Chapter 23

Other Completed 8441

23

Fasha merenung bulan di langit. Angin yang menampar badannya dibiarkan sahaja. Entah kenapa, dia berasa tenang berbuat begitu. Walaupun dingin mencengkam badan, Fasha langsung tidak berganjak.

Pintu biliknya yang diketuk daripada luar dibiarkan sepi tanpa jawapan. Sepi untuk beberapa minit dan kemudian pintu biliknya diketuk lagi. Fasha terpaksa melangkah masuk untuk membuka pintu.

Terjengul wajah Tan Sri Roslan di muka pintu. Fasha melemparkan senyuman.

“Fasha buat apa?” soal Tan Sri Roslan.

“Tengok bulan,” ujar Fasha.

“Fasha barang sekolah dah beli?” soal Tan Sri Roslan.

“Belum,” jawab Fasha pendek.

“Kan papa dah bagi duit suruh beli. Kenapa tak beli lagi?” soal Tan Sri Roslan lembut.

“Papa tak nak teman,” ujar Fasha seraya melangkah ke balkoni biliknya. Tan Sri Roslan mengeluh perlahan seraya menurut langkah Fasha.

“Papa sibuk,” ujar Tan Sri Roslan seraya berdiri di sebelah Fasha.

“Sibuk sampai anak sendiri terabai?” sindir Fasha.

Tan Sri Roslan terpukul mendengar sindiran tajam Fasha. Mulutnya terkunci. Diam tidak bercakap walau sepatah pun. Fasha merenung Tan Sri Roslan sehingga Tan Sri Roslan mengalihkan mukanya.

“Fasha, maafkan papa! Papa bukan nak abaikan Fasha tapi papa sendiri tak tahu lah, Fasha,” ujar Tan Sri Roslan seraya meraup mukanya.

“Papa, mama dah tak ada. Kenapa susah sangat papa nak terima? Fasha tahu papa sedih dan Fasha pun sedih juga but life must go on, papa!” ujar Fasha.

“Maafkan papa, sayang! Papa banyak abaikan Fasha. Papa janji lepas ni papa takkan tinggalkan Fasha. I will always be beside you, Fasha!” ujar Tan Sri Roslan.

Fasha tersenyum kegembiraan.

“Papa janji?” soal Fasha.

“Janji. Esok kita beli barang Fasha ye sayang!” ujar Tan Sri Roslan.

“Okay!” jerit Fasha kegembiraan.

“Sekarang ni Fasha tidur. Dah lewat dah ni. Papa pun nak tidur dulu. Goodnite Fasha!” ujar Tan Sri Roslan sambil mencium dahi Fasha dan kemudian berlalu. Fasha mengunci pintu balkoni dan pintu biliknya. Kemudian Fasha duduk di atas katil.

Telefon bimbit diambilnya dari atas meja dan mendail nombor Zul. Sekejap sahaja Zul sudah menjawab panggilan Fasha.

“Hello,” ujar Zul.

“Zul! Thanks!” jerit Fasha gembira.

“Kenapa gembira sangat ni?” soal Zul.

“Papa janji nak temankan saya beli barang esok! Papa pun janji nak berubah! Fasha gembira sangat!” luah Fasha.

“Baguslah Fasha. Fasha, mak saya cakap terima kasih bagi duit tu. Mak saya kata awak ni baik sangat,” ujar Zul.

“Ala, saya ikhlas lah,” ujar Fasha.

“Kalau awak gembira, saya pun gembira juga,” ujar Zul.

“He..he.. Okaylah awak, saya na tidur ni. Goodnite!” ujar Fasha.

“Goodnite! And Fasha, I love you!” ujar Zul seraya mematikan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience