Chapter 33

Other Completed 8441

33

Fasha melangkah memasuki perkarangan sekolah. Hatinya yang retak terus berkecai apabila melihat Zul bersama Teha. Mesra sungguh mereka berbual. Fasha terus melarikan diri daripada mereka.

Fasha menuju ke kelasnya. Dari jauh, kelihatan Misha sedang berbual bersama Aliff Iman. Fasha terus berhenti melangkah. Fasha memandang Misha dan Aliff Iman.

Bahagianya mereka. Aku pula? Tiada siapa yang sudi. Semua orang nak mempermainkan perasaan aku hanya disebabkan aku anak Tan Sri Roslan. Penting sangat ke wang ringgit? Aku pun tak tahu.

Panggilan namanya mematikan lamunan Fasha. Fasha memandang ke arah suara itu. Wajah Misha melayari pandangan matanya.

“Berangan ke?” soal Misha.

“Taklah,” jawab Fasha.

“Habis?” soal Misha.

“Tak ada apa-apalah. Ehh, aku masuk kelas dulu. Nak letak beg,” ujar Fasha seraya melangkah memasuki kelasnya.

“Apa pula masalah dia kali ni?” keluh Misha.

* * *

“Apa masalah kau?” soal Misha.

“Masalah apa?” soal Fasha kembali.

“Aku tahu kau ada masalah,” ujar Misha.

“Macammana kau tahu?” soal Fasha.

“I can see through your eye,” ujar Misha.

Macam Zul pernah cakap dengan aku dulu. Zul lagi? Bilalah aku boleh lupakan dia?.

“Cerita lah,” desak Misha.

“Ayah aku dah kahwin tanpa pengetahuan aku,” ujar Fasha mendatar.

“Macammana kau tahu?” soal Misha.

Fasha pun menceritakan perihal semalam. Misha khusyuk mendengar cerita Fasha. Namun Misha pelik juga kerana Fasha langsung tidak mengalirkan air mata. Sudah keringkah air mata dia?

“Misha, aku pun tak tahu mana arah tuju hidup aku,” ujar Fasha mengakhiri ceritanya. Misha memandang Fasha sejenak.

“Fasha, kau tak sedih?” soal Misha. Fasha tergelak mendengar soalan Misha. Misha memandang Fasha pelik.

“Siapa tak sedih Misha? Cuma air mata aku dah kering. Kering sangat untuk menangis lagi,” ujar Fasha.

Misha terdiam mendengar kata-kata Fasha. Sayu hatinya mendengar kata-kata Fasha.

“But life must go on right? “ soal Fasha dengan satu senyuman yang tidak ikhlas. Misha mengangguk kepalanya. Keadaan di antara mereka sepi sejenak.

“Zul dengan Teha couple kan?” soal Fasha tiba-tiba. Misha tersentak mendengar soalan Fasha yang secara tiba-tiba.

“Zul dengan Teha couple kan?” soal Fasha sekali lagi. Misha mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Ye, diorang couple. Kau tahu tak? Sebenarnya Teha tu yang rampas Zul daripada aku. Kau tahu, Zul takkan tiba-tiba je berubah kalau tiada yang menghasut. Kau tahu, Zul takkan tiba-tiba je menyepi kalau Teha tak goda dia,” ujar Fasha geram.

“Gila lah tapi kenapa Teha tu nak dekat Zul?” soal Misha pelik.

“Pasal tu aku tak tahu dan aku tak nak tahu pun. Yang aku tahu, diorang akan putus macammana aku putus dengan Zul. Aku akan buat macammana Zul pernah buat dekat aku,” ujar Fasha.

“Are you sure?” soal Misha.

“Very sure! Aku akan pastikan Teha merana macammana aku merana dulu,” ujar Fasha berdendam.

Misha haya membisu mendengar kata-kata Fasha yang berdendam itu. Dua minit barulah Misha membuka mulut.

“Macammana kau nak buat?” soal Misha.

“Firstly, aku nak nombor handphone dia. Kau boleh tolong aku dapatkan nombor dia daripada Aliff Iman?” soal Fasha.

“Boleh,” ujar Misha sepatah. Fasha tersenyum mendengar jawapan Misha. Begitu bersemangat hatinya.

* * *

Fasha mengukirkan satu senyuman. Senyuman yang dia sendiri tidak tahu ditujukan kepada siapa. Kemudian, Aliff Iman datang dan duduk di sebelahnya.

“Senyum dekat siapa?” soal Aliff Iman.

“Dekat sesiapa je,” jawab Fasha.

“Misha kata Fasha nak nombor Zul kan?” soal Aliff Iman.

Fasha mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Nah,” ujar Aliff Iman.

Fasha memandang cebisan kertas yang diberikan Aliff Iman. Di kertas itu, tercatat nombor Zul. Fasha tersenyum lebar.

“Happy nampak?” usik Aliff Iman.

Fasha hanya tersenyum mendengar usikan Aliff Iman.

“Nak buat apa dengan nombor dia?” soal Aliff Iman.

“Ada lah. Tunggu dan lihat je lah,” ujar Fasha.

Aliff Iman mengangkat kening.

“By the way, thanks,” ujar Fasha.

“Your welcome,” jawab Aliff Iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience