Chapter 7

Other Completed 8441

7
Fasha memandang Khairul sekilas kemudian dialihkan pandangannya ke Misha. Aliff Iman di sisi Misha hanya mengangkat bahu apabila Khairul menyoalnya.

“Fasha, kenapa ni?” soal Khairul.

Diam. Fasha tidak menjawab.

“Fasha, please tell me,” pujuk Khairul.

Diam lagi.

“Misha, tolong aku!” rayu Khairul.

“Fasha, kenapa ni?” soal Misha lembut.

“Aku tak nak cakap dengan dia,” ujar Fasha sambil menunding jari ke arah Khairul. Kemudian Fasha melangkah meninggalkan mereka bertiga terpinga-pinga.

“Aliff Iman, Misha pergi dulu. Nak pujuk buah hati Khairul ni,” ujar Misha seraya melangkah meninggalkan mereka. Terkedek-kedek Misha berlari mendapatkan Fasha yang berjalan di hadapannya.

“Fasha!” panggil Misha berulang kali. Fasha berhenti di hadapan keretanya.

“Kenapa ni Fasha?” soal Misha.

“Ikut aku balik rumah,” ujar Fasha. Misha hanya menurut langkah Fasha memasuki perut kereta yang dipandu Pak Mad itu.

* * *

Pintu rumah diketuk perlahan. Puan Sri Hamidah pantas membuka pintu. Fasha terus memeluk Puan Sri Hamidah dan kemudian menarik Misha ke atas.

“Fasha kenapa rushing sangat?” soal Puan Sri Hamidah.

“Ada hal. Mama, Fasha tak nak makan, kenyang! Fasha makan malam nanti je lah mama,” jerit Fasha daripada atas.

“Okey!” ujar Puan Sri Hamidah. Misha hanya menurut sahaja langkah Fasha ke dalam biliknya. Fasha mengunci pintu biliknya dan kemudian duduk di atas katilnya yang empuk.

“Misha,” panggil Fasha. Misha memandang Fasha.

“Aku bodoh kan?” soal Fasha sambil memandang Misha dengan pandangan yang sayu. Teramat sayu!

“Kenapa kau cakap macamtu? Kau tak bodoh lah, Fasha,” ujar Misha.

“Ye, aku bodoh! Aku bodoh sebab percayakan lelaki yang bernama Khairul! Aku bodoh sebab aku tak pernah sedar Khairul tu macammana! Dan aku bodoh sebab aku menangis hanya pasal dia!” rintih Fasha dengan esak tangisnya.

“Apa yang dia buat, Fasha?” soal Misha.

“Kau tau tak? Aku nampak dia dengan Leen berpegangan tangan! Aku nampak, Misha! Aku nak suprise dia tapi aku pulak yang disuprisekan. Macam bodoh kan?” cerita Fasha.

“What? Khairul buat macamtu?” soal Misha sedikit menjerit.

“Ya,” jawab Fasha pendek.

“Memang nak kena si Khairul ni. Sebelum couple dengan kau, dia rayu aku macam-macam suruh aku yakinkan kau! Sorry Fasha. Aku tak sangka dia macamtu,” ujar Misha serba-salah.

“Tak, kau tak salah! Aku yang bodoh sebab percayakan sangat dia. Aku menyesal kenal dia, menyesal sangat!” ujar Fasha.

“Kau siap Fasha, kita selesaikan harini jugak hal ni!Mana handphone kau?” soal Misha.

“Dekat atas meja. Kau nak buat apa?” soal Fasha.

“Kau siap je. Kita pergi park.” Arah Misha. Fasha mengangguk lalu berlalu ke bilik air.

* * *

Fasha dan Misha seiring berjalan. Dari jauh, Fasha sudah nampak kelibat Khairul dengan muka muramnya. Secepat mungkin, Fasha menarik tangan Misha.

“Babe, what the hell?” ujar Fasha perlahan.

“Kau tak boleh diamkan diri, Fasha. Kita selesaikan semuanya hari ni!” jawab Misha seraya menarik tangan Fasha supaya membontotinya.

“Fasha, saya tak.....” belum sempat Khairul menghabiskan ayatnya, Fasha sudahpun memotong terlebih dahulu.

“Stop,” ujar Fasha. Kemudian Fasha memandang Misha di sebelahnya. Misha memegang tangan Fasha memberi kekuatan. Fasha mengangguk-angguk kemudian memandang semula ke arah Khairul.

“I give you five minutes to explain,” ujar Fasha perlahan tetapi cukup tegas. Khairul mengeluh.

“Fasha, saya sayang awak,” ujar Khairul.

“You better fast, Khairul. You have four minutes left,” ujar Fasha lagi.

“Fasha, apa yang awak nampak semua tu tak betul. Ye, saya mengaku memang waktu tu saya dengan Leen sahaja dalam kelas tu tapi it doesn’t mean saya suka dekat dia, Fasha. Leen ada masalah, Fasha. She need my help. Tapi apa-apa pun, awak percayalah saya Fasha. Saya sayang awak! Sayang sangat-sangat. Tiada orang yang boleh buat saya macamni,” ujar Khairul bersama satu keluhan.

“Finish?” soal Fasha sinis. Khairul mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Pertama, kalau awak sayang saya kenapa awak menyebelahi Leen tu? Itu bermakna awak lebih sayangkan dia daripada saya kan? Kedua, macammana saya nak percayakan awak? Awak tau tak, waktu tu awak dengan dia sahaja dalam kelas tu. Apa makna semua tu? Bukanke kalau lelaki dan perempuan tak boleh duduk berdua-duaan? Betul tak Aliff?” ujar Fasha sambil memandang Aliff Iman. Aliff Iman mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Tapi Fasha....” lagi sekali Fasha memotong.

“I’m not finish yet. You know what Khairul, kalau awak sayang saya, awak takkan menyebelahi Leen. Kalau awak sayang saya, awak takkan berdua-duaan dengan Leen. Itu ke namanya sayang?” soal Fasha sinis.

“Saya mengaku saya salah. Tapi percayalah Fasha, saya sayangkan awak dan saya tahu awak pun sayangkan saya lagi kan?” soal Khairul.

“Tipu lah kalau saya cakap saya tak sayangkan awak. Ye, memang saya masih sayangkan awak. Ye, awak bolehlah gelak puas-puas lepas ni sebab berjaya perbodohkan saya! Tahniah, awak berjaya mempermainkan perasaan Nur Fasha Bte Roslan! Tahniah! Lepas ni awak pergi lah sambut dengan Leen,” ujar Fasa seraya bangun meninggalkan Khairul.

Khairul lantas menarik tangan Fasha membuatkan langkah Fasha terhenti. Fasha menjengilkan matanya ke arah Khairul.

“Fasha, please forgive me!” rayu Khairul.

“Lepaskan tangan aku! Mulai hari ni, aku tak pernah kenal manusia yang bernama Khairul! Tak kenal okay! Secara rasminya kita berdua takde apa-apa ikatan!” ujar Fasha keras sambil menarik tangannya.

Kemudian Fasha pergi meninggalkan Khairul.

“Misha, tolong aku!” rayu Khairul.

“Sorry, I can’t do anything! Aku tak sangka pulak kau macamni, Khairul! Padan muka kau! Aliff Iman, jom!” ujar Misha seraya menarik tangan Aliff Iman meninggalkan Khairul seorang diri. Khairul meraup wajahnya berulang kali.

* * *

Fasha berlari ke kelas 2 Orkid. Tangannya memegang sebungkus roti untuk diberikan kepada Khairul. Dengan semangatnya, Fasha memulas tombol pintu kelas 2 Orkid. Sepantas kilat, roti di tangannya jatuh ke lantai. Fasha ternganga melihat adengan panas itu.

Leen sedang merengek-rengek manja sambil memegang tangan Khairul. Yang lebih menggeramkan Fasha, Khairul hanya membiarkan perlakuan Leen. Apabila Khairul melihat Fasha di muka pintu, automatik tangannya dilepaskan daripada genggaman Leen.

Fasha berlari meninggalkan kelas itu. Khairul cuba mengejar tetapi sepantas kilat, Fasha hilang daripada pandangan. Khairul mengeluh. Roti yang berada di lantas diambilnya.

“Leen, macam mana ni?” soal Khairul sambil memandang Leen.

“Sorry, Khairul! I didn’t mean it! Sorry sorry sorry!” ujar Leen sambil memandang Khairul.

“Takpelah. But please tell her tomorrow!” ujar Khairul seraya melangkah meninggalkan Leen seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience