Malam tu,Puan Hanisah ,Datin Jasmeen dan Datuk Azman berkumpul di ruang tamu..sejak tengahhari tadi luthfia tidak dapat dihubungi...Ida yang memangku Azzam turut gelisah....doa kesyukuran birthday untuk Azzam terpaksa ditangguhkan..Ridwan mundar mandir kehulu kehilir sambil tangannya cuba menghubungi telefon luthfia..
"kita lapor polis bang,Meen risau lah.takot ada something terjadi dekat Miya" Semua mata memandang Datin jasmeen..Ridwan turut bimbang.Datuk azman mengeluh perlahan.
"Meen,perlukan sekurang-kurangnya 24 jam Miya hilang baru polis dapat cari...Sayang sabar k.doa banyak-banyak.mungkin Miya tersekat di traffic jam.kita mana tahu kan...dia selamat tu..In sha Allah."
Puan Hanisah lemah membayangkan Luthfia yang tiba-tiba tidak dapat dihubungi.air matanya gugur jua.
"Hati Saya ni gelisah. macam ada benda bakal terjadi...Saya takot ada apa-apa terjadi pada Miya bang.."
Datuk Azman duduk disebelah Datin jasmeen...tangannya mengusap lembut bahu Datin jasmeen..cuba mententeramkan isterinya.
"Sabar Mama..Miya pasti selamat..lagipun Miya pandai Muay thai..so,mama jangan bimbang k..Wan pasti dia boleh jaga diri.."Pujuk Ridwan..Dia tahu adiknya boleh jaga diri..Ridwan cuba menenangkan diri..dia tak boleh panic.
"Ida,Kamu yakin ke tadi pagi Miya keluar jumpa bekas boss kamu tu.?"Tanya Puan Hanisah..Ida mengangguk laju.
"Ida yakin nek,Fia bagitahu Ida tadi dia nak jumpa Hasriq.sepatutnya dia dah balik petang tadi..Nenek jangan la bimbang..Ida yakin Hasriq tak buat apa-apa pada Miya.
"Kamu ada no hasriq tak sayang?"
tanya Datin jasmeen pulak..sungguh dia takot sesuatu terjadi kepada anak bongsunya itu.
"Takde mama..Ida tak simpan pun no Hasriq..kalau no pejabat ada lah...Abang ada no Hasriq tak.?."tanya Ida pulak kepada Ridwan yang masih mundar mandir depan dia..Ridwan mengeleng perlahan.selepas dia pindah ke kuala lumpur dulu,dia tukar no hp..jadi secara automatik dia dah hilang no boss lama dia tu.
"kejap...Ida cuba minta dari Zahra jap"
Azzam diserahkan kepada Ridwan kemudian Ida berlari ke tingkat atas untuk menelefon Zahra..beberapa minit kemudian Ida datang sambil membawa no telefon peribadi Hasriq..mujur Zahra ada simpan no ketua dia tu
Ridwan segera mendail no tersebut..lama baru Hasriq jawab.
>Assalamualaikum Riq aku ni Ridwan.<
>wasalam wan..kenapa suara kau cemas semacam je aku dengar.<
>aku nak tanya ni,ada miya jumpa kau tak harini..<
>Takde pulak.dia masih marahkan aku kn..kenapa pulak dia nak jumpa aku.kenapa ni? jangan buat aku bimbang boleh tak.<
Hasriq laju berdiri..Nalurinya mengatakan ada terjadi sesuatu pada buah hatinya itu..sememangnya dia perasan ada panggilan masuk dari luthfia tadi pagi..tapi dia kira,luthfia salah kol..sebab no satu tu memang no hp yang digunakan sebagai hasriq..dan sudah lama Luthfia tidak menghubungi no Hasriq..luthfia hanya menghubunginya menggunakan no hp yang lagi satu..no 'Aish'
>Tadi pagi dia cakap dia keluar nak jumpa kau.kau masih dekat sini kan...tapi sampai sekarang dia tak balik-balik..family aku risau la bro..kau yakin ke dia tak jumpa kau. <
Luthfia nak jumpa dia?betul ke ni?Hasriq tak keruan..kemana pulak Miya ni dah pergi.lantas dia segera mengambil jaket hitam dan kunci kereta yang tersangkut di sebelah pintu
>Serious ke wan?..dia tak jumpa aku pun..kau jangan bimbang,kejap lagi aku datang..kita cari sama-sama<
Hasriq terus menamatkan panggilan..luthfia nak jumpa dia..macam mimpi rasanya..nasib baik dia belum balik ke sarawak lagi..tiba-tiba dia takut kehilangan luthfia.
* * * * * *
Sampai sahaja di jalan kepung,Luthfia terasa sesuatu yang pelik.dipandang cermin pandang belakang dengan perasaan yang berdebar..dia dapat rasakan dia sedang diekori..dari Simpang luar rumah tadi dia sudah perasan kereta Alza hitam metalik sentiasa mengikuti dari belakang.Sudah lah jalan yang dilaluinya itu tidak banyak kenderaan lalu waktu ni..Luthfia cuba menarik nafas perlahan..Cuba berfikiran positif..Dia mahu cepat sampai ke selayang...Luthfia pasti Hasriq masih di sana.di rumah keluarga Hasriq.Dia cuba menghubungi Hasriq namun panggilannya tak dijawab..Dalam hati dia berdoa supaya dijauhkan dari segala musibah yang bakal menimpa..
sampai satu lorong,kereta Alza hitam itu memecut laju dan memintas kereta luthfia..Luthfia menarik nafas lega tapi cuma sebentar.tak sampai dua saat..jantungnya kembali berdetak kuat..kereta tadi menunggu betul-betul dihadapannya..beberapa lelaki keluar dari kereta Alza memakai cap bertopeng menuju ke arahnya...luthfia panik.pikirannya tak tentu arah.peluh membasahi dahi dan baju yang dipakainya.kereta terpaksa berhenti di bahu jalan.
"Buka pintu ni..cepat Keluar!!"
jerit salah satu lelaki yang berbadan sasa..tangan luthfia mengigil...lelaki tersebut mengacu pistol tepat ke wajah luthfia..dengan suara yang terketar-ketar luthfia bertanya pada lelaki yang memandang tepat ke mukanya.mahu tak mahu luthfia terpaksa juga turun dari kereta..
"Kenapa ni Encik?saya ada salah apa-apa ke?"
luthfia hampir menangis..tak pernah lagi dia berhadapan dengan insiden sebegini..Entah perompak atau pembunuh pun dia tidak tahu.
"Jangan banyak cakap..ikut kami sekarang jugak.."kedua-dua tangannya ditarik dan diheret mengikuti langkah 2 lelaki tersebut...luthfia tidak sempat menjerit bila mulutnya ditekup dengan sehelai kain putih...matanya mula kabur dan lama kelamaaan luthfia tidak sedarkan diri..
Sedar-sedar saja luthfia sudah berada dalam sebuah bilik yang gelap.tiada sebarang cahaya .luthfia cuba bangkit walaupun kepalanya pening dan mata masih berpinar-pinar...Entah ubat apa yang diberikan padanya tadi .namun pergerakkannya terhenti bila dia rasa sesuatu pelik terjadi. tangannya tidak dapat digerakkan..tangan dan badan luthfia terikat di belakang tempat penyandaran.di sebatang tiang yang ada dalam bilik tersebut .menitik jua air mata Luthfia melihat dirinya sebegitu sekarang ni..terbayang nasib yang bakal dihadapinya sekejap lagi.
Cahaya lampu jalan yang dapat dilihat dari tingkap memberitahu luthfia bahawa hari sudah malam...digagahi matanya melilau memerhati keadaan sekeliling..lama kelamaan baru lah matanya dapat menyesuaikan diri dengan bilik tersebut..terdapat sebuah katil usang dan kerusi kecil disebelah kanan dan pintu ada disebelah kiri...luthfia cuba membuka ikatan di tangan namun gagal..dia buntu..getaran hp di dalam poket seluar menandakan ada sesorang sedang kol..nasib baik dia silent fon...kalau tak mungkin ada orang boleh dengar bunyi hpnya ketika ini..banyak kali jugak lah hpnya bergetar...luthfia sedar mungkin keluarganya sedang mencarinya sekarang...namun dia langsung tidak boleh berbuat apa-apa..tidak putus-putus doanya memohon perlindungan dari Allah SWT..
Beberapa minit kemudian,daun pintu bilik ditolak kasar dari luar..Lelaki yang heret dia tadi...lelaki itu bergerak ke sebelah luthfia dan sekejap sahaja bilik tersebut terang benderang.
"Jangan takot sayang..kau tak akan apa-apa."
Luthfia angkat kepala..suara itu sangat familiar...dia cuba buka mata luas-luas untuk mengenal pemilik suara tersebut..matanya terbeliak bila wajah lelaki tersebut singgah dimatanya..
"Faizal?? apa kau buat kat sini? kenapa kau culik aku hah."
Faizal ketawa lepas...tak sangka perempuan yang boss dia suruh tangkap itu adalah luthfia..dia rasa bersemangat pula..
"Terkejut??Aku lagi lah terkejut bila aku tahu kau perempuan tu..nampaknya kita berdua memang ada jodoh la sayang.kau pasti haus kan sebab seharian pengsan.."
usapan dipipi luthfia buat luthfia kecut perut..Entah kenapa hidupnya malang sangat...Dari sarawak sampai lah ke kuala lumpur lelaki tu mengacau hidupnya..Faizal lelaki kurang waras...dia benci faizal...lelaki itu tersenyum.dia memandang Luthfia dari atas ke bawah...sudah lama di teringin untuk bersama luthfia...lagipun boss dia suruh tangkap saja dan tak da pulak boss dia larang dia sentuh perempuan ni..
wajah luthfia yang pucat tak berdarah nampak seksi dimata faizal..
"Zal,kau buat apa tu..jangan cari pasal zal...kalau boss tahu mati kau nanti." lelaki yang berdiri tidak jauh dari pintu bersuara..
"kau diam kamal..kau jaga je lah pintu tu..bagitahu aku kalau boss datang..aku nak berseronok dengan perempuan ni jap.."
Faizal sudah merenung wajah luthfia..dibelai pipi pucat tu perlahan..luthfia jijik....faizal memang gila..sanggup buat kerja bodoh tu..cekaman kuat dirahang luthfia buat luthfia menjerit kesakitan.
"Please faizal,jangan buat aku macam ni..aku merayu dekat kau..kau jangan sentuh aku..please.."
lelaki itu hanya tersengih..
"Kau takot?"
luthfia mengalihkan mata dari memandang muka iblis faizal..lelaki tu bukan manusia dah..tapi syaitan yang bertopengkan manusia.
"Kau tahu kan fia,aku cintakan kau dari kecik lagi..tapi kau tak pernah bagi peluang..kau tak tahu hati aku terluka bila kau hari-hari bersama Aish..kehulu kehilir dengan lelaki tu...macam belangkas..kau buat aku macam orang bodoh gilakan kau..tapi sekarang, aku tak rasa aku bodoh lagi..ikan depan mata takkan kucing duduk diam tengok saja kan."
senyuman penuh nafsu sudah terlakar diwajah faizal...Luthfia tak henti-henti berdoa...melindungi diri dari lelaki gila nafsu seperti faizal..baru pun Faizal hendak menghampiri luthfia. ,kedengaran bunyi enjin kereta di luar bilik..faizal merengus kasar...seleranya mati
"Zal,boss sampai..."
Jeritan kamal buat faizal bangkit berdiri..meninggalkan luthfia yang sudah menangis..faizal dan Kamal segera keluar bilik untuk mengalukan boss mereka...luthfia menarik nafas lega..sekurang-kurangnya dia selamat buat masa sekarang.
Share this novel