Chapter 35

Other Completed 8441

35

Sudah seminggu Fasha dan Zul berhubungan. Selalunya, Zul yang menghantar mesej terlebih dahulu dan Fasha akan membalasnya. Dan satu saat itu, Fasha berasa gembira. Amat gembira!

You dengan Teha macammana?

Entahlah.

Maksud entahlah tu apa?

Dah dalam keadaan kritikal.

Kenapa pula?

I dah tak sayangkan dia lagi. I tengah tunggu dia minta break.

Senyuman di bibir terukir.

Kenapa? You, tak baik buat dia macamtu.

Habis dia dengan lelaki lain tu baik lah?

Haa?!

Ye, dia dengan lelaki lain.

Habis kenapa you tak minta putus je?

I tunggu dia mintak.

Macam you pernah buat dekat I dulu kan?

Kenapa you cakap macamtu? I tahu dulu I bodoh sebab tinggalkan you. I menyesal sangat.

Tak you tak bodoh pun. Tapi kan, kenapa kita putus?

Entah, I pun tak tahu lah.

Dah lah, lupakan je lah.

Fasha tersengih lebar. Dia dah berjaya buat hubungan Zul dan Teha di dalam keadaan kritikal. Dan esok, dia dan Zul bakal berjumpa buat kali pertamanya di sekolah. Zul akan menunggunya di depan pagar sekolah. Fasha berharap sangat Teha nampak.

Masa yang berlalu dirasakan lambat. Fasha cuba melelapkan matanya tetapi gagal. Fikirannya asyik terawang-awang memikirkan esok. Entah bila, Fasha terlelap.

* * *

Fasha turun daripada kereta. Dari jauh, Fasha sudah nampak Zul. Fasha membetul-betulkan rambutnya yang diikat satu. Rambut hadapannya yang hampir menutup mata disisirkan ke tepi. Zul yang bersama rakannya memandang Fasha bersama satu senyuman.

“Jom,” ujar Fasha apabila melintasi Zul. Zul bangun dan berjalan beriringan dengan Fasha.

Lama mereka diam.

“I dah break denga Teha,” ujar Zul tiba-tiba.

Fasha memandang wajah Zul yang bersahaja. Fasha mengangkat kening.

“Bila?” soal Fasha.

“Cuti haritu. Dia yang minta,” ujar Zul.

“Tak sedih ke?” soal Fasha.

“Tak kot. You ada,” ujar Zul nakal.

“I?” soal Fasha.

“Ye lah, you,” ujar Zul.

Fasha hanya tergelak. Entah kenapa, dia bahagia sangat.

* * *

Fasha memandang Misha dengan kening yang terangkat bersama mimik muka yang bersungguh-sungguh.

“Are you serius?”soal Misha.

Fasha mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Tapi bukan ke dulu kau hanya nak hancurkan hubungan dia je?” soal Misha.

“Memang. Tapi tu dulu. Ye, aku mengaku aku dah hancurkan hubungan diorang. Diorang dah putus tapi aku tak sangka aku akan jatuh cinta dengan dia sekali lagi. Misha, he’s my first love and it’s hard to forget him,” ujar Fasha.

“It’s up to you,” ujar Misha pendek.

“Thanks. Aku tak tahu kenapa aku sayang sangat dekat dia even dia buat taik dekat aku,” ujar Fasha seakan mengeluh.

“That’s mean cinta kau sejati,” ujar Misha.

“Entah lah. But promise me, don’t ever tell this matter to anyone include Aliff Iman,” ujar Fasha.

“Ala,” rengek Misha.

“Takde ala-ala. Kalau kau bagitahu,” Fasha mengangkat tangan kanannya ke paras leher dan menarik tangannya dari kiri ke kanan menandakan maksud mati.

Misha tergelak melihat isyarat Fasha.

“Takkan kau nak bunuh aku? Wow! It’s a serius case,” seloroh Misha.

“Memang pun,” ujar Fasha.

“Aku kan kawan kau?” soal Misha.

“Kawan tak kawan, kalau kau bagitahu, aku tetap bunuh kau!” ujar Fasha.

Misha tergelak lagi dan kali ini, gelaknya disambut oleh Fasha.

Fasha memandang ayahnya dan bonda barunya silih berganti. Meluat sungguh dia melihat wajah Meen. Kalau papanya kahwin dengan perempuan yang mungkin sebaya dengan Mak Leha, boleh juga dia terima. Ini tidak, kahwin dengan perempuan yang muda sepuluh tahun dari papanya.

“Fasha,” panggil Tan Sri Roslan seraya mematikan lamunan Fasha.

Fasha mengangkat kening.

“Sampai bila Fasha nak macamni?” soal Tan Sri Roslan lembut.

“Sampai papa ceraikan perempuan ni,” ujar Fasha mendatar. Tiada perasaan!

Tan Sri Roslan mengeluh.

“Fasha, papa tak boleh ceraikan bonda,” ujar Tan Sri Roslan.

Fasha mengangkat kening sekali lagi.

“Berdosalah papa kalau ceraikan bonda tanpa sebab yang kukuh,” ujar Tan Sri Roslan lagi.

“Habis tak berdosa ke papa tipu Fasha selama ni?” sinis sahaja suara Fasha.

Tan Sri Roslan menggeleng-geleng. Keras sungguh hati Fasha.
“Fasha, papa bukan sengaja nak tipu Fasha. Papa terpaksa,” ujar Tan Sri Roslan.

“Terpaksa?” Fasha tersenyum sinis.

Tan Sri Roslan mengangguk-anggukkan kepala.

“Papa, tiada istilah terpaksa dalam hal ni. Papa jangan nak guna istilah tu kalau papa memang sukarela berkahwin dengan perempuan ni,” ujar Fasha sambil menunding jari ke arah Meen.

Meen menundukkan kepalanya.

“Enough Fasha!” ujar Tan Sri Roslan tegas.

Fasha ketawa.

“Enough of what? Papa, listen to me. Selagi papa tak bercerai dengan perempuan ni, papa jangan haraplah Fasha akan jadi macam dulu. Papa jangan haraplah! Biar orang kata, Fasha ni biadab ke kurang ajar ke derhaka ke, Fasha peduli apa. Papa yang ajar Fasha jadi macamni,” ujar Fasha dengan mimik muka.

“Fasha,” panggil Meen.

“Oh yea, kau pula selagi kau tak bercerai dengan papa aku, jangan harap aku akan cakap elok-elok dengan kau! Dan kau jangan harap aku akan panggil kau dengan panggilan yang elok. And watch out! I make your life suffer,” ujar Fasha seraya berlalu ke biliknya.

Tan Sri Roslan dan Meen berpandangan sebentar. Air mata Meen gugur perlahan-lahan.

“Meen..”

“Kalau macam ni lah, baik abang ceraikan Meen. Meen tak nak jadi penghalang kebahagiaan abang dengan Fasha. Meen minta maaf kalau selama ni Meen menyusahkan abang,” ujar Meen emosi.

“Jangan bercakap guna emosi Meen. Meen tahukan abang sayangkan Meen. Abang tak boleh hidup tanpa Meen. Abang perlukan Meen,” ujar Tan Sri Roslan.

“Abang lebih perlukan Fasha,” ujar Meen.

“Memang. Memang abang perlukan Fasha but in the same time I need you, Meen. Abang tak boleh hidup tanpa Meen dan Fasha. Cukuplah Meen abang tersiksa dengan pemergian Ida. Abang tak nak kehilangan Meen pula,” ujar Tan Sri Roslan. Air matanya mula gugur.

“Abang, Meen pun sayangkan abang. Meen pun tak nak kehilangan abang tapi keadaan yang memaksa. Dalam kehidupan ni, kita kena berkorban,” ujar Meen sayu. Disekanya air mata Tan Sri Roslan lembut.

“Dalam kehidupan juga kita harus mencuba. Meen dah janji dengan abangkan kita akan lalui semuanya bersama? Meen tak boleh tinggalkan abang. Percayalah sayang, semuanya akan okay,” ujar Tan Sri Roslan.

Meen memandang Tan Sri Roslan. Tan Sri Roslan memegang tangan Meen memberi kekuatan. Meen mendakap tubuh Tan Sri Roslan. Sekejap, mereka berpelukan sambil menangis mengenangkan Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience