Luthfia melopong.Biar betul papa Ni..Bangunan mencakar langit dihadapannya tersergam indah depan mata...tertera nama Humaira Enterprise di pintu masuk bangunan tersebut..Sudah 2 minggu dia pindah ke kuala lumpur..walaupun berat hati dia tetap gagahi jugak..hatinya betul-betul merajuk dengan Hasriq kali ni..sebelum pindah dulu,luthfia menangis 2 hari 2 malam..Dia tak nak berpisah dengan Puan Hanisah..tapi apakan daya,dia terpaksa ikut abangnya ke kuala lumpur..walaupun hakikat sebenar,Ridwan di damansara utama sekarang ni dan Luthfia berada di kajang,selangor.berbeza tempat..tapi demi tanggungjawab pada keluarga.luthfia akur,biar lah Datin jasmeen dan Datuk Azman berehat di kampung..sekurang-kurangnya,Puan Hanisah tidak keseorangan...habis segala surah dibaca sebelum masuk ke bangunan gah di depannya. tak sangka pulak Datuk Azman memang berpengaruh dekat sini.Datuk Azman kata Humaira Enterprise company kecil saja..tapi bagi luthfia,Syarikat depan matanya ini bukan kecil tapi boleh di katogeri syarikat Hyper d selangor ni...sekarang ni dia tinggal dengan Ridwan dan Ida di damansara..Ridwan dan Ida dah kahwin sebelum berpindah..Tak snggup Ridwan nak berpisah dengn Ida..mahu tak mahu Ida terpaksa ikut Ridwan tinggal di kuala lumpur..So,skrang Ida dah berpangkat Kakak ipar pada Luthfia..Nasib baik kakak Ipar satu kepala dengan Luthfia.sama-sama masuk air.
Degup jantung dah makin kuat..kenapa lah dia takot sangat sekarang ni..masa mula-mula tahu syarikat Humaira Enterprise ni syarikat Fesyen.Luthfia telan air liurr..Dia langsung tak tahu tentang fesyen.fesyen bukan dalam bidangnya..rasa nak menangis jer..macam mana la Papanya boleh terpikir nak terjun dalam bidang fesyen ni,tapi bila luthfia fikir balik-balik..tak mustahil pulak...Datin Jasmeen kan ada butik,so, besar kemungkinan Datin jasmeen ada terlibat sama dalam penubuhan syarikat fesyen ni...
Sampai je di tingkat 23,Luthfia dah kaku...suasana dan situasi yang berbeda dengan Medan jaya construction..semua pekerja Humaira Enterprise punya cita rasa high-class..penampilan dan gaya yang sangat superb. almaklumlah kerja dalam bidang fesyen..Gadis yang menyambut dikaunter sungguh ramah...tiba-tiba dia teringat dekat P.A nya dulu..Alin..Rindunya kat medan jaya...huhu...
Dari jauh dia nampak seorang wanita menuju ke arahnya..Rambut merah menyala.macam rambut Princess Merida dalam karakter cartoon disney Brave....kembang semacam..Nak tergelak fia melihat wanita tersebut namun cepat-cepat dia kawal diri..cuak.
"You model dari Melaka tu ke?Buat apa kat sini..pergi tingkat 5 sana..mereka dah lama tunggu..kejap lagi nak photosshot..terhegeh-hegeh buat kerja..Go!!."
mata gadis tu dah menerkam jauh anak mata luthfia..luthfia telan air liur..Mak aihhh garangnya akaq ni..dia tak tahu aku ni sapa kot..lantas luthfia geleng-geleng..tiba-tiba dia rasa akaq ni lucu.
"Apasal geleng-geleng..melawan..mentang-mentang you model..ingat i tak berani nak pukul you.pergi photosshot sekarang.!!
Luthfia menarik nafas..baru je dia nak buka mulut,tetiba ada suara dari belakang menegurnya..
"Are you Miss Humaira,Anak Datuk Azman?"
Seorang gadis yang berambut pendek tersenyum mesra kearahnya...Alhamdulilah,ada juga orang yang ternanti-nanti kemunculannya di sini..
"Yups,Luthfia Humaira Binti Datuk Azman.." Luthfia tersenyum manis..ditoleh akaq yang garang tadi.Automatik muka wanita tu pucat..tak sangka gadis jelita berbaju Hijau lumut tu Owner Humaira Entetprise..maknanya dia baru je tengking boss dia hari ni...matilah nakk.peluh dah membasahi dahi..
"Miss Humaira,kenalkan Puan Linda,ketua Auditor dan pengurus Studio Humaira Enterprise .dan Puan,Ini Miss Humaira,Pengarah tertinggi syarikat kita."
Luthfia menghulurkan tangan..takot-takot Puan Linda pegang tangan bossnya.
"I'm sorry Miss Humaira,saya tak tahu Miss Anak Datuk Azman..saya kira Miss model kita yang baru kena panggil semalam...im so sorry.."
Luthfia ketawa geli hati..Miss Humaira??..macam pelik pulak dia kena panggil macam tu..
"Its okay la..I dont mind pun sebenarnya..btw, ..I berterima kasih pada you sebab you baru je puji I...Ada rupa model rupanya I ni .hehe..takpe,lain kali you jangan marah orang sembarangan k.kena kawal marah tu.."seronok pulak dia ber I ber U disini..
Puan Linda dah menarik nafas lega.Dia mengangguk laju..Dia bersyukur sangat boss baru dia ni seorang yang baik hati..,senyuman Luthfia Humaira buat dia senang..Dah la cantik,murah senyuman pulak tu..Untung betul sapa yang dapat boss dia ni..
"Jom saya tunjukkan bilik Miss Humaira..lepas ni saya kenalkan Miss dengan semua staff...sebelum tu saya kenalkan diri ,saya cathrine,secretary Miss Humaira..panggil Cat je...tapi bukan kucing tau.."gadis rambut pendek tu mengenalkan diri..
Luthfia dah ketawa senang...Gadis ni macam Kaq Midah,Rindunya pada Medan jaya mengamit perasaan..Nampaknya dia tak perlu bimbang dengan penerimaan staff dekat sini..
Minggu lepas Datuk Azman sudah memaklumkan kepada semua staff Humaira Enterprise,bahawa anak bongsunya akan ambil alih syarikat Humaira Enterprise tersebut..Semua staff sangat ramah dengan luthfia humaira..dia dapat rasakan dirinya diterima disini. tapi tak tahulah dibelakang dia.Mungkin sebab semua pekerja takot pada boss baru kot..lagipun belum semua tahu perangai boss sebenar kan..selepas berkenalan dengan semua orang dekat situ,luthfia meminta diri
pergi ke pejabat dia..Terpapar nama Luthfia Humaira Datuk Azman di bawah nama Manager Director depan pintu bilik president..luthfia telan air liur..tak sangka dia akan capai semua ni.Luthfia duduk membelakangi pintu..rasanya macam mimpi..selama ni luthfia tak pernah bermimpi nak capai apa yang dia dapat hari ni.sekarang dia dah jadi salah seorang Pengarah termuda di antara semua syarikat yang ada di selangor dan kuala lumpur.of course Luthfia takot..Selama ni dia fikir family dia buang dia..lupakan dia. tapi melihat Bangunan Humaira Enterprise yang gah berdiri di bumi selangor ni,luthfia tahu Datuk Azman sentiasa ingat kat dia..gambar luthfia humaira beumur satu tahun jelas terpapar sebagai wallpaper komputer jenama apple didepan mata.dibelakang kerusi yang didudukinya turut terpampang besar gambar mereka satu family.Luthfia yang beumur 1 tahun dalam dukungan Datuk Azman,dan Ridwan yang berumur tiga tahun dalam pelukan Datin jasmeen.air mata jatuh mengalir di pipi..
'tok.tok..'
Catherin muncul sambil membawa beberapa hadiah..
"Jauh termenung nampak.Miss terkenang buah hati ke?"
Luthfia tersenyum..Tak de maknanya terkenang buah hati..dikesat sisa air mata yang masih bertakung di tubir mata.
"Sebelum saya Lupa..Ini ada hadiah sikit daripada semua staff..Hadiah mengalukan kedatangan miss Humaira dalam family ni.and Bunga bunga tu dari semua ketua Editor.kejap lagi kita akan buat meeting..saya akan kenalkan Miss Humaira pada semua lembaga pengarah dan ketua-ketua jabatan dekat sini..."
Luthfia pandang jambangan bunga yang penuh di meja Ruang rehat dalam pejabat tu..Dia memang perasan akan bunga tu tadi. tapi tak pulak terpikir nak bertanya.
"By the way miss,i forgot something... Encik Rafi Ketua pemasaran ada bagi hadiah kat you.
You can check the drawer... in front of you.."
Luthfia tangkas menarik laci di depannya..sebuah kotak kecil yang cantik..kening diangkat sebelah.
"Untung tau jadi Miss Humaira..first kerja dah ada orang bagi hadiah mahal.."Usik catherin.
cantiknya kotak tu.itu baru kotak..belom tengok isi lagi..perlahan-lahan Luthfia membuka.sebatang pen..bukan sembarangan pen tau..pen la Modernista Diamond...pen yang pernah mencatat pen termahal di dunia pada tahun 2001.dan tersenarai dalam Guinness book of records.. pen yang direka di sebuah syarikat yang berpangkalan di Switzerland.. Satu pen tu berharga lebih kurang USD265,000.00 bersamaan RM1,007,000.00 duit Malaysia..Gila tak mahal..Luthfia dah terlopong...kerja seumur hidup pun tak mampu dapat beli pen ni...mengigil luthfia pegang pen tu..mata catherin dah bersinar sama. telan air liur dibuatnya..
"Kaya sangat ke Encik Rafi ni cat.?"
"Boleh tahan la Miss,rasanya kaya kot..yalah mampu hadiahkan pen mahal ni kat Miss.sebelum ni bila dilihat dari penampilan..macam biasa jer.tak nampak kaya pun..tapi bab rupa. hmmm..tak de sapa dapat challenge..handsome giler.Dari aras satu sampai aras 23 ni semua terpikat dekat Encik Rafi...Dasyat tak handsome Encik Rafi tu.."Penuh semangat Catherine bercakap pasal Lelaki tu.Luthfia dah tercengang...Dasyat sungguh penangan Encik Rafi dekat semua staff perempuan kat sini..tapi tak setanding dengan Hasriq rasanya..Bagi luthfia,hanya Hasriq yang paling kacak di matanya. .
"Miss ada boyfriend tak?"
pertanyaan catherine buat Luthfia tergamam...Dia ada boyfriend ke?rasanya takde..tapi hasriq?Hasriq dikira boyfriend dia ke?atau Aish..
susah lah nak buat keputusan..Luthfia memandang catherine
"Kenapa tanya?"akhirnya tu jer yang dia mampu balas
"Kalau takde boyfriend,boleh lah saya syorkan Encik Rafi tu pada Miss Humaira.Single lagi tu."
Mata luthfia dah terbeliak. sebijik macam perangai Zahra..suka jodohkan dia..lantas lutfia mengeleng kepala..
"tak nak la saya,saya dah ada boyfriend la."
Catherine mengeluh. takde peluang la nampaknya Encik Rafi nak tackle Miss Humaira yang cantik ni...hmm.
"By the way,How long you have been here? "
" last seven years.."
Luthfia mengangguk perlahan.lama jugak cat dekat Humaira Enterprise.
"Kenapa Miss tanya?"
"sebenarnya saya takde pengalaman langsung dalam bidang ni.and saya tak tahu apa-apa pun.so,Can you teach me? Everything about fashion?"
Cat lantas berdiri tegak.tangan diangkat dan dia buat tabik spring kepada luthfia.
"Cat sedia berkhidmat boss...ask me everything and anything.i will answer your question...and I'll be there for you.You can order me for anything .. I don't mind"
Luthfia dah tergelak ,boleh sengit mulutnya ketawa hari-hari bila dapat Secretary Ceria macam cat ni..
"Good,.the first thing i want ask you..where is the company's details?Dari tadi saya tunggu tau "
Catherin dah ketawa..macam mana dia boleh tertinggal document tu.
"Sorry Miss,lupa.tunggu kejap..saya ambik kat meja.."
belum sempat pun Catherine melangkah keluar dari bilik president tu,Cat kembali memandang Luthfia..
"Why not kita terus pergi conference room.. Saya boleh panggil Lembaga pengarah dan ketua jabatan sekarang jugak."
Luthfia mengerut dahi..entah kenapa kaki dan tangannya mengigil.Dia nervous.
"don't worry boss.saya ada.come..,follow me.."
Luthfia lantas mengikut catherine ke bilik meeting..bila masa lagi nak kenal semua ahli lembaga pengarah..and sebenarnya luthfia tak sabar nak jumpa Encik Rafi,bukan nak tengok kekacakkan dia,tapi nak berterima kasih sebab hadiahkan dia pen satu juta...rezeki guysss...takkan nak tolak..
Share this novel