Chapter 31

Other Completed 8441

31

Dua minggu berlalu tetapi sepi. Tiada langsung khabar berita mengenai Zul. Di sekolah, Fasha langsung tidak nampak kelibat Zul. Mungkin Zul sengaja mahu menjauhi dirinya. Mesej pula langsung tidak pernah dibalas Zul.

Fasha mengambil keputusan yang muktamad. Seharusnya dia selesaikan hari ini. Fasha tidak mahu mengambil apa-apa lagi risiko. Fasha mencapai telefon bimbitnya. Dicarinya nombor Zul dan ditulis satu pesanan ringkas.

Hye. Kita break-up/clash.

Fasha menekan punat send. Kemudian dimatikan telefon bimbitnya. Gugur air mata Fasha. Fasha mengesat air matanya perlahan dan seketika Fasha tenggelam dalam tangisan yang panjang.

* * *

Selesai mengerjakan solat Isyak, Fasha menghidupkan kembali telefon bimbitnya. Dan sekali lagi hatinya berkecai apabila tiada langsung mesej daripada Zul. Mungkin memang dia mengharapkan mesej lelaki itu untuk memujuk dia. Tetapi harapan hanya tinggal harapan.

Fasha terus mendail nombor Misha. Sekejap sahaja, Misha sudahpun menjawab panggilan.

“Misha..” panggil Fasha dalam esak tangisnya.

“Fasha? Kenapa ni?” soal Misha gusar.

“Aku... aku.... aku dah clash,” ujar Fasha tergagap-gagap.

“Haa?! Kenapa? Bila?” soal Misha bertubi-tubi.

“Baru tadi. Misha, apa salah aku?” soal Fasha.

“Siapa yang mintak?” soal Misha.

“Aku yang mintak tapi dia yang buat. Dia tak pedulikan aku, Misha. Dua minggu Misha, dua minggu! Kau tahu tak apa perasaan aku. Last contact, waktu dekat kedai makan tu. Lepastu dia buat tak peduli dengan aku. Misha, aku sayang dia! Sayang sangat-sangat tapi kenapa dia buat aku macamni?” adu Fasha dalam esak tangisnya.

“Calm down Fasha, calm down! Kau jangan buat perkara yang tak masuk akal,” nasihat Misha kelam-kabut.

“Tanya Aliff Iman, Misha! Tanya dia! Mungkin dia tahu perkara ni,” arah Fasha gelabah.

“Nanti aku tanya dia ye Fasha. Kau sabar tau. Kejap lagi aku call balik,” ujar Misha seraya mematikan talian.

Fasha mencampak telefon bimbitnya ke katil. Ketukan pintu membuatkan Fasha kelam-kabut. Fasha menyeka air matanya dan kemudian meraup wajahnya berkali-kali untuk menghilangkan kesan tangisannya.

“Fasha, papa ni!” ujar Tan Sri Roslan dari luar. Fasha berjalan dan membuka pintu. Kemudian, Fasha segera menuju ke luar. Merenung ke arah bulan untuk menenangkan fikiran.

“Kenapa ni Fasha?” soal Tan Sri Roslan seraya menghampiri Fasha.

“Kenapa apa?” soalan Tan Sri Roslan dijawab Fasha dengan soalan.

“Fasha menangiskan? Kenapa?” soal Tan Sri Roslan kembali.

“Takde apa-apa,” ujar Fasha.

“Fasha, pandang papa,” ujar Tan Sri Roslan. Perlahan-lahan Fasha memandang Tan Sri Roslan. “Now, tell me,” sambung Tan Sri Roslan.

“Fasha rindu mama,” jawab Fasha. Entah macammana ayat itu keluar daripada mulut Fasha, Fasha sendiri tidak tahu.

“Fasha, mama dah tak ada. Walaumacammana pun, mama tak boleh hidup balik. Kan Fasha yang bagitahu papa macamtu,” ujar Tan Sri Roslan.

“Entah lah papa. Fasha pun tak tahu kenapa tiba-tiba Fasha ingatkan mama,” jawab Fasha.

Sekejap keadaan di antara mereka sepi. Tiada sepatah suara pun yang keluar. Fasha merenung bulan. Mungkin dengan cara itu, hatinya bakal pulih. Tan Sri Roslan pula memandang Fasha. Merenung ke dalam wajah cahaya matanya itu.

“Fasha...” panggil Tan Sri Roslan. Fasha memandang Tan Sri Roslan dan mengangkat keningnya. Tabiatnya sejak kecil lagi. Tan Sri Roslan menarik nafas untuk mencari kekuatan.

“Fasha, papa tahu Fasha perlukan kasih sayang seorang ibu. Fasha masih muda dan Fasha berhak mendapat kasih sayang daripada perempuan yang bergelar ibu,” ujar Tan Sri Roslan sambil memandang tepat ke dalam mata Fasha.

“Memanglah papa. Tapi kan mama dah pergi dulu,” jawab Fasha.

“Sebab tu lah, papa fikir papa nak....” tersekat kerongkong Tan Sri Roslan untuk menyambung kata-katanya. Dilihatnya Fasha mengangkat kening. “Sebab tu lah, papa fikir papa nak kahwin lagi.”

Fasha membuntangkan matanya ke arah Tan Sri Roslan. Lemah lututnya untuk berdiri. Serta-merta, Fasha terduduk di situ. Laju air mata Fasha mengalir. Tan Sri Roslan sendiri tidak tahu hendak buat apa.

“Fasha, papa cuma mahukan yang terbaik untuk anak papa. Papa tak nak Fasha membesar tanpa kasih sayang seorang ibu,” pujuk Tan Sri Roslan.

Fasha tiba-tiba mendapat kekuatan. Fasha bangun dan dengan kasar, air matanya diseka.

“Fasha tak perlukan kasih sayang seorang ibu kalau ibu itu bukan ibu kandung Fasha! Tak kira lah, papa kahwin dengan perempuan mana pun, dia takkan dapat tandingi mama!” jerit Fasha lantang seraya melangkah.

Tan Sri Roslan cepat-cepat bersuara.

“Fasha!” panggil Tan Sri Roslan. Langkah Fasha terhenti.

“Kalau Fasha tak setuju, papa takkan kahwin,” ujar Tan Sri Roslan dalam satu nafas. Tan Sri Roslan melangkah menghampiri Fasha dan berdiri di hadapan Fasha.

“Papa cuma nak Fasha bahagia,” ujar Tan Sri Roslan. Fasha memeluk Tan Sri Roslan.

“Papa, Fasha tak nak perempuan lain merampas takhta mama! Fasha cuma nak mama seorang sahaja menjadi ibu Fasha!” ujar Fasha dalam esak tangisnya.

“Ye Fasha. Papa faham,” ujar Tan Sri Roslan. Fasha melepaskan pelukannya. Kemudian, Tan Sri Roslan melangkah keluar daripada bilik Fasha. Segera Fasha mengunci pintu biliknya.

Kemudian Fasha bergerak ke arah balkoni kembali. Dibiarkan angin sejuk menampar badannya. Fasha merintih seorang diri.

“Bulan, tak boleh ke Fasha nak bahagia? Fasha sayang Zul tapi dia tinggalkan Fasha. Fasha sayang papa tapi papa nak kahwin. Papa dah lupakan mama! Kenapa orang yang Fasha sayang, Fasha cinta buat macamni dekat Fasha? Dulu Fasha sayang Khairul lepastu Fasha kehilangan dia,” Fasha berhenti seketika.

Kemudian disambungnya, “Kemudian, Fasha sayang Hatta tapi dia tak hargainya. Fasha kehilangan dia sekali lagi. Dan lepastu Fasha kehilangan mama! Orang yang Fasha sayang. Orang yang Fasha cinta! Fasha kehilangan mama untuk selama-lamanya,” Fasha menyeka air matanya.

“Zul pula orang yang Fasha sayang dan cinta sepenuh hati Fasha. Belum pernah Fasha mencintai seorang lelaki macamni. Tapi dia tinggalkan Fasha. Dia menghilang tanpa Fasha tahu sebabnya. Dan sekarang papa! Papa nak kahwin lagi. Papa tak sayang Fasha lagi! Papa tak sayang mama lagi!” rungut Fasha bersama air matanya.

Bunyi telefon bimbitnya memberhentikan rungutan Fasha. Fasha segera menjawab panggilan yang dia sendiri tahu siapa pemanggilnya.

“Misha,” sapa Fasha.

“Aku dah tanya Aliff Iman. Dia kata dia tak tahu apa-apa. Yang dia tahu, Zul cakap dengan dia, dia ada masalah. Masalah kewangan. Tapi Aliff Iman kata, mustahillah dia menyepi sebab masalah tu je. Mesti ada sebab lain dan sebab lain tu lah yang akan Aliff Iman siasat. Kita tunggu je lah hasil siasatan Inspektor Aliff Iman tu,” ujar Misha bersama gurauannya. Namun gurauannya tidak kelakar bagi pendengaran Fasha.

“Mustahil dia tak tahu! Habis apa yang dibisik-bisikkan waktu dekat kedai makan tu?” soal Fasha berang.

“Yang aku cakap tadilah. Masalah kewangan,” ujar Misha.

“Kewangan, kewangan! Apa penting sangat ke duit tu sampai aku pun dilupakan. Duit tu untuk apa, Misha? Untuk apa ada duit kalau hidup tak bahagia?” soal Fasha.

“Entah,” jawab Misha pendek.

“Okay lah Misha, aku nak rehatkan fikiran. Aku tertekan sangat sekarang. Bye!” ujar Fasha dan kemudian mematikan talian tanpa menunggu balasan Misha.

Fasha termenung sebentar. Keadaan dirinya yang tidak terurus dibiarkan. Rambutnya kusut dan mukanya sembab. Perlahan-lahan, Fasha memberhentikan tangisannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience