Chapter 26

Other Completed 8441

26

Fasha duduk di rumah. Bosannya dia tidak dapat pergi ke sekolah. Kerjanya asyik tidur makan. Itupun makan dalam bilik. Dah dua hari kakinya terseliuh. Fasha mengeluh perlahan.

“Kaki, kaki bila kau nak baik ni?”

Fasha membaringkan kembali badannya. Kemudian dia mencapai telefon bimbitya dan mendail nombor Misha.

“Fasha! Kenapa lama tak datang?” tanpa sebarang ucapan, Misha terus menyerbu dengan soalan.

“Kaki aku terseliuh. Kau pun bukan nak call aku. Nak aku call kau dulu,” ujar Fasha.

“Aku baru nak call. Kenapa kaki kau terseliuh?” soal Misha.

“Aku terjatuh,” ujar Fasha.

“Tu lah kau. Cuai lagi,” bebel Misha.

“Dah, kau tak payah nak membebel. Dahlah aku kena membebel dengan Pak Mad, lepastu papa and then mamat bebel, sekarang kau pula. Sakit telinga aku wei,” ujar Fasha.

“Yes madam!” usik Misha.

“Bagus,” ujar Fasha lega.

“Siapa mamat bebel tu?” soal Misha.

“Nantilah aku cerita. Kau datang lah sini. Aku bosan lah,” ajak Fasha.

“Okay! Kejap lagi aku datang,” ujar Misha.

“Aku tunggu. Bye!” ujar Fasha lalu mematikan panggilan.

Baru sahaja Fasha mematikan talian, Zul pula yang menghantar pesanan ringkas. Dengan malas, Fasha membalas mesej itu.

Kenapa tak datang?

Kaki terseliuh.

Macammana boleh terseliuh?

Terjatuh.

Kesian awak.

Kesian lah jugak. Nasib baik ada orang tolong.

Siapa? Laki ke perempuan.

Tengah-tengah. Haha.

Gurau pulak dia ye.

Hehe, ehh awak, saya nak mandi ni. Kejap lagi Misha nak datang. Bye!

Mandi wangi-wangi. Bye!

Usai sahaja mandi, Fasha dengan kaki yang terjengket-jengket berjalan menuruni tangga. Mak Leha yang ternampak Fasha menuruni tangga segera menolong Fasha.

“Thanks Mak Leha,” ujar Fasha sambil memaut bahu Mak Leha. Mak Leha meletakkan Fasha di atas sofa dan segera berlalu ke dapur.

“Mak Leha, tolong buatkan air dengan apa-apa lah hidangan ringan. Misha nak datang kejap lagi,” arah Fasha.

Baru sahaja Fasha meletakkan kepala ke sofa, suara orang memberi salam kedengaran. Terkial-kial Fasha bangun untuk membuka pintu. Baru sahaja Fasha berdiri, Mak Leha sudahpun membuka pintu.

“Fasha, mana kau!” jerit Misha.

“Dekat sini,” ujar Fasha seraya duduk kembali.

Misha bergerak perlahan ke arah Fasha. Fasha memandang Misha dengan pandangan yang pelik apabila Misha asyik tersengih-sengih sahaja.

“Apa hal dengan kau?” soal Fasha kehairanan.

“Aku ada bawa kawan ni,” ujar Misha.

“Mana? Panggil lah kawan kau masuk,” ujar Fasha.

“Zul, sini!” panggil Misha.

Fasha menjengilkan mata ke arah Misha. Zul jalan menghampiri mereka sambil tersenyum manis.Fasha membalas senyuman Zul dengan senyuman yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.

“Hai Fasha,” sapa Zul bersama senyuman yang tidak lekang dari bibrnya.

“Hai,” balas Fasha pendek sambil membetulkan kedudukannya.

“Aliff Iman datang kejap lagi,” beritahu Misha.

“Ha? Kenapa tak cakap?” soal Fasha.

“Kenapa?” soal Misha kembali. Fasha menjengilkan matanya ke arah Misha.

“Wei, tolong papah aku masuk dalam bilik,” ujar Fasha geram.

“Ye lah,” ujar Misha seraya bangun dan menolong Fasha.

“Awak duduklah dulu, saya ada hal sekejap,” ujar Fasha.

“Okay!” jawab Zul pendek.

Sewaktu mendaki tangga, Fasha dan Misha berborak.

“Kenapa kau tak bagitahu awal-awal dia nak datang?” soal Fasha geram.

“Yang si Zul tu aku jumpa dekat luar tadi. Aliff Iman baru bagitahu tadi,” ujar Misha serba-salah.

“Kau tengok lah pakaian aku. Tengok, jatuh maruah aku dekat Zul tadi,” ujar Fasha.

Misha memandang Fasha yang hanya memakai jeans pendek yang menampakkan pehanya yang putih bersama baby T-shirt berwarna hitam.

“Sorry lah. Mana aku tahu,” ujar Misha.

“Takpelah, dah memang rezeki dia tengok aku macamni,” ujar Fasha.

Lima minit kemudian, mereka turun. Fasha memakai jeans biru muda paras lutut bersama baby T-shirt tadi. Aliff Iman sudahpun berada di sebelah Zul. Fasha melemparkan senyuman manis kepada mereka.

“Thanks lawat aku,” ujar Fasha seraya duduk di sebelah Misha.

“Kawan memanglah macamni,” ujar Aliff Iman.

“Fasha, macammana boleh jadi macamni?” soal Zul.

“Ha’ah Fasha. Ceritalah,” gesa Misha.

“Yelah. Semalam semalam aku duduk atas tembok tu,” ujar Fasha seraya bibirnya menjuih ke arah tembok yang dimaksudkan. Semua orang memandang ke arah yang ditunjukkan.

“Aku duduk lah atas tu. Lepastu Pak Mad nampak, dia membebel dekat aku. Tapi aku cakap dengan dia, jangan membebel boleh tak. Pak Mad pun pergilah. Aku dengar lagu tau and ada labah-labah hinggap kat kaki aku. Wei, geli lah aku. Entah macammana entah, aku terjatuh,” ujar Fasha.

“Tu lah siapa suruh duduk tinggi-tinggi. Kan dah jatuh,” ujar Aliff Iman.

“Wait wait, kau belum habis cerita lagi ni,” ujar Misha.

“Siapa yang tolong awak tu?” soal Zul.

“Waktu aku jatuh tu, ada seorang mamat ni datang tolong. Korang tahu tak, lelaki ni sempat membebel dengan aku. Tapi aku tak kisah lah, janji dia tolong aku,” cerita Fasha bersama satu senyuman.

“Dia ada ambil kesempatan tak?” soal Zul.

“Taklah. Dia tolong papah bawa masuk je,” ujar Fasha.

“Untung gila kau,” ujar Misha. Aliff Iman memandang tepat ke arah Misha.

“Kenapa pula untung?” soa Aliff Iman cemburu.

“Ye lah, tak payah pergi sekolah,” ujar Misha sambil tersengih nakal.

“Untung kau kata? Aku bosan gila kau tahu. Buat ni tak boleh, buat tu tak boleh,” rungut Fasha.

“Fasha, bila kau nak sekolah balik?” soal Misha.

“Mungkin minggu depan kot,” ujar Fasha.

“Kelas sepi doe takde kau,” ujar Misha.

“Ha..Ha.. kenapa pula?” soal Fasha.

“Kaukan penyeri kelas, lepastu suka melawan cakap cikgu pula tu,” usik Misha. Fasha hanya tergelak mendengar kata-kata Misha.

Selepas itu, mereka pun berbual-bual sehinggalah jarum jam menunjukkan pukul 6.00 petang, Zul pun meminta diri dahulu.

“Saya balik dulu lah,” ujar Zul seraya bangun.

“Kejap, saya suruh Pak Mad hantarkan,” ujar Fasha.

“Takpelah,” ujar Zul.

“Takpe, rumah awak dekat mana?” soal Fasha.

“Apartment Lavender,” ujar Zul.

“Kejap, tadi awak datang sini naik apa?” soal Fasha.

“Bas lah,” ujar Zul.

“In that case, Pak Mad!!” panggil Fasha. Pak Mad yang berada di luar terus sahaja masuk ke dalam.

“Apa Fasha?” soal Pak Mad.

“Pak Mad, boleh hantarkan kawan Fasha ni tak? Dia tinggal dekat Apartment Lavender. Pak Mad tahukan tempat tu?” ujar Fasha yang lebih berbentuk arahan.

“Tau tau, sekarang ke Fasha?” soal Pak Mad.

“Ye,” jawab Fasha pendek. Pak Mad berlalu ke luar untuk memanaskan enjin.

“Thanks. Awak ni baik sangat lah,” ujar Zul.

“Ala, kitakan kawan!” ujar Fasha sambil tersenyum.

“Okaylah Fasha, bye!” ujar Zul.

“Bye!” ujar Fasha.

“Zul, jangan lupa tau apa yang aku cakap tadi!” ujar Aliff Iman tiba-tiba bersama satu senyuman yang susah diertikan.

“Aku ingat,” ujar Zul dan segera berlalu ke luar.

Selepas Zul pulang, Aliff Iman dan Misha pula yang pulang. Kini, tinggallah Fasha sendirian kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience