"Ma,Mama tak payah la bimbang kan airen,airen tahu jaga diri..yang mama patut risaukan tu hah abang tu...umur dah lanjut pun masih belum ada girlfriend lagi......"
Hasriq Zhafran yang menghirup air kopi tersedak...ditoleh segera ke arah Airen yang sedap menyuap mee hoon goreng ke dalam mulut..sesedap rasa betul adiknya bercakap pasal dirinya..Puan sofia yang sedang mengopek ikan bilis menjeling manja kepada airen...Hati siapa yang tak bimbang bila anak bongsunya itu mengambil keputusan hendak tinggal di rusia ..Baru beberapa bulan Airen balik ke malaysia stelah tamat pengajian dan kini anaknya itu mengambil keputusan hendak menetap di rusia sementara belom ada pekerjaan yang tetap...
"Apa kena mengena dengan abang pulak..jangan nak tukar topik eyh...sekarang ni kita tengah cakap pasal airen..ok..bukan pasal abang.."
Hasriq membesarkan mata pada airen...airen buat tak tahu.. namun senyumannya masih terukir manis di bibir. Hasriq adalah ketua rumah..dia lah yang mengalas tangungjawab mengganti tempat arwah ayahnya..seorang abang yang penyayang dan bertanggungjawab.Hasriq lah satu-satunya tempat untuk dia meluahkan segala masalah,tempat mengadu dan tempat bermanja...Walaupun abangnya itu tegas dan suka membulinya...dia tidak kisah...dia sayangkan hasriq zhafran..satu-satu abang yang dia ada.
"ye lah,abang tu dah tua dah...umur dah berapa? awek pun takde..nak cakap tak laku,berlambak perempuan nak kawin dengan abang...nak tunggu airen kahwin dulu ke baru nak kahwin?"
"Ada ke orang yang nk kawin dengan airen?"Sakat Hasriq.ketawanya lepas bila melihat wajah airen yang mencuka...
"Abang ni memang jahat..ok lah..sapa la kita ni kan...tak de orang yang nak kawin dengan kita. almaklum la airen tak cantik,abang je la yang kacak,macho,handsome segala kannnn.."
Airen pura-pura merajuk....wajahnya diketatkan seketat-ketatnya....
"Ada pulak cakap macam tu..Airen patut bersyukur sebab ada rupa paras yang sempurna .Bayangkan orang lain yang tidak bernasib baik kat luar sana...Tak kesihan?"
Puan Sofia mengeluh perlahan..Baginya kedua-dua anaknya dah lebih sempurna..cukup la dengan Akhlak dan adap sopan yang selalu diterapkan dalam diri anaknya...dia dah betul-betul bersyukur.
"Hehehe,Airen tahu ma...saja jer nak merajuk dekat abang...manatau nanti abang lepaskan airen tinggal dekat Moscow.."
"amboi amboi amboiii...banyak cantik...kalau abang nak pujuk pun abang tak kan benarkan airen balik semula ke moscow. apa yang best sangat pun tak tahu la kat sana tu...Kita orang malaysia dan kita mesti bangga dengan negara kita...yang airen nak tinggal disana dah kenapa?Bertahun-tahun belajar di st peterburg tu pun masih tak cukup.?...Airen tahu tak,abang dan mama risau hari-hari kat sini..tak tahu macam mana keadaan airen dekat sana?selamat ke tak?makan dah ke belum?makan apa hari ni.?sejuk ke tak?Demam ke apa ke?Ingat dah habis study mama dan abang tak risau lagi...ni tup tup,takde angin takde ribut,airen nak balik semula kat moscow...Airen dah kenapa??"
panjang betul Syarahan Hasriq dipendengaran Airen...Terasa sebak pulak hati Airen mendengar kata-kata abangnya.. Tak sangka pulak selama ini dia membuat keluarganya risau...timbul rasa bersalah di hati Airen .
"Airen minta maaf Mama,abang..Airen takde niat nak susahkan hati mama dan abang...Airen cuma nak bekerja jer di pskov...Tempat kerja lama airen masa study dulu..airen cuma rindukan kawan-kawan jer...Sorry Abang."
Airen Tunduk...Hasriq pulak rasa bersalah...Bukan niat dia hendak marah pada adiknya....mana kan mungkin dia sanggup memarahi adikny...adiknya dan mamanya la segala-galanya...dia cuma menasihati dan kalau boleh dia memang tidak mahu keluarga mereka berpecah belah lagi...
"abang minta maaf..abang pun takde niat nak marah adik abang ni..abang cuma nak keluarga kita stay together...abang tak nak kita berpisah lagi "
Airen terangguk-angguk..dia memandang Puan sofiah dengan pandangan yang penuh kasih sayang..kemudian pandangannya terarah ke arah hasriq.bibirnya mengumtum senyum..
"kenapa tengok abang macam tu?betul kan apa abang cakap. "
"ok kalau macam tu,izinkan airen kerja dengan abang .Airen nak kerja...Airen bosanla duduk dirumah tak buat papa. lagipun,airen dah tanya dekat paksu..dan dia cakap dia tak kisah.."
Puan Sofia mengerutkan dahi.sejak adiknya Helmi membuat keputusan hendak menetap
di tanah arab sana.,,dia sudah tidak berjumpa lagi dengan adiknya itu.. dia sendiri hairan sejak bila Anaknya berjumpa dengan dan bercakap dengan helmi .
"Bila Airen jumpa paksu?paksu ada balik ke?"
"Paksu tak balik ma..Airen yang kol paksu,Airen nak kerja di syarikat paksu,,tapi paksu cakap,syarikat tu dah jadi milik abang ..jadi dia suruh Airen minta dekat abang sendiri..tapi Airen takot..Airen ingat abang marah..tu yang Airen nak kerja di pskov tu..Airen ingat abang akan benarkan.."
"Kenapa pulak tiba-tiba nak kerja dengan abang?Airen ingat senang ke nak uruskan sebuah syarikat. .Airen mampu ke?"
"Kenapa abang cakap macam tu...abang aish tak percaya kan Airen boleh handle ke ?.ini Airen Zhafrin la Abang Aish..Airen boleh buat apa je yang orang lain boleh buat..."
Airen menepuk dada beberapa kali...tersenyum Puan sofia melihat terletah anak-anaknya. Dia hanya mendiamkan diri saja.Hasriq turut tersegih melihat ragam adiknya..Entah kenapa tiba-tiba dia teringat Luthfia...wajah gadis jelita itu menari-nari diruang mata.sungguh dia rindu dengan kawan baiknya tu.
"lihat la macam mana.buat masa ni belom ada kekosongan lagi kat tempat kerja abang..tapi Airen try la mohon mana -mana kerja lain dulu..try mohon kerja di SPA ke?mana tahu ada rezeki Airen kat sana .."
"Hm..Tengok la macam mana..tapi Airen tetap booking kerja kat tempat abang...Dapat jugak Airen kenal dengan kakak ipar Airen...tak sabar Airen nak Dapat anak buah ....mesti gojes macam mummy dia...bila la agaknya abang dan Kaq Miya ni nak jadi suami isteri...."
Hasriq terbatuk...trasa perit tekaknya saat itu...Entah kenapa hatinya terasa berdebar-dabar dan terasa hendak tercabut ...wajahnya memerah mendengar kata-kata adiknya.mendengar perkataan suami isteri sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berlagu riang. sungguh indah jika impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Luthfia Humaira tercapai..
.
"ish,apa yang Airen merepek ni?Bila masa abang kawin...takde maknanya kakak ipar kakak ipar ni.."
"elehhh tak mengaku pulak...mengada betul abang ni...Ma,mama tengok abang ni ma....nak selindung bagai...hahahahaha."
Airen Ketawa lepas...dia memang tahu hubungan abangnya dan gadis dari taman pasir tu..puan sofia pernah ceritakan semuanya kepada Airen suatu masa dulu...Dia tahu kenapa abangnya tak pernah bercinta..dia tahu semuanya ..Puan Sofia memandang Hasiq yang diam tidak berkutik..tapi wajahnya tetap menunjukan yang hasriq malu dengan kata-kata Airen.
"Adik tahu abang hanya cintakan dia sorang
..airen tahu abang tunggu kaq Miya dari abang kecik..kalau dah abang sayangkan kaq miya. kenapa abang tak terus terang je dengan dia...abang tak takot kaq miya kena rampas...walopun adiq tak pernah nampak wajah kaq miya..tapi adik tetap percaya Kaq Miya sangat cantik.."
kata-kata Airen ada benarnya...bayangan Ridwan mula trbayang...bagaimana kalau Miya dan Ridwan betul-betul pasangan kekasih...penantian dia selama 13 tahun akan sia-sia...Cintanya pada
Miya semakin hari semakin kuat...keluhan berat dilepaskan ..
"Aish,Aish ada masalah ke dengan Miya?"Puan sofia memandang tepat mata anak terunanya..
"Aish tak tahu mama...Aish rasa kami berdua tidak ditakdirkan bersama."
"kenapa aish cakap macam tu?apa yang terjadi sebenarny Ni?
Hasriq zhafran membuang pandangan kosong didepan meja.wajah puan Sofia ditatap penuh kasih sayang.
"Miya rapat dengan seseorang kat pejabat aish tu. lelaki tu pulak kaya,ada rupa,anak datuk dan paling utama sekali lelaki tu dah selalu jumpa family Miya...sekarang ni Aish betul-betul yakin yang peluang Aish untuk memiliki Miya tak kan tercapai. hati aish sakit tengok kemesraan mereka mama.
Puan sofia merenung redup mata anaknya itu..dia dapat rasakan sakit hati dan kecewa Hasriq..
"Mungkin lelaki itu cuma kawan baik Miya. Aish ada bukti ke dorang tu ada hubungan special .Tak baik menuduh..mama tak pernah ajar anak mana tuduh orang sembarangan kan..
"Aish tak tahu.. Aish tak nak siasat apa hubungan dorang yang sebenar..aish tak nak terluka ma.aish sayang sangat dekat Miya..Hanya Miya saja ada dalam hati Aish..apa patut Aish lakukan sekarang ni mama.."pertanyaan Hasriq dibiarkan sepi oleh Puan Sofia...Sejujurnya dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dan kekusutan Hasriq.
"Airen rasa abang patut terus terang saja pada Kaq Miya sapa diri abang yang sebenar...Airen yakin.,kaq Miya kan lebih focus pada abang...Abang kan Kawan Baik kaq Miya ..Airen yakin kaq miya akan pilih abang berbanding orang lain.."sampuk Airen
Hasriq Merenung airen...perlukah dia berterus terang pada Miya..kalau Miya tetap memilih Ridwan nanti macam mana....bagaimana dia hendak besemuka dengan luthfia nanti..jiwanya merintih pilu..
.
Share this novel