Chapter 29

Other Completed 8441

29

Fasha melangkah perlahan ke kelas 4Anggerik. Buka sahaja pintu kelasnya, Fasha dikejutkan dengan jeritan WELCOME BACK FASHA!

Fasha tersenyum riang. Kemudian, Misha datang memeluk Fasha dari belakang.

“Apa hal ni?” soal Fasha.

“Rindu doe!” ujar Misha. Fasha membuntangkan mata sambil memusingkan badannya ke arah Misha.

“Are you lesbian?” soal Fasha hairan.

“Of course not. Instead, I’m a gay!” ujar Misha seraya tergelak terkekeh-kekeh. Fasha mengangkat kening.

“What do you mean by that?”soal Fasha.

“It’s mean, I interested with boys only,” ujar Misha bersama tawanya.

“Wow! That’s a good explaination,” ujar Fasha seraya ketawa. Kemesraan mereka terganggu apabila seorang lelaki datang menghampiri mereka. Misha mengangkat kening ke arah Fasha. Fasha hanya mengangkat bahu.

“Are you Fasha?” soal lelaki itu. Berkerut dahi Fasha mendengar soalan itu. Fasha memandang Misha. Misha buat muka blur. Nampaknya ini bukan salah satu plan Misha.

“Yes. Can i know why are you looking for me?” soal Fasha. Lelaki itu melemparkan senyuman.

“Huhh, penat saya cari orang yang bernama Fasha dekat sekolah ni. Awaklah orang nya!” ujar lelaki itu.

“Memanglah saya Fasha tetapi kenapa?” soal Fasha lagi.

“Saya sebenarnya nak ucap..” lelaki itu menyapu glitter ke muka Fasha. Fasha segera menolak badan lelaki itu sehingga lelaki itu berundur dua tiga tapak.

“What the hell is this?” soal Fasha kasar.

“Welcome back to school!” ujar lelaki itu. Fasha memandang Misha dengan muka yang merah menahan marah. Misha membuat muka bodohnya.

“Misha...”

“Apa?”

“Don’t tell me this a part of your plan,”

“Memang pun,”

“Misha! Kau memang nak kena ni!” jerit Fasha seraya mengejar Misha yang berada di hadapannya. Geram betul hati Fasha melihat wajah selamba Misha seakan tidak bersalah.

Misha berlari hingga ke kelas Zul. Kemudian Misha berhenti di tengah-tengah kelas Zul. Fasha yang tidak sedar itu kelas Zul menghampiri Misha.

“Kau ni Misha! Buat aku marah je! Kaki aku baru elok lepastu kau suruh aku lari satu sekolah. Penat kau tahu? Misha, aku cakap dengan kau ni! Kenapa kau tersengih-sengih! Misha!” bebel Fasha.

Fasha memandang ke belakangnya. Apa yang lucu sangat sehingga Misha tersengih sorang-sorang! Dan alangkah terkejutnya dia melihat Zul bersama Aliff Iman dibelakangnya.

Zul dan Aliff Iman melemparkan satu senyuman yang Fasha sendiri tidak dapat tafsirkan. Misha kemudian menapak ke arah Zul dan Aliff Iman.

Misha, siaplah kau lepas ni! Buat malu aku je.

“Kenapa berhenti? Membebel lah lagi,” usik Zul. Fasha menunduk malu. Inilah kali pertama dia berdepan dengan Zul selepas mereka couple.

“Misha, biarlah pasangan baru ni bercintan-cintun,” ujar Aliff Iman.

“Jomlah. Fasha, kalau kau nak tahu, ini pun sebahagian dari plan aku” ujar Misha seraya tergelak terkekeh-kekeh sambil menarik tangan Aliff Iman menjauhi Fasha dan Zul.

Kini tinggal Fasha dan Zul sahaja yang betul-betul di tengah-tengah kelas Zul. Jarak mereka agak jauh. Perlahan-lahan Zul menapak ke hadapan mendekatkan dirinya sedikit dengan Fasha.

“Kenapa awak blushing? “ soal Zul yang berbaur perlian.

Fasha senyap sahaja. Dalam hatinya menyumpah-menyumpah

Zul. Aku blushing sebab kaulah! Itupun tak faham ke?

“Haa, kutuk apa tu?” soal Zul.

“Kutuk apa?” soal Fasha kembali.

“Saya dapat dengar suara hati awak,” ujar Zul. Fasha mengangkat kening.

“Apa buktinya?” soal Fasha.

“Hati awak cakap, awak sayang saya!” ujar Zul bersama satu senyuman yang mampu menggugurkan jantung Fasha. Pipi Fasha terasa panas.

“Kenapa? Malu heh?” soal Zul. Fasha mengangguk-angguk perlahan.

“Saya pun malu sebenarnya,” ujar Zul jujur.

“Awak, saya balik kelas dulu. Cikgu awak pun dah nak masuk. Bye!” ujar Fasha meminta diri.

“Okay, bye!” jawab Zul. Fasha hanya tersenyum dan terus berlalu ke kelasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience