Chapter 25

Other Completed 8441

25

Fasha yang hanya memakai jeans paras lutut bersama T-shirt duduk di hadapan rumahnya. Fasha memanjat tembok sebelah pagar dan duduk di situ. Agak tinggi kedudukannya. Cuaca yang agak mendung memberikan dia peluang untuk melepak di situ.Fasha melihat jam tangannya. Pukul 5.30 petang.

Papa balik lambat harini! Bestnya duduk sini.

“Fasha, apa kamu buat tinggi-tinggi tu?” soal Pak Mad.

“Ala Pak Mad, Fasha tengah best duduk atas ni. Janganlah membebel!” ujar Fasha. Pak Mad hanya mengelengkan kepala melihat kerenah Fasha.

“Suka hati kamulah Fasha. Kalau kamu jatuh, jangan salahkan Pak Mad,” bebel Pak Mad.

“Ye Pak Mad!” ujar Fasha sambil telinganya disumbatkan earphone. Lagu teenagers berkumandang di telinganya. Sesekali kepala Fasha digeleng-gelengkan sesekali diangguk-anggukkan mengikut irama lagu.

Kemudian, Fasha dikejutkan dengan satu sentuhan di kakinya. Fasha memandang ke kakinya dan alangkah terkejutnya mendapati seekor labah-labah. Fasha menjerit dan kemudian digoyang-goyangkan kakinya untuk menghalau labah-labah itu.

Entah mana silapnya, Fasha terjatuh. Fasha mengaduh kesakitan. Nasib baik ketika itu seorang lelaki sedang berjalan di situ. Segera lelaki itu menolong Fasha.

“Kenapa ni?” soal lelaki itu.

“Terjatuh,” jawab Fasha pendek.

“Tu lah duduk tinggi-tinggi lagi,” bebel lelaki itu sambil membantu Fasha bangun.

“Thanks!” ujar Fasha. Lelaki itu melepaskan Fasha apabila Fasha sudahpun berdiri dan sekali lagi Fasha terjatuh kerana tidak stabil dan automatik tangannya menarik lelaki tadi. Akibatnya lelaki itu turut terjatuh.

“Sorry,” mohon Fasha kepada lelaki tersebut.

“Takpe,” ujar lelaki itu sambil bangun.

“Wei, tolonglah aku doe!” jerit Fasha geram apabila lelaki itu ingin berlalu.

“Apa bendanya?” soal lelaki tadi.

“Kaki aku sakit lah. Tak boleh berdiri,” ujar Fasha.

“Nak minta tolong tu elok-elok lah sikit. Ni menjerit sana menjerit sini. Bak sini kaki tu, biar aku tengok,” bebel lelaki tadi.

“Kau ni memang suka membebel ke?” usik Fasha.

“Karang aku tak nak tolong kau baru tahu,” ugut lelaki itu.

“Okay sorry!” ujar Fasha.

“Kaki kau terseliuh lah wei. Maybe kau kena rehat dalam seminggu,” ujar lelaki itu.

“Boleh kau tolong panggil Pak Mad dekat dalam?” arah Fasha.

“Siapa tu?” soal lelaki itu.

“Kau ni banyak tanya lah, panggil je lah. Kalau tak, macammana aku nak masuk,” ujar Fasha.

“Ye lah,” jawab lelaki itu.

Lelaki itu terus ke pagar dan memanggil Pak Mad. Pak Mad membuka pintu pagar tersebut. Lelaki itu kemudian memapah Fasha masuk ke dalam.

“Kenapa ni?” soal Pak Mad gelabah.

“Jatuh,” ujar Fasha perlahan.

“Ya Allah, kan Pak Mad dah cakap, jangan panjat. Kamu panjat juga. Tengok apa dah jadi.Apa Pak Mad nak bagitahu papa kamu ni Fasha?” bebel Pak Mad.

“Kenapa gelabah sangat ni Pak Mad. Fasha okay lah. Nanti Fasha pandai-pandai lah cakap dengan papa. Pak Mad jangan risau,” ujar Fasha.

“Kamu cakap senanglah,” keluh Pak Mad.

“Pak Mad relax lah. Wei, boleh kau papah aku masuk?” soal Fasha.

“Err.. okay!” jawab lelaki tersebut teragak-agak. Lelaki itu memapah Fasha sehingga ke dalam rumah dan diletakkan Fasha di atas sofa.

“Wei, thanks!” ujar Fasha.

“Welcome! Wei, jaga kaki kau tu sikit. Better kau suruh papa kau ke siapa ke balut kaki kau ni. Takut masuk angin nanti,” ujar lelaki tersebut.

“Ye pak cik!” ujar Fasha.

“Aku balik dulu lah. Bye!” ujar lelaki tersebut seraya melangkah keluar.

Fasha merebahkan badannya di atas sofa. Sekejap dia lupa pasal kakinya.

“Ya Allah, siapa nama dia tadi? Aku lupa pulak nak tanya,” keluh Fasha.

Fasha memandang siling. Fikirannya melayang entah ke mana sehinggalah bunyi deruman enjin kedengaran. Fasha segera bangun dan apabila dia terasa kakinya berdenyut, Fasha rebah di sofa kembali.

“Aduh,” Fasha mengaduh kesakitan.

“Fasha, apa dah jadi ni?” soal Tan Sri Roslan.

“Mana ada apa-apa,” ujar Fasha.

“Jangan tipu papa. Kaki kamu bengkak tu,” ujar Tan Sri Roslan.

“Fasha terseliuh la pa,” ujar Fasha akhirnya.

“Kamu buat apa? Mad!” Tan Sri Roslan sudahpun naik marah.

“Papa, jangan salahkan Pak Mad. Fasha yang tak dengar cakap dia. Please papa! Jangan marah dia. Semua ni salah Fasha. Fasha yang panjat tembok tu. Pak Mad dah larang tapi Fasha tetap degil. Papa, Fasha minta maaf,” ujar Fasha sayu.

“Tan Sri, saya minta maaf,” ujar Pak Mad.

“Dah, kita pergi klinik,” ujar Tan Sri Roslan.

“Tak payah papa. Kita bubuh minyak angin lepastu balut. Kaki Fasha masuk angin ni,” ujar Fasha.

“Ye lah. Leha, tolong ambilkan saya minyak angin yang panas dengan kain untuk balut kaki Fasha ni,” jerit Tan Sri Roslan. Tiga minit sahaja semuanya ada di hadapan Tan Sri Roslan.

Tan Sri Roslan menyapu minyak angin ke kaki Fasha yang membengkak dan kemudian membalutnya. Fasha hanya menahan kesakitan. Pelbagai mimik muka ditunjukkan Fasha menahan sakit.

“Okay, esok kita pergi klinik. Minta surat cuti. Fasha tak boleh sekolah seminggu,” ujar Tan Sri Roslan seraya naik ke atas.

“Pak Mad, Fasha minta maaf,” ujar Fasha kesal.

“Fasha-Fasha! Pak Mad cakap sikit, Fasha kata Pak Mad membebel. Tengok apa jadi ni,” ujar Pak Mad.

“Ye lah, Fasha mintak maaf. Lain kali Fasha tak buat lagi,” ujar Fasha.

“Okay!” ujar Pak Mad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience