Chapter 14

Other Completed 8441

14

Ruangan menunggu dipenuhi dengan manusia-manusia. Terjengah-jengah Fasha mencari orang yang dicarinya. Sekejap Fasha sudah dapat mengesan kedudukan orang itu. Segera Fasha menghampiri lelaki itu.

“Papa!” jerit Fasha.

“Fasha,” ujar Tan Sri Roslan sayu.

“Mama mana papa? Mana?” soal Fasha bersama air matanya yang laju mengalir.

“Mama.... mama...” tegagap-gagap Tan Sri Roslan mahu menerangkan.

“Mana?” jerit Fasha yang ternyata sudah tidak sabar dengan ayahnya.

“Mama dah tak... ada,” hanya itu yang termampu keluar dari mulut Tan Sri Roslan.

Lemah lutut Fasha mendengar berita yang amat mengejutkan dirinya. Akibatnya Fasha jatuh terjelopok. Misha yang pada tadi mengikut Fasha memeluk Fasha untuk memberikan kekuatan.

“Sabar Fasha, sabar!” ujar Misha seraya mengusap lembut belakang Fasha.

“Mama, Misha! Mama! Kenapa mama pergi dulu sebelum Fasha? Mana lagi Fasha nak mengadu? Mana?” rintih Fasha.

“Sabar Fasha, sabar!” ulang Misha lagi. Dia sendiri sudah buntu cara untuk memujuk Fasha.

“Papa, Fasha nak tengok mama,” ujar Fasha tiba-tiba. Tan Sri Roslan mengangguk-angguk dan kemudian memimpin Fasha yang ternyata sudah tidak larat lagi ke dalam wad yang menempatkan Puan Sri Hamidah.

Sampai sahaja di dalam wad itu, Fasha segera meluru ke arah Puan Sri Hamidah. Diusap lembut rambut Puan Sri Hamidah dan dicium dahi wanita tua itu. Hatinya sebak. Terlalu sebak. Puan Sri Hamidah lah satu-satunya ibunya dan kini telah pergi meninggalkan dirinya. Kepada siapa lagi harus dia menceritakan masalahnya? Kepada siapa? Kepada ayahnya?

* * *

Fasha duduk berteleku di atas sejadah. Entah kenapa, tergerak hatinya untuk mengerjakan solat. Solat yang sekian lama diabaikan dek kerana malas. Fasha menadah tangan untuk berdoa.

Ya Allah, KAU ampunkanlah dosa-dosaku. Aku bukanlah manusia yang taat dengan perintah-MU. Ya Allah, KAU sejahterakanlah ibuku, Hamidah di alam sana. Aku mohon Ya Allah! Kau sejahterakanlah juga hidupku. Amin....

Fasha kemudian membaca Al-Fatihah untuk arwah ibunya. Walaupun sudah seminggu pemergian ibunya, Fasha masih juga sedih begini. Semangatnya hilang macamtu sahaja.

Ketukan pintu membuatkan Fasha tersentak. Fasha mengesat air matanya yang jatuh berlinangan. Segera Fasha menanggalkan telekungnya. Kemudian, Fasha berlalu untuk membuka pintu. Dilihatnya wajah Mak Leha.

“Fasha, Misha nak jumpa,” ujar Mak Leha.

“Suruh dia naik atas,” arah Fasha. Mak Leha mengangguk-angguk seraya berlalu pergi. Fasha kemudian merapatkan pintu biliknya.

Tiga minit kemudian, kedengaran seseorang mengetuk perlahan pintu biliknya. Fasha mengarahkan pengetuk pintu itu masuk. Terjengul wajah Misha. Misha berjalan mendapatkan Fasha yang sedang duduk memandang ke arah luar.

“Fasha...” panggil Misha seraya memegang lembut bahu Fasha. Fasha langsung tidak menoleh. Misha mengeluh perlahan.

“Kau masih tak maafkan aku ke?” soal Misha lembut.

Diam.

“Aku faham perasaan kau. Aku tak desak kau untuk maafkan aku tapi percayalah Fasha, antara aku dan Hatta memang takde apa-apa,” ujar Misha lagi.

Fasha masih tiada reaksi.

“Apa-apa pun Fasha, kalau kau perlukan aku, aku ada untuk kau,” ujar Misha seraya bangun melangkah ke pintu. Belum sempat Misha memulas tombol pintu, kedengaran suara Fasha memanggilnya.

“Misha...” panggil Fasha. Misha tidak pula menoleh. Sekadar menunggu ayat Fasha seterusnya.

“Aku perlukan kau,” ujar Fasha. Misha segera menoleh. Dapat dilihatnya wajah Fasha yang sembab. Misha terus meluru memeluk Fasha yang amat dirinduinya.

“Aku tahu aku bodoh sebab marahkan kau hanya disebabkan Hatta pendek tu! Aku tahu aku egois dan aku tahu aku manusia paling bangang sebab tak percayakan kau dan aku tahu Hatta takkan pernah cintakan aku,” ujar Fasha sebak dalam pelukan Misha.

“Jangan cakap macamtu, Fasha. Aku sayang kau dan aku minta maaf jugak sebab tampar kau,” ujar Misha pula sambil meleraikan pelukan di antara mereka.

“Tak, kau memang patut tampar aku. Kalau kau tak tampar aku mesti aku tak pernah sedar apa yang aku buat. Misha, kaulah sahabat sejati aku!” ujar Fasha dalam esak tangisnya.

* * *

Fasha dan Misha duduk di balkoni bilik Fasha. Hati mereka lega kerana perselisihan faham antara mereka sudahpun selesai.

“Misha,” panggil Fasha.

“Apa?” soal Misha.

“Esok aku nak pergi sekolah,” ujar Fasha sraya melepaskan satu nafas yang berat. Begitu berat.

“Are you sure?” soal Misha.

“Ya. Sampai bila aku nak sedih macamni lagi kan? Aku nak tunjukkan siapa aku yang sebenarnya. Aku tak nak jadi lemah macamni,” ujar Fasha. Misha tersenyum lebar.

“That’s my friend! Hidup ni kena kuat, Fasha,” ujar Misha.

“Aku pun rasa macamtu. Even aku sedih macam mana pun, aku tak boleh dapatkan mama balik. Biarlah mama tenang dekat sana bersama orang-orang yang beriman,” ujar Fasha sayu.

“Fasha, aku sokong segala tindak-tanduk kau kecuali kau buat benda yang mungkar! Percayalah Fasha, I always be beside you,” ujar Misha lembut.

“Sebab tu lah aku sayang kau, Misha!” ujar Fasha seraya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience