Chapter 22

Other Completed 8441

22

Dua minggu lagi sesi persekolahan bakal bermula tetapi Fasha langsung tidak membeli apa-apa persiapan lagi. Fasha duduk di atas katilnya. Nombor telefon Misha dicari dan terus didail. Tidak sampat beberapa saat, Misha sudahpun menjawab telefon.

“Hello Fasha!’” sapa Misha.

“Hello,” ujar Fasha mendatar.

“Kenapa dengan kau? Ada masalah ke?” soal Misha.

“Kau ada rumah?” soal Fasha tanpa menjawab soalan Misha tadi.

“Tak ada. Aku dekat rumah saudara ni. Kenapa? You can tell me,” ujar Misha.

“Tak ada apa-apalah. Aku ingat nak lepak rumah kau. Aku bosan sangat sekarang ni. Okay lah Misha. Bye!” ujar Fasha seraya menutup panggilan.

Siapa lagi aku nak call? Aku cuma ada sorang je kawan baik.

Fasha mengeluh perlahan. Kepalanya diletakkan di atas bantal. Matanya dipejam sekejap.

Telefon bimbitnya berbunyi. Fasha yang baru sahaja mahu melelapkan mata segera mengangkat telefon bimbitnya tanpa melihat skrin.

“Hello,” ujar Fasha kasar.

“Fasha,” sapa pemanggil. Automatik pipi Fasha terasa panas.

“Zul, ada apa?” soal Fasha menutup perasaan malunya.

“Busy ke?” soal Zul. Fasha menggeleng-geleng kepala seperti Zul berada di hadapannya sahaja.

“Tak,” jawab Fasha ringkas.

“Saya dekat rumah mak cik saya ni. Awak dekat rumah ke?” soal Zul.

“Ye,” jawab Fasha.

“Jom jumpa,” ajak Zul.

“Okay! Awak datanglah dekat rumah saya,” ujar Fasha.

“Rumah awak?” soal Zul.

“Jangan risaulah. Rumah saya ada Mak Leha, pembantu rumah saya dan juga Pak Mad, pemandu peribadi keluarga saya,” terang Fasha.

“Okay! See you in five minutes! Bye!” ujar Zul seraya mematikan talian.

Fasha melihat sekejap penampilan dirinya. Ringkas dengan jeans dan juga T-shirt. Fasha menyikat rambutnya dan kemudian disepit rambut hadapannya. Kemudian Fasha melangkah menuruni tangga.

Fasha mengarah Mak Leha supaya membuatkan air dua gelas dan menghantarkan ke halaman. Kemudian Fasha ke halaman dan duduk di tempat yang disediakan.

Seminit kemudian, Zul sudahpun tercegat di depan pagar. Fasha segera membuka pagar tersebut dan menjemput Zul masuk. Zul hanya mengikut langkah Fasha ke halaman rumahnya.

“Lama tak jumpa kan?” ujar Zul.

“Agak lah,” ujar Fasha.

“Awak ada masalah ke?” soal Zul.

“Masalah? Mana ada,” Fasha menafikan.

“Jangan tipu saya, boleh tak?” soal Zul.

“Macammana awak tahu saya tipu awak?” soal Fasha.

Saya tahulah,” ujar Zul.

“Awak, awak nak tahu tak?” soal Fasha.

“Kalau awak nak bagitahu, saya pun nak tahulah,” ujar Zul.

Fasha memandang Zul. Lama Fasha membisu.

“Sekolah lagi 2 minggu tapi saya langsung tak beli apa-apa,” ujar Fasha.

“Kenapa? Mak awak tak belikan ke?” soal Zul.

“Mak saya dah meninggal,” ujar Fasha sayu.

“Sorry, saya tak tahu pun,” ujar Zul kesal.

“Takpe, saya tak kisah pun,” ujar Fasha.

“Ayah awak?” soal Zul.

“Papa? Papa saya asyik sibuk dengan kerja dia. Awak tahu tak, dulu dia tak macamtu. Dulu waktu mama masih hidup, apa-apa pun saya yang didahului tapi sekarang asyik-asyik sibuk. Asyik-asyik sibuk sehinggalah saya pun terabai,” luah Fasha.

“Mungkin papa awak masih belum boleh terima kematian mama awak kot,” pujuk Zul.

“Mungkin juga sebab mama pun baru je meninggal. Baru berapa bulan je dia meninggal. Tapi kenapa papa tak boleh terima? Sepatutnya papa yang kena teman saya bersedih sebab kematian mama ni tak,” luah Fasha lagi.

“Fasha, awak memang kuat,” puji Zul. Fasha mengukirkan satu senyuman tawar.

“Mungkin awak nampak je saya kuat tapi sebenarnya saya taklah kuat. Hati saya sentiasa menangis. Awak tahu tak macammana perasaan saya bila saya dapat panggilan daripada Mak Leha mengatakan mama dekat hospital. Awak tahu tak betapa cemasnya saya dan sampai sahaja di hospital, mama dah pergi sebelum saya jumpa dia.

Awak tahu tak. Saya hampir hilang semangat tetapi untung saya ada Misha yang menemani hari-hari saya. Kematian mama sama je seperti saya dah hilang kedua-dua orang tua saya. Awak tengok lah, hari Sabtu pun papa kerja. Saya dah takde sesiapa lagi kecuali Misha, Mak Leha, Pak Mad dan awak,” luah Fasha seraya menyeka air matanya yang mengalir perlahan.

“Fasha, saya takkan tinggalkan awak,” ujar Zul.

“Janji?” soal Fasha.

“Janji,” ujar Zul seraya tersenyum.

Fasha tersenyum tawar dan menghirup air di tangannya.

“Awak nak tahu, saya pun takde ayah. Ayah dengan mak saya dah bercerai dan tinggallah saya dan adik-beradik saya bersama mak saya. Lepas bercerai, ayah saya kahwin lain. Dan sekarang ni diorang dah bercerai. Kadang-kadang saya pun tak faham kenapa ayah saya bercerai dengan mak saya,” luah Zul pula.

“Awak tak nak satukan mereka balik?” soal Fasha.

“Nak tu memanglah nak tapi macam mana Fasha? Selama ni saya dah buat Fasha. Tapi bila diorang jumpa je, diorang gaduh. Macammana nak baik?” keluh Zul.

“Awak langsung tak jumpa ayah awak lepastu?” soal Fasha simpati.

“Jumpa. Setiap kali cuti lama mesti ayah saya jemput kitorang adik-beradik dan tinggal dengan dia dalam seminggu. Tapi awak tahu tak, saya kesian sangat dengan adik-adik saya,” ujar Zul.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?” soal Fasha.

“Empat. Yang pertama dah kerja. Yang kedua sayalah. Yang ketiga pula baru je darjah satu dan yang keempat baru lima tahun,” ujar Zul.

“Jadi yang pertama tu abang ke kakak?” soal Fasha lagi.

“Abang. Semua lelaki lah awak,” jawab Zul.

“Abang awak lah tanggung semuanya ye?” soal Fasha.

“Tak. Mak saya pun tanggung saya juga,” ujar Zul.

“Tahun depan adik awak tu masuk tadika lah?” soal Fasha.

“Ye,” jawab Zul.

“Barang semua dah beli?” soal Fasha.

“Barang lama ade lagi,” jawab Zul.

“Awak, sekejap ye,” ujar Fasha seraya melangkah masuk ke dalam rumah. Dikeluarkan empat keping not lima puluh ringgit lalu dimasukkan ke dalam poket.Kemudian dia melangkah semula ke Zul.

“Awak, saya kesianlah dengan adik-adik awak tu.,” ujar Fasha seraya menghulurkan duit tadi.

“Apa ni?” soal Zul.

“Duitlah,” ujar Fasha selamba.

“Ye lah, untuk apa?” soal Zul kembali.

“Untuk adik-adik awak lah. Saya rasa cukup kot untuk beli alat tulis awak dan adik-adik awak jadi mak awak tak payah susah-susah belikan alat tulis. Tinggal pakaian awak dan adik-adik awak je mak awak kena uruskan,” ujar Fasha.

“Awak, saya tak boleh terima semua ni,” ujar Zul.

“Saya ikhlas. Kalau awak tak nak pun, awak fikirlah adik-adik awak,” ujar Fasha.

“Tapi..”

“Takde tapi-tapi. Ambik cepat!” arah Fasha. Zul mengambil duit itu lalu dimasukkan ke dalam poket.

“Thanks. Awak baik sangat,” ujar Zul.

“Saya tak perlukan wang ringgit sekarang ni. Saya hanya perlukan kasih sayang,” ujar Fasha perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience