Chapter 38

Other Completed 8441

38

“Nur Fasha Bte. Roslan!” panggil Puan Linda, guru kelasnya.

Fasha mengangkat muka. Keningnya diangkat sebelah.

“Cuba kamu tengok keputusan peperiksaan kamu! Kamu dah teruk tahu tak? Kamu merosot!” marah Puan Linda.

Muka Fasha tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

“Apa nak jadi dengan kamu? Dulu kamu tak pernah dapat nombor teruk macamni. Selalunya kamu dapat nombor 1-5 tapi sekarang? Nombor 21 daripada 34 orang. Dulu kamu tak pernah dapat C ataupun D tapi sekarang?” bebel Puan Linda lagi.

Fasha menunjukkan muka bosan.

“Dah habis?” soal Fasha.

Puan Linda terpana mendengar soalan Fasha yang kurang hajar itu.

“Sekarang dah pandai kurang hajar pula tu! Kenapa dengan kamu Fasha?” soal Puan Linda.

“Nombor berapa saya dapat tadi? 21 kan? It’s better than last. And C and D is better than fail. Am I right? Suka hati saya lah nak jadi apa pun, cikgu peduli apa? Papa saya bayar cikgu untuk mengajar saya bukan untuk jadi pakar kaunseling. And I guess my result is not important right? You better take care other student except me! “ ujar Fasha bersahaja.

Puan Linda terpana mendengar jawapan Fasha. Misha yang berada di sebelah Fasha menyiku Fasha. Fasha menoleh ke arah Misha.

“Kenapa kau cakap dengan cikgu macamtu?” soal Misha perlahan.

“Apa yang aku cakap tu semua betul,” ujar Fasha bersaha.

“Don’t you have feeling?” soal Misha.

“Maybe if you ask me yesterday, the answer is yes but not now,” ujar Fasha lagi.

“Fasha kau sedar tak apa kau cakap ni?” soal Misha.

“Aku sedar. Kenapa? Kau pun nak tinggalkan aku macam orang lain buat dekat aku? Kau pun nak biarkan aku keseorangan? Silakan,” ujar Fasha bersahaja.

“Fasha, wake up! Kau sekarang berada di dunia realiti. Jangan cakap guna emosi. Kenapa? Zul tinggalkan kau?” soal Misha.

“Tiada sebab aku nak sedih kerana dia,” ujar Fasha.

“Habis? Talk to me Fasha,” ujar Misha.

“Tak perlu. Sebab aku tahu satu hari nanti kau akan tinggalkan aku dan aku akan terkapai-kapai seorang diri,” ujar Fasha bersahaja.

“Fine! If that what you want,” ujar Misha seraya bangun dan meninggalkan Fasha seorang diri. Fasha tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia hanya sekadar memerhati langkah Misha menjauhi dirinya.

* * *

Fasha duduk di atas tembok rumahnya yang dahulu pernah didudukinya. Dipasang lagu daripada I-pod miliknya. Fasha khayal di dalam dunianya sendiri. Lirik lagu-lagu menyentuh hatinya.

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sedarkah kau telah menyakitiku
Walau hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Lagu kumpulan D’Massive bertajuk Cinta Ini Membunuhku.
.

adakah perasaan benci sebenarnya cinta?
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau jua merindui aku

Lagu Yuna bertajuk Dan Sebenarnya.

aku mentari
tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi
tak memberi warna hidupmu
aku sang bulan
tak menerangi malammu
akulah bintang
yang hilang dalam kegelapan

Lagu Kekasih Yang tak Dianggap dendangan Pinkan Mamboo.

Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat mahu memilikimu

Lagu Hampa dendangan kumpulan Ungu.

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi mencintai kamu
Dan aku pergi tak kembali
Benci aku mencintaimu

Terakhir, lagu Faizal Tahir berjudul Becinta.

Fasha mencabut earphone dari telinganya. I-podnya dipadam lalu dimasukkan ke dalam poket jeans pendeknya yang menampakkan pahanya itu. Tiba-tiba satu suara menegurnya membuatkan Fasha terkejut.

“Wei,” tegur satu suara.

Fasha terkejut. Hampir gugur jantungnya.

“Kenapa?” soal lelaki itu apabila Fasha tidak menjawab.

“Tak ada apa-apa,” ujar Fasha.

“Tak taubat-taubat ke duduk dekat tembok tu?” soal lelaki itu.

Fasha memandang lama muka budak lelaki itu. Macam pernah jumpa tapi di mana ye? Fasha mengamati lagi wajahnya sehinggalah dia teringat sesuatu.

“Kau ke yang tolong aku tu?” soal Fasha.

“Ingat pun,” ujar lelaki itu sambil mengukirkan satu senyuman manis.

Lelaki itu memandang Fasha lama. Fasha tidak selesa dipandang begitu.

“Kenapa?” soal Fasha.

“Tak. Aku tengok kau macam ada masalah je,” ujar lelaki itu.

“Ye ke?” soal Fasha seperti orang bodoh.

Lelaki itu mengangguk-angguk kepala.

“Oh,” ujar Fasha pendek.

“Kau tak nak turun ke?” soal lelaki itu.

Fasha tersengih sedikit. Baru dia perasan posisinya dan lelaki itu. Fasha memandang lelaki itu dan tiba-tiba senyumannya terukir di bibir. Lelaki itu memandang Fasha pelik.

“Apa kata kau yang panjat sini,” ujar Fasha.

“Haa?! Aku?” soal lelaki itu.

Fasha mengangguk-anggukkan kepala.

“Tak nak lah. Nanti apa pula kata orang. Lagipun kita ni bukannya ada tali persaudaraan dan aku tengok dekat dalam rumah kau tu macam ada mak kau je,” ujar lelaki itu.

Darah Fasha menyirap apabila lelaki itu mengatakan Meen tu maknya. Fasha memandang lelaki itu dan melompat turun ke bawah dan berdiri di hadapan lelaki itu.

“Itu bukan emak aku! Mak aku dah lama meninggal!” jerit Fasha kuat.

Lelaki itu tenang sahaja.

“Sorry, aku tak tahu. Janganlah marah,” ujar lelaki itu.

“Tak payah minta maaf. Aku bukan kenal kau pun. Kau pun tak kenal aku. So kita ni kiranya strangers lah kan?” ujar Fasha sinis.

Fasha melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan lelaki itu keseorangan di luar. Lelaki itu hanya mampu menggeleng-gelengkan kepanya.

* * *

Fasha mendengus geram. Entah kenapa, dia bencikan lelaki tadi. Bukan sebab dia kata Meen itu emaknya. Okay, itu pun salah satu sebab. Tetapi sebab utama ialah dia itu LELAKI!

Ye, Fasha kini sudah menjadi anti lelaki. Tak kiralah siapa pun, dia takkan berbaik dengan lelaki. Itu tekad Fasha. Cukuplah apa yang dilaluinya. Dia dah cukup menderita dengan insan yang bergelar lelaki.

Fasha mencatit sesuatu di diari merah jambu pemberian Misha ketika hari lahirnya tahun lepas.

I hate boys lah! Tahu tak, lelaki dah banyak hancurkan hati Fasha! Fasha takkan pernah percayakan lelaki even papa pun! Ye, Fasha tahu Fasha seorang anak yang derhaka. Ye, Fasha tahu Fasha seorang anak yang tak kenang budi. But Fasha peduli apa? Dah diorang yang banyak hancurkan hati Fasha. Bukan Fasha yang pinta semua ni. Fasha tak pernah minta Fasha antilelaki ataupun apa. Fasha tak pernah minta Fasha bencikan papa. Tapi diorang semua yang buat Fasha macamni. Cukuplah Fasha seorang sahaja yang menderita. Kalau memang ditakdirkan Fasha takkan pernah bahagia, Fasha akan buat orang lain turut menderita. Buat apa Fasha nak buat orang gembira kalau Fasha tak gembira? Yeah, I’m sellfish. Yeah, I’m heartless. So what? Bukan kau orang ke yang buat Fasha macamni? Dan mangsa pertama Fasha ialah Zul. Manusia yang buat hati Fasha berkecai dan berterabur sehingga tidak boleh diplaster lagi. How dare you, Zul! Dan kau tunggu je lah giliran kau, Zul. Tak lama lagi, kau akan kenal siapa NUR FASHA ROSLAN! Dan waktu tu, kau akan melutut depan aku sambil menangis macam budak kecil untuk minta maaf dengan aku. Dan kau tahu waktu tu aku akan buat apa? Aku akan gelakkan kau dan berlalu macam tu sahaja. Apa yang aku akan buat tu mungkin tak setimpal dengan apa yang kau buat pada aku. But nevermind, asalkan kau minta maaf dengan aku. Hati aku hanya boleh dilembutkan dengan air mata kau serta kata maaf kau! Kau nantikan je lah Zul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience