Bab 39

Drama Completed 8867

Sampai je depan hotel Grand Riverview Hotel ,Catherin menghampiri Luthfia..,ditangannya ada satu jambangan Bunga Rose yang besar dan segar .Lantas jambangan bunga itu dihulur kearah Luthfia.

Luthfia terkedu..bunga itu mengingatkan dia pada bunga yang dijumpai di rumah pokok dulu..bunga yang sama..segar dan harum.takkan la Faizal ada dekat kuala lumpur ni...mustahil

"Sapa bagi.?"

Catherine angkat bahu..senyuman manis dihadiahkan buat bossnya yang kelihatan sangat cantik pakai Gaun dark purple labuh yang sangat vouge dan elegant..Tak mustahil semua lelaki yang ada dekat situ tak terpikat dengan luthfia humaira..

"Ada lelaki tadi yang hantar..handsome Miss..Puan Linda dah gila bayang kat dalam tu bila terpandang wajah dia..untung Miss tau..ada secret Admire bagi bunga.tapi bila teringat balik,macam pernah nampak pulak wajah lelaki tadi tu."

Luthfia menggeleng kepala..ada apa dengan rupa handsome kalau perangai entah apa-apa..kadang-kadang muka bajet handsome ni tak setia..acah-acah popular,eei tak suka..tengok lah Hasriq..handsome-handsome pun playboy.kata sayang kat dia tapi keluar jugak dengan Shareen...ishh...kenapa otak ni asyik ingat kat dia.. degil betul kepala ni..kepala Batu!

"Miss,miss okay ke ni.berkerut-kerut muka tu kenapa?"tegur Catherine..risau pulak dia dekat boss dia ni..takot-takot tersampok hantu kat mana-mana dalam perjalanan tadi..

Luthfia tersenyum nipis..tangan lantas membelek bunga tersebut..dia menarik nafas lega bila nampak ada kad kecil terselit di celah bunga rose itu..segera diambil dan dibaca.

Congrats.
for that successful fashion event ..
you are so great sayang ..
i love you so much ..
Miss you!!

Luthfia kaku.sayang??hanya hasriq saja lelaki yang pernah panggil dia sayang selain Datuk Azman dan Ridwan.Aish pun tak pernah panggil dia sayang sebelum ni.badannya dah berpeluh hebat..jantung tak payah cakap..berdegup kuat...berdebar kencang...Hasriq ke yang hantar?mata dah mula berkaca.lantas dia memandang catherin yang hairan melihat perubahan bossnya itu
"Macam mana Ciri-ciri lelaki tu cat?"


"Tinggi lampai..ermm,rambut smart terpacak baik punya...pakai baju kemeja kelabu,smart...ermm"

Luthfia lantas memukul perlahan tangan cat. bukan itu yang dia mksudkan..cat menyeringgai kecil.

"Bukan tu la saya mksudkan...cakap Betul-betul boleh tak?"

"ok ok ...Saya rasa macam pernah nampak wajah dia..kalau tak silap saya...hmmmmm...kejap kejap.,rasanya dia popular dulu kt sini.Hah...macam wajah Hasriq Zhafran.pemain bola sepak negara tu...saya yakin tu Hasriq zhafran..cuma sekarang wajah dia nampak makin matang la miss..makin handsome."

catherin ternganga...macam mana la dia boleh tak perasan tadi...kalau dia ingat nama lelaki tu dari tadi..confirm dia tak lepaskan peluang untuk ambil Autograph...tak pun selfie..

luthfia mula menitis air mata.memang betul Hasriq yang datang fashion show tadi..Dia benar-benar terkejut.Hasriq tulis I love you kat dia..waaaa...nak balik jumpa Ridwan rasanya..nak bagitahu dekat abangnya bahawa Hasriq Cintakan dia..Catherine tercengang melihat air mata yang tumpah di pipi luthfia..Tak kan lah boss dia ni turut sedih sebab tak dapat Autograph Bintang bola sepak tu kot...


"Jangan la nangis Miss.saya pun tak dapat Autograph dia lagi ni..selfie pun tak...Miss sabar k..nanti kita jumpa dia,kita paksa dia bagi Autograph..sabar satt naa" Pujuk catherine..

luthfia tergelak..tercuit dengan pujukan catherine..lantas air mata dilap dengan hujung lengan..kad kecil tu disua ke muka cat...hampir juling mata cat baca kad yang terlalu dekat dengan matanya tu.terkedu dia melihat ayat demi ayat dalam kad tu...matanya bulat memandang luthfia...

"Dia tu ker boyfriend Miss humaira??Pemain bola sepak tu ?? like seriously"

cat terkedu.Kalau betul la tu boyfriend Miss Humaira. memang dia support sangat-sangat.
patut la boss dia ni tak layan orang lain dah..memang sesuai la Miss Humaira dengan hasriq...tak sama Rafi pun tak pe..di sokong hundred percent..

" Bukan lah...Hasriq ni Boyfriend Shareen kot..sebelum I pindah sini dah dorang berdua ni ada affair.."
luthfia menarik nafas perlahan..sentapp

"Shareen si Mulut puaka tu...ishhh tak suka saya kalau dorang tu bersama..tak sesuaiiiii"jerit catherin..sumpah tak suka

"Dah tu pilihan Hasriq..nak buat macam mana..biar lah,asal Hasriq bahagia,saya dah gembira cat.,"

Luthfia sebenarnya tak redha pun,dia sayangkan hasriq sangat-sangat.dia tak rela ok...tak rela! rasa nak jerit skarang ni..tapi memikirkan keadaaan sekeliling yang tak sesuai.so,dia tahan diri.

"Tapi miss,melihat dari pada apa yang hasriq tulis dalam kad ni..saya yakin hasriq cintakan Miss,bukan si Mulut longkang tu..and one thing I really sure, Shareen cari pasal dengan miss sebab dia tahu Hasriq cintakan Miss...Oh my god,Saya rasa saya ni dah macam detective Conan..pandai tak saya teka miss?"

Luthfia ketawa kecil.kalau cinta tu ada untuknya.,.kenapa Hasriq abaikan dia dulu.persoalan yang dia perlu cari jawapan dengan segera..lantas mereka bergerak ke tempat staff lain berkumpul..apa pun yang terjadi,dia tetap kena settlekan party barbeque tu dulu..acara mereka sangat meriah.karoke,pertujukan bunga api..memang happening habis...sesekali luthfia tersengih terkenangkan Hasriq..


* * * * * *

Malam tu luthfia tak dapat tidur,kad dan bunga itu direnung.Hasriq cinta dia weyhhh....macam tak percaya je...memang dulu lelaki tu pernah confess Padanya..tapi semua tu kisah Tahun lepas..dan sekarang tak de hujan takde ribut,sekali lagi lelaki itu mengucar kacirkan perasaannya..dibuka semula fb hasriq..gambar profil tu di renung tunak.pandangan romantik dan senyuman yang menghiasi wajah hasriq mengetarkan perasaannya..Dia rinduu sangat pada lelaki tu.tiba -tiba telepon ditangannya bergetar menandakan meseg masuk. meseg dari Aish..

~ Selamat malam Miya?dah tidur?.~

~ belom..tak mengantuk.Aish kenapa tak tidur lagi..?buat apa tu~

~Sama la..tak mengantuk sekarang ni,tengah layan bola~

Luthfia dah tersengih..Asal dengar bola je dia terus teringat dekat Hasriq.

~Oo..dahtu,meseg Miya ni kenapa?tak terganggu ke tengok bola tu..?~

~ tak la...untuk miya,semua boleh punya.~

Ishhhh kenapa la Aish ni cakap macam tu..Luthfia bagi emoji smile..tak Tahu nak blas apa

~ So,macam mana dengan competition fashion tadi?~

~ Iam so happy hari ni..event tu lancar and you know what,,I meet Bernard Chandran today..he so handsome..talented,penuh karisma.and guess what.he offered me to cooperate with him.and he invite me to come on KL Fashion Week 2 month from now.can you imagine that??~

Hasriq sakit hati..ish sempat pulak miya ni puji lelaki lain..tak suka ar..macam tak faham je perasaan dia sekarang ni..hasriq cemburu miya!

~Oo..wow, congrats Miya..Aish tahu Miya memang berbakat. I'm proud of you...you deserve it..~

~Thanks Aish..Kan seronok kalau Aish ada kat sini.tak la sunyi..sekurang-kurangnya kawan baik Miya boleh teman ~

Hasriq ketawa lepas..dia memang dah ada kat situ pun tadi ..

~ Kan ramai staff Miya kat situ..takkan sunyi kot.nanti kalau Aish pergi sana.Orang anggap Aish ni boyfriend Miya pulak.macammna~


~Tak pe lah..Miya lagi suka..orang tak la mengorat Miya dekat sini..Lagipun dah lama Miya teringin nak jumpa Aish..~

luthfia sedih,dah selalu sangat dia nak jumpa Aish..tapi Aish langsung tak bagi peluang hendak berjumpa dngannya..


~ Aish tak seperti yang Miya bayangkan lah..Aish takde rupa.,takde kerja yang boleh buat Miya bangga dengan Aish..and yang penting.Aish Malu jumpa Miya..Miya punya segala-galanya..Aish malu nak berdepan dengan Miya.~

Luthfia ketap bibir,setiap kali nak ajak jumpa..setiap kali itu jugak lah Aish bagi alasan..Luthfia tak pernah jadikan kekayaan or something else yang sewaktu dengannya sebagai modal berkawan..itu bukan diri Luthfia..sedangkan dia pun dulu hidup susah..pernah hidup miskin..

~ Apa yang Aish merepek ni..Miya tak pernah pandang Aish macam tu..Miya tak kisah siapa pun Aish..Aish kawan Miya tau..sampai bila-bila Aish kawan miya..Miya sayang sangat kat Aish.masa miya kecil takde apa-apa dulu Aish sentiasa ada dekat Miya..So takkan Miya kena jauhkan diri dari Aish bila Miya dah berjaya..Miya bukan teruk macam tu..~

Hasriq sebak..Dia saja jer cakap macam tu..sebab nak tahu apa tangapan Miya pada Aish..rasanya Luthfia hanya sayangkan Aish sebagai kawan dan tak lebih dari tu.dan itu sudah buat Hasriq Gembira..maknanya...Hasriq ada tempat dihati luthfia.bukan 'Aish'..rasa nak jumpa Luthfia sekarang jugak.


~Miya sayangkan Aish tak?~


~Soalan apa ni?of course la..Aish kawan terrbaikk Miya.Only You.Miya Sayang Aish tau.~


~Hanya kawan??Tak lebih dari tu ke?~

Luthfia dah mati kutu..tak tahu nak buat apa..teringat kata Airen dulu bahawa Aish tengah menunggu dia sekarang ni...aduiiii apa nak jawab...Ya dia pernah Cintakan Aish,tapi tu dulu,perasaan sebelum jumpa Hasriq..and now,bila difikir sedalam-dalamnya...Dia hanya mahukan Hasriq Zhafran !satu -satunya lelaki yang dia cintai kini..lelaki yang buat jantungnya berdegup kencang..lelaki yang berjaya buat dia Angau malam-malam.Mungkin Cintanya pada Aish dulu hanya disebabkan Aish Kawan baik dia masa kecik..Apa nak buat ni...??


~Ya hanya kawan...Aish kawan baik Miya sampai bila-bila~

luthfia terpaksa berterus terang...dia tak nak beri harapan pada Aish..Ya Allah..apa patut aku buat..dulu Luthfia tolak Hasriq sebab rasa cinta untuk Aish..dan kini,bila dia berjauhan dengan hasriq..dia terpaksa tolak Aish untuk bersama Hasriq..

Kenapa hati ni degil...hati ni susah nak difahami...luthfia tak dapat tipu perasaan sendiri.. macam tengah mainkan hati orang sahaja rasanya. kasihan Aish..pasti lelaki tu kecewa sekarang ni.
lama baru Aish balas mesegnya.

~oo yake...makasih Miya sebab tak beri harapan pada Aish..Aish pun sayang sangat kat Miya..tapi sebagai bestfriend je la...Nak buat macam mana kan..~

mata luthfia berkaca..

~Jangan lah cakap macam tu...Miya minta maaf...Miya cuma tak nak bagi apa-apa harapan pada Aish..Sebenarnya Miya memng pernah cintakan Aish..Miya pernah separuh mati cintakan Aish..tapi Lama-lama perasaan tu hilang..Miya minta maaf Aish..masa kita belum berhubung balik,Miya jumpa seseorang.lelaki yang berjaya buka pintu hati Miya ni..Miya dah try hard cuba buang dia jauh dari hidup miya tapi tak berjaya.Hati Miya degil..lelaki tu selamatkan Miya masa Miya hampir lemas dulu..Miya hutang nyawa dekat dia..dan bila Miya berjauhan dengan dia sekarang ni..Miya rasa nak mati Aish..Miya minta maaf..Bukan sengaja Miya buat Aish Macam ni..~

Hasriq menangis baca luahan hati luthfia..gembira sampai tak dapat fikir apa dah..rasa bersalah menghantui Hasriq..tak patut dia tipu miya sekarang ni..Dia cintakan Luthfia sangat-sangat.dan luthfia pun cintakan dia..

~Miya,Aish minta maaf kalau Aish tipu Miya..Tapi Aish janji Miya pasti bahagia lepas ni..Miya sabar sikit masa lagi ya sayang....~

Luthfia kelu lidah. Apa maksud Aish cakap macam tu.?kenapa Aish ungkapkan sayang bila luthfia dah reject dia..tipu apa yang Aish maksudkan ni?..lantas dia buka balik gambar hasriq..gambar tu direnung bagai tembus telefon.Malas nak balas meseg Aish..dia tak nak lukakan hati kawan baiknya itu lagi...

'Riq,fia rindu riq Sangat..riq rindu fia tak?.betul ke riq cintakan fia.kenapa riq abaikan fia dulu..kenapa pilih mangkuk hayun tu..kenapa???'

Luthfia kembali suram..tangannya menyentuh skrin hp yang terpapar wajah Hasriq..dia gila bayang dengan Hasriq.malam tu luthfia tidur dengan linangan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience