel . Pergi! Aku tak nak ada dengan kau lagi .” Tubuh Zaffrel ditolak dari memeluknya.
“Kau dah benci aku ke Aura?” Mendatar sahaja suara Zaffrel. Sedaya upaya dia mengawal air matanya.
“Aku tak pernah cintakan kau.” Kata kata yang keluar dari mulut Aura membuatkan Zaffrel tergamam. Takpa aku faham, cinta aku tak seindah cinta Adrian.
“Baik, kalau itu yang kau nak. Aku akan pergi. Ambil la sebanyak mana pun masa yang kau nak. Cuma aku nak bagitahu, aku dah tak cintakan Tasha, bila aku sanggup akad nikah, maka aku sanggup terima isteri aku dengan ikhlas.” Zaffrel memejamkan matanya mengumpul segala kekuatan lalu dia terus beredar dari bilik tersebut.
Maafkan aku Zaff, tipulah kalau aku tak pernah ada perasaan terhadap kau dengan apa yang kau dah buat, cuma aku tak sanggup untuk cintakan kau. Aku takut kau akan pergi tinggalkan aku. Aku cuma nak kau jadi milik aku.
JAM sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Aura masih tidak dapat melelapkan mata. Zaffrel pula entah kemana, mungkin terkesan dengan kata-kata Aura. Aura mula rasa bersalah.
Iphone diatas meja sebelah katil dicapai. Iphone tersebut baru sahaja penuh dicharge kerana Aura baru sedar yang iphonenya kehabisan battery.
Aura tergamam saat melihat hampir 30 missed call daripada Zaffrel saat dia keluar dari rumah tanpa pengetahuan lelaki tersebut. Perasan bersalah mula menggunung. Aura cuba untuk menurunkan egonya, dia mendail number Zaffrel namun tidak dijawabnya. Setelah hampir 5 kali masih tidak berjawab Aura membaling iphonenya kebucu katil. Kau dah buat salah lagi Aura.
Aura kearah balkoni biliknya bagi menenangkan fikiran. Apa yang aku patut buat sebenarnya?
Mata Aura menoleh kearah cahaya seakan api tidak jauh dari balkoni bilik tidurnya.
Setelah diperhati dengan lebih tepat, Aura baru perasan bahawa itu adalah belon udara panas.
Siapa yang naik belon udara panas pukul 3 pagi ni?
Aura terkedu saat belon tersebut menghampirinya. Semakin dekat belon tersebut menghampiri balkoni bilik, Aura seakan dapat meneka figura yang berada didalam hot air balloon tersebut.
“Zaff? Hey” Aura melambai tangannya saat Zaffrel melambai tangan kearahnya.
Zaffrel mengambil iphonenya lalu menghubungi Aura. Aura dengan teruja terus menjawab panggilan.
“Turun bawah jap.” Pinta Zaffrel. Dia senyum segaris. Harap jadi la misi nak pujuk si Aura ni.
Tanpa menjawab Aura terus keluar dari rumah menghampiri hot air balloon yang mula mendarat dipekarangan rumah Dato Malek.
“Zaff kau buat apa ni? Pukul 3 pagi naik benda ni?” Aura tayang wajah tidak percaya. Kejadian yang berlaku antara dirinya dan Zaffrel sebentar tadi sudah lenyap entah kemana.
“Nak naik? Jom.” Zaffrel menarik tangan Aura lalu memasuki belon tersebut.
“Tapi ni dah pukul 3 pagi. Lagipun aku takut tinggi.” Aura cuba memberi alasan saat belon tersebut mula terbang keatas. Tolong faham aku ni takut tinggi.
“Well, You will be happy when we are up there.” Zaffrel memeluk pinggang Aura saat melihat wajah Aura yang mula ketakutan. Aura hanya membiarkan sahaja pelukan Zaffrel. Dia lebih selesa berkeadaan begitu. Lebih selamat.
Suasana langit saat itu dipenuhi bintang membuatkan Aura semakin teruja. Perasaan sedih dan takut lenyap begitu sahaja. Senyuman Aura mula melebar. Satu persatu bintang diperhati olehnya. Zaffrel turut tersenyum melihat kegembiraan Aura saat ini. Kau dah banyak kali sedih, mungkin ini masanya untuk kau gembira. Zaffrel mengeratkan lagi pelukan saat Aura terlalu khusyuk menikmati keindahan langit dan bintang ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Syukur Alhamdulillah.
Esok sy dh exam, so kurang sikit la update ye.. selamat membaca.. pujuk baik” Aura tu ye Zaff, Aura ni kejap okay kejap tak.. pandai buat masalah pandailah pujuk ^_^
Share this novel