Chapter 13

Other Completed 8441

13

Fasha menumpukan kosentrasi kepada gurunya. P.M.R lagi enam bulan. Dia harus berjaya! Dia tidak boleh kecewa. Walaupun sebenarnya hatinya terasa sakit sangat.

Kelas agama juga sering diponteng Fasha dengan memberi pelbagai alasan kepada Ustazah Nazra. Niatnya cuma satu, lupakan Hatta! Tapi kenapa susah sangat? Adakah Hatta mandrem dia? Arghh, dia sendiri tidak tahu!

Selepas habis sesi persekolahan, Fasha segera berlalu. Namun, Misha menarik tangan Fasha.

“Fasha, aku nak cakap sesuatu,” ujar Misha.

“Sorry, I don’t talk to stranger!” ujar Fasha seraya berlalu meninggalkan Misha. Misha hanya memandang langkah Fasha yang makin menjauh. Entah kenapa dia dapat rasakan semakin lama semakin jauh Fasha darinya.

* * *

Fasha mendengus kasar dalam keretanya. Hatinya menyumpah seranah. Hipokritnya Misha! Konon baik depan aku, belakang aku dia goda Hatta!

“Pak Mad, petang ni hantarkan saya pergi Mid Valley,” ujar Fasha kasar.

“Baik,” jawab Pak Mad ringkas.

Sampai sahaja di rumah, Fasha terus masuk ke biliknya dan bersiap. T-shirt kumpulan indie warna hijau dipadankan dengan skinny hitam. Rambut hadapannya disepit ke belakang. Mengurai rambut belakangnya yang sedikit kerinting di hujung. Kemudian Fasha mencapai beg corak kotak-kotak lalu disandangnya ke tepi.

Fasha turun ke bawah. Tanpa meminta izin ibunya, Fasha terus meluru keluar dan menyarungkan kasut lalu terus memboloskan diri ke dalam kereta.

Sampai sahaja di Mid Valley, pantas kaki Fasha melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Diarahnya Pak Mad menjemputnya dua jam lagi. Fasha melangkah dan terus melangkah.

Kadang-kadang ada mata nakal yang perhatikan dirinya. Fasha hanya membiarkan sahaja. Malas rasanya mahu melayan kerenah mereka yang mata keranjang. Tiba-tiba satu suara menegurnya.

“Fasha,” sapa lelaki itu.

“Aliff Iman?” soal Fasha.

“Buat apa dekat sini?” soal Aliff Iman dengan segaris senyuman.

“Saja je, cuci mata. Aliff?” soal Fasha.

“Pun sama, bosanlah duduk rumah,” jawab Aliff Iman.

“Misha tak ikut?” soal Fasha lagi.

“Dia demam lah. Fasha dengan Misha gaduh ke?” soal Aliff Iman sambil berjalan seiringan dengan Fasha.

“Mana ada gaduh,” jawab Fasha.

“Habis, takkan dia demam pun Fasha tak tahu?” soal Aliff Iman.

“Dia tak bagitahu,” jawab Fasha.

“Nampak sangat Fasha gaduh dengan dia. Dekat sekolah tadi, dia pengsan sebab demam panas,” ujar Aliff Iman.

“Laparlah, nak makan?” soal Fasha seraya melangkah menuju ke restoran segera. Aliff Iman mengeluh tetapi kakinya melangkah juga membontoti Fasha.

Sambil makan, mereka berbual.

“Tak nak bagitahu Aliff ke?” soal Aliff Iman.

“Bagitahu apa?” soal Fasha kembali.

“Kenapa gaduh dengan Misha?” soal Alif Iman.

“Sebab dia nak Hatta,” jawab Fasha ringkas seraya memasukkan beberapa kentang goreng ke dalam mulutnya.

“Hatta?” soal Aliff Iman pelik.

Fasha pun menceritakan dari mula hinggalah akhir. Aliff Iman hanya tersengih mendengar luahan Fasha.

“That’s all?” soal Aliff Iman.

“Ye,” jawab Fasha.

“Fasha, jangan terlalu ikutkan perasaan. Fasha tahu tak, Misha dah cuba macam-macam cara untuk baiki hubungan korang tapi satu pun tak berjaya. Fasha tahu sebab apa?” Aliff Iman berhenti. Fasha hanya diam agar Aliff Iman meneruskan hujahannya.

“Sebab Fasha ni ego. Sebab seorang lelaki, Fasha sanggup hina kawan Fasha yang Fasha dah kenal lama. Fasha tahu tak, Hatta tu bukannya suka Misha. Hatta sengaja je buat macamtu sebab nak hancurkan persahabatan korang,” ujar Aliff Iman.

“Habis yang Misha layan dia siapa suruh?” soal Fasha kasar.

“Aku tak pernah layan dia, Fasha,” ujar Misha yang datangnya tiba-tiba. Fasha segera mendongak memandang Misha.

“Apa buktinya?” soal Fasha kasar.

“Aku nak masalah ni selesai, Fasha. Percayalah cakap aku. Kalau aku nak rampas si Hatta tu, dah lama aku tinggalkan Aliff Iman,” ujar Misha lembut.

Belum sempat Fasha membuka mulut, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas dicapainya dan terlihat nombor rumahnya. Keningnya terangkat sebelah melihat nombor yang tertera. Terus dijawabnya.

“Hello.. Kenapa ni?... Cakap lah elok-elok, Fasha tak faham lah... Apa? Mak Leha tipu kan??? Habis mama dekat mana??? Pak Mad??? Baik Fasha pergi sekarangg! Mak Leha jaga rumah!” terus telefon dimatikan.

“Kenapa Fasha?” soal Misha risau. Fasha tidak pula menjawab. Lantas kakinya dihalakan ke luar. Misha membontoti Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience