Chapter 32

Other Completed 8441

32

Fasha melangkah ke kelas bersama Misha dan juga Aliff Iman. Hatinya masih belum sembuh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana nak merawat hatinya.

“Fasha dah lupakan Zul?” soal Aliff Iman tergak-agak. Fasha yang sedang berjalan automatik memberhentikan langkahnya. Aliff Iman dan Misha berpandangan sebentar. Kemudian mereka memandang Fasha yang menunduk memandang lantai.

“Sorry,” ujar Aliff Iman seba salah.

“Takpe,” ujar Fasha sepatah kemudian mengangkat muka memandang Aliff Iman dan Misha.

“Dahlah, jangan cakap pasal dia lagi. Buat sakit hati je. Jomlah masuk kelas,” ujar Fasha seraya melangkah ke hadapan. Misha dan Aliff Iman berpandandang sebentar dan kemudian mereka mengikuti langkah Fasha.

Tiba di satu persimpangan, Fasha nampak Zul sedang berbual-bual mesra dengan seorang perempuan yang memang Fasha kenal. Nama perempuan itu Teha, budak kelas 4Daisi.

Fasha memandang sejenak ke arah mereka. Misha dan Aliff Iman yang sedar keadaan Fasha segera menarik tangan Fasha untuk beredar.

“Jom lah Fasha. Dah lewat dah ni,” ujar Misha seraya menarik tangan Fasha. Fasha mengalihkan pandangan ke arah Misha dan segera mengikut Misha. Aliff Iman pula berjalan seiringan dengan Misha.

Zul memandang Fasha daripada jauh. Zul sedar Fasha memandangnya tadi kerana daripada ekor matanya dia dapat rasakan seperti ada orang yang memerhatikannya. Zul mengeluh.

Sampai di hadapan kelas, Fasha memandang Aliff Iman. Misha memandang Aliff Iman juga meminta penjelasan.

“Any explaination for that?” soal Fasha kasar.

“Aliff Iman, you better tell the truth,” ujar Misha pula.

“Aliff tak tahu apa-apa lah. Sumpah, Aliff tak tahu pasal tadi. Kalau dia curang, mestilah Aliff bagitahu dekat korang. Buat apa Aliff nak simpan benda tak elok tu daripada korang. Lagipun Aliff memang tak berapa kenal dengan Zul tu. Aliff kenal macamtu macamtu je lah,” terang Aliff Iman.

“Betul ni?” soal Fasha.

“Betul. Cuba korang fikir, buat apa Aliff nak simpan hal tu dekat korang. Takkanlah Zul nak cerita benda tu dekat Aliff sedangkan kitorang bukannya rapat sangat. Lagipun Aliff kan boyfriend Misha, bodohlah dia kalau dia bagitahu dekat Aliff,” ujar Aliff Iman lagi.

“Aliff cuba siasat, diorang berdua tu couple or what,” ujar Fasha.

“Okay!” ujar Aliff Iman.

“Aliff Iman baliklah kelas dulu. Nanti lewat pula masuk kelas,” ujar Misha. Aliff Iman mengangguk dan kemudian melangkah balik ke kelas. Fasha dan Misha berpandangan.

“Fasha, bawa bertenang,” ujar Misha.

“Kalau dia couple dengan perempuan tu, aku akan pastikan hubungan diorang hancur! Kau jadi saksinya, Misha! Hubungan diorang akan hancur! Biar perempuan tak guna tu rasa apa yang aku rasa,” ujar Fasha tegas sambil berlalu ke kelas.

Misha terdiam mendengar kata-kata Fasha. Akhirnya Misha menuruti langkah Fasha memasuki kelas.

* * *

Entah kenapa, hati Fasha rasa tidak sedap. Fasha memandang ke luar. Dilihatnya Tan Sri Roslan sedang bercakap dalam telefon dengan muka yang berkerut. Dan Fasha dapat rasakan, Tan Sri Roslan sedang bercakap dengan seseorang yang penting baginya kerana sekejap-sekejap Tan Sri Roslan tersenyum dan sekejap Tan Sri Roslan berkerut.

Fasha mengamati pergerakan mulut Tan Sri Roslan hinggalah Tan Sri Roslan menghabiskan perbualannya. Yang Fasha dapat tangkap ialah ucapan ‘I love you’.

Hati Fasha berdegup kencang. Dia dapat rasakan Tan Sri Roslan sudah berkahwin tanpa pengetahuannya. Fasha cuba mengingati perangai pelik Tan Sri Roslan selepas hasratnya ingin berkahwin lagi ditolak Fasha.

Fasha dapat lihat ke mana Tan Sri Roslan pergi, telefon bimbitnya sering dibawa ke mana-mana. Fasha juga dapat lihat Tan Sri Roslan selalu bercakap lembut dengannya dan apa jua yang Fasha inginkan pasti diturutnya. Duit perbelanjaannya juga sudah dinaikkan seratus ringgit.

Fasha berfikir secara logik. Kalau diikutkan secara logik juga, Tan Sri Roslan memang sudah berkahwin tanpa pengetahuannya. Tanpa Fasha sedar, air matanya gugur.

Fasha segera melangkah turun anak tangga dan terus ke hadapan Tan Sri Roslan. Tan Sri Roslan memandang Fasha dengan muka yang hairan. Air mata Fasha deras mengalir. Fasha menyeka kasar air mata. Ditarik nafasnya mencari kekuatan.

“Bagi handphone papa!” ujar Fasha kasar. Tan Sri Roslan bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Fasha.

“What’s wrong?” soal Tan Sri Roslan.

“Kenapa tak nak bagi?” soal Fasha lagi. Nadanya masih tak berubah.

“Itukan privacy papa,” ujar Tan Sri Roslan lembut.

“Privacy? Privacy apa pa?” ujar Fasha.

Diam. Tangisan Fasha juga sudah semakin reda. Hanya tinggal perasaan marah, benci dan meluat bercampur menjadi dendam. Fasha menarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembuskan kasar.

“Sebab papa dah kahwin kan? Sebab papa kahwin tanpa pengetahuan Fasha! Sebab papa ada perempuan lain! Sebab papa dah lupakan mama! Sebab papa kejam!” tengking Fasha. Tan Sri Roslan tersentak mendengar tengkingan Fasha.

“Papa dah tak sayangkan Fasha kan? Papa dah benci dengan Fasha kan? Papa tak sayangkan mama! Papa jahat! Fasha benci papa!” tengking Fasha lagi.

“Fasha jangan nak kurang ajar!” ujar Tan Sri Roslan marah.

“Siapa yang ajar Fasha kurang hajar? Siapa? Papa kan. Papa yang buat Fasha kurang hajar. Papa tahu tak papa......”

PANG! Tamparan hinggap di pipi Fasha. Fasha terduduk mendapat tamparan yang tidak disangka. Fasha memegang pipinya. Air matanya deras mengalir. Dengan muka yang merah padam, Fasha bangun.

“Sebab perempuan tak guna tu, papa lempang Fasha. Kalau papa nak buang Fasha, silakan! Kalau papa nak halau Fasha, silakan! Fasha boleh hidup tanpa papa! Fasha benci papa!” jerkah Fasha kasar. Tan Sri Roslan tersentak mendengar kata-kata Fasha.

“Fasha, papa tak sengaja,” ujar Tan Sri Roslan.

“You know what papa? I hate you and i hate you and i hate you! Semua lelaki dalam dunia ni sama je! Papa pergilah dengan perempuan papa tu. Pergi! Or papa nak Fasha tinggalkan rumah ni?” ujar Fasha lagi.

“Fasha, papa sayang Fasha. Papa nak Fasha bahagia. Papa nak....”

“Nak bahagiakan Fasha konon. Ni bukan bahagia tapi menghancurkan lagi! Dahlah papa, Fasha malas nak cakap dengan papa lagi!” ujar Fasha seraya melangkah meninggalkan Tan Sri Roslan seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience