Chapter 41

Other Completed 8441

41

Pejam celik pejam celik, hari persekolahan pun tiba. Fasha tersenyum di hadapan cermin. Rambut yang diikat satu itu dikemaskan. Rambut hadapannya yang hampir menutup matanya diselak ke tepi. Baju kurung yang tersarung di badan di betul-betulkan.

Fasha mencapai beg sekolahnya lalu disandangkan ke belakang. Kemudian, Fasha terus sahaja turun ke bawah. Fasha duduk di meja makan dan terus sahaja mencapai sekeping roti lalu disapu jem ke atasnya.

Setelah menghabiskan dua keping roti dan segelas susu, Fasha berangkat pula ke sekolah. Sepanjang perjalanan, Fasha hanya diam.

Sampai sahaja di sekolah, Fasha menuju ke pejabat. Mahu ditanya kelasnya di mana.

Pejabat dekat mana? Sepatutnya papa ikut tadi. Ni tak, sibuk memanjang dengan wife baru dia. Ei, tak faham aku apa yang istimewanya si Meen tu!

Tidak tahu ke mana dia harus pergi, akhirnya Fasha mengambil keputusan untuk bertanya.

“Ehh, boleh tanya tak?” soal Fasha kepada seorang lelaki yang baru sahaja melintasinya.

Lelaki itu menoleh ke belakang. Perlahan-lahan senyuman di bibir Fasha mati. Aril tersengih lalu merapati Fasha.

Aku sama sekolah dengan mamat ni ke? Ohh tidak! Katakan ini semua mimpi ngeri!

“Ye?” ujar Aril.

Betul lah pulak. Malang betul nasib aku!

“Aku tak panggil kau,” ujar Fasha.

“Ye ke?” soal Aril kembali.

“Ye,” ujar Fasha yakin.

“Takpelah. Kalau kau sesat, aku tak tahu. Lagipun waktu sekarang ni semua orang dalam kelas,” ujar Aril.

Fasha berfikir sejenak.

Nak tanya tak? Karang tak tahu lagi susah. Baik aku tanya je lah.

Aril yang baru sahaja mahu melangkah cepat-cepat ditahan Fasha.

“Aril!” panggil Fasha.

Aril memusingkan badannya menghadap Fasha seraya mengangkat kening.

“Pejabat dekat mana?” soal Fasha.

“Jom aku tunjukkan,” ujar Aril.

Fasha hanya menggangguk dan mereka berjalan beriringan ke pejabat.

“Kau baru masuk ke?” soal Aril.

“Dah daftar dah haritu tapi aku tak tahu kelas aku apa,” ujar Fasha.

“Kau form berapa?” soal Aril.

“Form five,” jawab Fasha.

“Sama lah. Entah-entah kita satu kelas kot,” ujar Aril.

“Harap-harap tak lah,” ujar Fasha perlahan.

“Ni pejabatnya,” ujar Aril.

Fasha mengangguk lalu melangkah masuk ke pejabat. Selesai berurusan di pejabat, Fasha keluar. Aril masih lagi menantinya di hadapan pejabat itu.

“Kelas mana?” soal Aril.

“5A1,” ujar Fasha.

“Jom aku tunjukkan kau kelas,” ujar Aril.

Fasha mengangguk lagi dan membuntuti Aril dari belakang. Sampai di satu kelas yang di atasnya terdapat papan tanda 5A1, Aril melangkah masuk dan diikuti Fasha.

“Kenapa kau ikut?” soal Fasha.

“Kelas aku juga ni,” ujar Aril.

“Haa?!” jerit Fasha agak terkejut.

Aril mengangkat kening.

“Aril, hari pertama pun dah lambat kan?” perli guru yang berada di meja guru.

“Itulah Aril!” ujar Aril seraya mengangkat kening.

“Angkat kening, angkat kening! Pergi duduk sekarang,” ujar guru itu.

“Ni saya bawa pendatang baru ni cikgu,” ujar Aril.

“Siapa?” soal cikgu.

“Tanyalah dia,” ujar Aril selamba lalu berlalu untuk mengambil tempatnya.

Fasha melangkah merapati guru itu. Tercatat nama ‘Qistina’ di nametag guru itu.

“Siapa nama?” soal Puan Qistina.

“Fasha,” ujar Fasha.

“Nur Fasha Bte. Tan Sri Roslan?” soal Puan Qistina.

Fasha mengangguk.

“Okay, duduk sebelah Aril,” ujar Puan Qistina.

Fasha mengangguk. Lantas berjalan ke arah Aril yang tersengih-sengih.

Kenapa malang nasib aku kena duduk sebelah budak selenga ni?

Fasha melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Aril memandang Fasha.

“Apa pandang-pandang?” soal Fasha.

“Siapa nama kau?” soal Aril.

“Tak payah tahu,” ujar Fasha.

“Karang aku tanya cikgu, baru kau tahu,” ugut Aril.

“Tanya lah,” ujar Fasha.

Baru sahaja Aril ingin membuka mulut, Fasha terlebih dahulu memotong.

“Fasha,” ujar Fasha cepat-cepat.

“Sedap nama kau,” ujar Aril.

Fasha tidak mengendahkan. Dibiarkan Aril bercakap sendirian.

* * *

“Fasha!” jerit Aril tiba-tiba.

Fasha terkejut. Diurut-urutkan dadanya. Kemudian barulah dia menoleh untuk melihat empunya suara yang sememangnya dia kenal itu.

Macammanalah dia tahu aku dekat sini?

“Kenapa kau tak telefon aku?” soal Aril.

“Nak buat apa?” soal Fasha selamba.

“Telefon lah,” ujar Aril.

“Tak nak,” ujar Fasha.

“Kenapa?” soal Aril lagi.

“Suka hati aku lah,” ujar Fasha.

“Takpelah, aku tunggu!”ujar Aril.

Fasha memandang Aril. Dilihatnya mata Aril bersinar. Sinar harapan. Aril menatap wajah Fasha yang padanya begitu sempurna. Putih mulus! Fasha yang sedar renungan Aril bangun untuk meninggalkan Aril.

“Kau nak pergi mana?”soal Aril.

“Kelas lah. Dah habis rehat ni,”ujar Fasha.

Fasha berjalan meninggalkan Aril. Aril berlari anak untuk mendapatkan Fasha dan kini mereka berjalan seiringan.

“Kau tak makan?”soal Aril.

“Dah,”jawab Fasha pendek.

“Tipu lah. Tak nampak pun kau dekat kantin,”ujar Aril.

“Kat rumah lah!” ujar Fasha.

“Agak dah. Nah, aku ada belikan kau roti,”Aril menghulurkan sebungkus roti.

Fasha memandang Aril.

“Ambillah. Nanti kau lapar,” ujar Aril.

Fasha mengambil roti yang diberikan Aril itu.

“Thanks,” ujar Fasha.

Aril tersenyum. Fasha membalas senyuman itu. Buat kali pertama, senyuman Fasha ikhlas kepada Aril.

* * *

Fasha berjalan mundar-mandir di halaman rumahnya. Entah kenapa, dia dapat rasakan sesuatu. Gelisah betul hatinya. Keadaan itu disedari Meen. Meen berjalan ke arah Fasha dan berdiri di 1 meter jauh dari Fasha.

“Fasha,”panggil Meen.

Fasha memandang Meen dan diangkat keningnya.

“Fasha ada masalah?”soal Meen.

“Kenapa bonda nak tahu?” soal Fasha kasar.

“Kalau Fasha nak bagitahu bonda, bonda sedia ada untuk Fasha,” ujar Meen seraya melangkah masuk ke rumah.

Fasha menghantar pemergian Meen dengan ekor matanya. Fasha duduk di pondok dan disandarkan badannya ke dinding kayu pondok itu.

Kenapa dengan aku ni? Aku jatuh cinta dengan Aril ke? Fasha, wake up! Dia just nak mainkan perasaan kau. Takkan kau tak ingat kot apa yang Zul pernah buat dekat kau dulu. Jangan jadi bodoh lah Fasha!

* * *

Aril menghadap komputer ribanya. Dia mencari nama Fasha di myspace. Dan akhirnya dia jumpa juga. Dibukanya profil Fasha.

Gambar Fasha tersenyum dan rambutnya yang dilepaskan membuatkan Aril terpaku seketika.

“Cantik!” gumam Aril.

Kemudian Aril melihat apa yang Fasha tulis di section about me.

Fasha
Sorry, i'm not friendly at all.

Aril tersengih. Kemudian dia menekan punat tambah.

Sebab tu lah aku sayang kau, Nur Fasha!

Lagu SEMPURNA dendangan Andra and The Black Bone yang diletakkan di profil Fasha dibukanya. Lirik-lirik lagu dihayatinya.


Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi hidupku
Ohh sayangku kau begitu sempurna

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata
Dan hapuskan sesalku

Fasha, kau begitu sempurna di mataku. Aku sayang kau Fasha. Buat pertama kali aku jatuh cinta. Dan aku janji, inilah kali pertama dan kali terakhir. Kau orang pertama dan terakhir Fasha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience