JDMA-28 (CULIK)

Romance Series 66915

(CULIK)

“DADDY buat apa dekat sini?” Soal Zaffrel dengan kerutan didahi.

“Daddy yang patut tanya Zaff, Zaff buat apa dekat sini?” Soal Dato Malek dengan nada yang agak keras.

Zaffrel senyum sinis.

“Kenapa sekarang baru nak tanya? Sebelum ni daddy tak pernah peduli pasal Zaff pun.” Zaffrel menyilangkan tangannya kedada.

“Siapa yang tak pedulikan Zaff hah? Yang Zaff sampai nak kerja dekat sini dah kenapa? Habis syarikat daddy siapa nak urus?” Suara Dato Malek agak meninggi. Aura terus ke muka pintu lalu menutup pintu. Tidak mahu pekerjanya yang lain mendengar pergaduhan tersebut.

“No daddy tak pernah pedulikan Zaff. Dari Zaff kecil sampai la sekarang Zaff tak rasa pun daddy pedulikan Zaff. Dari dulu lagi daddy, Zaff dah perasan yang daddy selalu nak jauhkan diri dari Zaff. Zaff dah bahagia dengan cara Zaff sekarang. Bukankah seorang ayah sepatutnya mengutamakan kebahagiaan anak dia?” Zaffrel bangun dari kerusi. Dia berjalan menghampiri Dato Malek sambil mengunci tangannya kebelakang.

“Baguslah kalau kau dah sedar. Yes aku memang tak suka kau dari dulu lagi. Sejak kau lahir lagi aku nak mummy gugurkan kau. Tapi tu la, mummy kau cakap kalau dia gugurkan kau aku tak dapat satu sen pun harta dia. Jadi terpaksalah aku hadap muka kau dua beradik tu.” Terang Dato Malek dengan tenang.

Zaffrel dan Aura yang mendengarnya sudah tergamam. Begitu sekali Dato Malek membenci anaknya.

“Demi harta? Jadi semua ni bukan harta daddy la!? Apa yang daddy dah buat hah? Atau semua ni harta Zack...”

“Diam Zaffrel!” Tengking Dato Malek.

Zaffrel senyum sinis.

“Daddy, Zaff dah tak perlu kerja dekat syarikat tu lagi. Kalau daddy nak cari orang untuk uruskan syarikat tu, apa kata daddy suruh Adrian. Dia pun anak mummy kan?” Zaffrel cuma menambah api amarah Dato Malek.

“Macam mana Zaff...”

“Or daddy, suruh je Linda. Daddy cakap Linda anak tiri daddy. So Linda pun boleh urus syarikat tu.” Tambah Aura pula. Serentak dengan itu, Zaffrel dan Dato Malek memandang kearah Aura.

“Anak tiri?” Soal Zaffrel dengan penuh kerutan di dahinya.

“Yes anak tiri. Mula - mula Aura rasa bodoh sebab rahsiakan semua ni dari abang. Yela daddy sendiri sumpah Aura, kalau Aura cakap daddy sumpah yang kita tak akan bertemu lagi. Tapi daddy silap. Jodoh Aura ditangan Allah bukan ditangan Daddy.” Bidas Aura lagi.

“Baguslah, rasanya kau memang nak lihat apa itu erti jodoh ditangan aku pula. Well, sikit pun aku tak takut dengan keberanian bodoh kau. Nak bagitahu satu dunia pun takpa. Cuma jangan salahkan aku kalau sumpah aku tu kena pada kau!” Dato Malek terus keluar dari tempat yang mampu membuatkan dirinya hilang kawalan.

“Abang , Aura nak minta maaf sebab...”

“Dah sayang, takpa. Abang dah cakapkan abang dah tak nak peduli dengan semua ni. Nak jadi apa jadikan. Daddy nak kahwin dengan Linda ke apa lantak diorang la. Yang penting kita bahagia dengan hidup kita sendiri.” Tubuh Aura dipeluk sesaat. Zaffrel melabuhkan ciuman pada dahi isterinya itu. Biarlah daddy benci aku, asal Aura tetap dengan aku.

“Jom kita pergi lunch. Isteri abang ni mesti lapar kan.” Hidung Aura dicuit manja.

“Abang, janji tau jangan tinggalkan Aura. Kalau Aura pergi jauh nanti, jangan putus asa cari Aura. Abang jadi milik Aura selamanya tau.” Aura mendongak sedikit kepalanya memandang wajah Zaffrel. Sayu sahaja hatinya saat ini.

“Selagi abang bernyawa, sayanglah bidadari dunia akhirat abang. Tiada yang lain selain sayang. Dah tak nak cakap macam ni lagi. Jom lunch.” Tangan Aura dipimpin lalu beredar dari tempat tersebut.

CAHAYA MATAHARI yang terik betul - betul tegak di atas kepala. Aura keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Zaffrel yang turut melakukan perkara yang sama.

“Abang panas sangat la hari ni. Aura tak boleh kalau panas macam ni, mudah nak pening.” Aura memegang kepalanya. Rasa dah nak rebah terus dekat sini. Ni la antara punca aku takkan masuk kawad zaman sekolah dulu.

“Sayang okay tak? Kalau tak kita balik.” Soal Zaffrel penuh prihatin.

“Ish kita dah sampai depan kedai dah, jom la masuk dekat dalam sejuk tahan sikit pening ni.” Tanpa menunggu lagi Zaffrel terus membawa Aura masuk kedalam restoran pilihan mereka.

“Sayang nak order apa?” Soal Zaffrel.

“Give me Lemon Ricotta Pasta, Bruschette salad, shrimp oreganata and iced lemon tea.” Ujar Aura kepada pelayan kedai.

“Banyaknya sayang makan? Habis ke?” Soal Zaffrel dengan terkejut sehingga terbantut misinya untuk mencari hidangan yang sesuai buat dirinya.

“Aura lapar la. Erkk add on strombolli okay.” Ujar Aura kepada pelayan itu lagi.

“Tambah strombolli pula. Banyak betul sayang makan eh, gemuk la lepas ni.” Zaffrel menggelengkan kepalanya. Aura dengan makanan memang tak boleh berpisah.

“Give me Fusilli Primavera Pasta and fresh orange juice, thank you.” Pesan Zaffrel pula.

Zaffrel kembali memandang kearah Aura yang hanya beriak biasa.

“Kalau tak habis macam mana?” Soal Zaffrel. Bukan nak berkira soal makan, cuma dia tidak mahu Aura membazir.

“Abang yang habiskan simple.” Jawab Aura.

“Ish budak ni, kalau gemuk macam mana?” Soal Zaffrel lagi.

“Abang cakap nak sayang Aura sampai bila - bilakan. Aura gemuk pun abang tetap sayang juga.” Balas Aura selamba.

“Ada je modal dia menjawab. Nasib comel.”

ZAFFREL meraba - raba poket seluarnya. Dia menggaru kepalanya saat tersedar bahawa kunci keretanya tiada bersamanya saat ini.

“Kenapa abang? Ada apa - apa yang hilang ke?” Soal Aura.

“Kunci kereta takda.” Zaffrel menoleh kearah restoran tadi. Kelihatan seorang pelayan sedang berdiri dihadapan pintu sambil mencari seseorang. Jelas kelihatan kunci kereta Zaffrel bersamanya.

“Sayang tunggu kejap, abang nak ambil kunci kereta dekat sana. Aduh macam mana boleh tertinggal ni.” Zaffrel terus berjalan mendekati pelayan tersebut.

“Thank you” ucap Zaffrel lalu menghadiahkan sebuah senyuman terhadap pelayan lelaki tersebut.

“Abang!!....”

Dengar sahaja jeritan kuat daripada Aura, Zaffrel terus menoleh dengan pantas. Luruh hatinya saat melihat Aura sudah dibawa oleh sebuah van putih.

“Shit!” Zaffrel terus berlari kearah keretanya dan terus mengejar kereta tersebut.

Aura cuba untuk memboloskan dirinya daripada terus diikat, namun usahanya sia sia sahaja apabila ikatan pada kaki dan tangannya begitu kuat.

“Lepaslah!” Jerit Aura namun tiada seorang pun berani bersuara.

Aura semakin geram dan hilang kawalan. Dia mengangkat kakinya yang sudah diikat lalu menendang kuat lelaki disebelahnya. Lelaki tersebut menyeringai kesakitan.

Namun Aura masih tidak dapat melakukan apa - apa saat lelaki disebelah kanannya pula mula memperbanyakkan ikatan pada kaki dan tangan Aura.

“Lepaskan aku! Apa yang korang nak hah!” Tengking Aura sambil dirinya agresif cuba untuk melepaskan ikatan yang mustahil untuk dilepaskan.

“Aku cuma nak tunaikan apa yang kau mahu....”

Aura tergamam. Suara tu, jelas dan terang suara Dato Malek.

“Kau nak apa hah orang tua? Aku tak faham la apa jenis ayah kau ni.” Aura senyum sinis. Kau memang cari nahas dengan aku la orang tua.

“Aku dah cakap, jangan cabar aku. Aku tak nak kau kahwin dengan Zaffrel. Apa sekali pun yang terjadi Zaffrel tetap kena kahwin dengan Linda. Aku akan hapuskan kau dekat dunia ni.” Dato Malek menoleh ketempat penumpang belakang. Kepalanua Aura ditunjal seketika sebelum dia kembali memandang ke arah hadapan.

“Kau memang ayah yang paling kejam aku pernah jumpa. Zaffrel anak kandung kau, Linda tu hanya anak tiri. Kenapa kau ni bodoh sangat hah?” Aura menarik nafas sedalam dalamnya. Jodoh aku ditangan Allah bukan ditangan kau.

“Meh sini aku kasi tau, aku nak kau tahu segalanya sebelum kau mampus. Jadi bila kau dah tahu segalanya, kau dah mampus dah lepas ni. Zaffrel akan kahwin dengan Linda.”

“Macam ni ye sayang, harta mummy Zaff tu sebenarnya harta Zack, Zack serahkan segala harta dia dekat isteri dia. Tapi aku fitnah Zack macam - macam agar mummy kahwin dengan aku dan harta tu akan jadi milik aku. Tapi tak sangka pula mummy kau tu tak nak serahkan harta dekat aku. Dia tak ambil perancang waktu kami bersama, dan aku dapat tahu dia pregnant, aku taknak anak tu.”

“Tapi dia ugut aku, kalau aku paksa lagi dia gugurkan anak tu, aku tak dapat satu sen pun harta dia. So aku terpaksa hadap dua ekor manusia tu. Tapi aku ditipu lagi, mummy serahkan semua harta dia atas nama anak dia. Dan Zaffrel pula bodoh sebab buat perjanjian yang dia akan serahkan semua harta dia pada isteri dia. Jadi kau dah faham kenapa aku aku taknak kau jadi isteri dia?” Dato Malek gengam penumbuk. Puas hati aku!

“Kau dah tua Malek, kubur cakap datang rumah cakap pergi. Tapi masih gilakan harta. Sebab tu kau sesuai jadi bodoh. Kalau kau nak bunuh aku sekali pun silakan, setitik darah aku keluar sebab kau, sejuta kali aku tak akan maafkan kau.” Aura memandang tajam kearah Dato Malek. Aku tak pernah jumpa manusia sekejam ini. Demi harta, kekayaan mereka lalai dengan wujudnya Allah SWT.

“Bob pengsankan dia, aku dah serabut dengan perempuan ni.” Arah Dato Malek sambil tersenyum sinis.

Aura memejamkan matanya dan membiarkan sahaja mulut dan hidungnya diketup dengan kain tebal lalu hanya dengan beberapa saat sahaja akhirnya dia melelapkan mata.

TERRY dan orang suruhan Zaffrel yang lain terus berlari mendapatkan Zaffrel begitu juga dengan Ilham yang turut serta berada disitu.

“Zaff kau dapat kesan tak kedudukan Aura?” Soal Ilham dengan cemas.

“Ilham, aku .. aku dah tak tahu.. aku buntu.. Aura.. Aura tak tahu kat mana... aku.. aku.. buntu.. aku..” Zaffrel seakan tidak mampu bersuara. Kejadian seketika tadi masih segar difikirannya.

‘janji tau jangan tinggalkan Aura. Kalau Aura pergi jauh nanti, jangan putus asa cari Aura’

Kata - kata Aura seketika tadi mula menyerang jiwa Zaffrel. Dia terlalu takut untuk kehilangan insan yang dicintainya.

“Zaff tenang, kalau aku tak tenang macam ni, macam mana kau nak fikir pasal Aura. Kita doakan yang terbaik buat Aura.” Bahu Zaffrel dipegang oleh Ilham bagi menyalurkan kekuatan.

“Aku tak mampu. Aku takut. Aku takut untuk kehilangan Aura. Aku tak sanggup. Aura dah tinggalkan aku, aku nak dia ada dengan aku sekarang. Aku gagal lagi. Aku gagal lindungi dia” Zaffrel merebahkan lututnya ketanah. Dia menunduk menahan perasan.

“Zaff, tenang. Aura perlukan kau saat ini. Kau kena kuat . Kalau kau lemah dia pun akan lemah. Kau kena kuat untuk dia. Kau boleh.” Ilham menepuk bahu Zaffrel berkali - kali. Sepanjang dia bersama Zaffrel tidak pernah sekali pun dia melihat keadaan Zaffrel seteruk ini.

“Tolong aku Ilham, tolong aku cari Aura.”

“Aku akan sentiasa bantu kau, Zaff”

“Kami pun tuan. Kami setia ada dengan tuan. Kami sedia bantu tuan.” Terry dan yang lain turut bersuara.

Zaffrel terharu dengan kesetiaan Ilham dan orang suruhannya. Aku sangat bertuah sebab mereka setia bersama aku. Terima kasih.

“Terima kasih semua. Aku perlukan kekuatan dari korang semua. Terima kasih.” Ucap Zaffrel dengan sebak.

PERLAHAN - LAHAN Aura membuka matanya. Kelihatan Linda dan Dato Malek berdiri menghadap dirinya.

“Sedar pun kau , aku ingat kau dah mampus!” Bidas Linda lalu duduk melutut dihadapan Aura.

Aura hanya mendiamkan diri sahaja. Kepalanya yang pening menyukarkan lagi dia untuk melawan .

“Aku akan call Zaff, and aku nak kau minta cerai dengan dia. Kau cakap je kalau dia tak ceraikan kau, kau akan mati. Faham?” Soal Linda lalu menghubungi Zaffrel.

Saat melihat sahaja nama Aura terpapar di screen telefonnya, dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Sayang, sayang dekat mana ni? Ya Alllah sayang okay tak?” Soal Zaffrel dengan cemas. Jelas kedengaran tangisan dari sang suami.

Linda memberi arahan kepada orang suruhan Dato Malek untuk bercakap. Dia tidak mahu Zaffrel mengetahui bahawa dirinya adalah penculik Aura. Dato Malek hanya menjadi pemerhati.

“Cakap cepat!” Arah lelaki itu dengan tegas.

“Kau siapa! Jangan kau berani sentuh isteri aku!” Tengking Zaffrel dari talian.

“Aku nak kau ceraikan Aura sekarang! Kalau kau tak buat apa yang aku nak, isteri kau akan mati!” Tegas sahaja suara lelaki tersebut.

Zaffrel mula gelisah. No no jangan apa - apa kan isteri aku.

“Jangan kau berani sentuh isteri aku!” Zaffrel mula menangis teresak - esak. Aura turut sebak mendengar tangisan Zaffrel.

“Abang, jangan. Walau nyawa Aura yang jadi gantinya, jangan ceraikan Aura. Biarlah Aura pergi dengan gelaran seorang isteri. Isteri kepada Tengku Zaffrel Luftman.”

Pak!

Wajah Aura terus ditampar kuat oleh Linda.

“Arghhhh!” Aura menyeringai menahan sakit. Bibirnya mula mengeluarkan cecair merah.

“Sayang!!!!!”

Panggilan terus diputuskan oleh Linda.

Zaffrel menangis teresak - esak. Seperti jiwanya sudah hilang ditelan bumi. Seperti hidupnya sudah hancur dilanda ombak. Seperti nyawanya sudah terbang ditarik malaikat.

“Ya Allah isteri aku. Ya Allah selamatkan isteri aku. Selamatkan bidadari aku. Aku tak kuat Ya Allah.” Bergetar hiba suara Zaffrel.

Ya Allah jika ini pengakhiran bagi isteri aku, kau tariklah nyawa ku sekali. Aku tak mampu hidup tanpa dia disisi ku. Semoga kita bertemu di syurga sayang.

Banyak lagi yang tergantung, nanti Rose cerita nanti ye.. ^_^

Share this novel

Yasmin Cyg
2021-08-10 22:19:26 

sumpah merinding dgn ap yg di ckap zaff and aura,,,ya Allah


NovelPlus Premium

The best ads free experience