Chapter 4

Other Completed 8441

4

Fasha merenung bulan di langit. Entah kenapa hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk merenung bulan yang indah itu. Sudah lama dia tinggalkan hobinya itu tetapi hari ini dia lalukan juga hobinya.

“Bulan, maafkan Fasha sebab Fasha lama tak tengok bulan. Fasha nak bagitau sesuatu ni. Fasha rasa lah kan, Fasha ni dah jatuh cinta,” Fasha tergelak kecil. Kemudian dia menyambung.

“Lupakan je lah apa yang Fasha cakap ni ye, bulan! Fasha nak tidur ni. Selamat malam,” ujar Fasha seraya melangkah masuk ke biliknya. Baru sahaja Fasha nak melelapkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malas Fasha mengangkatnya.

“Hello,” ujar Fasha malas.

“Hello. Fasha kan?” suara di sana menjawab. Fasha cepat-cepat membuka matanya luas.

“Ye, ni sape?” ujar Fasha.

“Cuba teka,” suara di sana pula menyambut dengan gelak tawa.

“Cakap je lah siapa ni,”ujar Fasha sedikit tinggi.

“Khairul,”jawab pemanggil.

“Khairul? Mana dapat nombor saya ni?” soal Fasha.

“Misha yang bagi,” jawab Khairul.

“Ohh,” hilang sudah mengantuk Fasha.

“Saya ganggu ke?”soal Khairul.

“Taklah,” jawab Fasha. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dijeritkan, ye kau mengganggu. Nak telefon tu tengoklah sekarang pukul berapa!

“Suara macam mengantuk je,” ujar Khairul.

“Memang pun,” ujar Fasha perlahan.

“Okey lah macamtu. Sleep well sayang,” ujar Khairul lembut. Tanpa sempat Fasha membalas Khairul dah pun menamatkan perbualan. Fasha menarik nafas dan terbaring semula.

Cuba dilelapkan matanya tetapi sia-sia.

Khairul panggil aku sayang? Oh No! Takkan dia pun dah... Ehh, perasan nya aku ni.

* * *

“Nur Fasha Roslan!” sergah Puan Junaidah. Fasha yang sedang leka melayan perasaan termangu apabila disergah begitu.

“Apa? Apa?” soal Fasha sedikit blur.

“Kamu berangan ye Fasha?” soal Puan Junaidah kasar. Fasha hanya tersengih sambil menegakkan dua jarinya tanda peace. Puan Junaidah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Loceng menandakan rehat berbunyi. Fasha menarik nafas lega kerana tidak payah mendengar bebelan Puan Junaidah. Fasha terus berlari ke luar kelas. Misha mengikut langkah Fasha ke pondok yang sering mereka lepak.

“Kenapa kau ni Fasha?” soal Misha sedikit gusar.

“Tak ada apa-apa lah,” jawab Fasha.

“Jangan tipu aku lah. I know you well Fasha,” Misha mendesak Fasha memberitahu hal sebenar.

“Kau yang bagi nombor aku dekat Khairul?” soal Fasha seraya memandang tepat wajah Misha.

“Bukan aku yang bagi tapi dia yang ambik dekat telefon aku,” terang Misha.

“Kau tau dia call aku semalam. You know what?”

“What?”

“He call me sayang. Misha, aku tak fahamlah dengan dia. Takkan baru kenal dah main sayang sayang kot,” ujar Fasha.

“Bagi pendapat aku lah, si Khairul tu suka kau. Ala Fasha, cinta tu kan buta. Tak mengenal orang kan kan?”

“Tapi,”

“Dia minta couple?” soal Misha.

“Tak,” jawab Fasha pendek dan tiba-tiba satu suara di belakang mereka mengejutkan mereka.

“Hai,” suara itu menegur. Serentak Fasha dan Misha menoleh. Misha tersengih melihat empunya suara itu.

“Aliff Iman,” sapa Misha.

“Borak pasal apa ni?” soal Aliff Iman seraya duduk di sebelah Misha. Fasha menjarakkan diri sedikit daripada Misha dan bersandar di tembok.

“Pasal Fasha,”jawab Misha.

“Kenapa dengan Fasha?” soal Aliff Iman.

“It's private lah Aliff,” cepat-cepat Fasha menjawab sebelum Misha menjawabkan untuknya. Aliff Iman mengangguk-angguk tanda faham.

“By the way, Khairul kirim salam,” ujar Aliff Iman. Fasha menjawab salam Khairul.

“Mana dia?” soal Fasha.

“Dia makan lah, apa lagi,” jawab Aliff Iman.

“Aliff Iman dah makan belum?” soal Misha.

“Dah. Misha?” soal Aliff Iman pula.

“Dah juga,” jawab Misha.

“Jangan tipu. Pada awal rehat tadi Aliff Iman nampak Misha dekat sini. Bila masa pulak Misha makan?” soal Aliff Iman.

“Dekat rumah tadi,” jawab Misha selamba. Aliff Iman mengeluh kecil.

“Misha, kan Aliff Iman cakap jangan tinggalkan masa makan. Tak baik untuk kesihatan. Nah, makan ni,” ujar Aliff Iman sambil menghulurkan sandwiches.

“Thanks,” jawab Misha sambil mencapai roti itu.

“Makanlah sekarang. Aliff Iman nak tengok!” ujar Aliff Iman sambil menongkat dagu.

“Ye lah, Misha makan,” jawab Misha seraya membuka pembungkus roti itu lalu disuapkan ke mulutnya.

Fasha tergelak melihat gelangat mereka. Aliff Iman sememangnya seorang lelaki yang pandai menjaga hati perempuan.

* * *

Telefon Fasha berbunyi. Fasha berlari-lari mendapatkan telefonnya. Belum sempat dijawab, lagu itu berhenti. Dua minit kemudian, telefon itu berbunyi lagi.

“Assalamualaikum,” jawab Fasha segera.

“Waalaikumussalam,” sambut suara di sebelah sana.

“Khairul?” soal Fasha.

“Ye, tak save lagi ke nombor Khairul?” soal Khairul lembut.

“Lupa, kejap lagi Fasha save ye,” jawab Fasha.

“Sorry, tadi tak sempat nak jumpa awak.”

` “Tak kisah pun. Busy err?”

“Tadi kena jumpa Cikgu Junaidah. Tahulah kan dia membebel camne. Turun je terus pergi kantin. Cepat-cepat makan tapi malang tak dapat jugak jumpa awak. Waktu balik pula, awak balik awal. Jadi tak sempat lah nak jumpa awak,” terang Khairul panjang lebar.

“Ohh,”

“Marah ke?”

“Tak lah. Saya okey je,” ujar Fasha.

“Really?” soal Khairul sekali lagi.

“Kenapa? Tak percaya?”

“Percaya, percaya!”

Fasha tergelak mendengar suara gelabah Khairul.

“Apa yang lawak?” soal Khairul pelik.

“Keapa gelabah?” Fasha tidak menjawab soalan Khairul tetapi menyoalnya kembali.

“Mana ada gelabah!” jawab Khairul. Sekali lagi Fasha tergelak.

“Ye, awak gelabah!” jawab Fasha dalam tawanya.

“Mana ada!” Khairul masih menafikan lagi.

“Ye!”

“Tak!”

“Ye!”

“Tak!”

“Ye!”

“Ye! Ehh maksud saya tak!” Khairul tersasul. Sekali lagi kedengaran tawa Fasha.

“Mengaku pun,” ujar Fasha sambil menahan tawanya.

“Ye lah, saya gelabah! Saya gelabah!” dengus Khairul. Automatik ketawa Fasha berhenti.

“Marah ke?” soal Fasha.

“Tak,” jawab Khairul pendek.

“Awak, sorry!” ujar Fasha serba salah.

“Okaylah, saya nak tidur. Bye!” talian dimatikan oleh Khairul. Fasha menelan air liur.

Marahkah Khairul pada aku?

Fasha duduk di birai katilnya sambil tangannya memegang telefon bimbitnya. Bunyi sms mengejutkan Fasha. Lantas Fasha menekan punat read.

Goodnight, Sweet dream:) I love you.

Fasha tersengih melihat mesej Khairul. Tawanya terburai lagi. Fasha terus meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan menutup lampu tidurnya. Hampir sahaja Fasha mahu telelap, bunyi mesej mengejutkan dirinya. Dengan malas, Fasha mencapai telefon bimbitnya. Ditekan punat read dalam keadaan yang masih mamai.

Fasha saya tahu saya ni taklah seromantik mana pun. Macamni Fasha, saya sayang awak! Sayang sangat! Saya pun tak tau macammana nak describe rasa sayang ni. Tapi percayalah sayang saya pada awak ikhlas. Awak, boleh tak kita couple?

Bulat mata Fasha membaca pesanan ringkas daripada Khairul itu. Perlahan Fasha menekan punat reply.

Sejak bila? Awak, kita baru je kenal awak! Tak sampai satu minggu pun. Mustahil awak boleh sayang saya.

Punat send ditekan Fasha. Selang beberapa minit, bunyi mesej masuk berbunyi. Pantas Fasha menekan punat read.

Maybe bagi awak sekejap. Tapi bagi saya dah lama. Lama sangat saya simpan perasaan ni. Lama sangat! Awak ingat tak dulu awak ada pergi rombongan. Waktu awak form one. Kita pergi Cameron Highlands. Mungkin awak tak sedar kehadiran saya tapi saya sedar.Awak ada terlanggar saya dan mulai saat itu saya dah serahkan hati saya pada awak.

Fasha mendengus. Tidak pula dia membalas mesej itu. Fasha terus meletakkan kepalanya di bantal dan kemudian tenggelam dalam dunianya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience