Chapter 39

Other Completed 8441

39

Hari ini hari terakhir Fasha bersekolah di sekolahnya. Tahun hadapan, Fasha akan berpindah ke satu sekolah swasta. Teringat lagi dia perbualan singkat dia bersama papanya, Tan Sri Roslan.

“Papa, tahun depan Fasha nak pindah sekolah,” begitu bersahaja ayat Fasha. Tan Sri Roslan memandang Fasha pelik.

“Kenapa?” soal Tan Sri Roslan.

“Saja. Fasha tak nak sekolah dekat sini lagi. Bosan! Fasha nak sekolah dekat sekolah swasta dekat atas bukit sana tu,” ujar Fasha.

“Apa-apa yang Fasha nak lah,” ujar Tan Sri Roslan yang merupakan satu persetujuan.

* * *

Fasha menyandang beg sekolahnya. Langkahnya terpaksa diperlahankan apabila satu kumpulan lelaki yang terkenal dengan samsengnya berjalan di hadapannya. Fasha menutup hidung apabila bau rokok mencucuk-cucuk hidungnya.

“Ingatkan perempuan je jalan lambat, rupa-rupanya lelaki pun sama,” sindir Fasha bersahaja.

Kumpulan tadi memberi laluan untuk Fasha.

“Terima kasih,” ujar Fasha sinis sambil berlalu meninggalkan mereka.

Fasha mempercepatkan langkahnya. Tidak sabar rasanya mahu meninggalkan sekolah ini. Sampai sahaja di luar sekolah, Fasha mencari kereta Pak Mad tetapi hampa, Pak Mad masih belum sampai.

“Hai,” ujar Zul yang datangnya daripada mana entah. Fasha memandang Zul yang tiba-tiba sahaja menegurnya. Senyuman terukir di bibir Zul. Fasha tidak membalas senyuman itu.

“Kenapa tak balas mesej I?” soal Zul.

Fasha tersenyum sinis. Zul memandang Fasha pelik.

“Penting ke?” soalan Zul dibalas dengan soalan yang sinis.

Zul memandang Fasha lama. Fasha membalas renungan Zul. Tidak mahu kalah dengan pandangan mata Zul. Akhirnya, Zul mengalah. Sekali lagi, Fasha tersenyum sinis.

“Kenapa?” soal Zul.

“Kenapa apa?” soal Fasha kembali.

“Ada masalah?” soal Zul lembut.

Fasha tergelak.

Ye, aku ada masalah dengan engkau lah!

“Masalah apa?” sengaja Fasha menyoal soalan bodoh itu.

“Are you okay?” soal Zul lagi.

“Am I okay?” soal Fasha kembali.

Zul memandang Fasha lagi. Direnungnya mata bundar milik Fasha. Fasha membuat muka toya. Dan akhirnya keadaan diselamatkan dengan kehadiran Pak Mad. Fasha segera berlalu meninggalkan Zul seorang diri.

* * *

Fasha duduk di beranda rumahnya. Telefon bimbitnya berbunyi pada tadi. Saja dibiarkan, tidak mahu angkat. Lima kali berbunyi, akhirnya senyap. Fasha menghembuskan nafas lega. Baru sahaja Fasha ingin mencapai telefon bimbitnya, ia berbunyi lagi.

Manusia ni nak apa lagi? Angkat ke tak? Angkat ke tak? Ahh, angkat je lah.

Fasha menekan punat jawab dan kemudian dilekatkan ke telinganya.

“Hello,” ujar Zul.

Senyap.

“Fasha,” panggil Zul.

Senyap lagi.

“Are you there Fasha?” soal Zul.

“Urm..,” jawab Fasha akhirnya.

“Ada pun. Kenapa tak jawab panggilan Zul tadi?” soal Zul.

Nak jawab apa ni?

“Fasha?” soal Zul sekali lagi.

“Tak dengar,” ujar Fasha.

Haha, tengok apa reaksi kau, Zul!

“Lima kali tak dengar?” soal Zul.

“Ye,” tanpa nada Fasha menjawab.

Zul terdiam seketika.

“Okay lah , bye!” ujar Fasha.

“Ehh, nanti!” jerit Zul.

Fasha hampir sahaja tergelak tetapi ditahannya.

“Kenapa Fasha nak jauhkan diri dari Zul?” soal Zul.

Fasha diam sahaja.

“Fasha, Zul buat salah apa?” soal Zul.

“Kau rasa?” soal Fasha tanpa nada.

Zul terdiam sejenak.

“Zul tak tahu,” ujar Zul.

“Tu lah jawapannya. Wei, aku betul-betul ada hal ni. Bye!” ujar Fasha seraya menekan punat end call.

Fasha tersengih lebar. Muncul sudah wajah kejamnya. Fasha bermonolog sendiri.

“Kita tengok, siapa yang kalah Zul! Aku bukan lagi Fasha yang kau kenal. Aku bukan lagi Fasha lemah lembut. Bukan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience