Chapter 42

Other Completed 8441

42

Fasha melangkah masuk ke kelasnya. Matanya membulat menahan kemarahan yang tidak terhingga. Ditarik kerusinya kasar lalu dihempaskan begnya di atas meja. Aril memandang Fasha.

“Kenapa dengan kau?”soal Aril.

“Siapa Adlina?”soal Fasha kasar.

“Adlina? Budak kelas 5B,”ujar Aril.

“Otak pandai tapi perangai macam setan!”ujar Fasha kasar.

“Apa dia buat?”soal Aril.

Fasha pun menceritakan kejadian tadi.

Fasha tiba-tiba ditahan oleh dua orang perempuan ketika dia sedang berjalan untuk ke kelasnya.

“Ke tepilah,”ujar Fasha.

“Ke tepi? Wei, kau sedar tak kau sedang bercakap dengan siapa?”soal budak yang bernama Adlina itu.

“Aku sedang bercakap dengan manusia lah. Takkan hantu kot,”ujar Fasha bersahaja.

Adlina menarik muka. Rakannya itu hanyalah berdiri di sebelah Adlina.

“Kau tu budak kampung! Kau jangan nak cakap lebih,”ujar Adlina.

“Aku ke kau yang kampung? Aku rasa kau yang kampung!”ujar Fasha selamba.

Adlina manampar pipi Fasha. Dengan selamba, Fasha membalas tamparan Adlina itu.

“How dare you!” ujar Adlina.

“Kau ingat aku takut dengan kau?”soal Fasha sinis.

“Kau dengar sini, kau jangan rapat dengan Aril! Dia tu aku punye! Hak milik aku!”tengking Adlina.

“Hak milik kau? Ada cop ke?”soal Fasha sinis.

“Kau memang kurang hajar kan?”soal Adlina.

“Habis kau tu tak kurang hajar lah?”soal Fasha kembali seraya melangkah meninggalkan Adlina seorang diri.

Aril ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Fasha. Fasha mengangkat kening.

“Apahal kau gelak?”soal Fasha.

“Takdelah, Adlina tu kelakar lah,”ujar Aril.

“Kelakar kau cakap? Garang nak mampus perempuan tu!”

“Ye, kelakar! Aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun. Perasan je budak tu. Hak milik dia?”ujar Aril seraya tergelak.

Fasha memandang Aril dan kemudian dia pun turut gelak.

“Baru seminggu sekolah sini, dah ada musuh,”ujar Fasha.

“Ala, janganlah risau. Aku kan ada,”ujar Aril.

Fasha tidak menjawab.

* * *

Fasha melangkah perlahan ke arah suara yang memanggil dirinya.

Apa lah mamat ni nak? Bosan aku!

“Fasha, lama tak contact?”soal Zul.

“Sibuk lah. Nak SPM lah katakan.”ujar Fasha.

“Patutlah,”ujar Zul.

Fasha memandang Zul dengan muka yang bosan.

“Boleh I tanya sesuatu tak?” soal Zul.

“Tak,” ujar Fasha selamba.

“Kenapa you macam nak jauhkan diri dari I je?” soal Zul.

Kan aku cakap tadi tak! Kenapa kau tanya jugak?

Fasha senyap. Keadaan diselamatkan apabila Fasha ternampak Aril. Fasha segera memanggil Aril.

“Aril!”panggil Fasha.

Aril berjalan mendekati Fasha. Zul memandang sahaja.

“Siapa tu?”soal Zul.

Aril yang sudahpun berada di sebelah Fasha dipandang Zul.

“Ohh Zul, kenalkan ni Aril. My new boyfriend! Harap lepas ni you faham keadaan I. I tak boleh dah nak balas mesej you. You have to understand it like I understand you before,” ujar Fasha sambil menarik tangan Aril untuk mengikutnya.

Setelah jauh mereka berjalan, Fasha melepaskan genggaman tangannya.

“Thanks tolong aku,”ujar Fasha.

“Siapa tadi?” soal Aril.

“Ex aku,” jawab Fasha pendek.

Aril memandang Fasha lama. Fasha hanya berlagak selamba.

“Kau sayang dia lagi?” soal Aril.

“Tak,” jawab Fasha.

“Nur Fasha, kau sayang dia lagi tak?” soal Aril. Kali ini, kedengaran lebih tegas.

Fasha memandang wajah Aril. Takut pula dia melihat wajah Aril yang seakan marah. Fasha duduk atas bangku yang disediakan di taman itu. Aril pun duduk di sebelah Fasha.

Nak bagitahu ke tak? Bagitahu ke tak? Ala, bagitahu je lah. Takut pulak tengok muka dia ni.

“Nama dia Zul,” ujar Fasha seraya menghela satu nafas yang berat.

Aril cepat-cepat memandang Fasha. Diangkat keningnya. Fasha memalingkan mukanya daripada Aril.

“Aku kenal dia akhir tingkatan 3. Waktu tu cuti sekolah. Lama kitorang berkawan. Dia selalu datang rumah aku tapi kitorang just berborak dekat halaman je lah. Lepastu, kitorang declare awal tingkatan 4. Dia tua setahun dari aku. Aku sayang dia sangat-sangat.

Tapi aku nak buat macammana, kitorang putus waktu hubungan kitorang baru masuk 2 bulan lebih. Dia gantungkan hubungan kitorang. Dia buat aku tercari-cari apa kesilapan aku. Kau tahu tak apa sebab kitorang putus?” soal Fasha seraya memandang tepat wajah Aril.

Aril menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengangkat kening.

“Dia ada perempuan lain. Perempuan yang sebaya dengan aku tapi lain kelas. Aku kecewa sangat dengan dia. Hati aku berkecai tetapi aku tak berdaya nak menangis lagi. Aku tak larat nak tanggung semua lagi. Dengan hal ayah aku lagi. Aku penat sangat,” ujar Fasha.

Aril melihat wajah Fasha. Dilihatnya air mata jernih mulai terbit di kelopak mata.

“Sabarlah Fasha,” ujar Aril.

“Sampai bila aku nak sabar? Sampai bila Aril? Aku tak larat sangat. Aku ambil keputusan untuk balas dendam dekat Zul. Ye, mungkin aku berjaya buat Zul dan perempuan tu berpisah tapi malangnya, aku sendiri yang terperangkap dalam jerat aku. Aku kecewa sangat-sangat bila dia tinggalkan aku sekali lagi. Dia kata sayang lah apa lah tapi semuanya bohong!” ujar Fasha.

“Fasha, lelaki macam tu memang tak berguna. Sabarlah, aku sentiasa ada dengan kau kalau kau perlukan aku,” ujar Aril separa memujuk.

“Aril, kau tahu tak? Aku dah banyak bersama selama ni. Aku dah bersabar apabila diri aku kena kutuk sampai hubungan aku dengan Khairul putus. Lepastu cinta aku kepada Hatta tak terbalas. Dan pada waktu yang sama, mak aku pergi untuk selama-lamanya. Baru sekejap mak aku pergi, ayah aku kahwin lain. Dan Zul pula tinggalkan aku. Semua perkara buat aku tak percayakan lelaki. Buat aku bencikan lelaki,” ujar Fasha.

Air mata mula bergenang. Setitik demi setitik dan akhirnya bercucuran jatuh. Aril memandang Fasha sayu. Merenung ke dalam anak mata Fasha.

“Fasha, tak semua lelaki sama. Tak semua lelaki macamtu. Buktinya aku ada di sebelah kau,” ujar Aril.

“Entahlah Aril. Kau tahu tak, yang kau tengok sekarang ni bukanlah Nur Fasha yang sebenarnya. Nur Fasha yang sebenar yang pernah kau tengok waktu kita pertama kali jumpa That’s the real Fasha,” ujar Fasha.

“Bagi aku, dulu ataupun sekarang, kau tetap Fasha yang dulu. Ye, mungkin kau cuba nak keraskan hati kau tapi kau tetap tak boleh. Kau tetap menangis depan aku disebabkan seorang lelaki yang tak guna bernama Zul. Ye, mungkin kau cuba bersikap selamba tetapi aku rasa itu memang sikap kau,” ujar Aril.

Fasha merenung wajah Aril. Mata Aril menunjukkan sinar. Sinar keikhlasan. Entah kenapa, hatinya berdegup kencang.

“Percayalah cakap aku Fasha, kau akan bahagia kalau kau merelakan segala-galanya. Kau akan bahagia kalau kau jadi diri kau yang sebenar,” nasihat Aril.

“Thanks Aril,” ujar Fasha.

Untuk kali pertama, Fasha dan Aril tergelak dan bergurau senda seperti dua orang rakan yang sudah lama kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience