Chapter 2

Other Completed 8441

2

“Hai,” satu suara menegurnya. Fasha mengangkat muka daripada terus membaca. Pantas Fasha mengukirkan senyuman manis kepada empunya suara.

“Baca buku apa tu?” Khairul pantas duduk di sebelah Fasha. Fasha menutup buku yang dibacanya.

“Buku novel. Biasalah perempuan,” lagi sekali senyuman terukir di bibir Fasha. Khairul membalas senyuman itu.

“Perempuan memang suka baca novel cinta heh?” soal Khairul sambil mengambil buku di tangan Fasha.

“Entah tapi bagi Fasha, Fasha suka baca novel cinta,” jawab Fasha lembut.

“Ohh, kisah pengorbanan dan cinta seorang gadis kepada pemuda yang tidak mencintainya,” ujar Khairul selepas membaca sinopsis novel itu. Kemudian disambungnya, “Cerita lah sikit.”

“Macamni tau cerita dia, Leen mencintai Rizal, lelaki yang sombong. Rizal pula membenci Leen sehinggakan dia sanggup menampar Leen. Leen tidak pernah mengenal putus asa. Dia mencuba dan mencuba tapi awak nak tau tak apa….” Fasha berhenti apabila melihat Khairul sedang asyik memandang dirinya. Terasa panas pipinya.

“Kenapa berhenti? Sambunglah lagi,” ujar Khairul lembut.

“Takde apa-apa lah. Okaylah Khairul, saya nak masuk kelas dulu. Bye!” ujar Fasha seraya berlalu mendaki tangga yang didukinya.

“Fasha!” Khairul memanggil nama Fasha yang sudahpun berada lima anak tangga di depannya. Fasha menoleh ke arah Khairul sambil mengangkat kedua-dua belah kening.

“Hope next time, we can meet again! If you need me, I guess you know where to find me,” ujar Khairul sambil melemparkan senyuman manis. Fasha mengangguk perlahan dan kemudian terus berlalu.

* * *

Fasha bergerak perlahan ke dalam kereta Pak Mad, pembantunya. Sesekali matanya meliar mencari kelibat Khairul. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu tetapi apabila melihat sahaja wajah Khairul, hatinya akan tenang. Setenang air jernih.

Sebelum kakinya melangkah masuk, Fasha memandang lagi ke kiri dan ke kanan. Manalah tau tiba-tiba sahaja muncul wajah Khairul. Hampa hati Fasha apabila dia tidak melihat kelibat Khairul di mana-mana. Akhirnya Fasha masuk ke dalam kereta.

“Assalamualaikum Pak Mad,” sapa Fasha malas.

“Waalaikumussalam Fasha. Ada sesiapa yang Fasha tunggu?” soal Pak Mad mesra.

“Takde,” ringkas sahaja jawapan Fasha. Pak Mad terus memandu apabila mendengar jawapan Fasha. Fasha mengeluh di belakang.

“Kenapa Fasha? Macam ada masalah je,” Pak Mad bertanya pirhatin sambil memandang wajah Fasha sekilas di cermin pandang belakang.

“Mana ada Pak Mad. Fasha letih je,” Fasha memberi alasan yang dirasakan munasabah. Pak Mad menggeleng di hadapan.

Belum sempat Pak Mad membuka mulut, Fasha sudah memotongnya terlebih dahulu. “Fasha nak rehat kejap. Penat sangat,” ujar Fasha sambil disandarkan tubuhnya. Pak Mad tidak menjawab.

Keadaan menjadi senyap sehinggalah kereta Pak Mad berhenti di perkarangan kereta Villa Indah, banglo mewah milik ibu bapa Fasha.

“Dah sampai, Fasha,” ujar Pak Mad. Fasha tersenyum ke arah Pak Mad.

“Terima kasih,” Fasha menutup pintu kereta dan terus masuk ke rumah dengan beg sekolahnya.

“Mama!” jerit Fasha lantang. Tiada jawapan. Fasha menjerit lagi dan lagi sehinggalah satu suara dibelakangnya mengejutkannya.

“Apa jerit-jerit ni?” Puan Sri Hamidah menyergah Fasha. Fasha hanya tersengih.

“Rindu lah dekat mama,” ujar Fasha seraya memeluk Puan Sri Hamidah. Puan Sri Hamidah hanya menggeleng-geleng melihat perangai anak tunggalnya. Baru beberapa jam tidak berjumpa seperti setahun tak jumpa.

“Happy je harini. Ada apa-apa ke?” soal Puan Sri Hamidah. Fasha melepaskan pelukannya kemudian tersengih memandang Puan Sri Hamidah.

“Salah ke ma?” soal Fasha. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

“Taklah. Tapi lain macam je happy Fasha harini. Mesti ada apa-apa ni. Nak cerita tak?” Puan Sri Hamidah mengorek rahsia.

“Nanti Fasha cerita. Fasha nak pergi mandi dulu lah,” ujar Fasha seraya bangun mendaki tangga.

“Cepat tau! Mama dengan Mak Leha nak hidangkan makanan ni,” ujar Puan Sri Hamidah.

“Ye mama!” laung Fasha dari atas. Puan Sri Hamidah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelangat Fasha yang keanak-anakkan.

* * *

Fasha menyandarkan tubuhnya ke sofa. Perutnya diusap berkali-kali.

“Kenyang nampak,” ujar Puan Sri Hamidah seraya duduk di sebelah Fasha. Fasha tersengih mendengar usikan Puan Sri Hamidah.

“Biasalah ma. Mama masak sedap sangat! Takkan la mama tak tau Fasha suka sangat makan mi sup,” puji Fasha. Puan Sri Hamidah bangga mendengar pujian Fasha.

“Takkan Fasha tak tau, mama Fasha ni kan pandai masak! Tu lah papa terpikat tu,” Tan Sri Roslan menyampuk.

“Eh papa, Fasha pun bangga dapat mama yang pandai masak. Dahlah cantik, pandai masak pulak tu,” puji Fasha lagi.

“Dah-dah tak payah membodek. Apa yang Fasha nak bagitahu mama tadi?” soal Puan Sri Hamidah.

“Ala mama, takkan malu kot,” usik Fasha lagi.

“Apa-apa jelah Fasha,” ujar Puan Sri Hamidah.

“Papa pun nak tau boleh?” soal Tuan Sri Roslan pula.

“Tak boleh! Ini rahsia perempuan,” ujar Fasha sambil tergelak.

“Rahsia lah sangat,” ujar Tuan Sri Roslan lagi. Mereka bertiga tergelak kemudian.

“Apanya Fasha?” soal Puan Sri Hamidah lagi.

“Fasha kan semalam kata nak pergi rumah Misha. Mama dengan papa nak tau tak? Fasha salah naik bas tau,” ujar Fasha.

“Tu lah cuai sangat,” komen Puan Sri Hamidah.

“Mama, Fasha belum habis lagi lah. Dengarlah dulu,” ujar Fasha.

“Ye lah puteri mama. Teruskan!” ujar Puan Sri Hamidah.

“Nasib baik ada seorang lelaki ni tau. Dia yang tolong Fasha. Kalau lah takde dia, Fasha pun tak tau mana Fasha nak pergi. Thank God his there.” Ujar Fasha.

“Siapa lelaki bertuah tu Fasha?” soal Tan Sri Roslan.

“Nama dia Khairul. At first I don’t know him. You know what papa mama, we study in the same school and we are in the same form too! Fasha pun tak tau kenapa Fasha tak kenal dia. Tapi yang peliknya, dia kenal Fasha. Nama Fasha, kelas Fasha. And the most important, how can he know Misha house? Fasha rasa Fasha cuma cakap, nak pergi rumah Misha. Weird right mama papa?” cerita Fasha panjang lebar.

“Maybe that boy Misha cousin or neighbour. That’s why he know where Misha leave. And one more, papa rasakan budak tu dah suka Fasha,” komen Tan Sri Roslan. Terbeliak mata Fasha mendengar komen papanya.

“No way, papa! We just meet yesrerday! Imposible he adore me,” Fasha membangkang. “Mama pula macammana?” soal Fasha.

“Pendapat mama pun sama dengan papa. Mama tak halang Fasha nak berkawan dengan lelaki asalkan Fasha pandai jaga batas sudahlah,” Puan Sri Hamidah menasihati Fasha. Fasha terdiam memikirkan kata mereka.

“Tapi Fasha kena ingat, apa-apa pun terjadi, kasih sayang mama tak berbelah bahagi. Hanya untuk Fasha dan papa je lah kasih sayang mama,” ujar Puan Sri Hamidah sayu.

“Mama! Kenapa cakap macamtu? Papa pun sayang kan mama dan Fasha. Papa janji papa takkan tinggalkan mama dengan Fasha,” ujar Tan Sri Roslan pula.

“Fasha pun sayangkan mama dan papa,” ujar Fasha sebak sambil memeluk kedua-duanya. Puan Sri Hamidah dan Tan Sri Roslan membalas pelukan Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience