Epilog

Other Completed 8441

SPECIAL EDITION

SELEPAS 5 TAHUN...

Kot panjang warna putih ditanggalkan dan disangkut di belakang kerusi. Kemudian dia capai telefon bimbitnya. Ada dua missed calls. Dan pemanggilnya daripada Misha. Fasha cepat-cepat call kembali.

“Kau buat apa haa? Dua kali aku call kau, kau tak jawab!”

Fasha jauhkan sedikit handphone dari telinganya.

“Aku ada patient lah tadi. Ada apa kau call?” soal Fasha.

“Jom lunch!”

“Eh, mana suami kau yang tercinta tu?”

“Dia ada meeting.”

“Oh, bila dia ada hal, baru cari aku kan.”

“Taklah. Kalau dia tak meeting pun, aku memang nak lunch dengan kau.”

“Iyelah tu.”

“Iye.”

“Okay lah. Dekat mana?”

“Dekat tempat biasa.”

“Hmm.. Baik puan!”

“Bye Doktor Fasha!”

Dan talian dimatikan. Fasha tersenyum. Dia tumpang bahagia dengan pernikahan Misha dengan Aliff Iman yang baru berlangsung dua bulan lepas. Misha dapat juga kahwin dengan Aliff Iman tu.

Fasha tersenyum. Ingatan dia tiba-tiba berputar kembali ke zaman persekolahannya.

Bermula dengan Khairul, kemudian Hatta, lepastu Zul, dan akhir sekali Aril. Dan sekarang? Dia dah tak ada siapa-siapa. Senyuman dia pudar.

Aril, mana kau? Aku rindu kau sangat-sangat.

Fasha cepat-cepat kesat matanya sebelum air matanya jatuh. Dia tak nak menangis sebab Aril lagi. Dia tak nak! Cukuplah selama ni dia tersiksa menunggu Aril. Cukuplah.

Fasha bangun dan capai beg tangannya. Kemudian dia terus keluar dari mini office nya tu.

* * *

“Ada apa kau nak jumpa aku?” Fasha angkat kening.

Misha senyum. Makanan di mulutnya dikunyah dan ditelan.

“Kau tahu tak?” soal Misha.

“Tak.” jawab Fasha terus.

Misha dah muncung.

“Ala, tekalah!” ujar Misha.

Fasha gelak.

“Dah jadi bini orang pun perangai tak ubah-ubah!” komen Fasha.

“Biarlah. Tekalah cepat, Fasha!” desak Misha.

Fasha buat-buat fikir. Dua minit dia dalam keadaan begitu.

“Tak tahulah. Kau bagitahu je lah,” Fasha angkat kedua-dua belah tangan. Lagak orang mengalah.

“Kau ingat lagi tak Hatta?” soal Misha.

Fasha angguk.

“Aku jumpa dia semalam,” bagitahu Misha.

“So?” Fasha angkat kening.

“Dia cakap dia nak jumpa kau,” ujar Misha.

Fasha gelak.

“Jumpa aku? Nak buat apa?” soal Fasha.

“Mana lah aku tahu,” jawab Misha.

Fasha suap nasi goreng cendawan ke dalam mulutnya.

“Kau nak jumpa dia tak?” soal Misha.

“Nak buat apa?” soal Fasha kembali lepas telan makanannya.

“Merapatkan silaturrahim,” jawab Misha.

Fasha gelak.

“Bukan silaturrahim kitorang memang dah rapat giler ke?” perli Fasha.

Misha gelak.

“Kau ni!” ujar Misha.

“Dahlah, cepat makan. Kejap lagi, aku nak balik rumah kejap,” ujar Fasha.

Misha menurut. Dia mula makan kembali. Begitu jua Fasha.

* * *

“Yay! Kakak Fasha dah balik!!”

Fasha tersenyum. Tu suara adik dia. Nama adik dia Farina. Dan sorang lagi Faris. Farina tu dah lima tahun, Faris tu pula empat tahun.

“Kakak bawa gula tak?” soal Faris.

Fasha angguk. Dia bagi satu beg plastik kepada Faris dan satu lagi kepada Farina.

“Terima kasih kakak!” jerit mereka berdua serentak.

Fasha menggeleng.

Comel betul adik-adik aku ni!

Fasha duduk di sofa, sebelah Meen.

“Dah makan?” soal Meen.

Angguk, “dah. Makan dengan Misha tadi.”

“Pukul berapa pergi klinik balik?” soal Meen lagi.

“Pukul 3.30,” jawab Fasha.

“Pergilah rehat. Muka macam tired sangat bonda tengok,” ujar Meen.

Fasha tersengih. Dia bangun. Langkahnya diaturkan menuju ke biliknya.

“Faris! Farina! Jangan main dekat sini. Pergi duduk dengan bonda dekat bawah,” ujar Fasha bila melihat Faris dan Farina sedang bermain di tangga.

Faris dan Farina menurut. Dia turun dan pergi dekat Meen. Fasha teruskan perjalanannya kembali.

Sampai dalam bilik, dia hempaskan tubuhnya ke atas katilnya. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. Dan dia buka folder pictures. Dia klik lagi satu folder dalam tu yang bertajuk 'ARIL'.

Gambar-gambar itu ditengoknya kembali untuk ke berapa kali entah. Rasanya dah lebih seratus kali dia tengok gambar Aril yang ada lebih kurang lima belas keping.

Dan dia bawa ke dada handphone nya.

“Aku dah penat menunggu.”

Fasha mark folder tu, kemudian dia tekan butang delete. Dan dia tekan Yes. Lalu gambar-gambar itu telah dihapuskan.

Fasha kemudian campakkan telefon bimbitnya ke tepi. Dia bangun dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

* * *

“Yes, Encik Kharul. Awak sakit apa?” Fasha yang sibuk mencatat sesuatu di buku rekod pesakit pandang ke arah pesakitnya.

Dan kedua-dua muka agak terkejut.

“Fasha?”

“Khairul?”

Dan Khairul senyum.

“Tak sangka dapat jumpa awak balik,” ujar Khairul.

Fasha turut tersenyum.

“Saya pun,” balas Fasha.

“Dr. Fasha, awak apa khabar?” soal Khairul.

“Eh, bukan sepatutnya saya yang tanya awak ke soalan tu. Encik Khairul, awak sakit apa?” soal Fasha.

Khairul tergelak kecil.

“Doktor, perut saya sakit giler!” ujar Khairul.

“Nasib baik awak tak gila kan. Macammana awak rasa?”

“Maksud?”

“Sakit tu rasa mencucuk-cucuk ke memulas ke apa?”

“Mencucuk-cucuk.”

“Awak makan apa harini?”

“Pagi saya makan sandwiches yang saya buat sendiri dengan milo. Petang pulak saya makan nasi goreng pedas dekat kedai.”

“Bila awak rasa sakit tu?”

“Lepas makan petang.”

“Nasi goreng tu pedas ke tak?”

“Pedas giler!”

“Okay.”

Fasha mencatatkan sesuatu di buku rekod. Kemudian dia pandang Khairul kembali.

“Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Awak cuma gastrik. Lepasni, cuba elakkan makan makanan pedas. Perut awak tu sensitif sikit,” ujar Fasha panjang lebar.

“Selama ni perut saya lah paling tahan lasak,” sampuk Khairul.

“Not anymore. Saya bagi awak ubat gastrik. Nanti nurse dekat depan tu cakap,” ujar Fasha.

Khairul bangun.

“Terima kasih Dr. Fasha!” ujar Khairul.

Fasha angguk. Dan Khairul keluar dari bilik rawatan. Fasha menggeleng-geleng kepalanya.

Tak sangka kita jumpqa balik kan Khairul. What a small world!

S2

Fasha tengok jam dekat tangannya. Dah pukul 11.00 malam. Kliniknya dah tutup pukul 10.00 malam tadi tapi dia baru hapis rawat pesakit yang terakhir pukul 10.45 malam tadi.

“Dr. Fasha, kami balik dulu ya,” ujar Ria, pembantu kliniknya.

Fasha angguk. Dan sekarang dia keseorangan. Fasha kemas mejanya. Kemudian dia capai telefon bimbitnya dan masukkan ke dalam beg tangan jenama Guess yang harganya mencecah empat ratus ringgit.

Fasha bangun. Beg tangan diletakkan di bahunya. Dan dia matikan suis. Pintu bilik dikunci. Pintu klinik juga dikunci. Dan dia tarik grill besi dari atas.

Usai mengunci grill besi itu, Fasha pun melangkah ke arah keretanya yang terletak berhadapan dengan kliniknya. Waktu dia nak buka pintu keretanya, ada orang pegang bahu dia.

Fasha dah rasa seram-seram sejuk.

“Tolong!” jerit Fasha sekuat hati.

Dan serentak itu, mulutnya ditekup. Orang itu memusingkan badan Fasha agar berhadapan dengannya.

“Hey, it's me! Khairul!” ujar Khairul.

Fasha pandang Khairul lama. Dan Khairul pun lepaskan tangannya.

“What's wrong with you?” soal Khairul.

Fasha geleng.

“Saya fikirkan penjahat mana entah tadi,” ujar Fasha.

“Sorry,” ujar Khairul.

“It's okay. Tapi lain kali jangan buat lagi tau,” ujar Fasha.

“Promise!” ujar Khairul.

Fasha senyum. Khairul turut senyum.

“Jom makan,” ajak Khairul.

“At this time?” soal Fasha.

Khairul tengok jam tangannya. Kemudian dia angguk.

“Why not? Kita supper!” ujar Khairul.

Fasha nampak macam keberatan.

“Come on! Dah lama tak berborak,” ajak Khairul lagi.

Akhirnya Fasha angguk jua. Khairul tersenyum lebar. Gembira kerana pelawaannya diterima.

* * *

“So, how your life?” soal Khairul, mulakan perbualan.

Fasha sedut air orange juice nya dahulu sebelum menjawab soalan Khairul.

“Macamnilah. Busy memanjang uruskan klinik,” ujar Fasha.

“Patutlah. Badan awak pun nampak macam susut sikit. Penat sangat yer?” soal Khairul.

Fasha hanya angguk.

“Apa ni, doktor sendiri yang tak jaga kesihatan doktor,” usik Khairul.

Fasha gelak. Sedikit-sebanyak, Khairul dapat menghiburkan hati dia.

“Tak ada boyfie?” soal Khairul.

Geleng, “siapa lah nak dekat saya ni.”

“Ramai orang nak cuma awak tu je yang busy sangat sampai tak ada masa nak social dengan orang ramai,” ujar Khairul.

“Eh, saya social tau dengan orang ramai. Habis, macammana saya nak tahu pesakit saya tu sakit apa kalau tak cakap dengan diorang,” Fasha dah selesa dengan Khairul.

“Eleh, tu memang kerja awak, Dr. Fasha hui!” balas Khairul.

“Awak cakap orang, awak tu dah ada girlfie belum?” soal Fasha.

“Awak lah girlfie saya. Sedih tau, awak tak mengaku saya ni boyfie awak,” Khairul buat-buat sedih.

Fasha ketawa.

“Laa, iya ke? Awak tak cakap awal-awal. Saya manalah tahu awak ni boyfie saya,” balas Fasha.

Dan mereka berdua ketawa.

“Seriusly, siapa girlfie awak?” soal Fasha.

“Saya mana ada girlfie. Wife ada lah,” ujar Khairul selamba.

“Serius?” Fasha terkejut.

“Ye lah, takkan tipu kot,” jawab Khairul.

Fasha senyum sampai ke telinga.

“Wah, tahniah Khairul. Siapa girl yang bertuah tu?” soal Fasha.

“Alia nama dia,” jawab Khairul.

“Oh, macammana kenal? Bila kahwin? Ceritalah about your wife tu,” ujar Fasha berminat.

“Kitorang kenal waktu study dekat UITM dulu. Baru je empat bulan kahwin. Macammana ya nak cerita pasal my wife tu. Dia cantik, baik, caring, understanding, dan yang paling penting, dia cintakan saya,” cerita Khairul.

Fasha angguk.

“Jaga dia elok-elok tau. Jangan pernah tinggalkan dia sebab saya yakin, dia seorang isteri yang paling sempurna buat awak. Okay lah, saya kena pergi dulu. Nanti papa marah balik lewat. Bye!” ujar Fasha.

Dan Fasha melangkah meninggalkan Khairul. Dia start engine keretanya dan terus pecut laju meninggalkan kawasan itu.

* * *

Hari ini hari minggu dan Fasha berada di Tasik Titiwangsa. Mahu merehatkan mindanya yang bercelaru. Fasha pakai pakaian yang simple. T-shirt berwarna kelabu dengan gambar smiley lengan pendek bersama Jeans warna hitam. Rambutnya diikat tinggi. Nampak comel.

Fasha duduk di bangku. Di hadapannya, jelas ada Menara Berkembar Petronas tu. Dia pandang lama KLCC tu.

Macam pegang tangan. Bersatu menghadapi segalanya.

“Nampak macam KLCC tu sedang berpegang tangan kan?”

Fasha menoleh ke arah suara itu. Dan dia terkejut.

“Zul?” soal Fasha tak percaya.

Zul senyum. Dia kemudian duduk di sebelah Fasha.

“Fasha, dah lama tak jumpa you. Apa khabar?” soal Zul.

“Baik je. How about you?” Fasha angkat kening.

“I'm good as usual. But I think, you ni khabar tak baik. Tak nak story dengan I?” soal Zul peramah.

Fasha pelik dengan perangai Zul ni.

Sejak bila mamat ni pandai speaking London? Wah, hebat betul! Dan sejak bila, dia pandai baca hati orang ni? Selalunya, dialah mamat yang selalu dapat F bila masuk bab hati. Fuh, dia dah jadi doktor pakar cinta ke?

“Pelik,” ujar Fasha.

Zul kerut dahi, “apa benda yang pelik?”

“You lah,” jawab Fasha.

“What do you mean by that?” soal Zul.

“Apa occupation you?” soal Fasha.

“Pelayan dekat disko,” jawab Zul selamba.

“Patutlah.” Fasha geleng kepala.

“Patut apa?” sekali lagi, Zuk kerut dahi.

“Patutlah pandai cakap London. Lagi pula tu, pandai baca hati orang. Dah jadi kasanova tahap first class rupanya,” Fasha gelak.

“Hei, bila masa pulak I jadi kasanova. I cakap I pelayan dekat disko je,” Zul mempertahankan haknya.

Fasha gelak lagi.

“Cukuplah tu. Jangan gelak!” marah Zul.

“Siapa suruh buat lawak antarabangsa pagi-pagi ni,” balas Fasha.

“Ye lah,” ujar Zul.

“Serius, apa occupation you?” soal Fasha.

“Hello, you tak kenal I ke?”

“Kenal lah. You Zul.”

Zul tepuk dahi.

“Fasha, dah berapa lama you tak tengok tv?”

“Tadi baru tengok.”

“You pernah dengar tak group Kilat?”

“Kilat? Hujan pernah lah I dengar.”

“I'm the drummer.”

Fasha gelak.

“Jangan lah buat lawak lagi. I serius ni.”

“I serius lah. Tak buat lawak. I am the drummer of Kilat Group.”

Fasha pandang Zul. Dan dia nampak Zul memang serius. Fasha dah rasa bersalah.

Patutlah pada tadi aku nampak budak-budak perempuan asyik pandang aku je. Rupa-rupanya aku tengah bercakap dengan drummer group Kilat.

“Sorry! I tak tahu pun you artis. Nanti mesti peminat you marah I kan. I pergi dulu lah,” Fasha nak melangkah tetapi Zul tarik tangannya.

“Fasha!”

Fasha pandang Zul.

“Diorang tak ada hak nak marah. You kan kawan I. Takkan you tak sudi dah kawan dengan I?”

Fasha dah rasa serba salah sangat.

“Tak, bukan macamtu. I cuma nak jaga nama you,” ujar Fasha.

“Jadi you sudi lah nak jadi kawan I balik?” soal Zul.

“Of course I do. Gila tak nak kawan dengan drummer Kilat!” usik Fasha.

Zul gelak. Tangan Fasha dilepaskan.

“So jom teman I breakfast,” ujar Zul.

“Dekat mana?” soal Fasha.

“Kedai mamak depan sana tu,” jawab Zul.

“Ait, artis macam you pun makan dekat kedai mamak ke?” usik Fasha.

“Hei, you tahu tak? Kedai mamak lah best! Boleh buat apa-apa je. Kalau makan dekat hotel 5 star, kena jaga adab segala bagai,” bebel Zul.

Fasha dah melangkah ke hadapan. Malas dengar Zul membebel macam nenek tua.

“Tunggulah dulu Fasha!” jerit Zul sambil kejar Fasha.

* * *

“You buat apa lepas ni?” soal Zul sambil suap roti canai dalam mulut.

“Balik lah. Buat apa lagi,” jawab Fasha.

“Jom pergi ikut I jamming. Nak?” ajak Zul.

“Jamming? Dekat mana?” soal Fasha.

“Dekat studio lah,” jawab Zul.

“Bukan I tak nak tapi...”

“Tapi you takut dengan I kan? Fasha, you dengan I dah lama berkawan. Untuk apa you takut dengan I? I tahu I pernah buat salah dengan you dulu, tapi itu hal dulu kan? Why not kita buka buku baru,” ujar Zul panjang lebar.

“Okay,” balas Fasha.

Zul senyum penuh makna. Dia tahu hati Fasha senang dilembutkan.

S3

Pejam celik, pejam celik. Sudah tiga bulan tempoh hubungan Fasha dengan Zul. Dari kawan biasa, mereka sudah melangkah ke fasa bercinta.

Fasha duduk sendirian di bangku yang disediakan di taman, tempat dia meluahkan perasaan dia kepada Aril. Dia pun tidak tahu kenapa dia berada di sini. Hati dia yang bawa dia ke sini.

Lima belas minit dia melayan perasaannya. Kemudian dia bangun. Melangkah ke arah keretanya.

“Fasha!”

Automatik kaki Fasha berhenti melangkah. Dia kenal suara tu. Terlalu kenal. Tetapi tak mungkinlah dia ada dekat sini. Mungkin perasaan dia sahaja. Dan Fasha melangkah kembali.

“Fasha!”

Fasha berhenti. Dia pusing ke belakang. Dan di hadapannya kini Aril. Aril, lelaki yang sangat dicintainya. Yang menghilang selama 5 tahun. Automatik air matanya mengalir laju. Dia cuba lari tetapi pantas tangannya ditarik Aril. Menahan dari dia terus pergi.

“Cukuplah. Jangan lari lagi,” ujar Aril.

“Pergi! Aku tak nak jumpa kau! Pergi!” marah Fasha dalam sendunya.

“Please, listen to me,” ujar Aril.

“Aku tak nak dengar apa-apa lagi!” protes Fasha.

“But you deserve an explanation,” ujar Aril.

Fasha tarik tangan dia kuat-kuat dari Aril. Dan dia berjaya.

“Apa lagi kau nak explain? Lima tahun kau hilang. Lima tahun! Tu bukan tempoh yang singkat. Setiap detik, aku tunggu kepulangan kau. Tak pernah lepas walaupun sesaat. Tapi kau langsung tak muncul. Dan di saat aku dah mulakan hidup baru tanpa kau, kau muncul kembali. Untuk apa? Aku dah penat jadi penunggu. Apa lagi yang kau boleh explain Mr Aril?” ujar Fasha.

“Aril cintakan Fasha,” ujar Aril.

“Kau tipu!” jerit Fasha.

“Aril tak tipu. Setiap saat, hanya ada nama Fasha dalam hati Aril,” ujar Aril.

“But you leave me!”

“Aril tak pernah tinggalkan Fasha. But you the one who want to left me.”

Fasha terdiam. Air matanya dikesat.

“Fasha, Aril sayangkan Fasha. Fasha fikir Aril suka ke duduk dekat sana? Aril tak suka, Fasha. Setiap hari Aril kira bila Aril dapat pulang ke Malaysia. Aril selalu rindukan Fasha,” ujar Aril romantis.

“Tapi kau tak pernah call aku! Surat aku tak terbalas. E-mail aku apa lagi. Kau buat aku macam tunggul,” Fasha peluk tubuh.

“Rumah sewa Aril kena pecah waktu Aril pergi class. Dan waktu tu handphone Aril tertinggal. Jadi handphone Aril kena curi dan surat Fasha yang the only one yang Aril simpan dalam kotak pun hilang. Password email Aril lupa,” Aril menjawab segala persoalanan.

“Takkan kau tak ingat no handphone aku?” soal Fasha.

“Fasha ingat tak, Fasha ada tukar nombor sebelum Aril pergi sana. Dan seminggu lepas tu handphone Aril kena curi. Aril tak sempat ingat nombor Fasha,” jawab Aril.

“Alamat aku?” soal Fasha.

“Kan Fasha dah pindah lepas Aril pergi sana. Alamat baru Fasha, Aril tak ingat lagi. Tapi Aril ada hantar surat dekat alamat rumah lama Fasha,” ujar Aril.

Fasha terdiam. Dia tahu semua tu benar. Dia duduk di bangku berdekatan. Aril turut duduk di sebelah Fasha.

“Aril cintakan Fasha. Only you,” ujar Aril.

Fasha pandang Aril.Air matanya yang masih mengalir diseka.

“Sorry,” ujar Fasha.

Aril kerutkan dahi.

“I have move on my life without you,” ujar Fasha.

Aril tersentak.

“Dan Fasha tak mampu untuk tinggalkan hidup Fasha sekarang,” ujar Fasha lagi.

Aril tersentak lagi. Dan air mata dia mengalir. Fasha terharu tengok Aril menangis. Aril menangis kerana dia!

Fasha bangun. Dan dia melangkah pergi meninggalkan Aril. Hati dia rasa sangat-sangat sakit. Dia masuk ke dalam kereta. Tangannya memegang dadanya.

“Kenapa dekat sini rasa sakit sangat? Macam aku dah hilang separuh dari hati aku.”

* * *

Fasha sedut ice-blended mocha di tangannya. Pemandangan yang indah menyejukkan pandangan matanya.

“Fasha, Aril dah balik.”

Fasha pandang Misha yang berada di sebelahnya. Keningnya diangkat.

“Macammana kau tahu?”

“Aku terserempak dengan dia.”

Fasha diam sepuluh saat.

“Aku dah tahu.”

Misha terkejut.

“Dia jumpa kau?”

Fasha angguk.

“So apa keputusan kau?” soal Misha.

“Misha, aku dah move on. Aku dah penat menunggu.”

“Tapi bukan salah dia.”

Fasha tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia hembuskan perlahan-lahan.

“Jadi kau nak aku tinggalkan Zul?” soal Fasha.

“He dump you two times.”

“But he change.”

“How do you know?”

Fasha diam lima saat.

“Aku percayakan dia,” ujar Fasha perlahan.

Misha mengeluh.

“Fasha, Aril cintakan kau dan aku tahu kau masih cintakan dia. Zul bukan sesiapa dalam hidup kau melainkan peganti sementara Aril,” ujar Misha.

“Tipulah kalau aku cakap aku tak cintakan dia. Ya, aku admit aku cintakan dia. Tapi tak bermakna aku harus memiliki dia. Misha, tak semua orang dapat apa yang dia nak. And he have to forget me. I'm not for him,” ujar Fasha.

“Ya, memang tak semua yang kita nak dapat. Tapi tak salahkan usaha? Fasha, ini bukan soal main-main. This is about your life. Memang kau boleh bohong semua orang but u can't lie to yourself. Please Fasha, open your eyes,” ujar Misha.

“Tapi tak salahkan aku mencuba? Zul hadir waktu aku perlukan teman. Dan sekarang hati aku dah terbelah dua. One for Zul and one for Aril. Dan tolong Misha, jangan paksa aku untuk terima Aril dan tinggalkan Zul. Biar takdir yang tentukan.Aku percaya, Allah dah tetapkan jodoh aku,” ujar Fasha panjang lebar.

Misha mengeluh lagi.

“Kalau itu yang kau nak, apa aku boleh buat? Itu semua hak kau. Aku hanya mampu nasihat, kau yang buat keputusan,” ujar Misha.

“Terima kasih Misha.”

“Aku pergi dulu lah. Nanti jumpa kau, okay?” ujar Misha.

Fasha angguk. Dan Misha berlalu tinggalkan Fasha. Fasha terus termenung. Memikirkan apakah keputusan yang harus dibuatnya. Tinggalkan Zul ataupun tinggalkan Aril.

S4

Fasha masih memikirkan hal Aril. Sungguh, kehadiran Aril membuatkan hidupnya tunggang-langgang. Aril, kenapa mesti Aril muncul sekarang? Kenapa bukan dulu lagi?

Dan tanpa disengajakan, Fasha tertolak air. Habis air tu tumpah dekat Zul. Basah baju Zul dengan air mineral itu.

“Zul, saya minta maaf. Saya tak sengaja,” kelam-kabut Fasha keluarkan tisu dari beg tangannya.

Fasha lap baju Zul yang basah.

“Tak apa,” ujar Zul.

Fasha masih lap baju Zul. Zul pegang tangan Fasha yang ligat membersihkan bajunya.

“Fasha, saya cakap tak apa kan. Lagipun ni air mineral je. Nanti kering lah ni,” ujar Zul.

Fasha tunduk. Zul senyum. Tangan Fasha dilepaskan.

“Saya minta maaf. Sumpah, saya tak sengaja tadi,” ujar Fasha.

“Kan saya cakap, saya tak kisah. Fasha, awak ada masalah ke? Zul tengok sejak kebelakangan ni awak asyik termenung je,” ujar Zul.

“Fasha okay lah. Cuma dua tiga hari ni, Fasha sibuk dengan klinik,” ujar Fasha.

Zul pandang Fasha lama. Fasha, kenapa perlu berahsia?

“Atau awak rindukan Aril?”

Fasha tersentak. Dia pandang Zul.

“Apa maksud awak?” soal Fasha ragu-ragu.

Zul senyum segaris.

“Fasha, saya tahu Aril dah balik Malaysia. Dan saya pasti dia ada jumpa awak. Dan dia cintakan awak,” ujar Zul tenang.

“Tapi saya cintakan awak bukan dia,” ujar Fasha.

“No! Awak tak cintakan saya. Awak cintakan dia. I can see it from your eyes,” ujar Zul.

Fasha diam.

“Fasha, saya sanggup lepaskan awak pada Aril. Kalau itulah yang boleh buat awak bahagia, saya sanggup,” ujar Zul tiba-tiba.

Fasha tersentak.

“Zul, awak tak cintakan saya ke? Kenapa begitu senang awak lepaskan saya ke tangan Aril?” soal Fasha.

Senyum, “Saya cintakan awak. Sangat-sangat. Tapi Aril lebih mencintai awak. Fasha, cinta perlukan pengorbanan. Dan ini pengorbanan saya.”

Fasha diam.

“Pergi cari dia Fasha. Pergi sebelum semua ni terlambat,” ujar Zul.

Fasha bangun.

“Zul, terima kasih.”

Dan Fasha terus belalu. Berlari, cuba mencari di manakan cinta hatinya. Berjayakah dia? Sama-sama kita nantikan.

* * *

Sudah satu jam lebih Fasha berlari sekitar taman ini tetapi kelibat Aril tetap tidak nampak. Fasha akhirnya duduk di sebuah bangku. Tiba-tiba dia nampak kelibat Aril. Dia berlari penuh semangat ke arah kelibat itu.

“Aril!”

Manusia itu berpaling ke arah Fasha.

“Hey, gila ke?”

Fasha berundur. Itu bukan Aril. Dia salah orang.

Mungkin memang antara aku dengan Aril tak ada jodoh.

Fasha melangkah ke arah keretanya. Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang.

“Dah putus asa ke?”

Fasha berpaling ke arah manusia itu. Dia kenal suara itu! Suara yang dirinduinya selama ini. Ya, itu suara Aril!

“Aril!”

Aril tersenyum manis ke arah Fasha. Fasha terus mendakap Aril. Erat.

“Aril, jangan tinggalkan Fasha lagi,” ujar Fasha.

Aril balas pelukan Fasha.

“Aril tak pernah tinggalkan Fasha, sayang. Fasha sentiasa di hati Aril. Semalam, hari ini, esok dan selamanya,” ujar Aril penuh makna.

Dan mereka berdua tersenyum. Sekali lagi, sejarah terukir di taman ini. Dahulu tempat ini menjadi tempat luahan perasaan Fasha pertama kali kepada Aril. Dan hari ini, tempat ini menjadi saksi janji Aril dan Fasha untuk hidup bersama. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka.

S5

Setahun kemudian...

Alhamdulillah. Setelah bertahun-tahun dia menghadapi cabaran hidup, akhirnya dia kini dikurniakan kebahagiaan. Tapi dia tahu, satu hari nanti dia pasti akan menghadapi cabaran lagi. Cabaran yang dia sendiri tidak tahu.

Khairul. Lelaki itu dulunya memang hampir singgah di hatinya. Tapi kerana salah faham dan dengki khianat, dia terpaksa berpisah dengan lelaki yang ikhlas menyayanginya itu. Dan sekarang lelaki itu sudahpun berbahagia bersama isterinya yang tersayang. Dan dia akan sentiasa doakan kebahagiaan lelaki itu.

Zul. Lelaki yang pernah membuat dia resah. Lelaki yang dia cintakan seluruh jiwanya. Dan seluruh jiwanya itu jua hilang ketika lelaki itu pergi meninggalkan dia di saat kebahagiaan mula menghampiri. Tapi lelaki itu muncul kembali dan sekali lagi tinggalkan dia.

Dan apabila dia dalam proses mahu melupakan Aril, lelaki itu muncul lagi. Benar, lelaki itu dah jauh berubah. Lelaki itu lebih matang sekarang. Dia cuba berikan cintanya kepada lelaki itu tapi sayang, cinta dia hanyalah untuk Aril. Dan dia tak mampu memberikan cinta itu kepada Zul walaupun hanya sedikit.

Dan Aril. Lelaki yang dicintainya seumur hidupnya. Insya-Allah jika Allah izinkan, dia lah suami pertama dan suami terakhirnya. Tiada duanya. Hanya dia.

“Sayang, kenapa duduk luar malam-malam ni? Karang masuk angin pula. Kesian dekat baby nanti.”

Aril usap perut Fasha yang sudahpun masuk ke usia tiga bulan. Memang masih tidak kelihatan lagi tetapi akan datang, pasti perut Fasha akan memboyot. Dan dia tak sabar menanti detik itu. Alangkah bahagianya.

“Fasha teringatkan Zul.”

Aril peluk Fasha dari belakang.

“Kenapa sayang?”

“Kalau bukan sebab dia, hubungan kita mesti belum sampai ke tahap ini. Fasha rasa terhutang budi sangat dengan dia,” ujar Fasha.

Aril lepaskan pelukannya. Dia berdiri di hadapan Fasha. Bahu Fasha dipegangnya.

“Tahu tak macammana nak balas jasa dia?” soal Aril.

Fasha angkat kening, “apa?”

“Kita doakan yang terbaik untuk dia. Biar dia success dengan kerjaya dia dan menemui jodohnya,” ujar Aril.

Fasha senyum.

“Dahlah sayang, jom masuk dalam. Tak elok duduk luar malam-malam ni,” ujar Aril.

Fasha angguk.

Fasha bangga sangat dapat suami macam Aril. Aril memang seorang suami yang sempurna baginya. Doakan yang terbaik buat dia dan suaminya agar mereka memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Amin....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience