Chapter 37

Other Completed 8441

37

Fasha memandang telefon bimbitnya. Sudah dua minggu Zul tidak menghubunginya. Fasha mula terasa sepi. Fasha memandang lama ke arah telefonnya. Bukan dia tidak cuba untuk menghubungi lelaki itu tetapi banyak kali. Semua mesejnya dibalas dengan perkataan ‘I busy!’ . Kalau dia telefon pula, tiada jawapan daripada lelaki itu.

Fasha menghela nafasnya panjang. Myspace nya di login. Ditekannya segala updates. Sesudah membalas segala komen dan mesej, Fasha menekan profil Zul yang berada di topfriends kedua nya.

Sekali lagi, Fasha terkejut apabila dirinya langsung tiada dalam topfriends lelaki itu dan lebih mengejutkan seorang perempuan yang langsung tidak dikenali Fasha berada di tempat kedua. Hampir luluh hati Fasha dan di saat itu terngiang-ngiang kata-kata daripada Misha dan juga Zul sendiri.

Tak kot. Malas lah. I nak fokus untuk SPM. Lagipun, kawan lagi berkekalan daripada couple kan? Macam kita sekarang ni lah.

Zul sendiri yang beritahunya begitu. Kenapa bodoh sangat aku tak dapat menangkap maksud ayat itu? Dia takkan nak dengan aku lagi.

Sebab aku tak yakin dia boleh jaga kau. Dulu dia pernah tinggalkan kau sebab seorang perempuan dan sekarang tak mustahillah dia akan tinggalkan kau lagi.

Misha, kenapa aku bodoh sangat? Memang dia akan tinggalkan aku. Dia tak pernah dan tak akan menyintai aku.

Sedih, sakit, kecewa. Semuanya bergabung menjadi satu. Tetapi tiada air mata mengalir. Kering sudah air matanya untuk mengalir. Telefonnya yang bergetar menandakan ada mesej masuk dibukanya. Dan pengirimnya ialah Zul.

Hye sayang! Buat apa tu?

Fasha merenung lama mesej itu. Dibiarkan sahaja telefonnya memaparkan mesej Zul itu terletak di atas meja. Fasha membuka salah satu profil myspacer. Lagu yang diletakkan di dalam profil itu dihayati Fasha.

Kenapa pa kau berubah?
Kenapa pa?
Kenapa pa kau berubah?
Kenapa pa?

Kau memang macamni kan? Kau suka bagi aku harapan dan kemudian tinggalkan aku.

Hello,
Kenapa kau tak jawab telefon
Dah pula tu
Dari memegang nombor
Semua lepas berkali-kali ku cuba

Kau tak pernah jawab bila aku telefon kau! Bila aku sms kau kata kau sibuk. Baru aku faham kenapa.

Ku sangka kau betul-betul jatuh cinta
Bodoh sungguh
Habis madu sepah dibuang sahaja

Memang aku bodoh! Bodoh sebab percaya dengan janji-janji manis kau! Percaya dengan kata-kata manis kau! Sayang lah apa lah. Kau memang kejam, Zul!

Cintaku bukannya jenis pakai buang
Biarlah lebih dari sehari
Apakah rasanya ku cinta segera
Sakitnya hati dipermain

Cintaku bukannya jenis pakai buang
Tidak mungkin hanya sementara
Apakah kau sangka ku cinta segera
Bayangkanlah apa ku rasa

Cinta aku bukannya mainan. Aku cinta kau tulus ikhlas dari hati aku tapi kau mainkan perasaan aku. Cuba kau berada di tempat aku dan kau rasalah apa yang aku rasa.

Baru sahaja tenang
Kau muncul semula mengatakan kau berubah
Pujuk rayu
Sampai kau runtuh ke lutut
Hampir-hampir aku mengalah
Untuk memberi kita peluang kedua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience