Chapter 28

Other Completed 8441

28

Fasha memegang kakinya yang beransur pulih. Mungkin dua hari lagi, dia boleh ke sekolah. Fasha tersenyum.

Kaki oh kaki! Sebab kau lah, aku couple dengan orang yang aku sayang! Sempurna hidup aku sekarang

Tan Sri Roslan mengetuk perlahan pintu bilik Fasha. Fasha dengan kaki yang terjengket-jengket membuka pintu biliknya.

“Kenapa kunci bilik? Kan susah nak buka tu?” bebel Tan Sri Roslan.

“Ala papa ni, Fasha dah terbiasa lah papa,” ujar Fasha.

“Takdelah, papa cakap je,” ujar Tan Sri Roslan.

“Ye lah papa. Papa, agaknya bila Fasha boleh sekolah?” soal Fasha.

“Minggu depan boleh dah ni,” ujar Tan Sri Roslan.

“Minggu depan? Lamanya!” rungut Fasha.

“Laa, kan harini hari rabu. Esok khamis lepastu jumaat. Lepastu kan cuti. Hari Isnin tu Fasha sekolah lah,” ujar Tan Sri Roslan.

“Ye lah papa sayang!” ujar Fasha.

“Lain kali nak panjat lagi tembok tu?” soal Tan Sri Roslan.

“Tak nak! Dah taubat dah,” ujar Fasha laju.

“Haa, taupun takut,” ujar Tan Sri Roslan. Fasha tergelak.

“Takut lah jugak,” ujar Fasha.

“Okay Fasha, papa pergi kerja dulu. Bye!” ujar Tan Sri Roslan.

Fasha bersalam dengan Tan Sri Roslan dan kemudian Tan Sri Roslan mengucup dahi Fasha penuh kasih sayang.

* * *

Telefon Fasha bergetar sekali lagi. Fasha yang menyangkakan mesej daripada Zul terus membacanya.

Fasha, you couple dengan Zul ke?

Fasha mengerutkan dahi. Nombor yang tidak disimpan di telefon bimbitnya itu seperti pernah dia tengok. Berkerut-kerut dahi Fasha cuba mengingati. Dan Fasha akhirnya ingat, itukan nombor Hatta.

Kalau aku couple dengan dia pun, kenapa?

Fasha menekan punat send. Dua minit kemudian Hatta membalas mesej itu.

Saja tanya. Kau sombong kan sekarang?

Fasha tergelak. Tidak dibalas mesej itu. Lima minit kemudian telefon bimbitnya bergetar lagi. Kali ini Zul yang menghantar mesej.

Hai sayang! Buat apa tu?

Tengah tengok bulan.

Tengok bulan?

Kenapa?

Kenapa tengok bulan?

Sebab bulan tu lawa.

Selain itu?

Sebab bulan boleh menenangkan fikiran saya. Kenapa awak tak suka ke bulan?

Saya lagi suka bintang.

Ye ke? Planet pula awak suka planet apa?

Pluto kot. Haha, awak?

Kalau saya, saya suka planet Zuhal!

Mesti sebab ada nama saya kan.

Tu pun satu sebabnya, tapi yang utama sebab planet Zuhal kan planet paling lawa.

Ohh, faham Tuan Puteri!

Kalau awak jadi bintang, saya nak jadi bulan lah! Kalau awak jadi langit, saya nak jadi awanlah! Biar kita selalu bersama

Ehh, jiwangnya!

Mana ada!

Ye ke? Okaylah awak, saya nak tidur ni. Esok sekolah. Bye! Goodnight. Sweetdream! Sayang awak! MuahhXD

Okay, bye! Goodnight and sweetdream too. Sayang awak juga.Muahh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience