Chapter 17

Other Completed 8441

17

Peperiksaan Menengah Rendah sudahpun berakhir. Fasha tersenyum riang. Hatinya tenang kerana segala masalahnya sudahpun selesai. Leen sudahpun meminta maaf kepadanya di atas kesilapannya dan dengan rela hati Fasha memaafkannya dan mereka kini sudahpun berkawan.

Fasha bersyukur kerana Leen berubah. Walaupun mereka bukanlah berkawan rapat tetapi Fasha tetap mendoakan kesejahteraan Leen. Dan lelaki yang Leen maksudkan itu sebenarnya menggunakan nama Fasha kerana mahu Leen bergaduh. Lelaki itu sebenarnya mat rempit.

Hatta pula tetap seperti dulu. Biarlah dia. Fasha sendiri tidak mengambil peduli tentang Hatta. Biarlah dia bersama kehidupannya yang dirasakan seronok itu.

Tan Sri Roslan masih juga seperti dulu. Sibuk dengan kerjanya. Sampai bila, Fasha sendiri tidak tahu. Fasha hanya mampu berharap papanya berubah.

* * *

Angin petang yang sempoi-sempoi bahasa itu menampar badan Fasha yang ramping. Fasha duduk di bangku di halaman rumahnya. Hatinya berasa amat tenang.

Ketenangan Fasha terganggu apabila seorang budak lelaki menjengah-jengah di luar pagar. Fasha segera menghampiri budak itu. “Cari siapa?” soal Fasha.

“Err, saya rasa saya dah sesat,” ujar lelaki itu. Fasha mengangkat kening.

“Saya nak pergi dekat alamat ni,” ujar lelaki itu seraya menghulurkan sekeping kertas.

“Rumah Puan Zuraini?” soal Fasha.

“Ye, dia mak sedara saya,” ujar lelaki itu.

“Ohh, sekejap ye, saya tunjukkan!” ujar Fasha. Fasha kemudian masuk ke rumah dan membuka pintu pagar. Fasha kemudian keluar.

“Jom saya tunjukkan jalan,” ujar Fasha seraya melangkah keluar. Lelaki itu membontoti Fasha.

“Nama awak siapa?” soal lelaki itu.

“Kenapa awak nak tahu?” soal Fasha pula.

“Saje,” jawab lelaki itu.

“Siapa nama awak pula?” soal Fasha.

“Zul,” ujar lelaki itu.

“Okay!” jawab Fasha ringkas.

“Awak?”

“Rahsia.”

“Mana adil macamtu,”

“Adil lah. Saya tunjukkan awak arah ni dah cukup bagus.”

“Kenapa awak tunjukkan saya arah?”

“Sebab saya bosan duduk rumah”

“Kalau saya jahat macam mana?”

“Saya yakin awak baik.”

“Macammana awak yakin?”

“Sebab kalau awak jahat, dah lama tadi awak masuk rumah saya,” ujar Fasha seraya berhenti berjalan.

“Kenapa berhenti?” soal Zul.

“Dah sampai lah,” ujar Fasha seraya tergelak.

“Thanks,” ucap Zul.

“Welcome. Saya balik dulu,” ujar Fasha seraya melangkah menjauhi Zul.

“Awak!” panggil Zul. Fasha menoleh ke arah Zul sambil mengangkat sebelah kening.

“Nice to meet you and hope to meet you next time,” ujar Zul. Fasha tersenyum seraya melangkah lagi menjauhi Zul.

* * *

Seperti biasa, Fasha duduk di pondok. Misha pula ke kantin. Mungkin makan. Ye lah, nanti Aliff Iman marah pula. Tercetus gelak kecil daripada mulut Fasha.

“Apa yang kelakar sangat?” soal Zul. Fasha segera memandang lelaki itu.

“Awak sekolah sini?” soal Fasha terkejut.

“Ye lah. Saya sekolah sini. Dan nama awak Fasha kan?” soal Zul lagi. Fasha mengangkat keningnya.

“Macammana awak tahu?” soal Fasha.

“Nametag,” jawab Zul tenang. Fasha kemudian tergelak.

“Lupa pula. Awak kelas mana?” soal Fasha.

“4 Rose. Awak?”

“3 Anggerik,” jawab Fasha.

“Ohh, kira budak pandai lah ni. Awak ni ada satu pakej lah kiranya. Kaya, pandai, cantik dan juga baik,” ujar Zul. Fasha hanya tersengih mendengar pujian Zul.

“Bodek heh?” usik Fasha.

“Tak lah, ikhlas dari hati saya ni,” ujar Zul sambil mengenyitkan mata. Hati Fasha berdegup kencang melihat reaksi Zul.

“Awak, saya nak naik kelas ni, bye!” ujar Fasha seraya melangkah pergi.

“Sekejap!” jerit Zul. Fasha berpaling. Zul menghampiri Fasha dengan sehelai kertas dan sebatang pen di tangannya.

“Nak yahoo mesenger please!” pinta Zul. Fasha tersengih seraya menyambut huluran kertas dan pen lalu dicatitkan ym nya. Selepas menulis, Fasha terus sahaja berlalu. Zul hanya memerhatikan langkah Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience