Bab 43

Drama Completed 8867

Berita penangkapan Vice President Jt corporation tersebar dengan cepat.semua news dan magazine membuat pelbagai spekulasi tentang kejadian tersebut.bukan itu sahaja,penjualan news sangat laris keesokan harinya..Belum pun seminggu event fashion mereka tamat,kini sudah ada kejadian buruk yang menimpa Luthfia..sepatutnya perkara sebegini tidak patut tersebar..dia tahu siapa punya angkara...pastinya cat yang menghebahkan ke media sosial.Bimbang betul Cat bila mereka tahu apa yang menimpa boss dia.sudah 2 hari wadnya dipenuh ramai orang...wartawan pun sudah banyak yang cuba menemu ramah luthfia..dipandang Hasriq yang tertidur di sofa.kesian hasriq.dari semalam tidak cukup rehat..sampai tengah malam tadi wartawan menunggu di depan hospital..Pihak hospital terpaksa menghalau beberapa wartawan yang berdegil untuk menemuramah luthfia..Family yang lain sudah balik ke rumah untuk berehat. hanya sorang sahaja dibenarkan menjaganya. selain itu,berita yang hangat diperkatakan dalam media sosial ialah hubungan Luthfia humaira selaku president Maira Holding dengan Hasriq Zhafran,bekas Atlet bola sepak negara..sudah 2 hari wartawan memerhati gerak geri hasriq zhafran yang sentiasa menemani luthfia dalam hospital tersebut..

Luthfia keliru,yang luka hanya pipinya sahaja..tapi kenapa perlu bertahan di wad sampai 2 hari..
Ini pasti arahan papanya..Datuk Azman suruh doktor buat pemeriksaan terperinci terhadapnya..marah betul Datuk Azman bila tahu anak bongsunya dipukul teruk oleh Anak kawan baiknya sendiri,Tan sri mokhtar..Tan Sri mokhtar dan Puan Sri Naziha berulang kali minta maaf bagi pihak anak tunggal mereka..luthfia memang tak menaruh dendam pada Shareen.tapi tidak Datuk Azman..Datuk Azman menamatkan semua kontrak dengan Jt corporation dan Datuk Azman berkeras untuk menuntut saman ke atas Jt corporation namun dihalang oleh luthfia..dia sudah memafkan Shareen dan rasanya mereka tidak patut memanjangkan isu tersebut..yang salah shareen bukan ibu bapanya...jenuh jugalah dia memujuk Datuk Azman untuk melupakan hal tersebut.tersenyum luthfia mengenangkan perangai papanya itu...Kini baru dia sedar perangai degil dan keras kepala diwarisi dari siapa.dari Datuk Azman..dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kn..

pergerakkan Hasriq di sofa menyedarkan luthfia yang jauh termenung.Dia tersenyum manis pada hasriq.

"Good morning"

Hasriq tersenyum mesra ke arahnya..dia bergerak ke bilik air untuk mencuci muka..kemudian barulah dia menapak ke arah luthfia.

"Morning sayang.how do you feel today?"

hasriq duduk disebelah luthfia.wajah gadis tu dah ceria.senang hati hasriq melihat wajah tersebut ...

"I feel better than before..but I'm bored..nak balik"

"no,.Miya belom dapat balik.miya masih dalam pemantauan. "


"Tapi Miya tak sakit pun riq...pipi jer lebam..apasal nak kena tahan 2,3 hari dekat sini?."

Luthfia sudah menunjukkan riak wajah bosan.macam mana Maira Holding maju kalau ketua tak masuk kerja.. masih duduk berehat di bilik wad ni..lagipun dia rimas di dalam hospital ni..dia rasa tak bebas..tidur malam pun pakai tudung..ye la,Hasriq berkeras nak temankan dia.jadi terpaksa la dia tutup aurat 24 jam.

"Miya,miya terhidu chloroform masa kena culik haritu,miya hidu dalam quantity yang sangat banyak.sebab tu miya tak sedarkan diri lama...doktor cakap,miya perlu diberi suntikan untuk menghilangkan kesan ubat pelali tu..ubat tu boleh membawa maut sayang..esuk baru Miya boleh balik ye."pujuk hasriq..dia tahu luthfia boring tak buat kerja..dia masih ingat bertapa bersemangatnya luthfia bekerja sewaktu di medan jaya dulu.tapi kesihatan luthfia tetap perlu dijaga.

"Tapi kerja miya berlambak kat pejabat tu.macam mana nak siap kalau miya terconggok dekat sini.."

Luthfia masih tak puas hati...dia nak balik.


"Siapa cakap Miya terconggok dekat sini..kejap lagi riq akan suruh secretary Miya hantar semua document yang perlu disemak kesini..ok"

Luthfia tarik muka..bukan itu maksudnya..masalahnya dia nak bersendirian.takkan la nak halau hasriq terang-terangan..

"tak payah buat muka macam tu..riq tahu Miya rimas sebab riq jaga miya dekat sini kan..tapi riq tak sanggup nak biarkan miya sorang-sorang dekat sini.."

"nenek kan ada,papa ada,mama ada,abang dan Ida ada..kejap lagi Zahra sampai..dia boleh jaga Miya dekat sini.."

memang Hasriq dah agak dah.ada je jawapan keluar dari mulut mungil tu.rasa nak sumbat je cili padi dekat mulut tu.menjawab no 1.

"miya,kenapa degil ni?"

"mana ada miya degil..miya cuma nak balik..miya rindukan pejabat miya..bilik ni macam penjara..miya rimass.."

"Boleh tak kalau sehari je Miya dengar cakap riq..boleh tak sayang.boleh tak jangan degil sangat."

Luthfia terdiam. bibir digigit perlahan. Muka dah masam mencuka tanda protes..


"lagipun miya masih sakit kan.tengok pipi yang bertampal tu..macam mana nak masuk office?or miya rindukan kan benda lain kat office tu..baik mengaku cepat .."

dahi luthfia berkerut seribu..tak faham..

"Apa yang riq merepek ni hah. miya rindukan pejabat miya ok...miya tak suka kalau tak buat kerja..."

"betul ni,bukan rindu kat salah seorang pekerja miya tu ?"

"pekerja miya yang mana satu pulak ni?"

kenapa Hasriq tanya soalan pelik pagi ni..macam nak ajak gaduh saja..kalau betul nak ajak gaduh,bagitahu lah terang-terang..kita pergi padang..

"Lelaki yang selalu ikut miya kehulu kehulir tu la..tak tahu sapa nama dia.masa kat fashion show miya pun dia menempel dengan miya ."

Hasriq dah berpeluk tubuh memandang luthfia yang duduk bersila atas katil..Dah lama dia nak tahu siapa lelaki tu..dia tak suka..

luthfia cuba memahami apa yang hasriq maksudkan...

"maksud Riq ,Rafi?"

Hasriq angkat bahu,dia tak tahu nama.tapi dia kenal wajah tu cukup baik..


"mungkin dia la tu kot..bukan riq tahu nama dia pun."

luthfia dah tercengang..kenapa hasriq tuduh dia macam tu..ni yang tak suka ni...


"Rafi tu pegawai pemasaran syarikat miya..dia memainkan peranan besar dalam syarikat miya..of course la dia selalu dengan miya.kenapa ni?.riq cemburu ye."

Hasriq tak menjawab..matanya dikecilkan sambil merenung mata indah tu..dah tahu dia cintakan luthfia.of course lah dia cemburu.lagi mau tanya.ishh

"Miya tak de hubungan pun dengan Rafi..
he just one of my employees. don't think something yang pelik -pelik lagi boleh tak?"

Hasriq tersenyum..harap-harap betul la. dia bukan apa..dia dah menunggu luthfia lama..and dia tak nak orang lain potong barisan..dia takkan benarkan pun.

"miya sayang riq tak?"

kalini dia memandang tepat wajah luthfia..dia dah tak sanggup tunggu lagi..kalau dibiarkan,tak pasal-pasal lelaki yang bernama Rafi tu masuk line..tak sanggup hasriq.

luthfia geleng kepala..saja nak buat hasriq gelisah..siapa kata tak sayang?kalau tak sayang,tak de nya dia lari sampai ke kuala lumpur ni. gara-gara sayang la dia merajuk.

"Tak payah tipu la..miya ingat riq lupa meseg miya pada Aish...miya rasa nak mati bila berjauhan dengan riq kan.Miya cintakan hasriq kan.."tercetus jugak ketawa hasriq walaupun perlahan.

merah padam wajah luthfia..kalau dapat diundurkan waktu,dia tak akan tulis macam tu pun dekat Aish..mana la dia nak tahu Aish dan Hasriq merupakan orang yang sama. malunya..pipinya sudah berona merah..hasriq menarik hidung luthfia yang merah..comel.

"Sayang,kita kahwin?"

Amboi,direct terus soalan hasriq..takot betul dia buah hati kena rampas..luthfia dah kaku.hasriq lamar dia ke??melamar di hospital...ishh tak romantik langsung.

"Ermm..riq buat apa ni..ada ke cakap macam tu kat sini..ish.."

Luthfia dah tak senang duduk..jantung tak payah nak cakap.kalau dapat keluar dari badan..dah lama jantung dia meloncat keluar...punya lah luthfia berdebar-debar sekarang ni..

"riq buat apa pulak.tengah ajak miya kahwin la..lama giler tunggu miya..nak tunggu apa lagi.

"takkan melamar miya kat sini..tak romantik la riq ni."tukas luthfia..

kenapa la tak tunggu dia keluar dari hospital..kalau ya pun nak kahwin,ajak la dia candle light dinner ke,makan atas bukit ke,baru romantik...baru ada feel kena lamar..ni tak,dengan baju hospital masih tersarung kat badan..belom mandi lagi ni...nasib baik masih wangi.hasriq pun satu,.dah lah tak bawa cincin..macam mana dia nak dapat feel kena lamar..haiyaaa..banyak songeh kau luthfia.

"tak yah la buat muka berkerut macam tu.." sekali lagi hidung luthfia ditarik lembut.geramm..

Hasriq mengeluarkan sesuatu dari kocek..sebuah kotak baldu berbentuk hati berwarna putih kristal..luthfia dah melopong..lantas kedua-duanya tangannya menekup mulut.Hasriq bawa cincin weyh..serious la..mata dah berkaca..diangkat wajah untuk memandang wajah lelaki tu..seperti tahu apa yang difikirkan luthfia..hasriq tersenyum.


"Dah lama riq simpan cincin ni..dah setahun pun..riq bawa cincin ni kemana saja..cincin untuk orang yang paling riq sayang.untuk bakal isteri riq"

hasriq menarik tangan luthfia yang masih kaku tak bergerak..luthfia terlalu terharu sampai jadi patung.

"Miya,riq terlalu cintakan Miya tau..hasriq cintakan miya sejak kita sekolah rendah lagi miya..ingat tak masa first meet dulu ,riq cakap riq tahu rumah Miya..?sejujurnya..setiap hari riq perhatikan miya.riq skodeng miya tau..hehe...riq terlalu sayangkan miya.kita kahwin ye Miya?"

luthfia dah menggigil.dia nak cakap yes..tapi mulut seakan-akan terkunci..buat seketika luthfia rasa diawang-awangan..hasriq cintakan dia dari kecik?rasa bahagia je sekarang ni..

"Miya,kenapa senyap..jangan buat riq takot." mata hasriq dah berair..luthfia tak nak terima dia ke?luthfia masih marahkan dia kot sebab tipu gadis tu selama ni..

"I'm sorry...riq tahu riq banyak dosa pada miya..riq tahu riq tipu miya selama ni..riq minta ..."


"yes."

sampuk luthfia..tak kisah lah dimana pun hasriq lamar dia..yang penting.,lelaki tu memang ada tempat dihatinya sejak kecil lagi..dia tak nak kehilangan lelaki tu lagi..setahun berpisah pun dia
rasa nak mati..apa lagi nak bayangkan bertahun-tahun...ishh tak nak dia bayangkan langsung.

"....maaf pada miya..riq sayangkan...."

jap jap.dia salah dengar ke apa.dipandang wajah luthfia yang ceria di depannya..dia dengar yes ke tadi? .What?

"Miya..miya ca ..cakap apa...tadi?"
tersekat-sekat pulak suara ni..aduiii.hilang macho.

"I just say yes..kenapa?nak miya tukar fikiran ke?"usik luthfia..geli hatinya melihat wajah hasriq berubah...selama ni dia tak pernah nampak wajah terkulat-kulat hasriq..

"No..no..jangan tukar sayang..riq promise,riq akan bahagiakan miya mulai sekarang..riq janji...tq sayang..iam so happy today..i love you soo much..yahoooo.."

hasriq dah menjerit.dia tarik jari kelingking luthfia dan buat pinky promise..dia janji dia takkan jauh dari luthfia lagi.luthfia terpaksa tutup mulut hasriq..terkejut mendengar bunyi jeritan .


"syuttt..diam la.tak pasal-pasal doktor berlari masuk karang..tu lah..lain kali kalau nak menjerit..lamar la miya atas bukit ke apa ke..ni tak,,kat spital pulak tu dia lamar kita..."

runggut luthfia..bukan apa..saja nak kurangkan debaran di hati yang menggila..kalau ikutkan hati dia pun nak jerit sama.tapi takot ada orang mati pulak..dia dapat tahu bilik sebelah dihuni oleh seorang pakcik..kalau pakcik kena heart attack.? tak ke haru jadinya..tak pasal-pasal jadi pembunuh tanpa niat..

hasriq ketawa perlahan..terover pulak..lantas cincin berlian yang berada dalam kotak tadi dibuka dan disarungkan ke jari manis Luthfia..betul-betul ngam dengan jari luthfia.tak sia-sia dia pujuk airen ikut dia beli cincin ni..jari airen sama size dengan luthfia..Alhamdulilah..

luthfia merenung cincin yang tersemat elok di jarinya.rasa macam dah kahwin pulak..hihi

"Jangan buat muka comel macam tu boleh tak..?tergugat iman riq tau."usik hasriq..rasa happy jer hati ni..luthfia dah blushing..

"mengada-ngada! "

Hasriq ketawa..bunyi ketukan di pintu menganggu perbicaraan mereka..tersembul wajah zahra.hasriq kembali duduk di sofa..memberi ruang kepada dua sahabat tu pulak.

"Beb,kau apa khabar?rindunyer kat kau..boss pun ada kat sini..patut tak balik-balik.."

sakat zahra..lama dah tak mengusik dua orang depan mata ni..rindunye dia..mereka berpelukan lama..hasriq hanya mengeleng kepala..sementara luthfia hanya tersengih..lama tak dengar suara zahra.

"macam mana kau boleh kena kidnap beb.kau sehari tak susahkan aku tak sah kan.dulu hampir lemas.dan sekarang kena culik.."dipukul tangan luthfia perlahan..sakit hati..


"mana la aku tahu aku nak kena culik..kau ni pun satu..membebel macam mak nenek.."luthfia dah muncung.sentapp


"alaa sorry beb..aku cuma terkejut dengar berita ni..shareen tu pun satu.menyusahkan orang je kerja...takde kerja lain agaknya...kalau aku kat tempat kau,aku dah bagi tumbukan 4 penjuru kat dia...biar dia rasa tumbukan anak kapten Razak ni macam mana.."

luthfia dah bantai gelak..zahra selalu buat dia happy..hasriq turut ketawa..terhibur dia

"Kalau nak diikutkan hati..aku memang nak hempuk dia balik.dia tak tahu aku gangster masa kat taman pasir dulu.bukan setakat hempuk.ilmu pendekar mustar pun keluar sama..cuma itulah,tangan aku kena ikat..mana dapat aku buat apa-apa."

Hasriq tersenyum...memang gangster,kalau tak,tak de nya dia kena tolong luthfia masa gaduh dengan faizal dulu.dia tak sangka pulak lelaki yang dia jumpa depan gudang lama tu faizal..entah macam mana la lelaki tu boleh kerja dengan shareen.nasib faizal tak apa-apakan buah hatinya itu,kalau tak..mati faizal dia kerjakan..

"Boss,boss balik lah dulu,biar saya jaga fia hari ni..kasihan boss terpaksa jaga budak kecil ni..pasti dia banyak susahkan boss kan..boss balik lah."Sakat Zahra..tangan luthfia dah memanjang untuk mencubit zahra..suka hati je cakap macam tu..

"hah,tengok tu boss..masih budak-budak..main cubit-cubit.ingat fia ni makin tua makin matang.kasihan boss.boss balik la.."

tak habis-habis dia memperli...syok sangat tengok muka merah luthfia..luthfia dah berpeluk tubuh..malas layan zahra.

Hasriq dah bangkit dari sofa..senang hati bila zahra sudi jaga luthfia. dia kena mandi,dari semalam lagi tak balik..

"ok awak jaga baik-baik luthfia erk..jangan buli dia..kalau saya dapat tahu,saya potong gaji awak zahra.faham.."

Zahra buat muka toya..tak takut punn.

"Miya,riq balik dulu..nak mandi..insya Allah petang nanti riq datang balik k..miya rehat tau..nanti secretary miya datang bawa document tu..dont worry..bye sayang..Assalamualaikum.."

luthfia mengganguk perlahan sambil tersenyum.matanya menyoroti pandangan hasriq sehingga hilang dari pandangan.kemudian barulah dia memandang ke arah zahra yang sudah buat muka pelik.berkerut dahi luthfia.

"Apa?"

"Kau yang apa?Miya?Sayang??apa yang aku terlepas ni?cuba cerita.."

Luthfia ketawa lepas.telinga zahra memang tajam...direnung balik cincin dijari...rasa nak kahwin sekarang jugak..haha.gedik!

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience