Chapter 27

Other Completed 8441

27

Telefonnya yang bergetar menandakan ada mesej masuk diangkat Fasha. Fasha membaca mesej daripada Zul.

Fasha, kalau saya cakap sesuatu ni awak marah tak?

Fasha membaca mesej itu seraya mengangkat kening. Tanpa perkataan hello ataupun hai, tiba-tiba menanyakan soalan.

Macammana saya nak marah kalau awak tak cakap lagi. Awak cakap dulu and then I decided to angry or not;)

Seminit, dua minit, tiga minit. Tiada balasan. Fasha mengeluh. Apalah yang si Zul ni nak? Lima minit kemudian, barulah mesej daripada Zul diterima.

Saya sayang awak!

Berkerut dahi Fasha membaca mesej itu.

Saya pun sayangkan awak.

Fasha menekan punat send dengan perasaan berbelah-bahagi. Entah kenapa, dia rasakan Zul serius.

Tapi rasa sayang saya lain. Saya sayang awak. Entah, saya sendiri tak tahu macammana nak describe sayang saya tu. Tapi yang saya tahu, saya sayang awak!

Sekali lagi Fasha terkejut membaca mesej itu. Nampaknya Zul memang serius.

Kan saya cakap, saya pun sayangkan awak. Macammana awak sayang saya, macamtu lah saya sayang awak. Fullstop!

Belum seminit, Zul sudahpun membalas mesej itu.

So kita couple?

Fasha tersenyum membaca mesej itu.

Boleh kalau awak sanggup terima syarat saya.

Dua minit, Zul membalas mesej Fasha.

Saya sanggup! Segalanya untuk awak.

Fasha tergelak membaca mesej Zul itu. Fasha membalas mesej itu.

Pertama, awak kenalah terima saya seadanya. Tak kiralah kelebihan saya ataupun keburukan saya. Awak kena terima! Kedua, saya tak nak hubungan kita nanti kecoh sangat. Biarlah segalanya rahsia ye, awak? Ketiga, kalau awak ada dengar apa-apa tentang saya ataupun awak rasa kita ada masalah, boleh tak kita bawa bincang semua perkara tu?

Lima minit, barulah Zul membalas mesej itu.

Okay! Lagi?

Fasha mengerutkan dahi.

Tu je lah. Terima tak?

Dua minit sahaja, Fasha sudahpun mendapat balasan.

Saya terima! Ceh, macam nak kahwin pulak rasanya.

Fasha tergelak mendengar komen Zul itu.

Haha, okay lah Zul, saya nak tidur dulu. Bye!

Seminit Zul membalas mesej itu.

Bye tuan puteri! Saya sayang awak. Goodnight, sleep well!

Fasha membalas mesej itu dengan perasaan yang berbunga-bunga.

Ye, Tuan putera! Saya pun sayangkan awak. Goodnight and sleep well too;))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience