Chapter 6

Other Completed 8441

6

Fasha mencapai telefon bimbitnya. Hatinya nekad untuk menerima Khairul Ikhwan Bin Hazali ke dalam hidupnya. Lantas dicari nama Khairul dan menekan punat call. Sekejap sahaja talian disambut.

“Assalamualaikum,” ujar Fasha.

“Waalaikumussalam,” jawab Khairul.

“Sihat?” soal Fasha.

“Sihat je,” jawab Khairul.

“Khai, I think about your question yesterday,” ujar Fasha.

“Fasha, saya sayang awak! Please jangan hampakan saya,” ujar Khairul sayu.

“Sorry Khai....” belum sempat Fasha habiskan ayatnya, Khairul sudah menyampuk.

“Nevermind. Saya sedar siapa saya. Kenapalah saya bodoh sangat? Manalah awak nak dekat saya. Saya ni budak kelas corot, keluarga pun tak kaya sangat. Awak budak pandai, kaya pulak tu. Antara kita berdua macam langit dan bumi. Saya je yang mengharap sangat dekat awak,” ujar Khairul lagi.

“Siapa cakap saya tak terima awak?” soal Fasha.

“Awak,” jawab Khairul.

“Tu lah, saya belum habis cakap dah potong. Saya nak cakap lain,” jawab Fasha.

“Maknanya awak nak couple dengan saya?” soal Khairul gembira.

“Ye,” pendek sahaja jawab Fasha. Khairul menjerit kegembiraan.

“Thanks Fasha! I promised I won’t let you hurt!” ujar Khairul lagi.

“I hope so,”jawab Fasha.

* * *

Keadaan waktu rehat agak bising. Fasha duduk di pondok yang biasa didudukinya. Misha hilang entah ke mana, mungkin Aliff Iman paksa Misha ke kantin. Khairul pula, mungkin makan. Sebulan sudah Fasha couple bersama Khairul. Dan selama sebulan lah, dia bahagia. Tiada lagi masalah yang datang.

Fasha tersenyum bahagia. Fasha berharap sangat agar dia dan Khairul berkekalan seperti mana Misha dan Aliff Iman. Satu pasangan yang bahagia.

“Apa senyum sorang-sorang?” sergah Khairul. Fasha mengurut dadanya. Ye, dia terkejut!

“Apa ni awak! Main sergah-sergah pulak. Awak nak saya mati sakit jantung ke?” soal Fasha marah.

“Awak tau tak? Awak nampak cute bila marah,” usik Khairul lagi.

“Bodek lah tu,” ujar Fasha sinis.

“Mana ada. Saya ikhlas lah awak,” ujar Khairul.

“Ikhlas lah sangat?” perli Fasha.

“Ye awak! Saya ikhlas. Kalau awak tak percaya, belah hati saya,” ujar Khairul bersungguh-sungguh sambil tangannya menekap dadanya. Fasha tergelak melihat reaksi spontan Khairul itu.

“Ye lah,” ujar Fasha.

Khusyuk mereka berbual sehinggalah satu suara sumbang menegur.

“Kot ye pun couple, tak payahlah menggedik sangat,”

Pantas kepala Fasha dan Khairul mendongak melihat empunya suara. Dilihatnya Lia, gadis gedik yang merasakan dirinya cantik. Fasha memandang Khairul kemudian dia tersengih. Khairul memandang Fasha dengan muka yang pelik.

“Tak sangka ye Khai, ada orang jeles dengan kita!” ujar Fasha selamba.

Lia menjengilkan mata ke arah Fasha. Kemudian dia berlalu pergi. Fasha dan Khairul tergelak-gelak. Kemudian Fasha menjerit ke arah Lia.

“Hentak lah kaki tu, karang aku kerat baru tau,”

Sekali lagi terburai tawa Fasha dan Khairul. Lia hanya melangkah pergi dengan muka yang masam. Fasha memandang ke arah Khairul.

“Awak ni hensem sangat ke sampai ada orang minat?” soal Fasha.

“Hensem!” ujar Khairul yakin.

“Perasan,” ejek Fasha seraya melangkah pergi dari Khairul dengan tawanya. Khairul menggeleng-geleng melihat kerenah Fasha yang seperti budak-budak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience