Chapter 21

Other Completed 8441

21

Fasha merenung papanya daripada jendela biliknya. Dia dapat lihat papanya bercakap dalam telefon sambil tersenyum-senyum. Fasha tertanya-tanya, dengan siapakah papanya bercakap? Fasha melihat sahaja tindak-tanduk papanya.

Entah kenapa hatinya was-was dengan sikap papanya. Macam ada sesuatu yang disorokkan. Fasha melihat papanya sudahpun masuk. Fasha kemudian berjalan menuruni tangga dan dilihatnya papanya di sofa. Fasha mengambil tempat di sebelah papanya.

“Fasha,” sapa Tan Sri Roslan perlahan.

“Ye?”

“Papa nak tanya something ni,” soal Tan Sri Roslan.

“Apa nya pa?” soal Fasha kembali.

“Fasha sedih lagi pasal mama?”soal Tan Sri Roslan.

“Sedih tu sedih la pa tapi apa nak buat kan? Bukannya orang dah pergi tu boleh datang balik,”ujar Fasha selamba.

“Kamu memang anak yang Solehah, Fasha!”puji Tan Sri Roslan sambil mengukirkan senyuman.

“Papa, dalam hidup Fasha ni sekarang hanya ada papa seorang! Tapi jauh di sudut hati Fasha, Fasha sayangkan papa dan mama,” ujar Fasha.

“Papa pun sayangkan Fasha. Terlalu sayang,”ujar Tan Sri Roslan perlahan.

* * *

Punat log in ditekan Fasha. Kemudian dia melihat nama-nama orang yang turut online and yes! Zul online. Dah dua minggu mereka tidak berhubung, akhir sekali di Mid Valley.

Teletubies : Assalamualaikum.

Zul_grunge : Waalaikumussalam.

Teletubies : Apa khabar?

Zul_grunge : Baik je.

Zul_grunge : Awak?

Teletubies : Baik juga.

Zul_grunge : Awak, saya nak nombor telefon awak boleh?

Teletubies : Nak buat apa?

Zul_grunge : Mak saya baru bagi handphone so

Zul_grunge : bolehlah kita sms ke call ke.

Teletubies : Erm...

Zul_grunge : Please!

Teletubies : Okay!

Teletubies : 017-3216544

Zul_grunge : Thanks!

Zul_grunge: Okaylah, nak out! Bye! Take care:))

Teletubies: Bye!


Fasha masih di hadapan komputer merenung ke dalam mesej-mesej Zul di ym. Entah kenapa Fasha rasa dirinya seperti terawang-awang apabila bersama Zul. Rasanya lain sangat. Bukan macam apabila dia dengan Khairul mahupun Hatta tetapi kali ini rasanya amat indah.

Jatuh cintakah dia? Sayangkah dia pada Zul? Entah, dia sendiri pun tidak tahu. Fasha meraup mukanya beberapa kali.

“Zul, kau buat hati aku berdegup kencang! Kau buat aku hidup terawang-awang, Zul!” keluh Fasha perlahan.

Fasha mengeluarkan bukunya untuk belajar. Ayahnya masih belum balik daripada kerja. Fasha kemudian turun ke bawah bersama bukunya dan duduk di atas sofa. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja bersebelahan bukunya.

Baru sepuluh minit Fasha membaca, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada pesanan mesej masuk. Fasha lantas mencapai telefon bimbitnya dan membaca mesej itu.

Hai, buat apa tu?

Fasha membaca sekali lagi mesej itu. “Siapa pula yang mesej aku ni?” getus Fasha. Fasha tidak membalas mesej itu. Lima minit kemudian, nombor itu menghantar lagi mesej kepadanya.

Kenapa tak balas?

Fasha menekan juga punat reply.

Siapa ni?

Dua minit kemudian balasan diterima.

Zul lah. Kan saya cakap saya mesej awak harini.

Fasha tergelak membaca mesej itu. Dengan gelak yang masih bersisa, Fasha membalas mesej itu.

Haha, saya lupa lah. Sorry!

Seminit, dua minit, tiga minit sepi sahaja telefon bimbit Fasha. Fasha baru sahaja mahu menulis mesej apabila bunyi pesanan masuk ke dalam telefonnya.


Ohh, lupa ye? Ramai sangat ke awak bagi nombor awak ni?

Membulat mata Fasha membaca mesej itu. Cemburukah si Zul ni?


Taklah. Saya lupa saya bagi nombor dekat awak petang tadi.

Lima minit menuggu tiada balasan daripada Zul. Fasha mengeluh perlahan. Diletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Kemudian Fasha meneruskan pembacaan tetapi satu pun tak masuk dalam kepalanya. Fasha merenung kosong skrin telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, barulah Zul membalas mesejnya.

Maknanya awak dah lupakan saya lah? Takpelah kalau macamtu. Bye!

Fasha segera menekan punat reply. Merajukkah lelaki ini? Kenapa pula dia nak merajuk.

Kenapa dengan awak ni? What’s wrong with you? Cakap sikit merajuk! Cakap sikit merajuk!

Dua minit kemudian Zul membalas mesej itu.

Sorry. Awak marahke?

Fasha tak membalas mesej itu. Dibiarkan sahaja. Lima minit telefonnya sepi sebelum dia mendapat satu lagi mesej.

Sayang, I’m sorry! Saya tak bermaksud pun macamtu. Sorry! Can you forgive me?

Mengilai tawa Fasha membaca mesej itu. Fasha menekan punat reply.

Urm... let me think first!

Belum seminit, Zul sudahpun membalas mesej itu.

Pleaseeeee!

Hahahahahahahahahahahahaha:)))

Awak kenakan saya ke?

Siapa suruh awak emo tadi. Padan muka.

Jahat!

Serikan sekarang?

Yelah cik adik manis

Baru sahaja Fasha ingin membalas mesej itu. Bunti deruman kereta berhenti di hadapan rumahnya. Fasha segera membalas mesej Zul.

Ehh, ayah saya dah balik lah. Bye! Goodnite, sweetdream:))

Okay! Bye! Goodnite and sweetdream too. Take care yea sayang :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience