Puan Zulaikha menghempas Fail diatas meja..Macam mana dia boleh hilangkan borang tender Mega hotel tu...puas dicari dimerata tempat..habis seluruh bilik digeladah..Dia tak boleh hilangkannya.mereka akan kerugian besar.. Segera dihampir Shahida yang baru menapak ke mejanya. sudah dua hari mereka balik dari pulau lankayan.
"selamat pagi Ida"
Ida tersenyum..Puan Zulaikha dipandang penuh hairan..Awal pulak Vice President Medan jaya construction ni datang. Sebagai PA puan Zulaikha,Ida sentiasa bersama Puan Zulaikha..termasuk la pergi Outstation.cuma Ketika mereka bercuti dulu,Puan Zulaikha tidak dapat ikut serta,
"selamat pagi puan,awal hari ni.."Wajah resah Puan Zulaikha dipandang dalam..wanita berusia 40an itu kelihatan sedang dalam masalah..
"ada benda yang nak saya uruskan pagi ni,sebelum tu saya nak tanya..,awak ada nampak sesiapa masuk pejabat saya dua tiga hari ni tak?selain staff kita"
Ida kehairanan..setahunya ,hanya Luthfia,Encik hasriq dan dirinya sahaja yang selalu keluar masuk pejabat Puan zulaikha tu,selain dari itu tidak ada..
"Tak de pulak saya nampak orang masuk bilik Puan.kenapa ni?ada barang hilang ke Puan.."
Puan Zulaikha mengurut Kepala..Kepalanya rasa berdenyut -denyut..kakinya tiba-tiba rasa lemah..Ida segera mendapatkan Puan Zulaikha yang hampir jatuh .Puan Zulaikha segera dipapah masuk keruang rehat dalam pejabat Puan zulaikha.Lantas tangan ida pantas menekan Interkom untuk memaklumkan keadaan Puan zulaikha kepada Encik Hasriq dan Luthfia.
Luthfia dan Hasriq yang sampai bersama-sama terkejut melihat Puan Zulaikha yang bersandar di sofa..meja Puan Zulaikha berselerak. .
"Puan kenapa ni,puan tak apa-apa ke"Luthfia turut duduk disamping Ida..Puan Zulaikha mengeleng kepala.
" quotes have been lost ... I apologize Encik Hasriq,"
Mata Puan Zulaikha sayu memandang wajah Luthfia dan Hasriq..
"Macam mana boleh hilang..Puan Zulaikha dah cari betul-betul ke?"Tanya Hasriq.Dia terkejut
"Dah Encik Hasriq,saya dah cari seluruh bilik ni. Tapi borang tu takde.saya yakin saya tak pernah bawa borang tu keluar dari pejabat ni..saya minta maaf sekali lagi Encik Hasriq."
Hasriq mengeluh kecil..Wajah Puan Zulaikha dipandang sayu..Kalau borang tu hilang ataupun jatuh ke tangan orang lain.mereka akan kehilangan tender yang bernilai jutaan ringgit tu..Bukan saja syarikat akan mengalami kerugian..tapi syarikat lain juga mungkin tidak berminat berurus niaga dengan Medan Jaya construction lagi..
"Boleh puan Ingat semula siapa-siapa yang masuk ke bilik ni sejak kebelakangan ni"ujar Luthfia perlahan..Dia kena bertenang sebelum membuat apa-apa keputusan..Lagipun dia sudah berjanji dengan Mr Liaw dia akan buat kerja tanpa ada sebarang masalah..selagi masalah tu dapat diselesaikan dia pasti akan cari jalan.
Puan Zulaikha mengeleng-geleng kepala..Lepas Balik dari Taiwan atas urusan kerja. dia jarang berada di pejabat..Dia hanya datang untuk mengemas kini tender mega hotel tu dan tandatangan dokumen-dokumen penting...urusan lain sudah diserahkan pada Ida..Tiba-tiba dia teringat seseorang..
"kejap,rasanya Naib president JT corporation Ada datang sini baru-baru ni..Dia nak menjalankan usahasama dengan syarikat kita..tapi saya belum memberi kata putus sebab saya perlu berbincang dengan kamu berdua terlebih dahulu. "
Kata-kata Puan Zulaikha umpama bom nuklear bagi Luthfia ..terkejut dengan berita yang baru didengarinya .Luthfia berbalas pandang dengan Hasriq..
"Puan berbincang dalam bilik ni ke?"Tanya Ida keliru,.Puan Zulaikha mengangguk lemah
kenapa shareen nak bekerjasama dengan mereka. bukan kali terakhir shareen di Medan Jaya shareen bergaduh dengan dia ke.ingatan Luthfia terus melayang pada Hiap Aik trading..,
jika tangapan dia betul..ini bermakna Shareen mencuri borang tender tu dari bilik Puan
Zulaikha..patut la Hiap Aik trading membatalkan projek tender tu dengan medan jaya..pasti shareen dah menghasut Mr Liaw..Dan ini bermakna Shareen sedang merancang untuk menghancurkan medan jaya construction.
"Puan ada tinggalkan bilik tak waktu berdua dengan Shareen tu?"hasriq sudah panas punggung. ..Apa yang shareen cuba buat..bibir diketap perlahan menahan geram
"Ada,saya pergi tandas sekejap..keluar -keluar je dia dah takde...beberapa minit kemudian saya terima meseg mengatakan dia ada hal mustahak. so saya biarkan saja..Kenapa Encik Hasriq,Encik Kira dia yang curi borang tu ke?"
Ida terkejut..Shareen adalah Vice President..biar betul.
"Saya tak menuduh dia yang ambik borang tu. tapi melihat apa yang terjadi,saya pasti dia curi borang tu.."
Hasriq meraup wajah..Dia bercerita tentang apa yang berlaku semasa ketiadaan Puan Zulaikha..sesekali dia terhenti..Ida turut mengatakan tentang amaran shareen hendak jadi mem besar di company ni..disokong pula oleh perjumpaan Vice President JT corporation tu dengan Mr.Liaw dari Hiap Aik..Puan Zulaikha sudah menarik nafas panjang...apasal dia terlalu cuai pada hari perjumpaannya dengan Shareen..Gadis tu bijak. dia berjumpa dengan Puan Zulaikha senyap-senyap bila staff lain sedang bercuti..
"Aku rasa kereta kau kena pecah tu angkara dia la beb..siapa lagi yang cari pasal dekat medan jaya ni?"Ida sudah sedia maklum tentang kereta Luthfia yang masih dibengkel.
"Aku rasa pun dia penyebabnya..tapi kita tetap kena tunggu hasil siasatan inspector Rayyan. Aku harap perlakunya dapat ditangkap."
kata Luthfia penuh berharap..Dia pun tak tahu apa dosa yang dia buat sampai shareen berdendam dengannya...sedangkan mereka hanya bertemu sekali sahaja..Ditoleh Hasriq yang masih membisu...
"So,any of you have any ideas how to settle this prob.?"ujar Puan Zulaikha...kepalanya sudah beransur baik..
Hasriq bangkit dari sofa dan keluar dari bilik Puan Zulaikha..ada benda yang dia patut buat...
"Riqq,where are you going?? We have not finished talking anymore...?"
Luthfia sudah mengekori Hasriq yang keluar tergesa-gesa dari pejabat Puan Zulaikha....Hasriq menuju ke bilik..kedengaran suara Hasriq menelefon seseorang..
>we need to talk sherr<
tanpa salam tanpa sapaan,Hasriq menelefon Shareen.
>tak payah tipu la shareen...i tahu you masih kat sini...kita kena bincang..sekarang..i tunggu you kat bawah office i..okay...right now..<
Luthfia menghampiri hasriq..telefon sudah dimatikan..Hasriq menumbuk meja kuat.Luthfia gerun dengar hasriq mengamuk macam tu..pertama kali dia melihat hasriq marah sebegitu sekali.
"Are you okay..?" lembut Suara luthfia menyapa telinga Hasriq..Automatik kemarahannya turun ke tahap zero..senyuman dihadiahkan kepada luthfia
"okay..I'm sorry sebab fia dengar Riq marah.."
"takpe,fia faham. .so Now,Hasriq nak jumpa shareen.?"
"Yups,kita mesti dapatkan balik borang tender yang shareen simpan...itu hak kita..".
Entah kenapa hari ni Luthfia berat hati nak benarkan Hasriq jumpa shareen sendirian..namun dia tiada hak untuk melarang..lagipun medan jaya mesti dapatkan tender tu semula.
Share this novel