Balik saja luthfia ke rumah,Datuk Azman terus buat doa selamat dan doa kesyukuran untuk luthfia,mereka juga buat doa kesyukuran untuk celebrate birthday azzam yang tertunda..dan masa tu lah digunakan sebaik-baiknya oleh Luthfia.masa tu lah dia nak kenalkan Hasriq kepada mama dan papanya ,puan Hanisah terkejut bila tahu hasriq memang Aish..naluri puan Hanisah memang kuat..Datin Jasmeen mula-mula tak berkenan.ye la,sebab lelaki tu la anak dia kena culik.takkan dia nak pertaruhkan nyawa anak bongsunya lagi.sudah lah dia sendiri masih tak puas jaga luthfia..baru beberapa tahun dia jaga luthfia,tup tup,luthfia dah nak kahwin.macam-macam soalan dia tanya hasriq.sampai berpeluh-peluh hasriq..tapi bila melihat wajah penuh keikhlasan lelaki muda tu,dia akhirnya mengalah..Emak mana yang tak nak tengok anaknya mendirikan rumah tangga dengan orang tersayang.lebih-lebih lagi hasriq tu kawan baik anaknya dari kecik..Datin jasmeen tetap bersyukur dan berterima kasih pada Hasriq.Kalau hasriq tiada,tentu anaknya hidup kesunyian dan kurang kasih sayang masa kecik dulu.akhirnya dia mengalah.Dia percaya hasriq boleh jaga luthfia lebih baik dari dirinya.sedangkan dia sendiri pun tak dapat jaga anaknya dengan sempurna sebelum ni..jadi dia tiada hak nak halang.Luthfia terharu.dipeluk Datin jasmeen dengan air mata yang mengalir..Luthfia yakin dia boleh buat mamanya bangga dapat menantu macam hasriq suatu hari nanti.luthfia memandang Hasriq didepannya.,mereka berbalas senyuman penuh makna..mata renung merenung antara satu sama lain.rasa bahagia mengamit perasaan.
Petang tu,Hasriq minta diri balik ke sarawak..dah lama cuti.Lagipun bila dah ada green light dari family luthfia,Hasriq tak lah bimbang bila berjauhan dengan luthfia..lagipun dia perlu beritahu Puan sofia tentang Luthfia..kalau tak ada aral melintang .hujung bulan ni jugak dia nak kahwin dengan luthfia.tak nak tunggu lama-lama lagi.bila dia dah kahwin nanti,dia akan serahkan Medan jaya kepada Puan Zulaikha dan dibantu Airen adiknya..Sudah beberapa bulan Airen bantu dia di Medan Jaya..Airen ganti position Ida sebagai P.A Puan Zulaikha.Kalau boleh,biarlah adiknya tu belajar dari bawah sebelum ambil alih keseluruhan Medan jaya construction..Dan mungkin Hasriq akan buat cawangan lain dekat Kuala lumpur sana..Datuk Azman menawarkan dia untuk kerja di Maira Holding.Bila dia dah kahwin dengan luthfia,secara automatik,Maira holding dan Humaira Enterprise turut menjadi milik Hasriq.Namun Hasriq menolak.Dia tak nak mengharap duit Luthfia..Dia nak buktikan pada Datuk Azman dan Datin Jasmeen yang dia mampu berdikari dan menyara luthfia..dia pun ada simpanan untuk buka syarikat sendiri,berdasarkan pengalaman dia di Medan jaya,dia yakin dia mampu..lagipun dia tak minat bab fesyen-fesyen ni.dia tak terfikir pun nak terjun dalam bidang tu.biarlah luthfia saja yang kendalikan.dia cuma akan support dari belakang.
"Assalamualaikum Aish.Bila sampai?"tegur Puan sofia..dekat seminggu anak dia tu di kuala lumpur.Lantas Hasriq bangkit dari sofa dan menyalami tangan puan sofia.puan sofia baru balik dari kedai rasanya.dia happy sangat petang tu.wajah dah berseri-seri.
"anak mama ni dah kenapa.tak pernah-pernah muka glowing macam ni..selalunya muka macam Asam jawa" last dia nampak hasriq teruja macam ni masa anak dia tu terpilih dalam pasukan selangor dalam liga bola sepak malaysia dulu.tapi tu dulu..
Hasriq memeluk Puan sofia erat..hari ni dia rasa nak bermanja dengan puan sofia.
"Mama,Aish happy sangat-sangat harini"
"kenapa,Aish menang Award ke?"
sejak gadis tu dah berhenti kerja di medan jaya setahun lalu.hasriq sentiasa monyok..makan tak berselera,badan bertambah kurus..muka pun dah cengkung..tiba-tiba hari ni wajah Hasriq bertukar ceria.
"ini adalah Award yang paling bernilai sekali Aish dapat.."
puan sofia menolak badan hasriq sedikit...wajah anak teruna tu ditatap.
"Aish kembali main bola ke?kelab yang sama macam kat selangor dulu yer?"
"tak ma,Aish belum terpikir pun nak kembali main bola sepak."
"Habis tu,award apa pulak yang yang kamu maksudkan ni.?"Puan Sofia dah geram..Hasriq ni sengaja lambat-lambatkan cerita..
"Ermm....sebelum tu Aish ada satu soalan.Mama nak berapa orang cucu?"Hasriq dah melontarkan soalan cepuemasnya..keningnya terjongket sebelah.
Puan sofia dah tersentak..Cucu??Bila masa pulak anak teruna dia ni kahwin.hatinya mula berdebar-debar.jangan-jangan hasriq buat sesuatu yang dilarang kot. lantas paha anaknya dikutir kuat..
"Sakit la maaa.kenapa cubit Aish.."hasriq dah menyeringai...paha yang dicubit tadi digosok laju-laju....pedih..
"Mama tak pernah ajar anak mama buat benda terkutuk tu..apalagi sampai dah terlanjur macam ni..Aish tak takot ke balasan yang Aish dapat bila buat macam tu..."Puan sofia dah menangis...matanya merah menahan geram.
Aish kaget..terlanjur apa pulak ni..sampai kesitu sekali mamanya berfikir..Ya Allah..
"mama cakap apa ni?Aish tak buat benda tu la ma..Aish tahu dosa dan hukum bila buat benda terkutuk tu.kan mama hantar Aish sekolah agama..tak kan Aish nak malukan mama pulak." Dipujuk Puan sofia yang masih menangis..dia bukan gila sampai tak boleh fikir dosa pahala..
"Dah tu,cucu mama tu datang dari mana pulak kalau Aish tak kahwin lagi..cakap tu biar terang.."tangisan Puan sofia dah berhenti.
Hasriq ketawa..salahnya jugak bila tanya soalan macam tu dekat puan sofia.
"Datang dari isteri Aish la mama..takkan keluar dari pokok kot.Aish nak kahwin maa."
Puan sofia dah terkejut berat.Alhamdulilah anak bujangnya itu dah sampai seru..Dia dah bersyukur sangat.memang selama ni dia teringin nak dapat cucu.sekali lagi tubuh hasriq dipeluk Puan sofia..
"ye ke Aishh..Alhamdulillah anak bujang mama nak kahwin.dengan orang mana?Miya tau ke kamu nak kahwin.?"
Puan Sofia menegur..dia tahu selama ini hasriq setia menunggu luthfia.sehari pun dia tak lupa memikirkan gadis tu.entah bidadari mana yang dapat tawan hati anak lelakinya kini.
"Mestilah Miya tahu,dengan Miya la Aish nak kahwin nanti."
Puan sofia mengerutkan dahi.betul ke ni?.hasriq dah tersengih..dipeluk bahu Puan sofia kuat-kuat.
"Aish jumpa Miya dekat KL.dia dah tahu Aish ni siapa..and yang paling penting,Aish dah lamar dia dan dia terima..Aish happy sangat ma."
Puan sofia sudah menangis terharu.sebenarnya sudah lama dia nak Aish terus terang pada luthfia...dia tak nak gadis itu ditipu lagi.Alhamdulillah.dia tak lagi bersubahat dengan Hasriq..tak perlu lah dia rasa bersalah bila jumpa gadis tu nanti.
"Alhamdulilah sayang..mama memang teringin nak bermenantu kan budak miya tu..kalau dah macam tu..mama kenalah buat persiapan awal.sebelum tu,mama nak tanya.kamu kahwin ni kat sini ke kat Kl tu.."
Hasriq angkat bahu..dia belum fikir lagi nak buat majlis kat mana..hehe nampak sangat mamanya tak sabar nak dapat menantu..
"sabar la mama..baru melamar kot..Aish belom fikir lagi benda lain.."hasriq dah mengaru kepala yang tak gatal.
"sepatutnya dari awal lagi Aish dah fikir semua tu..tak la susah belakang hari..Kita kahwin ni sekali jer Aish..kita kena standby semua perkara..jadi kerja akan lebih mudah.."Nasihat puan Sofia.
Hasriq dah tersengih macam kerang busuk..dia main terjah macam tu je.asal luthfia terima dia,dia dah happy.langsung tak terpikir nak buat apa-apa lepas tu..asal luthfia tak pergi jauh dari hidupnya lagi dia dah bersyukur sangat.
"Ok la mama..Aish serahkan everything pada mama..aish tahu mama boleh buat yang terbaik tuk kami berdua..right?"
Eyh budak bertuah ni....dia yang nak kahwin,kita pulak yang buat kerja..amboiiiii...
"No..ini wedding Aish..bukan wedding mama. setakat wedding planner tu memang kerja mama tapi urusan lain,Aish kena bantu ok..jangan nak larikan diri pulak..jangan nak curi tulang erk..mama bagi warning"
Hasriq dah ketawa...aikk bukan mama dia yang terlebih excited ke tadi..
"wedding mama?mama teringin nak kahwin baru ke mama?nak Aish carikan tak?"usik Hasriq..mana la tahu Puan sofia boring hidup sensorang.lagipun kalau dia dan Adiknya dah kahwin nanti,siapa pulak nak jaga puan sofia lepas ni.
"Eyh budak nie,wedding dia pun masih dalam perbincangan..ada hati nak suruh mama kahwin lain.hishh tak hingin mama..dalam hati mama ni cukup Abah kamu sorang saja.tak terlintas pun kat kepala nak kahwin lagi."
Hasriq lantas memeluk Puan sofia..rindunya pada insan yang bergelar Abah..teringat dulu Abah dia pernah cakap kat dia.
'kita sebagai anak lelaki ni kena kuat Aish.kita ketua keluarga,kita tak boleh lemah semangat..suatu hari nanti kalau abah dah pergi..Abah harap Aish jaga mama dan adik baik-baik..hanya kamu bertiga harta Abah..Abah takda harta benda nak bagi dekat kamu..Abah minta maaf sebab tak dapat beri kamu kemewahan.Abah minta maaf Aish.'
Sungguh rindu yang paling sakit dalam dunia ni ialah rindu pada orang yang pergi tak kembali lagi.perginya Abah ketika dia berumur 16 tahun hampir buat hasriq berhenti sekolah..mujur Puan sofia tabah menghadapi perpisahan tersebut dan dengan dorongan dan kekuatan puan sofia menjaga mereka dua beradik,Hasriq kembali bersemangat meneruskan persekolahan dan akhirnya berjaya menyambung pelajaran di canberra,Australia..
Suara Airen beri salam buat dia menoleh ke pintu..terjegil mata airen melihat susuk tubuh abangnya yang masih dalam pelukkan Puan sofia.
"Abang bila sampai..tak bagitahu pun.."
lantas dia memeluk hasriq dari belakang...dia pun nak peluk jugak.
"baru je sampai..Airen dari pejabat ye?"lantas pipi montel Airen dicubit..geram..
"ha'ah dari office tadi..sepatutnya hari ni airen balik awal..cuma tadi zarul minta airen teman dia minum kejap..tu yang balik lambat sikit ni.
Dahi hasriq dah berkerut.
"Airen ada apa -apa ke dengan zarul.?"
Mata airen dah membulat..terkejut dengan tuduhan abangnya.
"Ishh,mengarut je abang ni kan...budak sotong tu..ish tak nak Airen..gaya pun over lebih dari airen..tak nak lah..dah lah penakut,jalan pun lengang lenggok.mengalahkan orang perempuan"
Puan sofia dah menampar lembut lengan Airen..suka hati mulut Airen je cakap anak orang macam tu..
"Ngam la tu dengan airen..Airen kan tomboy..perangai kasar mengalahkan lelaki..kalau kahwin pasti meletup...sorang lembut,sorang kasar..saling melengkapi."Usik hasriq..segera dia mengelak dari cubitan Airen..kenapa orang perempuan ni suka cubit-cubit..pelik!.
"Maa,tengok abang ni maaa..jahat sangat.tak nak ging la macam ni"Airen dah merajuk...dia berura-ura nak naik bilik..namun langkahnya terhenti bila Hasriq tarik tangannya.
"relax la airen,Ini je masa abang nak kacau adik abang ni..lepas abang kahwin nanti abang dah tak kacau airen lagi tau..masa tu jangan nak pandai-pandai rindu abang ye.."
Airen dah terpaku..hasriq nak kahwin?serious lah.dengan siapa?kaq miya?tapi kaq Miya sekarang ni berada dekat Kl..dah lama tak jumpa kaq miya.takkan la ada perempuan lain di hati abang dia ni..mustahil.. dia tak nak hasriq kahwin dengan perempuan lain..di tak suka.dari dulu dia dah set dalam otak yang kakak ipar dia kak miya..dia tak nak kakak ipar lain.
"Tak nak,Airen tak nak abang kahwin..kalau nak jugak,Airen nak abang kahwin dengan kaq Miya sorang jer..tak nak orang lain.."Airen dah membentak kuat.
"kalau orang lain kenapa?ada masalah ke?"
saja mengusik.kalau dia nak kahwin dengan orang lain,dah lama dia kahwin.banyak yang bersedia nak jadi pendampingnya.cuma masalah sekarang,hatinya milik luthfia..sebab tu dia sanggup tunggu gadis tu sampai gadis tu sudi menerima dirinya ..
"Tak nak..airen nak kaq miya jugak..tengok lah nanti apa airen buat kalau abang kahwin dengan orang lain lepas ni..dah la,airen nak mandi. panas betul hari ni.dengan hati airen sendiri terbakar.."
laju jer kaki airen melangkah meninggalkan hasriq terkulat-kulat..ingat nak bergurau..tak sangka adiknya fikir serious..Akhirnya dia tersenyum nipis...biar la airen jumpa sendiri siapa bakal kakaq iparnya nanti.malas nak terus terang.tak best pulak rasanya nanti..
..
Share this novel