Chapter 15

Other Completed 8441

15

Kelas agama Ustazah Nazra diberikan sepenuh perhatian oleh Fasha. Tidak sedikit pun perhatiannya tergugat dek kerana Hatta. Fasha sudahpun melupakan Hatta. Membuangkan bait-bait cintanya yang tidak kesampaian. Habis sahaja kelas agama, Fasha terus mengemas buku-bukunya yang berselerakan.

“Hai,” satu suara menegur Fasha. Fasha mendongak. Melihat sahaja wajah Hatta, Fasha menunjukkan muka yang bosan.

“Apa?” soal Fasha.

“Just want to say sorry,” ujar Hatta lembut bersama senyumannya. Fasha memandang wajah Hatta sejenak.

“Can I know what have you done?” soal Fasha sinis.

Hatta terdiam. Fasha hanya tersengih sinis.

“For everything,” ujar Hatta akhirnya.

“Okay!” jawab Fasha pendek.

“Kita mulakan yang baru. So, I Hatta,” ujar Hatta seraya menghulurkan tangan. Fasha hanya memandang tangan Hatta.

“Sorry I’m not interested,” ujar Fasha sambil tersenyum sinis. Hatta memandang Fasha dengan wajah yang merah padam. Kemudian Hatta berlalu pergi meninggalkan Fasha.

Fasha menghantar pemergian Hatta dengan gelakan. Misha yang kebetulan baru sahaja masuk kelas mendekati Fasha.

“Apasal tu?” soal Misha.

“Dia minta maaf dan dia nak kenal dengan aku,” jawab Fasha.

“Kau jawab apa?” soal Misha.

“Aku kata lah aku tak berminat,” jawab Fasha. Jawapan Fasha disambut dengan gelakan yang amat kuat oleh Misha. Fasha hanya tersengih.

“Bagus betul kau ni!” Misha memuji Fasha. Fasha hanya tersengih memandang Misha.

“Petang ni keluar jom!” ajak Fasha. Misha mengangkat kening.

“Nak pergi mana?” ujar Misha.

“Park lahh. Aku bosan doe! Papa asyik-asyik kerja,” rungut Fasha.

“Wait wait. Fasha, something is not right here,” ujar Misha.

“Apa nya?” soal Fasha seperti orang bodoh.

“Kau tak nak ceritakan dekat aku?” soal Misha.

“Cerita apa?” soal Fasha kembali.

“Fasha...”

“Ye lah, petang nanti aku cerita,” ujar Fasha mengalah. Misha tersenyum tanda kemenangan.

* * *

Petang itu seperti yang dijanjikan, Fasha dan Misha keluar ke taman mereka selalu lepak. Aliff Iman tidak turut serta kerana masih di asrama. Fasha memandang Misha sejenak.

“Now, tell me. I want to hear the whole story!” arah Misha tegas.

“Baik cikgu!” jawab Fasha. Misha menjengilkan matanya. Fasha tergelak.

“Misha, kau tahu tak, selepas pemergian mama, papa dah tak macam dulu. Susah sangat nak tengok dia senyum ataupun gelak macam dulu. Susah sangat. Sebab tu lah, aku bangkit semula! Aku nak tunjukkan dekat papa, kalau aku boleh kenapa papa tak boleh. Aku nak tengok papa senyum kegembiraan sebab aku berjaya dalam PMR. Aku nak tengok papa aku macam dulu,” ujar Fasha.

“Aku sokong hasrat murni kau, Fasha! Aku sokong!” ujar Misha seraya menepuk bahu Fasha. Fasha tersenyum.

“Misha, walau apa pun terjadi, kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku. Tanpa kau, aku pun tak tahu macammana hidup aku,” rintih Fasha.

“Janji,” ujar Misha mengikat janji.

* * *

Sampai sahaja di hadapan rumah, Fasha terus mengetuk pintu perlahan. Terjengul wajah Mak Leha di pintu.

“Assalamualaikum Mak Leha,” ujar Fasha seraya tersengih.

“Waalaikumussalam,” jawab Mak Leha.

“Papa dah balik?” soal Fasha seraya menghempaskan tubuhnya ke atas sofa.

“Belum,” jawab Mak Leha. Fasha mengerling jam tangannya.

Dah pukul 7.15. Mana papa ni? Getus hati Fasha.

Kemudian Mak Leha berlalu ke dapur.

“Mak Leha, malam ni Fasha tak nak makan,” kata Fasha.

“Baik Fasha. Fasha, pagi tadi papa ada letakkan duit belanja Fasha dekat dalam bilik Fasha,” ujar Mak Leha.

“Okay!” jawab Fasha seraya berjalan menuju ke arah biliknya.

Fasha membuka sampul surat di atas mejanya. Memang tadi dia sedar kewujudan envelope itu tetapi dia tidak sempat untuk membukanya. Fasha membuka sampul surat itu berhati-hati.

Enam keping not lima puluh ringgit dan juga satu nota kecil di dalam sampul surat itu. Fasha membaca nota kecil itu.

Duit belanja Fasha untuk minggu ni. Harap Fasha gunakan sebaik mungkin. Papa sayang Fasha!

Fasha melipat nota kecil itu lalu simasukkan ke dalam lacinya. Duit belanja yang diberi diletakkan separuh ke dalam tabungnya manakala lagi separuh diletakkan ke dalam beg dompet.

Kemudian Fasha terus mandi dan mengambil wudhu’ sekaligus mengerjakan solat Maghrib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience