Hasriq tersenyum puas..Wajah jelita dihadapannya direnung dalam-dalam..Gadis tu semakin hari semakin jelita...senyuman Luthfia mencairkan hatinya..Ditoleh Kearah lelaki yang sentiasa mengekori Luthfia..Macam ekor luthfia dah hasriq perhati.Luthfia kekiri,lelaki tu pun kekiri,Luthfia ke kanan,lelaki tu turut ke kanan..Hatinya memberontak geram...sepatutnya dia yang berada di posisi tu..dia yang jaga luthfia..
kaca mata yang terjatuh d hidung diperbetulkan.topi hitam diturunkan hampir menutup mata.Sengaja di ubah penampilan..Dia taknak Luthfia nampak dia.Tanpa pengetahuan Luthfia,Hasriq sentiasa datang ke Majlis Fashion show yang syarikat gadis tu anjurkan..niatnya hanya satu hanya melepaskan rindu yang bermukim di hati..sejak setahun lalu,dia memendam perasaan..mujurlah gadis tu masih berhubung dengannya melalui Aish..
Bila dia jadi Aish dimata Luthfia,dapat lah sedikit sebanyak dia melepaskan rindu,melepaskan kasih pada pujaan hatinya itu..hasriq ingin berterus terang tentang dirinya sebenar namun disebabkan ego,dia memendam perasaan..
Dari kejauhan Hasriq nampak Luthfia berucap..pernampilan luthfia jauh berbeza.gadis tu nampak lebih matang,lebih confident,lebih jelita,dan paling ketara,luthfia dah tak kurus kering lagi.Pipi gadis tu dah berisi..makin gebu..Penampilannya nampak anggun dan segar dengan gaun merah mengikut potongan badan yang diserikan dengan lilitan bertali dibahagian pinggang dan lengan..Hasriq telan Air liur.Hatinya berdegup kencang
.
Tepukan bergema di seluruh dewan bila luthfia selesai berucap,catherin sudah melambai-lambai luthfia untuk duduk di sebelahnya..meriah...Luthfia puas hati..Ini pertandingan Fashion show yang Ke 4 Luthfia adakan semenjak dia ambil alih Humaira Enterprise..Luthfia pura-pura tidak melihat Shareen...pandangan tajam yang diberikan shareen tidak dipeduli.Sekali lagi Luthfia dijemput naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang..kali ini MC majlis turut menjemput shareen selaku tetamu V.I.P terhormat untuk menyampaikan hadiah..Luthfia berpura-pura tersenyum walaupun dia dapat rasakan senyumannya hambar.berdiri di sebelah shareen buat luthfia kecut perut...
"Tak sangka I jumpa You kat sini..President Maira holding rupanya..tapi sayang,you ada syarikat fashion pun I tetap nampak you macam orang kampung..terima la hakikat ye luthfia..."
Bisik shareen perlahan..Dia memperli.sejujurnya dia sakit hati sebab berjumpa semula dengan gadis tu...shareen ingat dia dah berjaya singkirkan luthfia dari Hasriq di sarawak.namun sangkaannya meleset..bukan saja dia gagal singkirkan luthfia malah gadis kampung tu dah berubah 100%..Berjaya sebagai seorang Pengarah Muda yang berpengaruh.bukan macam dia,setakat Vice president di syarikat Bapanya sahaja..itupun dia dah berlagak sangat.sedangkan Luthfia, semakin cantik dan body pun mengancam..kalah Dirinya..Luthfia tersenyum kecil,dia rasa nak menangis namun tetap jua bibirnya tersenyum.maklumlah semua mata memandang tepat kearah mereka di atas pentas waktu ni.berpuluh-puluh kamera merakam aksi mereka,banyak jua artis yang merangkap model datang memeriahkan majlis,antaranya, Natasya Hudson,Soo Wincci,Fazura,Diana danielle dan beberapa pereka fesyen yang terkenal yang turut hadir di pertujukkan Fashion Maira Holding antaranya Melinda Looi,Rizman Ruzaini,Dato jimmy choo,Rizalman Ibrahim (Royalti of Malaysia's fashion) dan Bernard Chandran..pereka fesyen yang popular..Design Bernard chandran pernah dipakai Lady gaga di karpet merah brit Award dan Estelle pernah memakai rekaan Bernard chandran sewaktu membuat persembahan bersama kenya west..Luthfia tidak mahu membuat apa-apa masalah yang boleh menjatuhkan imej dia sebagai pengarah Maira Holding dan Humaira Enterprise..tak guna dia bertekak dengan perempuan gila disebelahnya..buat sakit kepala saja.
Shareen sakit hati,Luthfia langsung tak melayan dan membalas kata-katanya..Kalau dapat diundurkan waktu,Shareen tidak akan bersetuju dengan papanya Tan sri Mokhtar untuk mewakili Jt Corporation di Majlis ni..Rasa nak cekik je gadis jelita di sebelahnya. kalau tak pun rasa nak tarik jak tudung gadis tu..biar rosak..namun melihat berpuluh-puluh wartawan hiburan,wartawan majalah dan photographer depan matanya .Shareen membatalkan niat..tak pasal-pasal dia meringkuk dalam penjara.tak pun gambar dia akan terpapar di depan surat khabar esuk dengan tajuk utama ..'Vice President JT Corporation Mengamuk tak tentu pasal di pertunjukan Fashion '..Berpeluh Shareen memikirkan.
Acara tamat tepat pukul 4:30 petang..Luthfia puas hati dengan Event kali ini..tak putus-putus Bernard Chandran Dan Rizalman Ibrahim memuji-muji hasil rekaan designer Syarikat mereka,Rosmin..malah, Bernard Chandran menawarkan kerjasama dengan Maira Holding,dan turut mengundang Syarikat mereka untuk menyertai KL fashion week 2 bulan dari sekarang..Luthfia rasa nak pitam je..dia bersyukur sangat-sangat sebab dah berjaya menempa nama di Malaysia dengan hasil penat lelah mereka sendiri.paling membanggakan,Model yang akan memakai rekaan Rosmin nanti ialah Soo winnci..seorang model berkelas international,Phd holder, entrepreneur from Malaysia, beauty queen.. and actress yang berjaya di Malaysia...tak putus-putus doa dipanjatkan kepada yang maha Esa..
"Good job and well done to all of you...I really appreciate your efforts and we will make a barbeque and a party tonight..dont worry, I'll sponsor of everything.."Kata Luthfia sedikit kuat..almaklumlah staff ramai dan mic pun dah masuk dalam beg...huhu..
hanya tinggal staff Maira holding sahaja di dalam dewan ketika itu,Semua dah bersorak gembira bila usaha yang dibuat mereka dihargai oleh ketua mereka..paling happening bila boss mereka Belanja parti malam ni..semua meluahkan rasa puas hati dan gembira tak terkata. Kalau mereka berusaha lagi,silap hari bulan mereka boleh setaraf dengan syarikat jenama fashion yang berpengaruh dalam dunia..seperti chanel,Dolce & gabbana(D & G), Diesel,kate spade New york. and pelbagai jenama lain..
Luthfia berharap sangat usaha mereka membuahkan hasil,mana tahu dapat berganding dengan nama Calvin klein atau karl otto lagerfeld,hahaha..perasan sampai ke bintang..luthfia sudah mengarut yang bukan-bukan..selepas bersurai,Luthfia dan Catherin melangkah keluar dari dewan..namun langkah luthfia terhenti bila melihat susuk tubuh seseorang di luar dewan..
hatinya dah berdebar hebat...tak mungkin Hasriq.bukan ke lelaki itu ada di sarawak sekarang ni..Lelaki yang berjaket kulit hitam,memakai topi dan berspek mata itu persis Hasriq..Luthfia hanya memandang lelaki itu menghilang dari pandangan...Rindunya pada hasriq mengusik jiwa Luthfia..Dia rindukan jejaka itu..
"Luthfia Humaira!!"
Luthfia tersentak,ditoleh Shareen yang sudah bercekak pinggang di belakangnya..Ish,tak habis-habis menyemak minah ni..Gumam luthfia dalam hati..
"Whats wrong Shareen?"
nak cakap dengan minah gedik ni mesti ada cara..Kalau Shareen gedik,dia mesti gedik lagi...baru sama level.
"Tak payah nak berpura-pura la perempuan.,I ingat you dah mampus masa kat sarawak dulu..lama menghilang..rupa-rupanya you mengemis kat KL ni..kasihan you kan..takde tempat nak cari makan.."
Luthfia sentap..tak sangka gadis tu boleh menghinanya sedemikian rupa.tiba-tiba hatinya panas,sakit hati..rasa nak menangis je namun dia tetap tahan..Catherin yang turut mendengar hinaan shareen ternganga..tak sangka gadis seksi tu bermulut puaka.
"Apa ni Shareen, Apa yang boss i dah buat sampai you hina dia macam tu?"
Catherin menapak menghampiri Shareen..rasa nak tampar je muka yang bermake up tabal tu..muka tak sama dengan hati..ish geram.Luthfia menarik badan Catherin supaya menjauh dari Shareen.tak pasal-pasal ada kejadian tumbuk menumbuk karang..
"You takde kena mengena dengan hal ini..better you shut up..you duduk je diam -diam macam kucing..sesuai sangat dengan nama cat you tu..kucing kurap!"herdik Shareen...
Ya Allah,Luthfia dah beristighafar banyak-banyak dalam hati.Perempuan ni memang gila...tak cukup dia hina Luthfia,dia hina pulak Catherin yang tak bersalah..Hairan betul dia..macam mana la Hasriq boleh terpikat dengan gadis ni..Ini dah bukan Mulut longkang tapi Ini mulut iblisss!
Catherin tergamam..Dia panggil aku kucing kurap?? kurang hajar betul perempuan ni..kalau dia panggil Kucing parsi ke kucing siam ke tak pe la jugak..kira high class punya kucing la jugak kann....ish..lantas tangannya laju menampar Shareen..kuat betul tamparan Catherine..Luthfia yang tak sempat menahan Catherine terkejut beruk..semuanya berlaku tak sampai sesaat...lantas dia mencelah berdiri diantara catherine dan Shareen..takot dorang gaduh pulak lepas ni....nasib baik dorang berada di luar dewan tingkat 16..tak ramai orang kat situ..
"Amacam,Kuat tak tamparan kucing kurap ni..kalau ikut naluri Kucing I yang sebenar ,I cakar muka you yang tak berapa nak elok ni..biar elok sikit perangai you tu.."
Shareen terkedu..pipi dan mulutnya terasa panas..pedas sangat...direnung muka Catherine yang merah padam menahan geram.
"Apa pandang-pandang..nak rasa lagi?Kali ni I bagi cakaran Kucing Clouded leopard pulak. biar hancur muka tu...nak rasa tak??"
Luthfia pantas menarik bahu catherin untuk menghentikan bicara pedas yang boleh menyakitkan shareen..kalau boleh dia nak cepat-cepat naik pejabat waktu ni..Ditarik laju tangan Catherine untuk melangkah jauh meninggalkan Shareen..
"Kenapa Miss tarik saya..saya belum habis cakap lagi la..tak puas lagi ni.."
Catherine memuncung.Dia baru nak bagi cakaran maut kepada Shareen..tak sangka selama ni Vice President tu bermulut puaka..mereka dah duduk dalam pejabat Luthfia.
"You ni kan cat,Dah terang-terang dia tu tak betul,yang you ikut perangai dia kenapa..Lain kali jangan peduli apa pun dia cakap.Shareen tu sengaja nak sakitkan hati i..dia takde kerja sebenarnya tu..okay..
Luthfia menhulurkan galas yang berisi air masak kepada Catherine,Pasti gadis tu sakit tekak sebb menjerit tadi.Catherine malu sendiri.sepatutnya dia yang layan boss dia tu..kini dah terbalik
"Saya salute lah dengan Miss.perempuan tu dah hina Miss pun Miss boleh buat tak tahu je.."
Bangga betul Catherine dengan Luthfia..Hati gadis tu sungguh murni..tak pernah marah-marah atau ambil hati apa yang orang buat padanya.sangat Tabah dan penyabar.
"I malas nak peduli cakap orang macam dia tu cat,Orang yang menghina kita ni sebenarnya dorang cemburu dengan kita..kita kena ingat,Mungkin dia tak puas hati dekat kita sebab kita selangkah didepan..sebab tu I malas layan shareen tu..I pun tak tahu apa masalah dia sebetulnya pada I."
"Miss tak tanya ke kenapa dia cari pasal dengan miss?"
"Buat apa?Buat sakit hati je..I jumpa dia pun sekali je masa kat Sarawak dulu..Biar lah mungkin dia jelous kot dengan I..So,rasanya I patut berbangga kan dengan apa yang I buat sekarang ni..betul tak..dah la,tak payah marah-marah lagi..kita happy-happy sebab event kita dah berjaya..so,kita focus pada party malam karang okay."
Luthfia sengaja menceriakan keadaan..tak nak lah dia tengok wajah secretary dia tu marah-marah...hilang mood nanti'..Catherin menarik muka ceria..Dia bangga dengan sikap positive yang bossnya tunjukkan..Kalau semua orang berfikiran terbuka macam ni..aman damai dunia ni rasanya..
* * * * * *
Kereta Honda HRV Luthfia sudah selamat masuk garaj..sayang sangat dia dekat kereta tu...Dia beli kereta tu dengan duit simpanan dan 3 bulan gaji masa kat medan jaya..masa first pindah kl dulu,Datuk Azman suruh luthfia pakai Lamborghini merah metalik Milik Datin jasmeen yang jarang digunakan tetapi luthfia menolak . Dia sanggup menunggu keretanya datang pakai kontena ikut kapal daripada pakai lambo tu..dia sanggup bersusah dulu sebelum bersenang kemudian...Susah sebab Sarawak tak sedaratan dengan semenanjung malaysia..
Luthfia memberi salam,lama baru salamnya dijawab. tersembul wajah Irma..pembantu rumah mereka..Di banglo mewah ini la mereka tinggal sejak setahun dulu..bersama pembantu mereka hasni dan irma yang sangat setia pada mereka.luthfia dah anggap mereka berdua tu macam saudara sendiri.
"Awal balik hari ni cik Miya?"briefcase Luthfia bertukar tangan.
"Yups,ada event tadi kat office kaq..ni pun sekejap saja nak bersiap,pukul 7 nanti miya keluar lagi.Kaq Irma masak apa? Miya lapar" tangan Irma disalam penuh hormat.
Irma dah tersenyum nipis. beruntung dia dapat majikan yang baik hati macam Datuk Azman sekeluarga.luthfia ni pulak sangat manja dengan dia..Irma tak rasa dia pembantu rumah pun bila tinggal disini ..
"Kasihannya dia ni...pergi mandi dulu,kejap lagi akaq sediakan makanan.."
Baru nak melangkah,Luthfia kembali bertanya
"Kaq,Abang dan Ida mana?senyap je rumah ni.."
"Encik Ridwan masih kat pejabat ,kejap lagi balik la tu..Cik Ida ada kat bilik tu..tengah mandikan Azzam rasanya.pergillah jengguk..kejap lagi panggil Cik Ida turun makan ye"
Luthfia lantas laju naik tangga...Rindu sangat nak gomol pipi Airil Azzam..Dilihat Ida baru selesai pakaikan Azzam baju.
"Assalamualaikum anak buah Maksu.."
Luthfia mengambil azzam dari dukungan Ida..Pipi Azzam digomol kuat-kuat..termegah-megah anak kecil tu dicium luthfia..bau badan baby ni sedap.. teringat dulu kata ustazah nuraini masa kat sekolah rendah dulu.bau badan baby adalah bau syurga..sampai umur baby 2 tahun pun bau tu masih melekat..
"Ya Allah kau ni Fia..tak bernafas azzam kau buat..jangan ditekan kepala dia.masih lembut lagi"tegur Ida..Macam budak-budak betul perangai kawan dia sorang ni..
"Baik kaq Ida" luthfia melepaskan ciuman pada azzam...sengaja disakat Ida,Ida menjeling..tangannya mencubit lengan luthfia perlahan.
"Sehari tak perli aku tak sah kan kau ni"
" Aku geram kat azzam ni..kenapala comel sangat..macam muka aku masa baby dulu..cuba kau tengok.." giat luthfia mengusik..
"takde maknanya..Muka azzam ikut muka mak dia..Apa kess ikut muka kau.."
Luthfia ketawa lepas..Azzam dipangkuan tak menangis pun bila di gomol..dia geram...pipi pau tu dicium lagi..rasa nak kunyah-kunyah je.
"Ida,kau tau tak tadi aku nampak siapa?"
"Dah kau tak cakap macam mana aku nak tahu..."
Ida segera berlalu ke rak baby berhadapan dengan katil..sementara Azzam dipangkuan Luthfia,dapat lah dia mengemas apa yang patut..dari tadi dia belum berkesempatan hendak mengemas..botol susu dihulur kepada Luthfia..
"aku nampak Hasriq beb.."
Tangan Ida berhenti bergerak..direnung wajah luthfia yang berubah sayu..timbul belas dihati ida..Ida kembali duduk di birai katil,sebelah luthfia..
"kau serious ke nampak Encik Hasriq?Dia buat apa kat sini?"
"Aku tak nampak wajah dia..aku cuma nampak kelibat dia,aku nampak belakang dia jer.tapi aku yakin tu hasriq.."
ketukan pintu bilik mengejutkan mereka..ish kacau daun jer abang aku ni..orang baru nak meluahkan perasaan pada kakak ipar ni..
"Aikk,dah kenapa suram semacam je suasana bilik ni.kenapa ni?"
Ida lantas berdiri menyambut briefcase dan kot suaminya..seperti biasa,berulang kali dahi dan kedua-dua pipi Ida dikucup Ridwan..Luthfia tersengih melihat adegan mesra depan mata..dia berdehem beberapa kali.
"Azzam sayang,kita tutup mata dulu k..,ada adegan yang tak sepatutnya sedang bersiaran secara langsung dalam bilik ni."perli Luthfia.ditutup mata azzam dengan tangan azzam..mengekek ketawa anak kecil tu melihat papanya datang.Ridwan lantas menerpa ke arah Azzam..giliran Ridwan pulak mendukung Azzam..Ida terus sambung buat kerja tadi.malas melayan sakat si luthfia ni.
"Maksu Azzam tu cemburu sebab papa kiss mama kan sayang. itulah,disuruh kawin tak nak..kalau tak,azzam dah ada paksu sekarang ni..kan Azzam kan.."
Azzam dah megekek ketawa.Luthfia menncebik..Macam lah azzam tu faham apa yang Papa dia merepek tu..
"Orang muda lagi la bang ,tak terfikir pun nak kawin .."
luthfia mengeluh lemah.hatinya dah ditutup rapat untuk lelaki lain sebenarnya.entah kenapa dia still berharap pada Hasriq walaupun dia tahu mustahil.
"26 tu dah dikira tua la diq.."
Luthfia terdiam..malas nak cakap pasal kawin ni..
"Abang tahu Miya tunggu Hasriq kan?"
Luthfia angkat kepala.
"Takde lah,buat apa nak ingat orang yang tak peduli tentang kita..Entah-entah dah hidup bahagia dengan perempuan lain.."
Waaa...rasa nak nangis je teringat kemungkinan besar hasriq dah kawin..kot-kot Lelaki yang dia nampak tu betul-betul Hasriq..tengok lah perempuan gedik pun ada sama..Takkan kebetulan pulak jumpa 2 orang tu pada hari yang sama,di tempat yang sama....Uwaaaaaa.....nak mama!.Air mata luthfia jatuh deras.badan dah mengigil perlahan.
Ridwan dan Ida saling berpandangan.lantas Azzam diserahkan kepada Isterinya. biar dia pujuk adiknya pulak..
"Syhhh,adik abang ni kenapa?jangan lah nangis..dah lah...Hasriq belom kahwin..percaya cakap abang..okay"
luthfia ditarik dalam pelukan Ridwan..tangannya mengusap bahu Luthfia tu untuk mententeramkannya.Ridwan tahu adiknya hanya cintakan Hasriq seorang..Luthfia mengelap air mata yang bercucuran..dia tak patut menangis tuk lelaki tu...mereka bukan pernah ada hubungan pun selama ni..dia benci hasriq..lantas senyuman manis dihadiahkan pada abangnya itu.
"Miya nak kemana?"pelik dengan perangai luthfia.sekejap saja mood adiknya berubah.
"Miya nak masuk bilik Miya la..Miya nak mandi,kejap lagi Miya ada party bbq dengan staff Miya...tak payah tunggu miya k.Miya bawa kunci sendiri..."
Luthfia terus berdiri dan melngkah keluar dari bilik tidur Ridwan..sebelum tu sempat dicium pipi Azzam dalam pelukan Ida..anak kecil yang sedang minum susu botol itu menjerit kuat bila botol ditarik dari mulutnya..Ida membebel perlahan.Luthfia macam budak-budak..berdesup Luthfia lari keluar sebelum tangan Ida singgah ke badannya..cubitan Ida pedas...Peritt!
Share this novel