Chapter 34

Other Completed 8441

34

Fasha merenung cebisan kertas yang diberikan Aliff Iman di sekolah tadi. Nombor Zul yang tercatat di kertas itu dipandang lama.

Zul, kau buat aku merana. Kau buat aku sedih. Now, it’s pay time! Kau dengan Teha akan berpisah. Aku janji dengan kau Zul, kau akan putus! Tak kiralah macammana, kau berdua akan putus.

Fasha tersenyum seorang diri. Fasha mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Disimpan nombor Zul di dalam telefonnya. Kemudian, ditulis satu pesanan ringkas.

Hai. Ada kredit tak ni?

Fasha menekan punat send. Telefon bimbitnya diletakkan ke atas meja kembali. Televisyen yang terpasang dipandang kosong oleh Fasha. Fikirannya melayang kepada rancangan untuk memisahkan Zul dan Teha.

Tiga puluh minit Fasha menunggu balasan Zul tetapi hampa. Tiada balasan daripada Zul. Fasha menekan punat untuk menulis mesej.

Takde kredit ke? Takpelah, kalau ada kredit nanti, balas lah mesej ni.

Fasha meletakkan telefon bimbitnya di bawah bantal. Televisyen yang terpasang ditutupkan. Dan kemudian Fasha berjalan ke katil dan terus baring.

Bunyi bising di bawah menarik perhatian Fasha. Fasha bingkas bangun dan membuka pintu biliknya perlahan. Kedengaran suara ayahnya bercakap dengan seseorang. Fasha berjalan perlahan ke arah tangga.

Fasha meninjau keadaan di bawah. Dapat dilihatnya seorang perempuan yang mengalirkan air mata. Fasha menganggak bahawa perempuan itu isteri baru papanya. Tetapi yang menjadi persoalannya, kenapa perempuan itu menangis. Fasha mengamati perbualan mereka.

“Janganlah menangis. Kita selesaikan masalah ni sama-sama. Bukan dulu abang pernah janji dengan Meen ke susah senang kita bersama.”

“Tapi bang, dia takkan boleh terima Meen. Meen tak nak dia benci Meen.”

“Meen, lambat-laun dia akan terima.”

“Abang, Meen tahu dia benci Meen. Meen rela berkorban untuk kebahagiaan abang dengan anak abang.”

“Tak Meen. Kalau Meen pergi, itu sama dengan Meen hancurkan kebahagiaan abang. Kebahagiaan abang ada dekat Meen dan Fasha.”

Fasha menuruni tangga. Tan Sri Roslan dan Meen, isteri baru Tan Sri Roslan tidak sedar akan kehadiran Fasha.

“Papa,” panggil Fasha. Tan Sri Roslan dan Meen serentak memandang Fasha. Meen menyeka air matanya. Tan Sri Roslan pula berdiri sambil memegang tangan Meen untuk memberi kekuatan.

“Kalau kebahagiaan papa ada dekat dia, kenapa papa tak halau Fasha dari rumah ni? Fasha boleh pergi kalau papa halau Fasha!” tengking Fasha.

“Fasha...” belum sempat Meen menghabiskan ayatnya, Fasha sudahpun memotong.

“Kau diam! Kau jangan nak berlakon baik lah. Kau ingat aku tak tahu, kau hanya nak merampas harta papa aku! Kalau kau nak duit, kau boleh ambil tapi bukan kebahagiaan aku!” tengking Fasha.

“Bonda tak pernah nak rampas kebahagiaan Fasha. Bonda pun tak pernah nak rampas harta papa. Kenapa Fasha fikir negatif?” soal Meen lembut.

“Sebab kau memang jahat. Tu lah kepastiannya yang tidak dapat diubah,” ujar Fasha selamba seraya masuk ke bilik. Tan Sri Roslan dan Meen mengeluh perlahan dengan kekerasan kepala Fasha.

* * *

Pagi-pagi lagi Fasha sudah bangun. Fasha lantas bersiap untuk ke taman. Fasha mengenakan jeans bersama T-shirt berwarna putih. Rambutnya diikat satu. Fasha lantas turun ke dapur untuk menikmati sarapan.

“Morning,” ujar Tan Sri Roslan.

Fasha tidak membalas. Fasha hanya melintasi Tan Sri Roslan.

“Mak Leha, nak makan,” ujar Fasha.

“Pergilah,” ujar Mak Leha.

“Mak Leha masak apa?” soal Fasha.

“Nasi goreng,” ujar Mak Leha.

Fasha mengangguk-angguk dan terus ke ruang makan. Tanpa menghiraukan papanya dan Meen, Fasha duduk di tempat kosong berdepan dengan Meen.

Fasha lantas mengisi nasi goreng ke dalam pinggannya. Kemudian disuapkan ke dalam mulut. Sepanjang Fasha makan langsung tiada bual bicara daripada mereka bertiga. Selepas makan, Fasha terus berjalan ke arah pintu.

“Fasha nak pergi mana?” soal Tan Sri Roslan.

Diam. Fasha tidak menjawab.

“Fasha, papa Fasha tanya tu,” ujar Meen lembut.

Fasha terus berhenti melangkah. Dipusingkan badannya ke arah mereka.

“Suka hati aku lah nak jawab ke tak. Kau peduli apa?” ujar Fasha kasar.

Meen terdiam mendengar kata-kata Fasha itu. Tanpa membuang masa, Fasha terus melangkah. Sampai di muka pintu, Fasha menoleh ke belakang.

“Fasha nak pergi park,” ujar Fasha mendatar.

“Jaga diri baik-baik,” ujar Tan Sri Roslan.

Fasha tidak membalas. Terus sahaja dia melangkah ke kereta. Pak Mad terburu-buru datang mendapatkan Fasha.

“Nak pergi mana?” soal Pak Mad.

“Park,” ujar Fasha mendatar.

Pak Mad membuka pintu untuk Fasha dan kemudian, berlalu untuk menghidupkan enjin. Fasha terus sahaja masuk ke kereta dan ditutup pintu keretanya kuat. Sepanjang perjalanan, tiada langsung suara yang keluar daripada mulut Fasha dan juga Pak Mad. Masing-masing hanya membisu.

“Dah sampai,” ujar Pak Mad. Kereta diberhentikan.

“Thanks. By the way, lagi satu jam jemput Fasha,” ujar Fasha yang berbentuk arahan itu. Fasha terus keluar daripada kereta BMW itu.

Fasha melangkah perlahan menuju ke arah tasik. Tidak ramai orang di taman itu. Mungkin masih terlalu awal. Fasha mengerling jam tangannya. Baru pukul 8 pagi.

Fasha duduk di sebuah bangku di taman itu. Angin pagi yang agak dingin menemani Fasha. Fasha terbuai dalam angannya. Angan untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan juga angan untuk memiliki seorang ‘angel’ yang melindunginya daripada bahaya.

Dalam asyik berangan, telefon bimbitnya yang berada di poket bergetar. Fasha segera mengangkat telefon bimbitnya. Terdapat satu mesej dan penghantarnya ialah Zul. Hati Fasha berdegup seketika. Fasha menarik nafas sedalam-dalamnya dan membuka mesej itu untuk dibaca.

Siapa ni?

Ringkas sungguh mesej itu. Fasha tersenyum segaris. Dibalasnya mesej itu.

Cuba teka. Takkan tak kenal kot.

Baru sahaja Fasha mahu meletakkan telefon bimbitnya di dalam poket, Zul sudah membalas mesej.

Tak. Siapa ni?

Fasha tersengih.

Budak yang pernah couple dengan awak. Kenal tak?

Kenal.

Siapa?

Fasha kan?

Pandai pun. Lama tak dengar cerita?

Busy lah.

Lepas break terus sombong kan?

Bukan sombong tapi malu.

Haha, malu lah sangat.

Malu lah.

Fasha tersengih. Fasha bangun dan berjalan ke arah parking kereta. Sambil itu, dia mesej dengan Zul.

Haha, couple dengan Teha kan?

Ha’ah. Macammana tahu?

I can read your mind lah.

Robot ke?

Meet me, SuperFasha. Haha.

Super ye?

Ha’ah. Ehh, okaylah, saya ada hal ni. Bye!

Okay bye!

Fasha tersengih. Dimasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket kembali. Kereta BMW yang dipandu Pak Mad sudahpun berada di hadapannya. Fasha menarik nafas lalu dihembuskan. Kemudian, Fasha memasuki kereta itu.

“Pak Mad, hantar Fasha balik,” ujar Fasha.

Pak Mad mengangguk-angguk.

Fasha menyandarkan kepalanya kemudian dia hilang di dalam dunianya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience