Chapter 10

Other Completed 8441

10

Pelajar-pelajar tigkatan 3Daisi lelaki bergabung bersama pelajar 3Anggerik untuk kelas agama. Misha duduk di sebelah tigkap dan sebelahnya tidak lain tidak bukan Fasha. Seperti biasa, Fasha dan Misha berbual-bual sebelum kemasukan guru agama, Ustazah Nazra.

“Fasha, budak kelas 3Daisi ni semuanya hampeh kan?” soal Misha.

“Agak ar. Takde sape yang memikat hati aku,” ujar Fasha.

“Kalau kau ada minat sesiapa, bagilah tau aku!” ujar Misha.

“Nak buat apa?” soal Fasha.

“Boleh aku usha kan untuk kau,” jawabMisha bersahaja.

“Banyaklah kau punya usha!”jeling Fasha.

Kelas yang tadinya seperti pasar malam terus sepi apabila Ustazah Nazra melangkah masuk.Automatik mereka semua bangun dan memberi salam serta berdoa. Selepas sahaja berdoa, Ustazah Nazra memulakan pembelajaran.

Fasha memandang ke hadapan dan serentak itu jantungnya berdegup kencang. Fasha terpaku melihat sesusuk tubuh. Fasha mencuit riba Misha.

“Apa?” soal Misha perlahan. Takut ustazah dengar.

“Tu,” jawab Fasha seraya muncungnya menunjukkan ke arah pelajar tadi. Misha lantas melihat ke arah yang ditunjukkan Fasha. Kemudian dia berpaling ke Fasha.

“Don’t tell me...” sengaja Misha tidak mahu menghabiskan ayatnya.

“Tak lah! Mana ada, Misha,” ujar Fasha. Misha menggeleng-gelengkan kepala dan kemudian memberi perhatian kepada ustazah yang mengajar.
“Fasha! Kau minat dia ke?” soal Misha.

“Taklah,” jawab Fasha.

“Then?” soal Misha lagi cuba mengorek rahsia.

“Entah. Dia cute!”jawab Fasha lagi.

“Fasha, wake up please!” ujar Misha sambil menggoncang-goncangkan badan Fasha.

“Aku okay lah wei,” ujar Fasha seraya menepis tangan Misha.

“Ye lah. Jangan jadi angau sudah,” nasihat Misha.

“Baik puan!” ujar Fasha bergurau.

* * *

Fasha merenung anak mata coklat itu diam-diam. Entah kenapa, hatinya terasa damai melihat lelaki itu. Lelaki yang perasan akan pandangan Fasha menoleh ke arah Fasha. Cepat-cepat Fasha melarikan matanya ke arah ustazah. Berdetak kencang dada Fasha.

Sekali lagi Fasha mencuba tetapi malang lelaki itu juga sedang memandang Fasha. Merah pipi Fasha yang putih melepak itu kerana malu. Misha yang sedar perubahan Fasha mencuit bahu Fasha.

“Nama dia Hatta,” kata Misha.

“Siapa?” soal Fasha.

“Budak yang kau renung tu nama dia Hatta,” ujar Misha sekali lagi.

“Mana ada aku renung dia!” sanggah Fasha.

“Tak payah nak tipu aku,” kata Misha.

“Chop.. chop... How do you know that?” soal Fasha.

“Tau apa?” soal Misha kebingungan.

“Nama dia lah,” ujar Fasha.

“Nametag lah!” jawab Misha. Fasha hanya tersengih seperti kerang busuk mendengar jawapan Misha. Dalam hati dia memaki diri sendiri. Macammana lah dia tak perasan nametag budak tu?

Apa nama dia tadi? Hatta? Sedap nama dia macam mata dia jugak.

“Nur Fasha dan Misha! Apa kamu berdua bualkan tu?” soal Ustazah Nazra. Sepantas kilat muka Fasha dan Misha memandang ustazah. Fasha sudah rasa terbakar kulitnya menahan malu tetapi Misha boleh pula tersengih-sengih.

“Tak penting pun ustazah! Pelajaran ustazah lagi penting!” Misha memberi alasan. Ustazah menggeleng-gelengkan kepalanya. Misha dengan sengihannya menunjukkan isyarat tangan peace.

“Apa-apa lah kamu ni, Misha!” ujar Ustazah Nazra dan kemudian sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

* * *

Amirul melangkah menuju ke Misha. Misha memandang Amirul dengan reaksi yang pelik.

“Apa halnya?” soal Misha sambil memandang tepat ke wajaah Amirul.

“Kau dengan Aliff Iman budak form four sekolah lainkan?” soal Amirul.

“ Ya, mana kau tahu?” soal Misha sambil mengangkat sebelah keningnya.

“Ramai orang cakap. Dia dulu sekolah ni kan?” soal Amirul lagi.

“Ye lah,” jawab Misha pendek.

“Kau tak rindu dia ke?” soal Amirul.

“Hey, can you please tell me what you want,” ujar Misha mendatar.

“Nak nombor Fasha!” jawab Amirul.

“Kau nak buat apa?” soal Misha pelik.

“Bukan aku tapi Hatta yang nak,” jawab Amirul.

“Sorry but I have to ask Fasha first,”ujar Misha.

“Ala, bagi je lah. Aku gerenti Fasha takkan marah punya. Kan dia pun suka Hatta,” ujar Amirul.

“Tak boleh Mirul, aku kena tanya dia jugak. Balik nanti aku bagi jawapan,” ujar Misha bersungguh-sungguh.

“Ye lah,” ujar Amirul seraya melangkah keluar dari kelas 3 Anggerik. Selang beberapa minit, Fasha pula masuk.

“Ada orang minta nombor kau, Fasha,” ujar Misha.

“Siapa?” soal Fasha pelik. Setahunya dia tidaklah begitu rapat dengan orang lain.

“Hatta,” jawab Misha pendek.

“Really?”soal Fasha. Matanya bersinar-sinar.

“Amirul bagitahu. So should I give your number to him?” soal Misha.

“Of course!” jawab Fasha girang. Misha tersengih mendengar jawapan Fasha.

* * *

Misha menghulurkan sekeping kertas bersama dengan nombor Fasha. Amirul menyambut dengan senyuman panjang.

“Terima kasih,” ucap Amirul.

“Sama-sama,” jawab Misha.

Misha terus melangkah bersama beg sandangnya ke arah pintu pagar sekolah. Fasha sudahpun balik tadi. Misha melangkah lesu ke arah basnya. Dipilihnya tempat yang paling belakang agar dia selesa. Tiba-tiba satu suara yang dikenalinya menegur.

“Sorang je?” soal lelaki itu.

“Aliff Iman?” jerit Misha gembira. Aliff Iman tersenyum seraya mengambil tempat di sebelah Misha.

“What are you doing here?Bukan ke sepatutnya Aliff Iman dekat asrama?” soal Misha.

“Nak jumpa Misha lah. Rindu sangat! Kan esok hari sabtu. Giliran Aliff Iman balik pula. Pagi-pagi lagi dah balik,” jawab Aliff Iman.

“Misha pun rindu sangat dekat Aliff Iman,” ujar Misha girang.

“Siapa lelaki tadi?” soal Aliff Iman.

“Lelaki mana?” soal Misha kembali.

“Yang Misha bagi kertas tadi tu,” ujar Aliff Iman.

“Ohh that guy. Dia budak 3Daisi. Kenapa?”

“Saja tanya,”

“Ye ke? Bukan Aliff Iman jealous ke?”usik Misha.

“Jealous tu taklah cuma cemburu je,” ujar Aliff Iman. Misha tergelak bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience