Chapter 20

Other Completed 8441

20

Lagi sepuluh minit pukul 2, Fasha sudahpun berada di rumah Misha untuk menjemputnya. Sementara menunggu Misha bersiap, Fasha duduk di sofa. Sesekali dipandang penampilannya. Fasha memakai blaus berjalur hitam putih bersama jeans biru pekat. Rambutnya yang panjang diikat setengah dan dibiarkan rambut hadapannya menutupi sedikit matanya.

Setelah berpuas hati dengan pakaiannya, Fasha memandang pula beg dan kasutnya di luar. Beg yang bercorak jalur-jalur coklat dan hitam menjadi pilihannya. Kasut tidak bertumit berwarna hitam bakal disarungnya sebentar lagi.

“Jom, Fasha!” ajak Misha yang kini berada di anak tangga pertama. Fasha memandang Misha yang memakai jeans dipadankan dengan T-shirt hitam dan sweater putih. Rambutnya yang lurus tetapi tidaklah panjang dibiarkan lepas tanpa sebarang perhiasan.

“Fasha!” panggil Misha sekali lagi.

“Err... ye, jom!” ujar Fasha seraya melangkah memasuki kereta yang dipandu Pak Mad.

Dalam perjalanan, Misha sibuk membalas mesej. Mungkin daripada Aliff Iman. Fasha pula hanya mendiamkan diri. Dia sendiri bingung, Mid Valley kan besar, mana pula si Zul tu nak tunggu?

2.15 petang barulah mereka sampai. Fasha bergerak perlahan. Diarahnya Pak Pad menjemputnya pukul 6.15 petang. Pak Mad hanya mengangguk lantas memandu pulang ke rumah Fasha. Kemudian Fasha dan Misha berjalan beriringan menuju ke dalam Mid Valley.

“Aliff Iman tunggu mana?” soal Fasha.

“Katanya, dia tunggu dekat depan ni,” jawab Misha.

“Maybe dalam kot,” ujar Fasha. Misha hanya mengangkat bahu.

Masuk sahaja, mata Fasha dan Misha beroperasi mencari kelibat pasangan masing-masing. Misha kemudian berjalan pergi ke Aliff Iman yang sedang duduk di atas kerusi bersama seorang lelaki.

Mata Fasha memandang tempat lain pula dan tiba-tiba dia sedar akan sesuatu. Segera dipalingkan muka ke tempat Aliff Iman kembali. Zul! Ye, Zul yang berada di sebelah Aliff Iman. Zul sedang tersenyum manis memandang Fasha. Fasha bagaikan terpaku di situ.

Fasha hanya sedar apabila Misha melambai-lambai ke arahnya. Fasha menelan liur dan kemudian mengatur langkah ke arah Zul. Dipandangnya penampilan Zul. Jean dan T-shirt band indie serta selipar menjadi pilihan Zul. Begitu ringkas penampilannya!

“Fasha,” sapa Zul. Sapaan Zul membuatkan pipi Fasha yang putih bertukar menjadi merah.

“Is this the guy you are refering to Fasha?” soal Misha. Fasha mengangguk perlahan.

“Zul! Tahniah kau dapat date dengan kawan aku ni,” ujar Misha seraya tersenyum nakal.

“Thanks. Aku pun tak sangka dia nak date dengan aku sebab selama ni ramai kata Nur Fasha Bte. Roslan ni sombong orangnya,” ujar Zul sambil tersengih. Fasha menjengilkan matanya ke arah Zul.

“What? Awak kata saya sombong?” soal Fasha sedikit menjerit.

“Nur Fasha, saya cakap kawan saya. Saya tak cakap pun awak sombong. Don’t get it wrong!” ujar Zul lembut.

“Wei, aku dengan Aliff Iman gerak dulu. Bye!” ujar Misha seraya melangkah bersama Aliff Iman dan sekejap sahaja mereka hilang dari pandangan. Kini tinggallah Zul dan Fasha.

“So nak pergi mana ni?” soal Zul.

“Jalan,” ujar Fasha seraya melangkah ke hadapan. Zul hanya menuruti kata-kata Fasha.

“Awak pernah bercinta?” soal Zul.

“Pernah,” ujar Fasha ringkas.

“Dengan siapa?” soal Zul ingin tahu.

“Khairul.” Jawab Fasha pendek.

“Bila? Sekolah sini? Kenapa putus?” soal Zul bertalu-talu.

“Tahun lepas. Sekolah sini. Sebab ada perselisihan faham,” jawab Fasha.

“Kenapa awak jawab pendek je?” soal Zul.

“Ye ke?” soal Fasha kehairanan.

“Ye lah. Awak ni ramai peminat kan?” soal Zul.

“Tak lah. Saya ni jarang ada kawan lelaki lah, Zul. Jadi bila ada orang nak jadi kawan saya, saya tak tolak lah tapi nanti mesti timbul cerita yang kitorang bercinta,” ujar Fasha.

“Kalau awak dikaitkan dengan saya?” soal Zul.

“I don’t think so,” jawab Fasha.

“Kenapa?” soal Zul.

“Sebab awak lain tingkatan dan awak mana orang kenal sangat,” jawab Fasha.

“Ye lah,” jawab Zul.

“Dan awak pula macammana?” soal Fasha.

“Saya apa?” soal Zul seperti orang bodoh.

“Awak pernah couple?” soal Fasha.

“Pernah tu pernah lah,” jawab Zul. Fasha mengangkat kening meminta Zul meneruskan kata-katanya.

“Tapi dia minta putus. Nak buat macammana kan.” Ujar Zul.

“Awak, saya nak pergi toilet sekejap,” ujar Fasha.

“Saya tunggu sini,” ujar Zul. Fasha mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Zul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience