Chapter 12

Other Completed 8441

12

“Fasha gaduh dengan Misha ke?” soal Puan Sri Hamidah. Fasha tersentak mendengar soalan Puan Sri Hamidah tetapi cuba dibuat selamba.

“Mana ada,” jawab Fasha sedikit gelabah.

“Betul ke?” soal Puan Sri Hamidah lagi.

“Betul ma,” jawab Fasha.

“Are you sure?”soal Puan Sri Hamidah.

“Ye lah mama, Fasha gaduh dengan dia,” akhirnya Fasha mengaku jua.

` “Kenapa?” soal Puan Sri Hamidah.

“Dia nak ngorat Hatta,” jawab Fasha sambil tunduk. Air mata jernih mula terbit di matanya.

“Are you sure?”soal Puan Sri Hamidah. Fasha terdiam.

“Sayang, you can’t judge people like that. Why don’t you ask her first?” nasihat Puan Sri Hamidah.

“Mama tahu tak Hatta panggil dia budak cute! Takkan tiba-tiba je panggil Misha budak cute. So mestilah Misha yang start dulu. Mama tahu tak, hati Fasha sakit sangat. Fasha bukannya robot ma, Fasha ada perasaan!” ujar Fasha. Air matanya mengalir deras.

“Mama tahu sayang. Mama pun pernah rasa semua itu. Tapi Fasha, apa guna Fasha sayang orang macamtu?” soal Puan Sri Hamidah.

“ Bukan Fasha yang minta ma. Ia lahir sendiri! Tengok, mama sendiri tak faham Fasha. Fasha sedih ma. Sedih sangat! Kenapalah Fasha ni sial sangat?” keluh Fasha.

“Fasha, janganlah cakap macamtu. Hidup ni Allah yang anugerahkan kepada kita. Fasha harus bersyukur sayang,” ujar Puan Sri Hamidah.

“Dahlah mama, Fasha nak tidur,” ujar Fasha seraya melangkah ke arah katil. Puan Sri Hamidah mengeluh melihat perubahan Fasha.

* * *

Misha melangkah masuk ke dalam kelas. Misha duduk di tempatnya memandangkan Fasha belum datang lagi. Selepas meletakkan beg sekolahnya, Misha ke kelas 3Daisi.

“Hatta!” panggil Misha. Hatta mendapatkan Misha yang berdiri di depan kelasnya. Mereka berjalan seiringan ke arah balkoni kelas.

“Ada apa cute?”soal Hatta.

“I got something to ask you,” ujar Misha.

“Apa?” soal Hatta acuh tak acuh.

“You suka Fasha tak?” soal Misha.

“Fasha mana?” soal Hatta.

“Kawan I lah,” ujar Misha.

“Ohh kawan you yang asyik-asyik pandang I tu?” soal Hatta.

“Ye,” jawab Misha pendek.

“I tak kenal pun dia tapi yang musykilnya dia macam prasan I ni suka dia,” ujar Hatta seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“But Amirul kata you nak nombor dia,” soal Misha lagi.

“What the hell are you saying? I don’t even know her and then you can say I ask her number. Are you out of your mind?” ujar Hatta sinis.

“Hatta, please! She’s my friend. Don’t hurt her feeling,” ujar Misha.

“Gila!” ujar Hatta seraya melangkah meninggalkan Misha.

“Hatta!” panggil Misha. Hatta memandang Misha.

“Please, I’m begging you. Even Fasha benci I pun, I nak tengok dia bahagia! And you the only hope! What I want to see hanyalah kebahagiaan Fasha!” rayu Misha.

“Tengok lah nanti,” ujar Hatta akhirnya. Misha tersenyum memandang Hatta. Hatta membalas senyuman itu dan kemudian berjalan ke kelasnya. Tanpa disedari mereka berdua, Fasha sudahpun menonton wayang percuma itu.

* * *

Telefon bimbit Fasha berbunyi. Nombor yang tidak dikenalinya muncul di skrin telefonnya. Fasha menjawab nombor itu.

“Fasha here!” ujar Fasha.

“Fasha, ni Hatta,” ujar pemanggil yang mengatakan dirinya Hatta. Fasha terpaku mendengar suara itu.

“Are you there Fasha?” soal Hatta.

“Yes,” jawab Fasha.

“Kenapa diam je?” soal Hatta.

“Nothing. Just terkejut je,” jawab Fasha jujur.

“Kenapa? Tak sangka saya akan call?” soal Hatta.

“Ye,” jawab Fasha.

“Kalau boleh pun saya tak nak call awak tapi disebabkan amanah dengan Misha, saya terpaksa juga,” selamba Hatta menjawab. Fasha terdiam.

“Fasha, you can’t blame Misha if I like her or what,” ujar Hatta lagi. Fasha terus menekan punat end call. Air matanya laju mengalir. Disekanya kasar. Telefon bimbitnya masih digenggamnya. Bunyi mesej kedengaran. Fasha lantas membuka mesej itu.

Sepatutnya kau hargai apa yang Misha buat. Dia seorang kawan yang baik. Terlalu baik. Ini tidak, kau hina dia macam-macam.

Panas hati Fasha membaca mesej itu. Kalau letak telur dekat atas kepala Fasha pasti sudah masak. Fasha menekan punat reply.

Apa yang dia buat? Apa? Dia hancurkan hati aku! Kalau dia baik kenapa dia goda kau? Bukan ke selama ni dia tahu yang aku suka kau!

Fasha menunggu balasan daripada Hatta. Lima minit kemudian Hatta membalas.

Dia tak pernah goda aku. Tak pernah.Dan kau tahu tak, apa guna kau suka aku? Aku tak suka kau, Fasha. Maafkan aku hancurkan hati kau tapi aku langsung tak layak untuk kau. Kau lawa, Fasha. Kau cantik, kau kaya! Tapi sayang hati kau pendengki! Hati kau busuk. Apa guna kecantikan dan kekayaan kau kalau kawan sendiri kau buang?

Tersentak Fasha membaca mesej itu. Segera dia mencampak telefon bimbitnya. Hancur berkecai jadinya. Air matanya laju mengalir. Pantas dicapainya pen dan kertas. Ditulisnya sesuatu.

Buwlan,
Fasha sedih sangat! Kenapa dunia ni tak adil? Fasha sayangkan Hatta! Terlalu sayang tapi kenapa dia suka Misha? Hatta kau buta sebenarnya! Misha yang hati busuk kau kata aku! Kenapa? Sebab cinta? Kau tahu tak Misha Cuma nak mainkan perasaan kau. Misha dah ada ALIFF IMAN! Kau tahu tak?
AKU BENCI KAU MISHA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience