Chapter 30

Other Completed 8441

30

Kalander di sebelah katil dipandang sepi Fasha. Muram wajah Fasha memandang kalander tersebut.

“Zul, apa salah aku? Dah dua bulan kita couple tapi tiba-tiba kau sepikan diri. Apa aku buat pada kau?” keluh Fasha dengan wajah masam mencuka.

Fasha mengeluh dan mengeluh. Teringat lagi peristiwa minggu lepas ketika dia, Zul, Misha dan juga Aliff Iman di kedai makan.

* * *

“Hai,” sapa Fasha dan Misha serentak.

“Hai,” balas Aliff Iman bersama satu senyuman. Zul pula mendiamkan diri sambil kepalanya ditundukkan.

“Dah lama tunggu?” soal Misha.

“Taklah, baru je,” jawab Aliff Iman.

“Okay, so dah order belum?” soal Misha lagi.

“Belum. Tunggu dua tuan puteri ni lah,” balas Aliff Iman. Fasha dan Misha tergelak mendengar usikan Aliff Iman. Zul pula memanggil orang untuk memesan makanan.

“Nak minum apa?” soal Aliff Iman.

“Milo ais!” jawab Misha laju.

“Saya pun nak sama dengan dia lah,” ujar Fasha.

Kata-kata Fasha disambut dengan tawa mereka bertiga. Kelakar mendengar bahasa skema Fasha itu.

“Kenapa skema pula?” soal Misha.

“Saje je,” ujar Fasha sambil tersenyum manis.

“Exam korang macammana?” soal Aliff Iman.

“Okay lah,” ujar Fasha dan Misha hampir serentak. Kemudian mereka saling berpandangan dan tergelak.

“Kau Zul?” soal Aliff Iman.

“Aku pun okay lah. Tapi aku takdelah sepandai korang. Tengok je lah kelas aku. Kelas paling hujung. Mestilah standard aku pun paling hujung.” Jawab Zul rendah diri.

“Kenapa cakap macamtu?” soal Fasha tak puas hati.

“Kenapa? Memang betul apa yang saya cakap tu,” jawab Zul selamba. Baru sahaja Fasha ingin membuka mulut, telefon bimbitnya berbunyi. Fasha mengangkat tangan seraya berlalu menjauhi mereka.

“Ye Mak Leha..... Ala Mak Leha, Fasha dekat kedai lah...... Dengan siapa lagi, dengan Misha lah..... Betul Mak Leha, Fasha tak tipu...... Cakap je lah dengan papa, lagi 45 minit Fasha balik...... Okay bye Mak Leha!”

Fasha mematikan talian dan segera berjalan ke arah mereka. Dari jauh kelihatan Zul memandangnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan. Fasha hanya menayangkan muka sepuluh sen kepada Zul yang memerhatikannya. Fasha terus sahaja duduk di sebelah Zul.

“Siapa?” soal Zul. Fasha tidak menjawab sebaliknya dia hanya memberikan satu senyuman sebagai jawapan kepada Zul. Entah, hatinya geram dengan jawapan Zul tadi.

“Siapa?” soal Zul sekali lagi. Fasha merenung Zul dengan pandangan yang tajam. Serta-merta, Zul menundukkan kepalanya.

“Korang, aku gerak dulu lah!” ujar Misha.

“Nak pergi mana?” soal Fasha seraya mengalihkan pandangan daripada Zul.

“Baliklah. Aliff Iman nak hantar aku ni. Karang aku kena naik teksi pula,” jawab Misha.

“In that case, okay! You may go,” ujar Fasha.

“Kalau kau tak izinkan pun, aku akan pergilah,” ujar Misha seraya menjelirkan lidah. Fasha hanya tergelak. Aliff Iman dan Zul bersalam sambil Aliff Iman membisikkan sesuatu kepada Zul. Kemudian mereka beredar pulang menaiki motosikal Aliff Iman.

Kini, tinggal Fasha dan Zul sahaja. Fasha sudahpun bangun dan Zul masih duduk memandang Fasha. Fasha melangkah ke hadapan.Kemudian apabila dirasakan Zul tidak mengekorinya, Fasha memandang belakang.

“Awak nak tunggu apa lagi? Kan Aliff Iman dah bayar tadi,” ujar Fasha. Zul hanya tersengih seraya bangun dan mengikuti langkah Fasha. Kini, mereka jalan seiringan.

“Awak nak balik dah?” soal Zul.

“Memang lah nak balik. Tapi saya kena tunggu Pak Mad datang. Kenapa? Awak nak balik ke?” soal Fasha.

“Taklah, saja tanya,” jawab Zul.

“Kalau awak nak balik, awak baliklah dulu. Saya boleh tunggu sorang-sorang,” ujar Fasha.

“Tak, saya memang nak teman awaklah,” ujar Zul.

“Tak, kalau awak memang betul-betul nak balik. Baliklah. I can take care of myself,” ujar Fasha lagi.

“Awak, jangan lah merajuk,” pujuk Zul.

“Saya tak merajuklah,” jawab Fasha.

“Are you sure?” soal Zul.

“Ye,” jawab Fasha sambil melemparkan satu senyuman.

“Awak okay? “ soal Zul.

“Okay je,” jawab Fasha.

Seketika mereka senyap. Kesepian yang terasa amat ganjal sekali bagi Fasha dan Zul. Namun kesepian mereka tidak lama.

“Awak, saya balik dulu lah. Pak Mad dah datang. Bye!” ujar Fasha seraya melangkah ke kereta yang dipandu Pak Mad.

* * *

Fasha merenung lagi buku berwarna jingga itu. Di situ, tercatat banyak namanya dan juga nama Zul. Malahan, gambar Zul juga berada di situ. Tanpa Fasha sedari, air matanya jatuh.

“Zul, kenapa kau buat aku macamni? Aku sayang sangat dengan kau. Sayang sangat! Kenapa kau sepikan diri? Apa salah aku?”

Fasha memandang gambar Zul yang ditampal di bukunya. Gambar yang diambil ketika mereka sedang lepak di taman. Fasha tersenyum kelat. Gambar Zul yang memandang dirinya. Memang gambar itu diambil tanpa Zul sedia tetapi bagi Fasha, gambar itu begitu sempurna.

Fasha menyelak lagi halaman demi halaman buku itu. Dibacanya satu persatu halaman buku itu. Setelah setengah dibaca, Fasha mencapai telefon bimbitnya. Ditulis pesanan ringkas.

Hai! Lama tak dengar khabar.

Fasha menekan punat send. Diletaknya telefon bimbitnya di atas katil. Radio yang terpasang memutarkan lagu Gantung daripada Melly Goeslow. Dihayatinya lirik lagu itu. Perlahan-lahan air matanya gugur.

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau telah berakhir

Zul, adakah kita masih couple ataupun semuanya sudah berakhir?

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Mahunya apa
Ku harus bagaimana kasih

Zul, kau menghilang tanpa berita. Tanpa aku sendiri tak tahu apakah sebabnya, kau menghilang.

Sampai kapan kau gantung
Cerita tentangku
Memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Zul, sampai bila kau nak gantungkan hubungan kita? Sampai bila, Zul? Aku sayang kau. Jangan bagi aku harapan kalau kau sendiri tak mampu nak tunaikan. Hingga satu saat, aku tak sanggup lagi tunggu dan aku terpaksa tinggalkan kau.

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Ku rela hingga semuanya pasti

Hari demi hari berlalu tetapi kau langsung hilang tanpa khabar berita. Rela? Relakah aku? Aku sendiri tak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience