"what??"
Zahra sudah terlopong.serious lah wei...Hasriq dan Aish merupakan orang yang sama.biar betul luthfia ni.
"Kau serious ke ni?kau tak terhantuk mana-mana kan atau Shareen ada bagi kau makan something ke masa kau kena kidnap tu."mana la tahu luthfia berkhayal sekarang ni..cakap mengarut sampai macam tu sekali.
"Aku serious la..apa kau ni"marah luthfia..ingat dia nak main-main ke bab-bab macam ni..
"maknanya dia kawan baik kau dulu..so,gambar budak kecik tu.Encil Hasriq? like seriously??" mata zahra dah terbeliak..
"ha'ah,aku pun tak sangka beb.selama ni aku cakap dekat Hasriq aku cintakan Aish.rupa-rupanya aku luahkan perasaan pada orangnya sendiri..kau boleh bayangkan tak.?"
Tiba-tiba wajahnya membahang..teringat balik apa yang dia ceritakan pada Hasriq ...malunya..lagi-lagi bila dia pernah cakap yang Aish lebih handsome berbanding hasriq..rasa nak terjun dalam sungai..tak nak timbul-timbul dah..wuaaa..
"jap..aku bayangkan..."
Luthfia memukul tangan zahra..kawan dia ni tak pandai nak serious.
"Aku tak tahu nak cakap apa beb..korang memang ditakdirkan bersama .kuat sungguh jodoh korang..selama ni,aku sempat berfikir yang Aish mungkin dah tiada dalam dunia ni..dalam bahasa mudahnya kau dan Aish takkan dapat jumpa lagi...tapi tak sangka,Lelaki yang kau cintai tu depan mata kau.."
Luthfia sudah tersengih..kalau la tahu lebih awal,pasti dia tak menolak Hasriq dulu..
"so,dia memang kenal kau la masa kat serian tu.serious beb aku terkejut."
Luthfia terdiam.dia pun tak tahu bila masa Hasriq tahu dia ialah Miya..hasriq tak cakap pulak.
"So,Boleh lah kau kahwin dengan dia cepat-cepat..ramai yang dah tak sabar tunggu ni..dengan aku sekali excited.."ujar zahra teruja.
Luthfia mengerutkan dahi..siapa yang tak sabar tunggu dia kahwin dengan Hasriq..Mama dan papanya pun belum tahu lagi.
"siapa yang tak sabar?kaq Midah?"
"kau tak baca news ke semalam?kau dah popular beb..aku bangga dapat kawan macam kau ni..haha"
Luthfia dah tercengang. apa yang si zahra merepek ni...News apa ni?popular apa dia maksudkan?dia bukan artis nak popular bagai.
"maksud kau?"
"Ni pasti kau tak baca surat khabar kan...fb pun kau tak buka aku rasa..betul tak?peminat kau tak sabar nak tunggu kau kahwin..aku baca berita tentang kau kat fb..kau dan Encik hasriq sedang hangat bercinta.boss tu kan atlet bola sepak negara.sebab tu cepat sangat tersebar berita macam ni.. wah..doa aku dan kaq Midah dimakbulkan..Alhamdulilah.."
Luthfia hanya tersenyum...cepat sungguh wartawan buat kerja..rasanya banyak lagi cereta best yang boleh digarap..apasal cerita dia dan hasriq pula yang nak diviralkan.. mana ada yang menarik pun..
"so,bila majlis kau?"excited sangat ni..berseri wajah zahra..
Luthfia dah mengeleng kepala.sapa tak kenal zahra..kalau tak riuh memang bukan zahra la agaknya.
"Majlis apa?.dia baru je lamar tadi..jumpa family aku pun belum.entah kena terima ke tidak dia tu."luthfia dah ketawa.entah apa yang lucu.sekali lagi zahra melopong.
"Boss dah lamar kau..serious la beb..woww."zahra dah diserang histeria..tak tahu la kenapa boleh jadi macam tu..excited gilerr..macam zahra pulak yang nak kahwin..haha.
"Ishh kau ni..senyap la sikit.....ini hospital..sebijik macam hasriq tadi..kalau ada yang mati aku tak tanggungjawab ok..kau jawab la nanti."
Zahra lantas menutup mulut.Luthfia dipeluk kuat-kuat..impian nak lihat luthfia bahagia hampir tercapai..
"Congratulations...aku gembira tengok Kau bahagia Beb. "
pelukkan diketatkan.luthfia pun sama.dua-dua nangis bagai nak rak..agak lama jugak mereka berpelukan.
"So,kau pulak macam mana?sampai bila kau nak biar fahmi tunggu kau?"giliran zahra lagi diusik
Mendengar nama Fahmi disebut,zahra melepaskan pelukkan..wajahnya berubah.
"beb,kau tahu kehidupan aku macam mana kan..aku anak sulung,so,selagi adik-adik aku tak habis sekolah..macam mana aku nak kahwin.better aku focus pada family dan kerjaya before get married right? "
Luthfia tahu zahra seorang anak yang baik..terlalu mementingkan kebahagian orang lain sampai kebahagian sendiri terabai.
"aku tahu tu,tapi kau kena fikir jugak masa depan kau..tak salah pun kalau kau kahwin sebelum adik kau tamat sekolah..sekurang-kurangnya fahmi boleh tolong kau jaga adik kau tu.cuba sesekali kau fikir masa depan kau pulak.sayangi diri kau pulak..kau pun layak bahagia beb.tak kasian ke kat fahmi yang lama tunggu kau..?karang dia bosan tunggu kau,dia cari orang lain..waktu tu aku tak dapat tolong.biar kau putih mata,melepas orang yang betul-betul sayang kau."
nasihat Luthfia panjang lebar..dah lama tak bagi ceramah free kat member sorang ni..takkan la zahra nak membujang sampai tua..Ida,kawan mereka yang sorang tu dah lama bahagia.tak lama lagi giliran luthfia ikut jejak Ida.mereka kan 'geng keras'...mana boleh sorang bahagia sorang tak..
Zahra dah ketawa..naik berbulu telinga dengar ceramah luthfia..
"Ai ai kapten.Zahara anak kapten Razak menurut perintah.."ketawa zahra pecah lagi.Luthfia ketap bibir.sebal.
"Aku serious ni..jangan nak buat lawak pulak" luthfia masih tak puas hati.tak pernah serious si zahra ni.geram sungguh.
"ok lah..esuk juga aku kahwin.puas hati?tak pun kita kahwin serentak..aku tumpang pelamin kau ye.boleh kan? jimat sikit belanja kahwin aku nanti" zahra dah tersengih.
Luthfia mencebik.kedekut punya member.sempat lagi dia fikir nak berjimat waktu kahwin nanti.tapi tak pe lah.ging kamching kan.layan kan aje lah.
"Aku ok jer.asal nanti waktu sanding,kau ikut tema kaler aku arr..kaler purple.."luthfia dah mengangkat kening..favourite kaler tu..
"No,no...apa class purple..aku nak kaler gold.baru ada gaya raja sehari.."zahra dah memuncung...kahwin sekali je,masa tu lah nak melaram cantik-cantik..purple?bukan taste dia ok..
"Ish kau ni..dah kau nak tumpang pelamin aku kan..kena la ikut tema aku,pilihan aku..lagipun,aku designer ok..aku tahu lah kaler apa yang cantik waktu sanding nanti." tak pasal-pasal mereka bertekak pasal colour baju kahwin.
"chop chopp.sejak bila kau jadi designer ni..berangan tak sudah.bukan designer tau..baru nak belajar design kan..tak payah nak kelentong aku..aku tetap nak gold waktu sanding nanti..design kau tak cantik pun"
Zahra tak nak mengalah..sebenarnya dia tak suka pun kaler gold..tapi saja..warna gold kan warna diraja..dah alang-alang tak dapat kahwin dengan putera raja...better pakai baju pengantin kaler gold..sama juga feeling macam kahwin dengan anak raja..
Luthfia dah panjangkan tangan untuk cubit zahra..suka hati jer zahra ni cakap dia tak pandai design..namun bunyi ketukkan di bilik buat dia membatalkan niat.tersembul wajah Ridwan,Ida,baby Azzam dan cat..ditangan cat ada beberapa fail..aduhaiii..betul-betul hasriq ni suruh catherine bawa kerja pejabat ke hospital..
"Apa yang bising-bising ni..dari luar abang dengar gold..design..sanding..apa yang korang bincangkan tu?"
Zahra dah berlari mendapatkan Azzam. teruja jumpa baby azzam.seperti semua yang lain,dia pun suka gomol pipi pau azzam..luthfia bersalam dengan ridwan..sementara cat sudah duduk di sebelah katil luthfia.
"wan,adik kau nak kahwin tu"adu zahra.
luthfia terbatuk..zahra ni memang tak pandai simpan rahsia..Ridwan memandang luthfia yang terdiam.kepala dah menunduk malu.hah betul la tu nak kahwin.
"Serious ke diq.."dahi luthfia dicium.cat dan ida dah terlopong.
catherine lantas memeluk luthfia kuat..sejak dia kenal boss dia tu..dia dah anggap luthfia macam kakak dia sendiri..dia tumpang gembira kalau boss dia gembira..
"Dengan siapa miss?"
Luthfia tersengih..kening diangkat sikit..saja buat catherine tertanya-tanya..tiba-tiba jer cat menjerit.
"Oh My God...are you serious??"
catherine dah menjerit kuat..kasian pesakit di kiri dan kanan bilik wad tu..pasti trauma,nasib baik siang hari..kalau malam,tak pasal-pasal bilik luthfia tu dikatakan bilik berhantu.sekejap-sekejap orang menjerit.luthfia terpaksa tutup mulut cat.apa salah dia sampai dapat kawan,dan sectetary yang suka menjerit ni.nasib..nasib.
"dont say lelaki tu pemain bola sepak negara tu..are you kidding me?"cat dah terlopong..
Luthfia ketawa..dia tahu Catherine tak akan percaya..ida memandang zahra minta penjelasan...zahra mengangguk perlahan.
"ya Cat..iam not joking..Hasriq lamar I tadi..and of course I say yes.."Catherine teruja..matanya bercahaya.sama cantik sama padan..bagai pinang dibelah dua..
"Congrats Miss..Im happy for you."luthfia tersenyum nipis. mukanya ceria
"so,bila nak ajak hasriq jumpa mama dan papa?"soal Ridwan pulak.
"Tunggu Miya sihat sikit kot...lagipun Aish kena balik ke sarawak lagi.dia pun ada kerja kat sana."
Ridwan panggung kepala menatap wajah luthfia..
"Miya dah tahu Hasriq tu Aish??"
"Dah,Miya pun tahu yang abang tak suruh aish mengaku dia Aish kat Miya ..betul tak?"
lantas dia memukul lengan Ridwan perlahan...sakit hati.kalau dia tahu dari awal,takdenya dia berjauhan dengan hasriq.apa punya abang la Ridwan ni.Ridwan dah bantai gelak..
"Sorry la diq,masa tu keadaan tak mengizinkan..adiq pun belum jumpa mama dan papa masa tu.abang takot adiq terluka lagi.iam sorry ok.."
luthfia memndang Ridwan tanpa riak..sebenarnya dia percaya apa pun yang ridwan buat masa tu pasti demi kebaikan dia..takkan abangnya nak buat dia menderita pulak kan..lantas dia tersenyum.bukan dia dapat balik ke masa silam pun.
"Abang,Miya nak balik..serious Miya tak tahan kat sini."dipandang Ridwan dengan wajah sedikit merayu..harap-harap Ridwan boleh tolong dia keluar dari hospital ni..
"Sabar diq..esuk baru boleh keluar k..tahan sehari saja lagi."Pujuk Ridwan.kalau boleh dia pun nak luthfia balik rumah..selagi adik dia duduk di hospital ni.selagi tu lah dia tak senang hati.
"Malam ni aku temankan kau k.dan aku jamin fia kau tak kan boring nanti"sampuk zahra pulak.dia dah tersengih macam kerang busuk...pasti ada lah benda dia nak sakat tu karang..tak pun ada benda dia nak korek..luthfia mengganguk..dia buat isyarat nak dukung baby azzam..kasian baby azzam..dah beberapa hari tak jumpa maksu dia.rindu nak kunyah pipi pau tu.ahakz.
........
Share this novel