Chapter 16

Other Completed 8441

16

Fasha memandang gelangat budak tingkatan empat. Sedar tak sedar, Fasha hanya tinggal tiga bulan untuk menduduki peperiksaan menegah rendah(P.M.R).

Entah dari mana muncul seorang lelaki yang amat dikenalinya. Fasha memandang sekilas ke arah lelaki itu sambil melemparkan satu senyuman manis.

“Hai,” sapa Khairul. Fasha tidak pula membalas.

“Saya dengar awak dengan Hatta ye?” soal Khairul. Lebar senyuman Fasha mendengar pertanyaan Khairul.

“Saya dengan Hatta? Orang bodoh mana pulak yang sebarkan berita palsu ni?” sinis suara Fasha menuturkan. Khairul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tak betulke apa yang saya cakap ni?” soal Khairul.

“Seratus peratus tak betul,” jawab Fasha.

“Tapi....”

“Takde tapi-tapi. Awak dengan Leen macammana?” potong Fasha.

“Dah putus,” jawab Khairul ringkas.

“Ait? Macammana boleh putus?” soal Fasha lagi.

“Dia tu menggedik sangat. Dia sekarang dalam proses nak mengorat si Hatta tu. Dia tu memang dengkilah dengan awak.”

Jawapan Khairul mencetuskan tawa Fasha.Khairul pun turut serta tergelak. Tenang hatinya mendengar suara gembira Fasha.

“Tenang hati saya dengar awak gembira. Fasha, saya nak minta maaf atas segala tindak-tanduk saya selama ni,” ujar Khairul sayu.

“Awak jangan risau, saya dah lama maafkan awak. We start a new life!” ujar Fasha sambil tersenyum manis. Khairul membalas senyuman Fasha. Kemudian, ada suara sumbang kedengaran.

“Tengok si Fasha tu, Hatta tak nak dia, dia nak ngorat pulak Khairul. Bukan ke Khairul tu ex dia?”

“Memang lah Khairul tu ex dia. Kan Khairul baru je putus dengan Leen. Entah-entah si Fasha juga yang buat,”

Khairul memandang Fasha. Fasha mengangkat kedua-dua belah kening. Kemudian dia mengangkat punggung dan berlalu ke arah dua pelajar perempuan yang sedang mengumpatnya.

“Cik kak hui, dosa tu tak banyak lagi ke nak mengumpat orang?” sinis suara Fasha kedengaran. Kedua-dua pelajar itu menunjukkan muka tidak puas hati dan kemudian berlalu. Fasha segera menahan kedua-dua pelajar itu.

“Dan kalau korang nak tahu apa sebenarnya berlaku, pergi kantin sekarang!” ujar Fasha segera berlalu ke kantin. Khairul hanya mengikutinya.

Fasha berdiri di atas bangku kantin. Dikumpulkan semangat untuk berteriak.

“Can you all give some attention here!” jerit Fasha kuat. Keadaan kantin yang tadinya bising menjadi senyap serta-merta. Semua memandang Fasha.

“Sorry kalau mengganggu korang semua makan. Aku ada something nak bagitahu!” jerit Fasha seraya mengesan kedudukan Leen dan Hatta. Muka kedua-duanya sudahpun merah. Misha yang sedang makan berjalan menghampiri Fasha dan duduk di sebelah tempat Fasha berdiri.

“Aku nak bagi penjelasan dekat sini! Korang dulu tahukan aku dengan Khairul pernah couple. Korang tahu tak sebab apa kitorang putus?” Fasha melihat reaksi mereka. Ada yang menggaru kepala, ada yang mengangkat kening dan tak kurang juga ada yang bertanya apa benda. Fasha juga sempat mengesan Leen yang bergerak meninggalkan kantin.

“Leen, wait a minute! Semua orang tak dibenarkan keluar daripada kantin sebelum aku habis cakap,” ujar Fasha. Leen segera duduk semula di tempatnya dengan muka yang masam mencuka.

“Khairul, I think you got something to tell,” ujar Fasha. Khairul segera berdiri di sebelah Fasha.

“Aku putus dengan Fasha sebab Leen. Leen perangkap aku. Dia kata dengan aku ada problem so aku ambil keputusan dengar apa yang dia nak cakap.Rupa-rupanya dia nak Fasha ingat aku dengan dia buat benda yang tak senonoh. Busuk kan hati dia? Ye, aku terperangkap dan aku dengan Fasha pun putus sebab Fasha termakan fitnah tu. Aku tak salahkan Fasha sebab she deserve to angry,” ujar Khairul.

Khairul kemudian menarik nafas dan menyambung kembali,”Aku couple dengan Leen sebab dia pujuk aku waktu aku tengah sedih. Dan aku pun terus ambil keputusan terburu-buru untuk couple dengan dia. Aku tahu waktu tu aku bodoh dan Leen, kaulah manusia paling busuk dalam dunia!”

Semua orang memandang Leen yang air mukanya sudahpun berubah. Leen bangun dan berdiri di atas kerusi.

“Apa buktinya? Korang percaya dengan apa yang dicakapkan mereka? Percaya?” tengking Leen.

“Kau nak bukti, Leen? Buktinya cukup kuat Leen. Even how hard you try, kesalahan tu tetap kau punya. Allah Maha Mengetahui, Leen!” ujar Fasha tenang. Leen terdiam.

“Dan pasal Hatta, aku tak pernah nafikan. Memang dulu aku suka dia, sayang dia! Tapi aku cuma bertepuk sebelah tangan. Memang aku terlampau mengharap. Dan aku tak pernah nafikan yang aku pernah ditolak oleh Hatta. Tapi tu semua dulu kan? Selepas segalanya selesai, Hatta pula yang terhegeh-hegeh datang dekat aku nak kenal dengan aku tapi aku tolak. Ye lah, buat apa nak kenal dengan budak yang pernah hina aku kan? Tak ada faedah kan?” ujar Fasha tenang.

Fasha dapat lihat air muka Hatta berubah. Fasha tersenyum.

“Any explaination Hatta?” soal Fasha sinis. Hatta hanya menggeleng-geleng.

“Dan Leen, kau putus dengan Khairul sebab apa? Sebab kau nak si Hatta ni kan? Sila lah ambil Hatta ni. Aku tak heran langsung wei! Kau memang dengki dengan aku kan? Tapi kenapa Leen? Apa yang aku buat pada kau?” soal Fasha.

“Ye, memang aku dengki dengan kau! Kau tahu tak boyfriend aku dulu minta putus dengan aku. Kau tahu apa alasan dia? Sebab kau! Sebab dia suka kau!” tengking Leen.

Fasha meraup mukanya. Kemudian Fasha memandang Leen sayu.

“Kau bodoh Leen. Sebab lelaki kau nak persiakan hidup kau! Kau tahu tak lelaki tu saja nak gunakan kau! Dan aku pula yang jadi mangsanya. Terserah pada kau nak menilainya. Dan perbincangan ni tamat sekarang!” ujar Fasha kasar seraya melangkah meinggalkan kantin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience