Chapter 36

Other Completed 8441

36

Petang ini, Fasha dan Zul bakal berjumpa di taman. Fasha tersenyum bahagia. Ye, dia memang bahagia apabila bersama dengan Zul. Zul lah penyeri hidupnya.

Fasha bersiap secantik mungkin. T-shirt kumpulan HUJAN dan jeans panjang menjadi pilihannya. Rambutnya diikat sebahagian. Wajahnya disapu bedak supaya tidak nampak terlalu selekeh.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Fasha menghantar satu pesanan ringkas kepada Zul.

Saya dah siap. Awak tunggu saya dekat park okay?

Fasha tahu Zul tiada kredit jadi Fasha tidak menunggu balasan mesej Zul. Tanpa membuang masa, Fasha terus turun ke bawah.

“Mak Leha!” panggil Fasha kuat.

Tiada jawapan.

“Mak Leha!” sekali lagi Fasha memanggil.

“Ye Fasha!” terkocoh-kocoh Mak Leha datang mendapatkan Fasha yang berada di ruang tamu.

“Fasha nak keluar tau,” ujar Fasha lembut.

“Fasha nak pergi mana?” soal Mak Leha lembut.

“Fasha nak jumpa kawan sekejap. Sebelum Maghrib Fasha baliklah,” ujar Fasha lagi.

“Okay,” ujar Mak Leha.

Fasha tersengih memandang Mak Leha. Kemudian Fasha keluar dari rumah dan mendapatkan Pak Mad yang sedang duduk di atas kerusi.

“Pak Mad, hantar Fasha pergi park,” arah Fasha.

“Okay!” ujar Fasha lembut. Pak Mad membuka pintu untuk Fasha. Fasha terus sahaja masuk dan Pak Mad menutupkan pintunya.

Kemudian Pak Mad menghidupkan enjin dan terus memandu ke taman. Dalam perjalanan, mereka hanya diam membisu. Sepuluh minit kemudian, sampailah mereka di taman.

“Jemput Fasha pukul 7.00,” ujar Fasha dan belum sempat Pak Mad membalas, Fasha sudahpun keluar daripada kereta. Pak Mad terus memandu pulang apabila Fasha menutup pintu.

Fasha berjalan ke sebuah bangku. Baru sahaja Fasha mahu melabuhkan punggungnya, satu suara menegur dirinya. Fasha terus sahaja memandang ke arah suara itu dan dilihatnya Zul sedang tersenyum ke arahnya.

“Lama sampai?” soal Zul.

“Tak, baru je,” ujar Fasha.

“Ohh,” ujar Zul.

Fasha tersenyum manis dan kemudian mereka berjalan beriringan di taman itu.

“You ni makin cute lah,” ujar Zul.

“Janganlah cakap macamtu,” ujar Fasha. Pipinya merah menahan malu.

“Kenapa?” soal Zul lurus.

“Malu lah,” ujar Fasha.

Zul tergelak kecil.

“Awak dah makin tinggi lah,” ujar Fasha apabila ketawa Zul reda.

“Ye ke? Thanks,” ujar Zul.

“Apa rahsianya?” soal Fasha separa mengusik.

“Takde rahsia pun. You pula makin pendek lah,” usik Zul pula.

“Tu lah, ramai orang cakap macamtu. Kalau dulu orang cakap I ni kakak you, sekarang mesti orang cakap you ni pak cik I,” usik Fasha pula.

“Ada ke?” soal Zul lurus.

“Ada kot,” jawab Fasha.

Zul duduk di atas bukit. Fasha mengambil tempat di sebelah Zul.

“Macammana awak boleh dengan Teha?”soal Fasha tiba-tiba.

“Saya sayang dia dan dia pun sayang saya,”ujar Zul selamba.

Fasha terdiam mendengar kata-kata Zul. Terhiris perasaan dia mendengar kata-kata Zul.

“Tapi itu dulu,”ujar Zul lagi.

Fasha mengukir satu senyuman tawar.

“Oh,”ujar Fasha pendek.

“You pula?”soal Zul.

“I apa?” soal Fasha lurus.

“You dengan siapa?”soal Zul.

“Takde siapa pun. Siapa lah nak dekat I?” ujar Fasha seraya tergelak.

“Ehh siapa kata orang tak nak dekat you? You jual mahal sangat kot,”usik Zul.

Fasha mengangkat keningnya.

“Ye kot,”ujar Fasha.

Serentak itu, ketawa pecah di antara mereka berdua.

“Lepas ni, you nak couple lagi ke?”soal Fasha.

“Tak kot. Malas lah. I nak fokus untuk SPM. Lagipun, kawan lagi berkekalan daripada couple kan? Macam kita sekarang ni lah,”ujar Zul.

“Betul, I sokong!” ujar Fasha.

Dan selepas itu mereka pun berbual-bual lagi.

* * *

Fasha memandang Misha di sebelahnya. Keningnya diangkat sebelah. Kebolehannya sejak kecil lagi. Misha memandang Fasha. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan Fasha.

“Kenapa kau tanya?” soal Misha.

“Saje,” jawab Fasha.

Misha menarik nafas. Kemudian dihembusnya. Dilihatnya Fasha masih merenungnya mengharapkan jawapannya.

“Kalau ikutkan aku, aku tak setuju kau kawan dengan Zul lagi. Tapi disebabkan kau kawan aku, aku setujulah,” ujar Misha.

“Kenapa?”soal Fasha.

“Sebab aku tak yakin dia boleh jaga kau. Dulu dia pernah tinggalkan kau sebab seorang perempuan dan sekarang tak mustahillah dia akan tinggalkan kau lagi,”terang Misha panjang lebar.

“Insya-Allah tak,” ujar Fasha.

“Mudah-mudahan lah,” ujar Misha perlahan.

“Jangan risau. We’ll be such a good friend!” ujar Fasha.

Misha hanya melemparkan satu senyuman kelat.

* * *

Fasha duduk di halaman rumahnya. Tiba-tiba akalnya memproses sesuatu yang dirasakan agak seronok. Fasha yang tadinya baring di atas pondok membetulkan posisinya. Kini dia duduk.

“Perampas!!!” panggil Fasha kuat.

Tiada jawapan.

“Perampas!!” panggil Fasha lagi.

Mak Leha terkocoh-kocoh datang mendapatkan Fasha.

“Ada apa Fasha?” soal Mak Leha.

“Fasha tak panggil Mak Leha. Fasha panggil perempuan perampas tu,” ujar Fasha.

“Perempuan perampas?” soal Mak Leha agak pelik.

“Isteri baru papa yang apa entah namanya,” terang Fasha dengan gaya meluat.

“Ohh, kejap Mak Leha panggil,” ujar Mak Leha seraya berlalu meninggalkan Fasha.

Fasha tersenyum lebar. Tidak sampai dua minit, Meen keluar dan mendekati Fasha.

“I think we need to discuss,” ujar Fasha selamba.

Meen memandang Fasha dan mengambil tempat di sebelah Fasha.

“But first, please stand up and go there,” ujar Fasha sambil menunding jari ke satu arah.

Meen pergi mengikut arah yang diberikan Fasha.

“Kau nak aku panggil kau bonda?” soal Fasha mendatar.

Meen mengangguk-angguk.

“Boleh,” ujar Fasha sepatah.

Meen tersenyum. Baru sahaja Meen mahu membuka mulut, Fasha sudahpun memotongnya terlebih dahulu.

“Tapi dengan syarat. Kalau kau setuju nak patuhi segala syarat ni, aku akan panggil kau bonda,” ujar Fasha dengan satu senyuman yang sinis.

Meen terdiam sebentar.

“Kau setuju atau tak?” soal Fasha.

“Apa syaratnya?” soal Meen akhirnya.

Fasha tersenyum.

“First, kalau kau nak cakap dengan aku, pastikan jarak kau dengan aku sekurang-kurangnya satu meter,” ujar Fasha.

Meen mengangguk-angguk faham.

“Kedua, kau tak boleh bantah apa yang aku cakap. Tak kiralah apa yang aku cakap tu baik ataupun buruk. Just keep your mouth shut,” ujar Fasha lagi.

Meen mengangguk lagi.

“Ketiga, kalau aku suruh kau, kau kena lah buat apa yang aku suruh,” ujar Fasha pendek.

Meen mengangguk lagi.

“And last but not least, kau tak boleh halang apa aku nak buat,’ ujar Fasha.

Meen berfikir sejenak.

“Setuju tak?” soal Fasha.

“Setuju,” ujar Meen agak lama.

Fasha tersenyum dan melangkah ke arah Meen. Kemudian dihulurkan tangannya untuk berjabat bersama Meen. Meen menyambut tangannya.

“Sekarang kita bekerjasama dan aku harap kau tak langgar syarat-syarat tu ataupun aku akan panggil kau guna panggilan yang teruk. Okay bonda?” ujar Fasha. Sengaja ditekankan perkataan yang terakhir itu.

“Okay,” ujar Meen.

Fasha menarik tangannya dan kemudian duduk semula di atas pondok. Meen yang baru sahaja ingin melangkah dipanggil Fasha. Meen memandang Fasha.

“Buatkan aku air dan pastikan air tu tak ada racun dan suruh Mak Leha hantarkan,” ujar Fasha sinis.

Meen mengangguk-angguk dan kemudian pergi melangkah masuk. Fasha hanya tersengih memandang Meen yang makin menjauhinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience