Chapter 18

Other Completed 8441

18

Fasha terus sahaja masuk ke ym nya dan didapati ada satu kenalan yang mahu menambah dirinya. Zul_grunge, mungkin Zul kot. Fasha terus sahaja menekan add.

Kemudian Zul_grunge menghantar mesej.

Zul_grunge : Hai princess!

Teletubies : Hai!

Zul_grunge : Fasha kan kan?

Teletubies : Ye, Fasha sini! Sana pula?

Zul_grunge: Zul lah.

Teletubies : Awak online dekat mana?

Zul_grunge: CC lah. Saya mana ada internet dekat rumah lainlah macam awak.

Teletubies : Saya rasa saya nampak awak lah.

Zul_grunge : Mana?

Teletubies : Cuba awak pandang belakang.Saya dekat belakang awak!

Zul_grunge : Mana?

Fasha ketawa melihat ayat Zul.

Zul_grunge: Awak tipu saya ye?

Teletubies : Hahaha

Zul_grunge: Nakal nya!

Teletubies : Jangan marah!

Zul_grunge: Saya takkan marah awak punya.

Fasha membaca sekali lagi mesej Zul. Kemudian dia tersengih nakal.

Teletubies : Kenapa?

Zul_grunge: Sebab awak ni cute! :))

Teletubies : Bodek lagi.

Zul_grunge : Tak bodek lah. Saya ikhlas!

Teletubies : Ikhlas ye?

Zul_grunge : Ikhlas lah.

Zul_grunge : Kenapa tak percaya?

Teletubies : Kalau saya cakap tak macammana?

Fasha menunggu balasan Zul. Seminit dua minit tetapi tiada balasan. Akhirnya Fasha menghantar sesuatu.

Teletubies : Buat apa?

Zul_grunge : Tengah belah hati nak tunjukkan awak yang saya ni ikhlas

Zul_grunge : Baru awak percayakan?

Teletubies : Ye lah pak cik.

Zul_grunge : Ehh kalau saya pak cik, awak tu makcik!

Teletubies : Kenapa pulak?

Zul_grunge : Kita kan suami isteri.

Zul_grunge : Mana boleh sorang nenek sorang pak cik. Tak adilkan?

Teletubies : Apa pulak?

Teletubies : Ehh ehh, bila masa kita kahwin ni?

Zul_grunge : Baru tadi.


Fasha tak membalas. Fasha hanya memandang kosong skrin laptop nya.

Zul_grunge : Ehh saya out dulu. Masa dah habis.

Zul_grunge : Bye, take care!

Teletubies : Bye and take care too:))

Fasha pun keluar daripada rangkaian yahoo mesenger itu apabila dilihat Zul_grunge is offline. Kemudian, Fasha memandang kosong wallpaper laptop kesayangannya. Gambar Fasha dipeluk oleh mama dan papa.

Fasha kesal sangat kerana sebelum mamanya menghembuskan nafas terakhir, Fasha tidak melayan mamanya. Apatah lagi sebelum ini dia tidak meminta izin mamanya sebelum keluar daripada rumah. Dan pemergian mamanya juga ketika Fasha tiada di sampingnya. Menyesal!

Fasha menitiskan air mata namun cepat-cepat disekanya.

“Ye, aku harus kuat! Apa yang penting, semangat!” ujar Fasha sambil megukir satu senyuman. Senyuman yang penuh erti.

* * *

Minggu terakhir persekolahan dilalui Fasha dengan tenang. Pembelajaran pun sudah tamat jadi mereka hanya bermain permainan yang dibawa daripada rumah. Fasha yang bosan duduk di kelas mengambil keputusan untuk keluar meronda sekolah bersama Misha.

“Misha, kau dengan Aliff Iman dah berapa lama?” soal Fasha.

“Setahun lebih dah,” jawab Misha bangga.

“Kau tahu tak, korang ni gila sweet!” ujar Fasha.

“Aku tahu tu,” ujar Misha besama tawa halusnya. Fasha pun tergelak.

“Misha, kadang-kadang aku jealous dengan kehidupan kau,” ujar Fasha jujur.

“Apa yang kau jealous?” soal Misha ingin tahu.

“Kau ada keluarga yang bahagia dan sempurna. Kau ada seorang emak dan seorang ayah dan juga adik. Aku pulak takde ibu dan takde adik. Yang aku ada hanyalah ayah aku. Itupun asyik balik lewat je.” Fasha mengesat pelupuk matanya.

“Dah lah Misha, jangan nangis-nangis!” pujuk Misha.

“Aku tak nangis lah. Aku okay!” ujar Fasha sambil mengukirkan satu senyuman manis. Misha menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai Fasha.

“Kau ada seorang boyfriend yang sayang kau sangat-sangat dan ambil berat pasal kau tapi aku? Cinta lelaki kepada aku tak pernah ikhlas tapi Aliff cinta kau ikhlas. Aku dapat rasa perasaan Aliff dari cara dia pandang kau,” Fasha menerangkan lagi.

“Dan kau juga punya kehidupan yang bahagia. Tapi kehidupan aku kucar-kacir. Malahan penuh dengan masalah,” ujar Fasha.

“Fasha, mungkin kau tak tahu, aku dengan Aliff bukanlah sebahagia mana pun. Mungkin dari mata kasar nampak aku dan dia bahagia, tiada masalah dan ramai orang kata kitorang ni sweet. Tapi sebenarnya kau tak tahu,aku dengan Aliff Iman banyak perbezaan. Seringkali kitorang bergaduh sebab benda kecil tapi takdelah sampai putus,” terang Misha.

“Maksud kau?” soal Fasha.

“Contoh, aku suka warna putih, dia pula suka warna hitam. Kan putih dengan hitam tu berlawanan. Bila keluar Aliff paksa aku pakai baju hitam padahal aku benci warna tu. Kau pun tahu kan? Dia paksa aku jugak dan disitulah kitorang bergaduh. Silly right? “ Misha tergelak kecil. Fasha pun sama.

“Lagi?” soal Fasha berminat.

“Dia suka makanchocolate tapi aku sedikit pun tak suka. Kadang-kadang dia bagi aku chocolate sebagai hadiah. Aku kan jenis yang terus-terang dan dia pulak jenis yang suka membebel. Jadi apa lagi, bergaduh lah,” cerita Misha.

“Kelakar lah kau ni,” ujar Fasha.

“Bahagia tu memang bahagia. Dia pandai jaga aku. Dia pun jenis yang suka memujuk dan aku pula suka merajuk. Sifat kitorang memang berlawanan tau,” ujar Misha lagi.

“Tapi tu lah yang sweet nya. Kalau korang mendatar je pun bosan juga,” ujar Fasha.

Kemudian mereka tergelak-gelak mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience