Bab 20

Drama Completed 8867

Luthfia gelisah..fail di depannya langsung tidak diusik...sejak pagi tadi lagi fikirannya melayang..kata-kata kaq midah sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu dihatinya...

Pagi itu dia melihat ada perempuan lain dalam pjabat Hasriq..bila dirisik pada kaq Midah,rupanya perempuan tu kawan Hasriq dari kuala lumpur.. Luthfia mengeluh..tak kan la kawan sampai sangup datang ke sarawak.. ...ni mesti kekasih Hasriq .Menurut kata Kaq Midah Gadis tu seksi..pakai dress paras lutut ketat pulak tu...satu office kecoh bila gadis yang mengenalkan diri sebagai shareen tu tanpa segan silu masuk ke bilik Hasriq..walaupun Kaq midah sudah menghalang...angkuh sekali gayanya..

ketukan pintu mengembalikan luthfia kedunia nyata..Ida dan Zahra terus meluru masuk ..tak lain tak bukan nak bergosip la tu...Luthfia dah faham sangat perangai kawannya berdua tu...


"Fia,Habisla kau fia...kau dah ada saingan la beb..Encik Hasriq dah ada kekasih.habis la kau,melepas nak jadi buah hati encik Hasriq..."


"ish kau ni zahra..tak baik la cakap macam tu."ida menyiku tangan zahra...kawannya itu memang jenis tak pandai jaga hati orang..


" fia,kau dah nampak tak perempuan dalam bilik boss tu...pagi-pagi dah terpacak kat meja kaq midah..gedik semacam je aku tengok.."

Luthfia mengeleng-geleng kepala...segaris senyuman terukir di bibirnya bila melihat memek muka zahra yang nampak menyampah betul.


"Tak,aku tak sempat nampak wajah dia..tapi aku ada nampak kelibat perempuan masa aku datang tadi..Kaq Midah cakap kawan dia dari Kuala lumpur.."


"Aku tak percaya la sekadar kawan..tergedik-gedik jak aku tengok..meluat aku.Dah la sombong,berlagak pulak..geram aku."


"kau ni zahra..,tak baik tau.ada ke cakap macam tu...kalau Encik Hasriq dengar tentu dia sedih kau kutuk kawan dia.."

Dalam apa-apa situasi,Shahida lebih matang dan
selalu berfikiran lebih positif berbanding Zahra.


"Apa pulak yang tak baik...betul apa aku cakap."


"sudah la tu....aku nak tanya ni...napa kau cakap Dia berlagak..korang ada cakap ngan perempuan tu ke?"

Entah kenapa perasaan Luthfia berdebar-debar semacam..


"yups..kitaorang jumpa dia...kau nak tahu dia cakap apa?dia cakap..,"Wheres my hasriq??"and aku cakap kat dia...kenapa nak jumpa boss..ada buat appoinment tak..??pastu fia kau tau apa dia cakap?."

Zahra membuat gaya ala-ala perempuan melayu terakhir..sambil buat muka.dia menyambung kata-kata...


"None of your business..!Wheres Hasriq Zhafran!' ."

"see.. i told you...berlagak sangat tak?"

luthfia Tercengang....betul ke Hasriq Zhafran ada kawan sebegitu...teruknya...Tapi dia tak boleh salahkan hasriq...perempuan itu dari kuala lumpur...gadis bandar..memang lain sikit berbanding mereka yang berasal dari kampung...

"Dia cakap macam tu..?interesting..."ujar luthfia perlahan..


"Tapi kan fia,aku rasa belum terlambat lagi...kau tahu kan perangai boss tu macam mana?Aku rasa dia tak pandang la perempuan tu.aku tahu sangat taste boss..kau boleh rebut balik hati boss kita....kitaorang tetap sokong kau.."Ida pulak bagi cadangan...


" Ida,zahra..apa yang korang merepek ni..? aku dan Encik Hasriq tu takde hubungan apa-apa..hubungan kami berdua sama macam pekerja lain.Dia berhak pilih sesiapa sebagai pasangan dia....lagipun its normal ok...budaq bandar kan..memang macam tu...mana la setaraf dengan budaq kampung macam aku ni..so pliss..stop compare me dengan boss kita tu k. get it?"

"fia,kau tau tak sebenarnya otak kau ni dah putus. benda simple pun kau tak dapat tangkap ...memang la kau anggap dia boss saje..tapi Encik Hasriq Anggap kau lain..."

"Takde lain-lain..sama je aku nampak...korang pandai-pandai je nak kenenkan aku dengan Encik Hasriq tu,sedangkan owner sendiri pun tak cakap apa-apa..lagipun kalau betul la dia suka pada aku..buat apa la kekasih hati pengarang jantungnya tu datang dari jauh ke sarawak.....?hah jawab......see...i told you."

Zahra mengeluh...buat penat je dia bercakap..banyak betul alasan si luthfia humaira ni bila berkait dengan hasriq..


"bunyi kau sebut perempuan tu sebagai kekasih hati pengarang jantung tu macam jealous jer.......kau cemburu erkkkk? sakat Ida...tersembur ketawa zahra dan ida ...merah padam wajah luthfia...


"banyak la kau punya cemburu..dah ak nak buat kerja ni...karang tak pasal-pasal boss marah pulak "

luthfia gugup...nampak sangat ke dia jelous? terasa mukanya membahang..


"Nak cover la tu....mengelat...Agak-agak la tipu ...boss marah kunun...kami tahu la kau ni nak cover malu..

Luthfia tersentak...Mulut Zahra ni memng nak makan cili ni. geram betul luthfia..


"sudah habis ketawa kan aku cik Zahara dan cik Shahida..?aku nak buat kerja ni..sila kembali ke tempat masing-masing ok..."memang dia cemburu..dia akui dia memang tengah jealous sangat dengan lelaki yang bernama Hasriq Zhafran Bin Rahman tu..Entah apa la yang dibuatnya di dalam pejabat hasriq tu.


"Weh,aku belum habis cakap lagi ni..Kau nak kemana plak tu..?..."ujar zahra.ketawanya mati bila melihat luthfia bangun dari kerusi menuju ke pintu..


"sambung tahun depan..aku nak ke bilik rehat..nak minum..."


"Mengaku je la fia yang kau cemburu...."semakin sayup suara zahra kedengaran...luthfia humaira tersenyum hambar..langkah kaki diayun laju ke bilik rehat yang berhampiran bilik mesyuarat..sedang asyik-asyik membancuh kopi o yang panas...luthfia dikejutkan dengan kehadiran gadis manis berdress singkat ketat dengan rambut yang lurus panjang...

'agaknya ni lah kawan bossnya dari kuala lumpur tu?'bisik hati luthfia.


"Hai,,awak ni kawan Hasriq Zhafran ke?"luthfia cuba beramah mesra dengan gadis itu..untung sabut timbul..untung batu tengelam...


"Apasal semua orang dalam office ni buzy body dengan i?hello,You ada masalah dengan i ke?"sinis sekali jawapan perempuan tu ..terkejut beruk luthfia humaira...patut la Zahra kata gadis tu berlagak...memang kenyataan pun..


"saya tanya je kan..Bukan niat hati nak buzy body..cuma nak tahu jer...lagipun syarikat ni ada peraturan sendiri...bukan senang -senang orang nak keluar masuk keluar masuk syarikat ni. "
Nak lawan sangat kan...Ni luthfia humaira la.....


"...Kurang hajar punya betina..you nak cakap yang i ni pecah masuk office ni ke.apa you ingat ni compony bapak you ke?..."mata shareen dah menyala...geram betul dia dengan gadis yang nampak kekampungan didepannya...kalau tidak disebabkan dia hendak memikat hasriq..tak sanggup rasanya hendak menjejaki kaki di office ni...tak habis-habis buat darahnya naik...dah la hasriq zhafran pun macam acuh tak acuh jer melayannya ...jauh -jauh dia datang tapi kesudahannya Hasriq zhafran lebih pentingkan kerja berbanding dirinya...penat dalam flight pun masih terasa...niat hati hendak minum,alih -alih terjumpa pulak dengan pekerja hasriq yang sibuk tanya itu tanya ini....Buzy body betul....

'Ewahh ewahh..dia pangil aku betina...bnyak cantik mulut dia..'...luthfia humaira mencerlung gadis didepannya dari atas ke bawah. apasal la hasriq dapat kawan macam ni.. dah la pakaian tak cukup kain...ada hati nak melawan luthfia humaira..


"aku tanya baik-baik yang kau nak melenting kenapa?kalau kau bukan pecah masuk,kenapa nak marah?ini pun bukan syarikat kau...jadi kau pun mesti hormat undang-undang dan peraturan dalam company ni..."
agak kuat suara luthfia humaira...beberapa staff yang lalu berhampiran bilik rehat terus menghampiri mereka berdua...Hasriq Zhafran yang kebetulan baru keluar dari conference room terus menghampiri bilik rehat yang sudah mula dipenuhi orang...

luthfia humaira tidak peduli...biar la satu bangunan ni serbu bilik rehat tu pun dia tidak kisah..bukan salah luthfia..perempuan tu yang cari pasal.main bapak-bapak pulak..tiba-tiba nak melenting dah kenapa...namun dalam hatinya tetap memangil-mangil nama zahra dan ida....dalam keadaan macam ni...dia memang perlukan back up dari kedua-dua kawan baiknya tu..


"you dengar sini. suatu hari nanti,i tetap akan jadi mem besar dalam syarikat ni.so,semua peraturan dan undang-undang akan diubah mengikut kehendak i. so,siap sedia la...pekerja-pekerja kampung macam korang ni..akan i tendang macam anjing dari sini...you tunggu ye perempuan.!!"

"woi betina,kau siapa nak jadi mem kat sini..dah la pakai baju tak cukup kain...ada hati nak tendang kami..kau tak laku la dekat sini...balik la kat tempat kau,Dah,kau keluar!..kau tak dialukan dekat office ni..get out..!"Herdik Zahra yang kebetulan baru menapak di belakang luthfia.

Dalam kekalutan Zahra dan ida muncul...luthfia menarik nafas lega..hampir-hampir saja dia hendak mengeluarkan ilmu pendekar mustar kalau zahra tidak muncul tadi.. silap ari bulan ada juga orang mati dalam bilik rehat tu karang..

shareen kaget..Dijeling zahra yang tiba-tiba muncul..kalau tak silap gadis itu la yang sambut dia pagi tadi..Shareen ingin membaalas..namun hajatnya terbantut mendengar suara Hasriq..ditoleh Hasriq yang memandangnya dengan wajah tenang..namun shareen tahu lelaki itu sedang marah sekarang ni.


"What are you doing here shareen...i cakap tunggu kat bilik i..."
Hasriq zhafran menghela nafas panjang..shareen sudah memalukannya di medan jaya...dia dengar dengan jelas apa yang keluar dari mulut shareen...apa maksud shareen hendak jadi mem besar di medan jaya?apa rancangan shareen?rasa bersalah menghimpit hati melihat wajah tenang luthfia..dia kenal gadis itu..bila kesabaran luthfia sudah habis,luthfia akan mengamuk...kecik-kecik luthfia pun kalau kesbarannya dah habis..silap hari bulan pintu pun akan terbang melayang..kali terakhir hasriq nampak luthfia marah adalah bila dia dibuli zaman sekolah dulu...kalau dia tak sempat membantu..mungkin Senior mereka dulu Faizal sudah jadi arwah.. ngeri pulak membayangkan gadis jelita tu menumbuk shareen....tak terbayang rasanya.


"Riq,Dont be mad... its not my fault.. ..Budaq kampung ni yang cari pasal dulu..."rengek Shareen...tidak dipedulikan pandangan sekeliling...Hasriq menyuruh semua staff balik ke meja masing-masing...hanya ida,luthfia,zahra,shareen dan dirinya sahaja tinggal dalam ruang rehat yang sederhana besar.

Luthfia sudah tercengang. . Ya Allah,apa pulak minah ni merapu...sapa yang cari pasal dulu...hishh.. mau je dia tampar gadis senteng yang gedik tu..namun mindanya cepat-cepat teringat pesanan Aish.. .Ya Allah,kau temukan la aku dengan Aish secepat mungkin...kalau lah Aish ada ,Aish pasti akan bantu dia sekarang...meluat betul hatinya melihat tangan shareen memegang kemas tangan Hasriq.Entah kenapa Perasaan Cemburu kembali datang...


"Sapa yang cari pasal dulu....aku ke kau?Mentang-mentang la kau kawan boss aku ni..kau nak tuduh aku pulak....buat apa aku nak cari pasal dengan kau...buang karan jer...."

luthfia geram....pagi-pagi dah buat dia hilang mood...Ida segera menarik tangan Luthfia dan Zahra keluar dari bilik..Biar la Hasriq uruskan sendiri kawannya yang bernama shareen tu...Walaupun bukan dia yang bergaduh,tapi kesan yang berlaku pada luthfia turut dirasakan....dia tahu sapa yang salah..pagi tadi dia sendiri nampak cara dan perwatakan shareen ...

Hasriq turut bergerak masuk ke bilik...serabut otak memikirkan shareen. shareen mengikuti hasriq...


"You,apasal you gaduh dengan Dia...You tau tak dia sapa?"Hasriq memeluk tubuh memandang gadis dihadapannya..sudah puas dia mengambil hati luthfia,tiba-tiba jer musnah sekelip mata. mesti luthfia akan jauhkan diri daripadannya..


"Dia yang cari pasal dengan i...i tak kacau dia pun riq.."


"I kenal you shareen..i tahu you selalu timbulkan masalah kat kl dulu...i pun kenal dia....dia takkan cari masalah lebih-lebih lagi dia tak kenal you....plis shareen..be mature..."


"kan i dah cakap tadi...bukan i yang cari pasal..perempuan tu yang mula dulu" shareen masih tidak mengalah..mati-mati dia membela diri didepan hasriq..


"shareen,pokok takkan bergoyang kalau takde angin. fia tu bukan jenis nak marah orang tak tentu pasal.."

Shareen mendengus..kenapa la hasriq back up budak kampung tu berbanding dirinya.. sapa kawan hasriq sebenarnya ni?"


"Helloooo...yang you beria-ia backup dia kenapa..?i ni kawan you tau...bukan dia...i datang dari jauh,penat pun tak hilang lagi..sepatutnya you backup i tau ..bukan nak salah kan i pada benda yang i tak buat....you dah berubah riq!"
Shareen menghambur kemarahan pada hasriq...


"Sherr,iam sory...bukan i nak back up dia..tapi tadi tu memang bukan salah dia..i mesti bersikap adil...I hargai u susah payah datang ke sarawak ni...tapi u tak perlu nak marah-marah orang macam tu tadi...kita dah besar kan..buat apa nak berperangai macam budak-budak..."

shareen mengeluh..sedikit terubat hatinya mendengar suara hasriq yang lembut tu..tu la salah satu sebab dia tertarik pada hasriq..


"Satu lagi,apa you cakap tadi pada mereka ?apa mksud you nak jadi mem besar kat syarikat ni?

Shareen telan air liur...macam mana dia boleh tak perasan Hasriq ada disana masa dia mengeluarkan kata-kata sebegitu...hendak tak hendak dia terpaksa berterus terang...memang niat dihati dia ke sarawak hendak meluahkan perasaan pada lelaki itu...namun mulut seakan terkunci....


"Napa you senyap. .i cuma nak tahu jer kenapa you cakap macam tu?"


"Riq,Sebenarnya tujuan i datang ke sini sebab i nak cakap sesuatu pada you
sebenarnya i...i...."terasa pedih tekaknya bersuara.

"u kenapa?"

"i cintakan you."


"What?"
Hasriq zhafran terkejut..kenapa la masalah macam ni boleh timbul...dia betul-betul keliru..


"i tahu you terkejut. tapi i tak boleh tipu perasaan i pada you riq...sejak dulu i cintakan you..i tak tahu bila tapi i dah lama sangat pendam perasaan i..dah berbulan-bulan you tingalkan i dekat sana..you tak tahu perasaan i."


"I tak tahu nak cakap apa...."
Hasriq meraup muka beberapa kali...tak mungkin..shareen tak boleh cintakan dia...dia tak mungkin dapat membalasnya..


"Tak boleh ke you terima cinta i?i tahu you pun cintakan i jugak kan...betul tak riq.."
shareen gelisah....dia yakin Hasriq akan terima dia...dia la satu-satunya kawan hasriq yang rapat dengannya di kuala lumpur dulu...


"Sherr,iam sorry..."
Pendek je jawapan Hasriq ,namun sudah cukup buat hati shareen sakit....


"No,dont say sorry...I akan bagi you masa. You ambil la masa sebanyk mana you nak tapi jangan cakap sorry...i dont want hear that!!"


"shareen,i hanya anggap you kawan..dan tak lebih dari tu..iam sorry...pliss.forgive me..."


"kenapa?kenapa you tak boleh terima cinta i?apa kurangnya i...?"Mata shareen sudah merah...Malu rasanya bila cintanya ditolak mentah oleh jejaka pujaan melaya tu..bagaimana harus dia menghadapi lelaki itu dikemudian hari...


"you tak de kekurangan pun shareen..you cantik,you baik dan i rasa beruntung sapa yang jadi husband you suatu hari nanti..cuma sekarang ea melibatkan perasaan.perasaan tak kan menipu...kita tak boleh salahkan sesiapa..i minta maaf shareen...."


"Sampai hati you riq..You tak faham pun perasaan i macam mana..you tau tak hati i terguris sangat ..I la satu-satu kawan you..i tahu takkan ada perempuan lain yang dapat gantikan i ..i tak minta banyak pun...cukup you terima cinta i je.."

Timbul kesihan Hasriq pada gadis itu,ya,memang Shareen sentiasa ada dismpingnya tapi ketika itu dia sudah menyerahkan hatinya pada luthfia humaira...bagaimana dia hendak menyerahkan cintanya pada orang lain...sedangkan hatinya dipunyai orang sejak kecik lagi...kalau lah hatinya bukan milik sesiapa.pasti dia akan cuba menyintai shareen...gadis yang sentiasa bersamanya dari zaman kolej sehinggalah sekarang..tapi cintanya pada luthfia lebih kuat..lebih banyak..


"Iam sorry...shareen.kita tetap boleh jadi kawan"Hasriq tidak mahu memberi sebarang harapan pada Shareen...


"You jahat.. i tahu kenapa you tolak i?sebab you cintakan orang lain kan.....beritahu i siapa....i nk tahu sapa perempuan tu..betina mana yang gatal tu...pliss beritahu i.." shareen dah hilng keseimbangan..dia dapat rasakan hasriq menolaknya sebab perempuan lain....


"shareen ,kalau i cintakan orang lain pun,itu hak i..i yang serahkan hati i pada dia...takde kena mengena dengan you...i harap you boleh terima semua ni...pliss.."


"so,betul la you tolak i sebab perempuan lain..sapa?orang mana?orang kat sarawak ni....hah cakap la riq. .entah-entah perempuan yang you beria-ia back up tadi tu..."shareen sudah mengamuk...tak mungkin dia kalah dengan gadis kampung tu..di kl saja,berlambak lelaki nak kan dia tapi kenapa lelaki yang dia suka..sukakan perempuan lain...dia tak bole terima...melihat hasriq terdiam tambah membuat hatinya
yakin..gadis tadi tu yang rampas hasriq daripadanya..
perempuan tu memang nak cari nahas...


"you baru kenal gadis tu beberapa bulan,you dah jatuh hati padanya...i yang kenal you bertahun-tahun ni kenapa pulak you tak boleh terima....you jahat riq..you jahat..."Shareen terus keluar dari bilik hasriq..semua staff terkejut dengan bunyi hentakan pintu yang kuat dari bilik Hasriq zhafran.. .

Bukan dia sengaja tidak memberitahu perkara sebenar..tapi hasriq tidak mahu menyakitkan hati shareen.. tiba-tiba dia rindukan luthfia...ingin dijenguk luthfia di bilik sebelah dia rasa malu...
arghhhh kenapa la macam ni jalan cerita hidupnya.....Dia malas nak pujuk shareen..dia tak nak shareen berharap padanya..Biarlah...esuk lusa merajuk Shareen akan hilang..fikirnya..Hasriq mengeluh kasar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience