Awal -awal lagi Hasriq dah sampai depan rumah Luthfia..luthfia yang tengah sarapan tersedak.. puas dia memejamkan mata semalaman namun ingatannya terus memikirkan Aish. Entah kenapa perasaannya berbelah bagi...dia tahu perasaan sayang kepada Hasriq semakin kuat namun pada masa yang sama luthfia merasa dia cma bertepuk sebelah tangan sahaja..dan kalau betul hasriq diseblahnya ni Aish..bermakna,Aish dah menipunya dan Aish dah melupakannya.Sesungguhnya dia kecewa..
"kenapa senyap ni...ceria la sikit pagi-pagi ni..."Tegur Hasriq..dijeling Gadis jelita disebelahnya dengan debaran yang menggila..walaupun wajah gadis itu kelihatan pucat dan tidak ceria..wajah luthfia humaira tetap jelita..gadis itu manis be blouse putih bercorak berbunga pink. nampak elegant walaupun simple. .
Luthfia menggeleng-geleng kepala...
"Fia sakit ke?muka fia pucat"
Luthfia menoleh memandang wajah hasriq...diamati wajah hasriq sedalam-dalamnya...ya,betul kata Puan Hanisah...ada wajah aunty sofea pada wajah Hasriq..Dia mengeluh untuk kesekian kali...
"Kenapa Fia pandang saya macam tu ..fia betul-betul sakit ye..nak pergi klinik tak?"
Luthfia mengeluh .entah kenapa hatinya rasa sakit sangat bila membyangkan lelaki disebelahnya ini adalah Aish kawan baiknya dulu. tapi kalau benar la Hasriq ni Aish..Kenapa Aish tak kenal dia sapa.. cara layanan dan perhatian Hasriq menunjukan dia terlalu ambil berat pada luthfia..Tidak ada pun tanda-tanda Hasriq membencinya.Luthfia membuang pandang keluar tingkap. ..kereta honda jazz meluncur laju membelah jalan yang mula kelihatan sesak. sengaja Luthfia tidak menjawab pertanyaan Hasriq. Hasriq juga turut senyap.. dia tidak mahu mengeruhkan keadaan..mungkin Luthfia masih terkenangkan keretanya ..Hasriq mempercepatkan kereta menuju ke balai polis yang berdekatan..
"kita nak kemana ni?"tanya luthfia. jalan yang dituju bukan jalan biasa menuju ke pejabatnya. dipandang wajah hasriq sekilas..
"Kita buat report kat balai polis..saya akan temankan fia..pasal kereta tak payah bimbang.saya dah kol mekanik tadi pagi.ok..."
"Kan Miya dah cakap miya akan buat sendiri. tak payah la temankan Miya.. tinggalkan Miya kat balai polis jer nanti...Miya balik office naik teksi.".
sengaja Luthfia membahasakan dirinya Miya.. dia hendak tahu apa reaksi Hasriq..Kalau Hasriq dah melupakannya...takkan dia hendak paksa Hasriq ingat pada dirinya.. luthfia tak nak Hasriq pikir dia teehegeh-hegeh nak rapat balik dengan Hasriq..Kalau orang dah tak sudi . takkan nak paksa kan. hampir menitis air matanya namun masih dapat ditahan..
Hasriq memandang wajah luthfia lama...kereta terpaksa dihentikan di tepi jalan..Hatinya terusik bila Luthfia membhasakan dirinya Miya.. Adakah miya sudah tahu siapa dirinya...direnung wajah mendung luthfia...kenapa dengan gadis itu pagi ini...dia ada buat salah ke?hati hasriq tambah terusik bila Luthfia tidak percaya yang dia bantu luthfia ikhlas...
"Fia kenapa?Fia tak suka kalau hasriq temankan fia?saya ada salah ke?saya minta maaf...saya cuma hendak tolong fia...saya ikhlas...please. izinkan saya teman fia hari ini..."
begitu lembut suara hasriq menyapa cuping telinga luthfia. ada nada ikhlas pada suara hasriq..
"Saya tak nak susahkan awak...saya tak nak terhutang budi...saya tak mampu nak membalasnya."
Hasriq tersenyum...nada suara luthfia sudah kembali lembut..begitu lirih suara gadis itu...tangan luthfia diraih...hasriq sudah tidak dapat menahan perasaan lagi. dia menatap mata indah milik luthfia..
"Awak tak pernah susahkan saya...saya buat ikhlas dari hati dan saya tak harapkan balasan dari awak...cukupla kalau awak anggap saya ni sahabat awak.awak terlalu penting untuk saya fia..terlalu penting...izinkan saya temankan awak hari ni..?"
Luthfia terkesima..Pandangannya jatuh pada tangan Hasriq yang mengengam tangannya...tangan hasriq sejuk dan dia betul-betul terharu dengan kata-kata hasriq..Betulkah luthfia penting bagi Hasriq?.hatinya dah berdegup kencang tak menentu. dia betul-betul gembira..tanpa sedar.kepalanya menganguk..luthfia dah tak kisah siapa hasriq. Mungkin Aish dah hasriq bukan orang yang sama..mungkin kebetulan dan Mungkin juga sebab dia asyik teringat pada Aish,sebab tu dia terbayang wajah hasriq seperti wajah Aunty sofea. .Tak adil kalau dia marahkan Hasriq tanpa usul periksa ....buat masa ni..dia akan cuba berfikiran positive. .
kereta hasriq kembali meluncur laju menuju ke balai polis.
Hampir 1jam jugak la Luthfia dan Hasriq berurusan dbalai polis.dan polis sudah menjalankan siasatan..Luthfia terharu sangat..rupanya selepas menghantar luthfia balik semalam...Hasriq terus balik ke pejabat dan mengumpulkan bukti sebelum meghantar ke balai polis...Dan dari rakaman CCTV yang berada di lobi,nampak dengan jelas seorang lelaki yang tidak dikenali yang memakai hoodie segaja mengempiskan tayar keretanya..menitis jugak Airmata luthfia bila lelaki itu menghayun kayu golf pada bumper dan lampu belakang keretanya.siapa lelaki tu?setahu Luthfia dia tak de pulak bermusuh dengan siapa-siapa.,Inspector Rayyan sudah berjanji akan menyiasat perkara ni secepat mungkin..
"Fia,kalau nak saya hantar awak pergi office dulu,lepas ni nak pergi workshop jap tengok kereta awak tu.."
"tak pe la Wak..awak dah banyak bantu saya..terima kasih..saya nak ikut pergi workshop boleh?saya nak tengok kereta tu..kesihan dia..tak pasal pasal dia jadi korban.."
Luthfia menunduk..siapa yang punya angkara semua ni.?
"Fia kenal ke siapa lelaki tu.. ?"
Hasriq merenung gadis disebelahnya..gadis tu hanya menunduk .Kalau diikutkan hati.ingin je dia belasah lelaki yang hancurkan kereta luthfia,namun dia sendiri tidak kenal dan tidak pernah nampak lelaki tu..kesihan gadis tu..ada saja benda berlaku pada dirinya.
"Tak..saya tak kenal..wajah dia pun baru first time saya nampak...tapi setahu saya ,saya tak de musuh...sapa la punya angkara.."
Setibanya di workshop,Luthfia terus menapak ke keretanya yang tersadai..luluh jugak hati bila melihat bumper keretanya yang penyek...terbayang kembali perilaku lelaki bhoodie itu pada keretanya..
"Assalamualaikum bro. macam mana kereta ni..kau dapat baiki tak?"
Perbualan hasriq dan pemilik workshop mengembalikan luthfia ke dunia yang nyata.
"In sha Allah aku cuba...tapi aku nak tanya la ni..kereta ni excident ke ?teruk jugak ni aku tengok.."
"kereta ni kena pecah...tak tahu lah tangan sapa yang gatal buat kerja ni..aku dah buat report dah.pihak polis dah buat siasatan..polis dah check dah kereta ni so kau cuma baiki je dulu...boleh kan bro."
"Ok,aku cuba bantu apa yg boleh..tapi tak dapat la janji boleh siap Dalam seminggu dua ni."
sementara menanti hasriq berbual dengan mekanik trsebut..mata Luthfia melilau memandang sekeliling...beberapa pekerja memerhatikannya.luthfia segera mengalihkan pandangannya ke deretan kedai yang berhampiran...sedang asyik memerhati...pandangannya jatuh pada seseorang...
Nampak seorang gadis yang seksi tengah terkocoh-kocoh masuk ke dalam teksi...walaupun jauh,Luthfia pasti gadis tu shareen..shareen nmpak macam kalut semacam...apa yang shareen buat kat situ pagi-pagi ni..takkan la dia mengekori hasriq...Luthfia segera mendapatkan Hasriq.
"Lama lagi ke?kita ada meeting kn harini?"
"awak tggu dalam kereta kejap..saya nak jumpa kawan saya jap.."
Hasriq kembali ke dalam bengkel....sementara Luthfia terus masuk ke dalam honda jazz Hasriq ..Masih terbayang wajah dan kelakuan shareen sbentar tadi...
Beberapa minit kemudian baru lah nampak kelibat hasriq menuju ke arahnya...Baru Luthfia berkira-kira hendak membuka mulut...Hasriq dah menegur..
"Muka awak pucat fia,nak pergi klinik ke?"
"tak payah la wak...saya cuma tak cukup tidur ni...rest sikit je dah baik..." luthfia memndang wajah kacak hasriq penuh lembut...ada getar djiwanya sejenak...
"riq,saya nak tanya sesuatu ni...kalo awak tak kisah la..."
kening hasriq terangkat sebelah..
"Shareen masih kat sarawak atau sudah balik ke kuala lumpur?"
Wajah Luthfia serious,bukan apa....dia tak nak diserang oleh gadis itu lagi...kalo boleh dia tak nak cari pasal dengan sesiapa..
"dah balik dah....dia kol malam tadi dan bgtahu yang dia dah balik kL..Saya tahu dia marah ..tapi jangan bimbang la...esuk lusa dia akan ok.."
Luthfia terdiam..mindanya berputar ligat.. betul ke shareen dah balik?habis siapa pulak yang dia nampak tadi...tak kan planduk dua serupa...mustahil.....pelbagai andaian dibuat luthfia...
"Kenapa tanya pasal Shareen?awak cemburu pada dia?"Duga Hasriq...ada riak nakal pada wajahnya..wajah luthfia jelas berubah mendengar ayat yang keluar dari mulut Hasriq.
"Takde lah..cuma saya tak nak bila kita sampai kat office nnti,shareen nampak saya naik kereta awak dan marah saya.."dia Tersenyum kecil.
"Dont worry fia,selagi saya ada.tak akan ada sesiapa yang berani marah awak..."Hasriq berkata perlahan namun masih sempat didengari luthfia humaira..dia tersipu malu....segera dilarikan wajahnya dari memandang hasriq...Cik jantung dah mula memainkan drum....aduhaiii..
kereta Honda jazz sampai d park tepat pukul 9 pagi ..luthfia dan hasriq terus bergerak ke office.
"fiaaaa...."
Dari jauh,luthfia sudah terdengar bunyi pekikan zahra...terkocoh-kocoh zahra mendapatkan luthfia....Wajahnya pucat..macam baru nampak hantu.. ditangannya ada sepucuk surat..
"Apesal ni...aku belum duduk lagi la.."
luthfia memandang cemberut wajah zahra..sementara hasriq sudah menapak ke biliknya...sekejap lagi mereka akn adakan mesyuarat penting dengan smua staff medan jaya..kaq Midah antara yang paling sibuk pagi ni...dah macam lipas kudung dah asyik ulang alik dari bilik Encik Hasriq dan conference rooms...
"we have some prob..a big prob!"
"what?"
"Mr Liaw from Hiap Aik trading bagi surat ni.contract agreement for mega hotel building ...its cancel.. "
Luthfia humaira bungkam..mereka baru sahaja dapat tender untuk mega hotel dan projek pun belum dimulai..tiba² sahaja cancel ..apa yang berlaku.
"Apa ni zahra..kenapa tiba² boleh cancel ni..."
"Jeanny kata,mereka dapat tawaran besar dari syarikat terkemuka di kuala lumpur.. so,Mr Liaw terpaksa menarik balik tender kita...immediately"Wajah luthfia dipandang sekilas...Dia sebenarnya buntu...sudah la Ida Out station dengan Zarul...Fia pula lambat masuk office pagi ni...
luthfia melepaskan keluhan berat.mereka baru saja kehilangan projek besar...kalau la Ridwan ada..dia boleh selesaikan masalah ni..tiba-tiba dia rindukan jejaka berkumis nipis tu..
"its weird....Something happened... mustahil Mr Liaw tarik macam tu jer..we have protocol...... No,Its cannot be...aku kena jumpa mr liaw..."nekad luthfia....langkah di ayun secepat mungkin menuju ke pejabatnya.zahra mengekori dari belakang
"tapi,kita ada meeting 5 minit lagi.."
luthfia hanya menjawab dengan keluhan...apalah nasibnya hari ni...fail yang berisi borang sebut harga dan contrak agreement dicapai
"Fiaaa..."
"aku tak join meeting kali ni..bagitahu Encik hasriq Aku ada hal mustahak ok ..btw,aku,pinjam kereta kau.boleh?.."
"Kereta kesayangan kau mana....?kau pergi office naik apa?"
jarang betul dia dengar luthfia pinjam kereta. .yalah kereta dia myvi jer..tak macam kereta Honda HRV luthfia....
"kereta aku kat Workshop,Semalam kena pecah kat park ..Encik Hasriq tumpangkan aku sejak semalam.."luthfia terharu sebenarnya..boss mereka tu baik orangnya.dan sanggup hantar dan jemput dia dari rumah ke pejabat..dia tersenggih pada zahra yang sudah melopong.
"What??kau tak bagitahu aku pun..teruk ke?..siapa yang pecahkan?"
"Aku bagitahu la ni...kalau aku tahu siapa yang pecahkan, dah lama aku hentak kepala dia pakai siku ni tau.aku tak kenal....Tapi dont worry,aku dah report balai...his's gotta get caught up ..."
luthfia teringat tingkah laku lelaki yang berhodie tu..dia cuba membandingkan figura lelaki tersebut dengan mana² staff d medan jaya. ..tapi tak berjaya..tak de satu pun yang sesuai dengan imej lelaki berhodie tersebut..
"Kau dah check Cctv kat loby?"
"sudah,nasib baik Encik Hasriq tolong aku..dia yang bawa rakaman tu ke balai polis...kalau tak,aku tak tahu la nak buat macam mna..."
"jangan² kau kena sabotaj kot..."
Luthfia segera angkat muka...dahinya bekerut hebat..Siapa pulak nak sabotaj dia. dia takde musuh pun.
"siapa yang sabotaj aku zahra. aku tak rasa lah semua ni angkara sabotaj..aku mana ada musuh.."
"Entah- entah Iwaltress Holding..Dia kan satu-satunya pesaing kita.."Zahra menunjukan riak terkejut...
"Mustahil la zahra...aku kenal dengan Haji ismail tu..walaupun dia tu nampak garang tapi dia baik...aku pasti ada yang sakit hati dengan aku sekarang ni. "
zahra memandang tajam wajah luthfia...
"Jangan-jangan shareen...kawan boss kita tu..ye la semalam kan dia cari pasal dengan kau kat bilik rehat..mungkin dia masih sakit hati dengan kau kot fia..."serkap zahra..
Luthfia terpempan...takkan shareen..apa yang dia dah buat sampai shareen benci sangat kat dia....ingatan Luthfia melayang pada kejadian tadi..perempuan tu memang shareen..luthfia yakin. tapi hasriq kata shareen dah balik kuala lumpur.yang mana satu betul ni. hmm..ishhh serabutnya otak ...luthfia mengeleng²kan kepala sebelum mengeluh..
"Kepala aku dh serabut ni zahra...takkan la shareen tu suruh orng pedajalkan kereta aku...dia mana tahu kereta aku yang mana satu..lagipun,Encik hasriq cakap dia dah balik kl.."
"Habis tu kalau bukan shareen siapa?dia je yang cari pasal dengan kau kan semalam..silap² dia masih kat sarawak..mana kita tahu.."giat Zahra..dari gaya penampilan shareen tu jer dia dah boleh agak shareen tu macam mana...
"isy kau ni zahra..tak baik tuduh orang sembarangan..kalau Encik hasriq dengar naya kita nanti..." wajah zahra cemberut...
"Dah,aku nak pergi jumpa Mr Liaw...kau jangan lupa bagitahu Encik Hasriq tau ..Bak sini kunci kereta.."luthfia segera mengambil kunci kereta yang dihulur zahra..sepanjang perjlanan dia hanya memikirkan shareen..dia pasti orang yang hancurkan kereta dia tu akan ditangkap sikit masa lagi
Share this novel