Chapter 43

Other Completed 8441

43

Fasha menyarungkan T-shirt berwarna hijau tua dan juga jeans panjang berwarna hitam. Rambut hadapannya disepit ke belakang. Rambut belakangnya dibiarkan lepas. Fasha kemudian mengambil beg kotak-kotak lalu disandang ke tepi. Fasha meletakkan tangannya di dada.

Fasha, kuatkan semangat! Kau kena teruskan juga niat kau tu!

Fasha tersenyum. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke meja makan di bawah. Tan Sri Roslan dan Meen memandang Fasha. Fasha berlagak selamba.

“Morning papa!” ujar Fasha seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

Tan Sri Roslan menyambut huluran tangan Fasha. Fasha mencium tangan Tan Sri Roslan. Tan Sri Roslan memandang pelik dengan perlakuan Fasha. Fasha hanya tersengih.

“Morning bonda!” ujar Fasha dan dihulurkan juga tangannya kepada Meen.

Meen menyambut huluran tangan itu. Fasha mencium juga tangan itu. Kemudian Fasha beralih ke meja makan. Dicapainya roti lalu disuakan ke mulut. Apabila menyedari perlakuannya diperhatikan, Fasha memandang Tan Sri Roslan dan Meen.

“Kenapa papa? Kenapa bonda? Makanlah. Fasha lapar ni,” ujar Fasha.

“Haa, makanlah abang!” ujar Meen.

Tan Sri Roslan dan Meen meneruskan suapannya. Fasha hanya tergelak melihat perangai mereka.

* * *

Fasha menekan loceng rumah dua kali barulah ada jawapan. Misha keluar dengan memakai T-shirt dan jeans. Tercengang wajah Misha dengan kehadiran Fasha. Lama Misha memandang Fasha.

“Misha, bukalah pintu. Takkan nak biar aku dekat sini. Panas ni,” ujar Fasha sekaligus mematikan lamunan Misha.

“Okay okay!” ujar Misha.

Pintu pagar dibuka. Fasha dan Misha duduk di dalam bilik Misha.
“Misha, aku rindu sangat dengan kau! Aku minta maaf kalau selama ni aku banyak lukakan hati kau. Aku tahu aku salah sebab sakitkan hati kau. I’m sorry, Misha!” ujar Fasha.

Misha memandang Fasha lama.

“Kau maafkan aku?” soal Fasha.

“Kalau seorang kawan tu minta maaf bersungguh-sungguh dan mengakui kesilapannya. Apatah lagi kawan aku tu seorang yang egois. Mestilah aku maafkan!” ujar Misha seraya tergelak.

Sekejap mereka berpelukan.

“Aku rindu kau sangat-sangat. Lepas kau pindah, aku tak ada lagi kawan macam kau. Tak ada kawan yang ego macam kau. Yang pandai macam kau. Yang panas baran macam kau,” usik Misha.

“Sampai hati kau!” ujar Fasha.

Kemudian, mereka berbual-bual kosong dengan mesra seperti dahulu kala. Ketawa riang seperti tiada apa pernah berlaku.

* * *

Fasha menghela nafas. Sekajap dia duduk, sekejap dia bangun. Tidak tenang hatinya. Meen yang sedar akan tingkah laku Fasha mendekati Fasha.

“Fasha, kenapa ni?” soal Meen.

“Bonda, kenapa jauh-jauh? Sinilah,” ujar Fasha.

Meen yang tadinya berdiri di hujung pangkin itu berganjak dan duduk di sebelah Fasha.

“Bonda tengok Fasha macam ada masalah je,” ujar Meen.

“Bonda, boleh Fasha tanya sesuatu tak?” soal Fasha.

“Boleh. Apa?” soal Meen.

“Apa itu cinta?” soal Fasha seraya membaringkan kepalanya ke pangkuan Meen.

“Cinta? Cinta ada banyak definasinya. Tapi bagi bonda, cinta tu satu perasaan yang lahir ikhlas dari hati seseorang tanpa mengenal paras rupa, darjat atau harta,” ujar Meen sambil mengusap kepala Fasha.

Fasha bangun dari baringannya lalu duduk di hadapan Meen. Meen memandang Fasha pelik.

“Kalau orang tu sanggup teman kita di kala suka dan duka, sanggup bertahan dengan kita walaupun kita banyak sakitkan hati dia. Apa itupun nama cinta?” soal Fasha.

“Ye. Cinta itu satu pengorbanan Fasha,” ujar Meen.

“Bonda, Fasha pergi dulu!” ujar Fasha seraya bersalam dengan Meen.

Meen hanya melihat langkah Fasha menjauhi dirinya.

* * *

Fasha duduk di kerusi yang disediakan di taman itu. Telefon bimbitnya dipegang lalu dicari nombor Aril dan kemudian didailnya. Telefon itu dilekapkan ke telinganya.

“Hello!” ujar Aril.

Fasha diam.

“Hello!” ujar Aril lagi.

“Aku sayang kau!” ujar Fasha tiba-tiba.

Bagaikan kejutan elektrik, Aril tersenyap.

“Aril, Nur Fasha sayangkan kau!” jerit Fasha lagi.

Aril memutuskan talian. Fasha terkejut. Dilihatnya telefon bimbitnya lama. Tidak percaya dengan apa yang Aril lakukan. Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipinya. Dan kini dia sudahpun teresak-esak menangis.

Aril, kau buat aku jatuh cinta dengan kau tapi kau pergi macamtu je? Sampai hati kau Aril. Kau curi hati aku dan kemudian kau pergi.

Satu sentuhan di bahunya mengejutkan Fasha. Fasha menoleh dan dilihatnya Aril bersama satu senyuman.

“Fasha,” panggil Aril.

Fasha memandang Aril.

“Fasha, kau tahu tak?” soal Aril dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Sakit hati Fasha melihat wajah Aril bersama senyuman itu.

“Aku tahu! Aku tahu aku bodoh sebab percayakan lelaki sekali lagi. Aku tahu aku bodoh sebab jatuh cinta dengan kau! Aku tahu semua tu, Aril!” ujar Fasha tinggi dan kemudian melangkah meninggalkan Aril.

“Nur Fasha! Aku sayangkan kau!” jerit Aril.

Langkah Fasha berhenti. Aril berjalan mendekati Fasha. Diambilnya telefon bimbit yang berada dalam poket seluarnya dan dipasangkan satu lagu. Lagu bertajuk Menatap Matamu dendangan Aril AF7.

Sungguh indahnya
Hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala satu hari nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selalu ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu
Dekat di hatiku
Berdua kita kan raih bahagia

Ku ingin dirimu
Turut merasa
Rasa rindu tuk menatap matamu
Menatap matamu...

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun

Habis sahaja lagu itu, Fasha menoleh ke arah Aril. Direnungnya mata Aril untuk mencari pengertian. Aril tersenyum manis. Digenggam jari-jemari Fasha “Aril perlukan Fasha untuk membentuk satu hati. Satu hati yang sempurna! ” ujar Aril lembut.

Fasha terpaku. Perlahan-lahan senyuman mula terukir di bibir Fasha. Fasha membalas genggaman Aril.

Betullah kata orang, kebahagiaan itu pasti ada di sebalik kedukaan. Dan Fasha menemui kebahagiaan itu di samping Aril. Seorang lelaki yang begitu baik dan pirhatin kepadanya. Seorang lelaki yang sanggup menghadapi suka dan duka bersamanya. Cinta Fasha bukanlah pada Khairul, Hatta ataupun Zul tetapi kepada Muhammad Aril Bin Azam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience