Chapter 11

Other Completed 8441

11

Fasha duduk di hadapan televisyen Plasma 48 inci di biliknya. Sekejap dia baring sekejap dia duduk. Tangannya memegang erat telefon bimbitnya.

“Blia nak call ni? Lamanya,” keluh Fasha.

Pintu diketuk perlahan. Fasha memandang telefon bimbitnya sekali lagi. Apabila tiada apa-apa tanda orang itu akan mesej ataupun telefon, Fasha menyuruh orang itu masuk. Terjengul wajah Puan Sri Hamidah di muka pintu. Fasha melemparkan senyuman kelat. Sekadar berbudi bahasa sahaja.

“Kenapa ni? Macam ada masalah je? Tak nak cerita dekat mama?” soal Puan Sri Hamidah seraya mengambil tempat di sebelah Fasha.

“Tak ada apa-apa lah mama,” jawab Fasha. Puan Sri Hamidah merenung anak mata berwarna dark chocolate di hadapannya.

“Jangan tipu mama. Okay! I promise I will keep it as a secret. Now, tell me!” ujar Puan Sri Hamidah.

“Mama ingat lagi tak Khairul?” soal Fasha setelah menyepi seketika.

“Ingatlah.” Jawab Puan Sri Hamidah.

“Dia minta maaf dekat Fasha and dia janji takkan kacau Fasha lagi,” ujar Fasha.

“What your answer then?” soal Puan Sri Hamidah lagi.

“I forgive him because I realized sometihing,”ujar Fasha.

“Apa?”

“Dia bukannya cinta pertama Fasha! Memang Fasha rasa sedih bila kehilangan dia tapi kesedihan Fasha bukanlah sampai kecewa. Mungkin cinta tu baru on the way nak wujud tapi dia hancurkan semuanya,” cerita Fasha.

“Maknanya selama ni Fasha langsung tak sayangkan dia?” soal Puan Sri Hamidah.

“Sayang tu sayang. Tapi tak lebih dari seorang kawan baik. Fasha ingat perasaan sayang tu cinta dulu sebab Fasha rasa bahagia sangat bila dengan dia. Rupa-rupanya Fasha silap, perasaan tu tak pernah wujud. Ye lah, kan Fasha ni jarang ada kawan lelaki,”terang Fasha.

“Mama faham! Then what’s your problem sweetheart?”

“Fasha ada crush!” jawab Fasha.

“Siapa?”

“Nama dia Hatta,”

“Macammana kenal?”

“Dekat kelas agama. Dia budak 3Daisi. Diorang masuk kelas Fasha waktu agama. Sejak Fasha nampak dia, hati Fasha berdegup kencang. Fasha sendiri tak pasti perasaan apa tu,” cerita Fasha.

“On the way to be love!”

“Are you sure?”

“Very sure!”

Diam.

“Tapi mama nak nasihatkan Fasha. Cinta pertama ni bahaya. Kita susah nak lupa cinta pertama. Even macammana pun, cinta pertama yang paling melekat di hati. Fasha faham apa yang mama cakap ni?” nasihat Puan Sri Hamidah.

“Faham mama!” jawab Fasha besama sengihannya.

“Mama tak nak anak mama ni frust satu hari nanti. Mama tak boleh tengok anak mama ni sedih,” ujar Puan Sri Hamidah.

* * *

“Ustazah Nazra pergi khusus. Dia takkan masuk kelas hari ini. Tetapi dia suruh kita hafalkan ayat hafazan. Esok dia nak soal,” kata ketua kelas 2Anggerik. Pelajar-pelajar yang lain menjerit kegembiraan.

Fasha mencuri pandang wajah Hatta. Mata berwarna coklat hazel menjadi sasaran Fasha. Hatinya begitu tenang melihat mata itu. Sesekali Hatta juga menoleh ke arah Fasha apabila Amirul di sebelahnya membisikkan sesuatu. Sudahnya, Fasha sendiri yang tunduk memandang meja.

“Pergi lah tegur dia,” arah Misha.

“Malu lah,” ujar Fasha.

“Alasan!”

“Malu lah wei,”

“Hai budak cute!” tegur seseorang. Pantas Fasha dan Misha memandang ke empunya suara. Wajah Hatta melayari pandangan mata Fasha. Sekejap Fasha mengelamun melihat mata Hatta.

“Hai budak cute!” Hatta mengulangi ayatnya sekaligus membuatkan pipi Fasha merona merah.

“Kau cakap dengan siapa?” soal Misha.

“Dengan awak lah, budak cute!” jawab Hatta. Fasha memandang Misha dan kemudian mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Hatinya panas. Sepanas gunung berapi.

“Bukan dengan dia ke?” soal Misha lagi.

“Tak, dengan awak. Sejak saya masuk sekolah ni lagi saya sedar awak ni cute!” ujar Hatta.

Fasha bangun dan meninggalkan Misha dan Hatta. Misha dan Hatta saling berpandangan sebentar.

“Kenapa dengan dia?” soal Hatta.

“Entah. Excuse me,” Misha berjalan mengejar Fasha tanpa menolah ke arah Hatta.

“Fasha, tunggu lah aku!” panggil Misha. Automatik Fasha berhenti melangkah dan berpaling ke arah Misha.

“Kau nak apa?” soal Fasha kasar.

“Kenapa ni?” soal Misha pirhatin. Fasha tergelak mendengar soalan Misha yang dirasakan bodoh itu.

“Kau boleh tanya aku lagi kenapa? Kau tahu tak apa yang aku rasa bila Hatta panggil kau budak cute?” Fasha berhenti sekejap. Perlahan air matanya jatuh ke pipi.

“Sakit sangat hati aku wei. Sakit sangat! Bukan ke kau ni kawan aku? Aku yang suka dia! Aku yang sayang dia! Tapi kenapa dia suka kau? Kawan baik aku pulak tu! Mestilah sebab kau goda dia kan? Wei, tak cukup ke dengan Aliff Iman? Kau tau tak kau ni perempuan murahan!” jerkah Fasha.

Misha terkejut dengan hinaan Fasha. Bukanke mereka dah berkawan selama 9 tahun tapi kenapa Fasha tak faham lagi dirinya?

“Bukan aku yang goda dia! Demi Allah, aku tak goda dia,” Misha cuba besabar lagi.

“Jangan main nama Allah! Kau tak layak sebut nama suci tu! Kau tau tak, kau ni perempuan takde maruah!” hina Fasha lagi.

Kali ini kesabaran Misha terbatas. Penampar hinggap di pipi Fasha. Terdiam Fasha mendapat tamparan percuma itu. Kaku kaki Fasha berdiri di situ.

“Fasha, kesabaran aku ada batas! Aku tak pernah dan tak akan goda Hatta kau tu! Bukan salah aku dia tak suka kau! Bukan salah aku tapi salah kau! Salah kau sebab terlalu mengharap dia! Dan aku tak perlukan Hatta! Aku dah ada Aliff Iman. Aku bukan jenis perempuan murahan ataupun perempuan takde maruah! Selama ni ada aku buat benda di luar batas! Dan kau siapa nak halang aku sebut nama Allah? Kau Tuhan ke? Bukankan?” tengking Misha.

“Kau tampar aku Misha...” ujar Fasha dengan air matanya.

“Bukan aku suka-suka nak tampar kau tapi keadaan yang memaksa! Kau kutuk aku, hina aku! Kau ingat aku takde perasaan? Aku ada!” tengking Misha lagi.

“Fine! From now on, Nur Fasha Binti Roslan dan Misha Binti Hazzim tak pernah kenal,” ujar Fasha seraya melangkah meninggalkan Misha. Misha mengeluh mendengar kata kata Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience