Luthfia Humaira kembali mengamuk...sudah la dia masih panas dengan sikap shareen yang berlagak tu..kini tayar kereta honda HR-Vnya lagi kempis. sapa yang punya kerja ni. ...kalau satu jer yang bocor memang kira normal la. tapi kali ni keempat-kempat tayarnya kurang angin...geramnya. dibelek honda HR-Vnya dari depan sampai la belakang. lampu dibelakang turut pecah.bumpernya pun retak... ini tak lain tak bukan memang kerja budak- budak nakal..geramnya luthfia humaira saat ini..dah la hari ni dia balik pukul 9 mlm...tak banyak lagi pekerja dalam office,tu la fia,tadi Ida offer nak tumpangkan kau ,kau jual mahal...sekarang sapa yang susah.....luthfia humaira memarahi diri sendiri.telefon ditangan ditekan...cuba untuk menelefon ida ataupun zahra.namun,pergerakannya terhenti saat terpandang Hasriq zhafran yang melangkah longlai ke keretanya yang terletak tidak jauh dari luthfia..
"Fia tak balik lagi"
"tak dapat balik sekarang ni..tayar pancit.."
hasriq meneliti tayar kereta luthfia yang sudah kempis....tersentak hasriq bila melihat keempat-empat tayar gadis tu bocor..
"Ya Allah...apa dah jadi sebenarnya ni.ni bukan pancit dah ...."
Luthfia mengeluh...Kalau la dia dapat tahu siapa punya angkara..Dia pasti sumbat dalam penjara. ..sakitnya hati...Dah la hatinya masih panas dengan perempuan tadi..sekarang ni keretanya pulak kena bala...macam mana la dia nak kerja esok...sudah la Ridwan Masih cuti...Terpaksa la
minta belas kasihan dari ida Ataupun Zahra untuk ambilnya esuk....
"Jom saya hantar balik...dah lewat ni wak"
Hasriq Memberi cadangan...Luthfia masih berdiri kaku..masih berpikir..
"Fia jom la....saya hantar balik"
"Tak nak la..kot nanti buah hati awak tu nampak...tak pasal-pasal saya kena marah.."
Hasriq mengerutkan dahi...buah hati mana pulak ni. dia mana ada buah hati..
"Buah hati mana pulak ni...kita belum declare pun pasal ni."
Aikkkk....kita??.terkejut luthfia mendengar kata-kata selamba Hasriq..suka betul hasriq ni buat cik jantungnya meloncat happy...
"Maksud saya buah hati awak shareen..karang dia nampak saya ikut kereta awak..tambah hijau muka dia nanti..tak nak la...saya nak kol Zahra.." luthfia segera menekan punat telefon namun cepat-cepat Hasriq merampas
telefon di tangan Luthfia.sekali lagi luthfia terkejut..Luthfia membesarkan mata...geram pulak dengan perangai pelik si hasriq ni...Entah Saitan mana pulak yang sampuk dia ni malam-malam.
"Apasal ambik. Bak sini telefon saya tu...!"
"Ikut saya balik dulu baru saya bagi...lagipun buat apa awak susahkan Zahra..saya kan ada.. awak tak percayakan saya ke?"
"Bukan macam tu la wak...saya percayakan awak..tapi...."
"Tapi apa...awak takot shareen marah?fia,shareen tu cuma kawan saya sahaja..tak lebih dari itu...saya tak nak awak pikir benda yang mengarut ni lagi...ya,saya akui dia bru confess perasaan dia pada saya..tapi tu tak bermakna saya akan terima dia...saya tak suka awak salah sangka pada saya macam tu.."
Luthfia terdiam...Shareen confess perasaan pada Hasriq?..patut la nampak mengedik saja tadi..betul ke Hasriq anggap dia kawan saja....kenapala hati ni macam happy jer dengar berita ni....alahaiiii cik jantung jangan la berdebar-debar macam ni...mahu pengsan dah ni...control fia jangan terpengaruh dengan alasan lelaki didepan kau tu...cinta kau hanya pada Aish...Aish dan Aish..bukan Hasriq...stop berharap pada lelaki ni..
"Apa yang awak termenungkan tu..jom la..dah lewat dah ni...fia tak letih ke?"
Luthfia panggung kepala...jauh betul dia mengelamun...hummm...dilepaskan keluhan kecil
"Kereta saya ni macam mana?"
takkan la nak biar keretanya terdampar kat situ..Kereta kesayangan tu.Dah la kereta tu belum habis bayar...alahaiii susahnya hati....
" takpe,tinggal jer kat sini.esok pagi saya akan tolong kol mekanik tuk ganti semua tayar tu...bumper dan lampu tu pun dorang akan uruskan..awak jangan bimbang ok..dah jom..risau pulak nenek awak nanti.."
Luthfia menganguk perlahan...Mesti neneknya mencarinya sekarang ni'.dia tak nak puan Hanisah bimbang..
Dalam pejalanan Luthfia baru teringat sesuatu.Ditoleh ke sebelah kanan ..Lelaki tu sungguh berkerisma..nampak berkaliber sekali...patut lah gadis cantek macam shareen tu jatuh hati...dengan dirinya pun dah melayang-layang...alahaaiii
"Awak nak tanya sesuatu boleh tak..?"
hasriq memandangnya...sejuk mata memandang wajah gadis idamannya itu..
"Tanya la...untuk awak semua boleh.."
senyuman manis dihadiahkan pada luthfia
nampak wajah luthfia sedikit merah..cantik sungguh gadis ini..
"Kenapa awak tak terima shareen tu..? Saya tengok cantik orangnya..dah macam model dah..awak tak takot ke melepas.."
Hasriq ketawa perlahan...
"Tak,buat apa nak takot.masih banyak lagi perempuan cantik di luar sana...lagipun,saya tak cintakan dia.."
"Tapi dia cintakan awak...tak kesihan ke?."
"Fia,soal hati ni tak dapat nak dipaksa..bukan saya tak nak cuba tapi saya tak dapat cintakan dia..."
Luthfia terdiam...ya soal hati memang rumit ..susah nak difahami...dia sendiri pun tidak pernah faham soal hati dan perasaan..ya lah..hatinya sendiri kata cintakan Aish tapi kenapa perasaannya seperti beralih pada Hasriq?luthfia sendiri keliru...makin dipikir makin rumit.
"Fia,kenapa senyap.."
Luthfia mengeleng kepala...dia tak nak bertanya lagi.pandangannya dihalakan ke depan..matanya melilau ke jalan yang masih buzy..bandar serian msih lagi bangun..
"Fia,awak cemburu ke?"
Luthfia segera memandang Hasriq..Pandangan mereka berlaga..debaran dihati masing-masing semakin mengila..segera luthfia mengalih pandangannya ke depan.
"Apa yang awak merepek ni...takde maknanya saya nak cemburu..."
Hasriq tersengih...hatinya betul-betul tidak keruan sekarang ini..
"Are u sure??pipi awak macam dahbertukar warna dah tu?"
Luthfia Humaira segera memegang pipinya..betul ke pipinya bertukar kaler.. betul ke dia cemburu.?namun pandangannya segera dialihkan pada Hasriq yang sudah ketawa.Arghhh dia dimainkan rupanya....geramnya..luthfia mendegus kasar menunjukn protes..Hasriq masih ketawa ..luthfia mencuka..
"Dah selesai gelakan saya Ecik Hasriq.. ?"
suara sinis luthfia...dia betul2 marah tapi kenapa hatinya berasa senang dengan Hasriq.
"ok ok...iam sorry....hmm..so,awk nak buat apa lepas ni?" Hasriq kembali memandang ke jalan ..
"saya nak buat laporan polis..saya nak orang yang buat kereta saya macam tu meringkuk dalam penjara. ."
Hasriq kembali memandang luthfia...gadis tu nampak nekad sekali..
"Saya ikut awak besuk...boleh?"
"Napa nak ikut?tak perlu la..saya boleh buat sendiri. .Lagipun saya cuma nak buat report je...tak susah pun. "
Luthfia cuba berlagak santai...bibirnya menguntum senyuman .
"Awak ni masih tak berubah tau fia..masih degil seperti dulu.saya nak temankan awak..mana tahu memang ada orang berniat jahat pada awak..tak pasal-pasal dia ekori awak.Please izinkan saya ikut awak esuk keyh.."
Luthfia mengerutkan dahi..Betulkah dia dengar Hasriq cakap dia masih degil seperti dulu...seperti dulu?pelik...dia baru kenal Hasriq beberapa bulan lepas.kadang-kadang Hasriq ni misteri.selalu buat dia keliru.
kereta Honda jazz Hasriq berhenti betul-betul depan rumah Puan Hanisah...Luthfia lantas memandang Ke arah Hasriq...
"Macam mana awak tahu saya tinggal dekat sini?"
"Err kan awak ada bagitahu tdi...dah lupa."
Hasriq bepura-pura bertanya....dia berlagak santai walaupun hatinya sedang bergolak kencang saat itu..
"Takde pun saya cakap apa-apa..kita cakap pasal shareen kalau tak silap saya tadi..."
Entah kenapa luthfia rasa hasriq menipunya ...Wajah pucat Hasriq nampak gelisah..
Baru sahaja Hasriq hendak membuka mulut ,kedengaran bunyi pintu dibuka...tersenyum Hasriq pada Puan Hanisah..
"Miya,lambatnya balik harini ....sapa yang hantar miya ni ..kereta miya mana...? Kenapa suka sangat susahkan orang.malam pulak tu," Seperti biasa Puan Hanisah mmbebel ..tersengih-sengih luthfia menahan malu...alahai nenek aku ni....depan boss pun kena sembur.....malunya....
"Assalamualaikum nek..saya Hasriq,Boss Luthfia.."
Hasriq terus bersalam dengan Puan Hanisah..tangannya rasa sejuk...mujur Puan Hanisah datang selamatkan dia dari ditanya lebih lanjut.
"waalaikumsalam Encik Hasriq..maaflah,cucu nenek ni dh susahkan Encik malam-malam."
Hasriq tersenyum mesra ..kalau la puan Hanisah kenal dia sapa..pasti Puan Hanisah terkejut..ditoleh ke arah Luthfia yang tersengih di sebelah puan hanisah.
"Tak payah la pangil Encik-Encik nek.segan pulak saya rasa..pangil Hasriq je..sbenarnya kereta fia ada masalah tadi..tayar kereta empat-empat pancit.tu yang saya pelawa nak hantar dia balik tu..."
"Laa,Kenapa boleh pancit pulak miya..miya tak p servis kereta ka?Dahtu,kereta miya kat mana sekarang ni..?
Puan Hanisah mengeleng2 kepala..
" Miya dah servis minggu lepas nek..tapi tak tahu tangan sapa yang gatal dok pancitkan tayar tu nek..tak de kerja lain la tu tapi Nek tak payah la bimbang .kereta Miya ada kat parking depan pjabat sana...esuk baru miya bawa prgi workshop...ok..tak yah bimbang la.."
Miya tersenyum manis pada puan Hanisah
..kemudian memndang hasriq semula..
" makasih wak sebab hantar saya balik. .makasih banyak-banyak tau..
"Tak de hal la. lagipun bukan selalu saya dapat hantar...dah jadi tangungjawab saya tuk pastikan keselamatan pekerja saya. awak jangan bimbang la pasal kereta awak tu...esuk saya akan bantu awak uruskan kereta tu....awak berehat la awal..esuk nak kerja lagi...hmmm..Nek,saya minta diri dulu ye...Assalamualaikum...
Hasriq melambai tangan pada Puan Hanisah dan Luthfia sebelum kereta honda jazznya meluncur laju membelah pekat malam...
Luthfia memandang kereta Hasriq sehingga hilang dari pandangan...Ada perasaan aneh yang datang bertandang jauh di sudut hatinya..
"Hah,dok tercegat apa lagi kat luar tu...jom masuk..banyak nyamuk kat luar ni ..
suara Puan hanisah mengembalikan ingatannya semula..
Ditoleh neneknya yang sudah menapak d depan pintu....
"baik betul budaq Hasriq tu...miya tak bagitahu nenek pun Boss miya masih muda...?"
tanya Puan Hanisah sebaik saja luthfia meletakkan briefcase Di atas sofa..
"Nek tak tanya macam mana miya nak bagitahu.. " sengaja disakat puan Hanisah...luthfia berjalan ke dapur sambil diikuti puan hanisah. .
"..jadi kalo nenek tak tanya memang kamu tak nak bagitahu nenek la ni maksudnya."
Luthfia yang sedang menuang air terhenti...wajah tua puan hanisah direnung..
"Miya gurau je la..ermm sebenarnya dia tu boss baru miya..hasriq tu anak saudara Datuk helmi...Dia gantikan tempat paksu dia nek..baru jk beberpa bulan kerja kat medan jaya tu.."
"oooo,sebelum ni dia tinggal kat mana?"
Puan Hanisah semakin ingin tahu ..
"Keluarga dia di kuala lumpur...sebenarnya nek Boss Miya tu lulusan engenering di university canbera Australia...lepas habis study dia terus datang sini ganti Datuk Helmi...Aii nek,napa nenek tanya macam2 ni...takkan la nek berkenan dengan Boss miya tu...bagai langit dan bumi nek....."
luthfia sudah tidak dapat menahan ketawa...hilang penat bekerja seharian di pejabat...
"Ishhh kamu ni...Miya ingat nenek ni buang tebiat ka apa...ada ka cakap macam tu...nek sja tanya..ye lah...masa nenek tengok wajah boss kamu tu,nek rasa macam penah nampak la wajah dia...lagi-lagi bila dia tersenyum tu...Macam wajah.."
Bicara Puan Hanisah terhenti..dia cuba meingati sesuatu...
"Macam wajah sapa nek...nek ni buat miya saspen je...jangan2 nek ingat wajah Arwah Datuk erk.....tu la sampai pandang wajah boss Miya pun terbayang-bayang..."
Puan Hanisah segera memukul lengan cucunya....Kuat sungguh Si miya ni menyakatnya...sebijik betul perangai jasmeen..
"Ada-ada saja miya ni kan...nenek dah tua...tak kemaruk nak becinta bagai macam urang muda-muda zaman sekarang ni.nenek terfikir kan aunty sofia...
Luthfia tersedak...Napa pulak nama aunty sofia yang disebut....ingatan luthfia segera melayang pada Aish..
"Napa Aunty sofia nek...Dia dah balik ke kampung kita ni ke?.Aish dh balik sini nek?"
wajah luthfia berubah...jelas terpancar wajah gembira di riak wajah luthfia...Belas hati Puan Hanisah melihat wajah penuh Harapan Cucunya. puan Hanisah mengeleng-geleng kepala perlahan..
"nek maksudkan wajah boss kamu tu..sapa nama dia tadi...Hasriq...hah budak tu...masa hasriq senyum tadi ada imbasan wajah aunty sofia kamu tu...jangan-jangan dia Aish tak...takkan la kamu tak perasan..."
"Apa yang nek mengarut malam- malam ni nek...apa nek cakapkan ni...tak sama pun Miya tengok..Mustahil la...macam mana pulak wajah Hasriq boleh sama dngan aunty sofia..Hasiq tu bukan Aish la nek....."
"nenek tak mrngarut la...entahla...cuma bila nenek tengok sekali imbas macam wajah aunty kamu...entah la...mungkin sebab nenek dah mengantuk kot..tu yang terpandang lain- lain tu..."
Luthfia mengeleng-geleng kepala...Mustahil....hasriq bukan Aish....kalau betul pun Hasriq tu Aish..mesti Aish kenal dia..tak kan la Aish lupakan dia..Mustahil...tapiiii....macam mana kalau betul....macam mana kalau Hasriq tu Aish..dia dah cukup lama tak jumpa Aish....lagipun tadi hasriq kelihatan pelik bila dia tanya macam mana Hasriq tahu rumahnya...
"Apa yang kamu menungkan tu...dah la lupakan...mungkin nek salah tengok tadi tu...dah lewat ni...nek pun mengantok dah...kamu pergilah mandi dulu...lepas mandi, makan...nenek dah panaskan lauk pauk tuk kamu...jangan la fikirkan tu..nek tak mahu kamu sedih teringat Budak Aish tu..mungkin sebab nenek pun rindu kn telatah budak Aish tu sebab tu nenek tersasul..dah la...."
Luthfia tersenyum namun dapat dirasakan senyumannya hambar.Dia mengangguk-angguk kepala...
"Nenek masuk la dulu..rehat cukup-cukup..Miya pun nak mandi jap... Selamat malam nek.."
Puan Hanisah meninggalkan luthfia sendirian...Matanya sudah layu sangat-sangat.sementara luthfia masih tercegat di meja makan...otaknya masih memikirkan Hasriq...
Bagaimana kalau betul Hasriq tu Aish...kenapa Hasriq pura-pura tidak kenal dia..macam mana Aish boleh lupakan dia...dia bagai hilang nyawa rindukan lelaki tu tapi hasriq langsung tak ingat dia..tapii kalau betul la hasriq tu Aish...kenapa Hasriq tak kenal Dia..kan Hasriq dah nampak gambar Aish d biliknya...takkan Aish dah lupa ingatan...atau mungkin hasriq sengaja lupakan dia.Arghh..bermacam-macam tanggapan negative bermain d fikirannya...semakin di fikir semakin sakit kepala luthfia..luthfia terus menyusun langkah untuk mandi .badannya pun dah melekit. Dia nekad untuk cari tahu siapa hasriq sebenar
Share this novel